Rabu, 1 Julai 2009

GERAKAN ISLAM TIDAK MENANG??


GERAKAN ISLAM TIDAK MENANG??

4 hari aku berada di Bandar Jakarta. Tujuanku kesana, untuk menghadiri pameran buku yang dianjurkan oleh pihak kerajan Indonesia. Aku kesana, bersama-sama dengan beberapa orang kawan, termasuk seorang penulis dalam harakah yang terkenal; Pak Syukur harun.

Melihat buku-buku di Indonesia, menyebabkan aku merasa kagum. Keilmuan di sana, lebih menjangkaui zaman berbanding malaysia. Aku berfikir, mengapa keadaan ini berlaku?

Secara peribadi, aku beranggapan. Dunia penulisan mereka amat hebat disebabkan ketiadaan akta mesin cetak, disamping sistem pendidikan mereka yang amat memandang penting mata pelajaran falsafah, waimma dari peringkat bawahan lagi.

Kehadiran kami di sana, sedikit sebanyak memberikan pengalaman baru. Ini kerana, di kala ini, Indonesia sedang berhadapan dengan pemilu untuk pemilihan jawatan Presiden dan Wakil Presiden (timbalan presiden).

Hari selasa, di waktu paginya, aku bersama 3 orang kawan telah berjoging di sekitar rumah-rumah bapak menteri. Kami melalui rumah Bapak Sukarno dan beberapa rumah bapak-bapak menteri yang lain.

Dalam masa kami berjoging, terlihat banner yang tercatit tulisan dan gambar kempen pilihanraya yang terdiri dari tiga “geng”, iaitu (a) SBY (sisolo bambang) – boediong, (b) Mega – prabowo, dan (c) Jk (yusuf Kala) – Wiranto.

Sesampai di hadapan “markaz” Besar PKS di Jakarta, aku ternampak banner yang diangkat termaktub tulisan yang menyatakan sokongan PKS terhadap JK-Wiranto. Dan dikala sampai di hadapan “Markaz” Muhammadiyyah pula, termaktub tulisan yang menyatakan sokongan terhadap SBY- Boediong.

Adapun dari mega- prabowo, tidak kelihatan satu banner pun yang menyatakan sokongan mana-mana gerakan islam terhadap mereka. Mungkin kerana, megawati ini adalah pejuang tegar semangat Pancasila menyebabkan sebuah gerakan Islam pun tidak menyokong mereka.

Walau bagaimanapun, aku tetap kebingungan terhadap dua badan gerakan islam; PKS dan Muhammadiyyah yang dilihat memberikan sokongan kepada calon-calon presiden dan Wakil presiden yang berbeda.

Aku bertanya kepada “pemandu pelancong” kami yang berbangsa Indonesia tentang berbedaan antara kedua-dua calon Presiden dan Wakil presiden; SBY-Boediong dan JK- Wiranto sehingga menyebabkan dua badan gerakan Islam memberikan sokongan yang berbeda??

Beliau menjawab, kedua-dua calon presiden dan Wakil presiden itu adalah sekular; kedua-dua mereka menolak islam. Cumanya, ada sedikit pertembungan antara kedua-dua badan gerakan Islam dalam mengharungi ujian dakwah di Indonesia.

Jawapan itu tidak memberikanku ketenangan. Menyebabkan, sepanjang ”joging” kami itu, fikiranku terus berfikir dan terus berfikir.

Sesampai kami di hotel, kami ditunggu ketua pengarang majalah Sabili; sebuah majalah dakwah yang terkenal di Indonesia. pertemuan itu, diambil kesempatan untuk aku bertanyakan tentang perbedaaan sokongan antara dua badan gerakan Islam itu.

Zainal menjawab.....

Bersambung......

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Kota Damansara
1 Julai 2009 * 4:25 petang



1 ulasan:

Ahmadkmz berkata...

kurangnya buku berkualiti di Malaysia menunjukkan mentaliti rakyat yg lebih sukakan bahan bacaan dan media yg lebih berunsur hiburan.

menjuruskan kpd kualiti pemikiran rakyat.