Isnin, 31 Ogos 2009

“TURUNKAN GAMBARKU ITU”

“TURUNKAN GAMBARKU ITU”

Seorang kenalan rapat Imam Hassan Al-Banna bernama Abbas Assisi. Beliau mula menjadi kenalan rapat Imam hasan Al-banna sejak dia berumur 17 tahun lagi.

Suatu hari, Imam Hasan Al-Banna telah dijadualkan untuk berceramah di Rashid, satu daerah yang merupakan tempat tinggal Abbas. Mendengar khabar bahawa Imam Hasan Al-banna akan berceramah di daerah mereka, menyebabkan Abbas amat girang tidak terkata. Ini kerana, inilah pertama kali baginya bersua muka dengan Imam Hasan Al-Banna. Selama ini, beliau hanya mengenali Imam hasan Al-banna menerusi keset ceramah dan foto sahaja.

Sesampai sahaja di Rashid, Imam hasan Al-Banna disambut oleh sebilangan ikhwah dari Ikhwan Muslimin dari cabang Rashid.

Ketika sebilangan besar dari yang menyambut Imam hasan Al-Banna di perhentian kereta api Rashid, mereka mahu mencium tangan Imam Hasan, tetapi ditarik tangannya, tidak membenarkan sesiapa pun mencium tangannya.

Apabila sampai di markaz, Imam hasan Al-Banna melihat suasana dalam markaz tersebut, lalu terpaku melihat satu gambar yang melekat di satu sudut di dinding markaz. Gambar itu adalah gambar beliau, yang dibawahnya tertulis sepotong ayat Al-Quran dari surah Al-Ahzab, ayat 23.

Melihat gambar tersebut, Imam Hasan Al-Banna memanggil Abbas As-Sisi sambil berkata, “Wahai anak muda, gambar siapakah ini?”

“itu adalah gambar kamu, As-Syaikh Hasan Al-Banna” jawab Abbas ringkas.

“mengapa kamu menggantungkan gambarku didinding?” soal Imam Hasan Al-Banna lagi.

Abbas diam sejenak, seakan-akan berfikir jawapan yang hendak diberi.

“kami amat menyayangi kamu wahai tuan Syaikh.” jawapan yang diberikan oleh Abbas.

“bukankah kamu sudah berada dihadapan Hasan Al-banna?” soal Imam Hasan Al-Banna lagi.

“benar wahai tuan Syaikh.” Abbas tersenyum sambil menggarukan kepala menjawab.

“alangkah baiknya kalau gambar itu diturunkan, kerana kamu sudah berjumpa dengan tuan yang ada dalam gambar itu” Imam hasan berkata lembut sambil melemparkan senyuman.

Abbas pun menurunkan gambar tersebut.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
1 september 2009 * 5:03 pagi




8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jadi, kes TGNA macam mana ustaz? Tak macam Hassan Al-Banna.

Orang PAS berduyun cium tgn tok guru. gambar jgn cerita. dalam rumah, masuk2, gambar tok guru selalu.

sesuai dgn zaman ke macam mana ustaz?

Tanpa Nama berkata...

bila nak alihkan gambar nik aziz dekat sebelah nie?

Tanpa Nama berkata...

Askm ustaz minta tolong ustaz huraikan ulasan hadis seorang bloggers (Minda Akob). Saya Hj. Azmi yang kita jumpa di R&R Seberang Perak semasa penamaan calun PRK bukit gantang tempohari

Dia mengatakan pemimpin yang zalim tetapi telah dipilih oleh rakyat tak boleh ditentang.

Saya sertakan ulasan beliau:-

Sesiapa telah mengangkat [telah bersetuju melantik] seorang pemimpin kemudian memberikan kepadanya uluran tangannya dan buah hatinya [sebagai tanda persetujuan], maka hendaklah dia [orang yang mengangkatnya] mentaatinya sedaya mungkin. Maka jika datang orang lain yang menentangnya, hendaklah mereka membunuh yang terakhir[penentang].
Aku [‘Abdul Rahman bin ‘Abdi Rabbil Kaabah] bertanya [kepada ‘Abdullah bin ‘Amr]: Apakah kamu mendengar ini dari Rasulullah s.a.w.?
Dia [‘Abdullah bin ‘Amr] menjawab: Aku mendengar [hadis ini] dengan kedua telingaku dan difahami oleh hatiku. – Hadis Riwayat Imam Abu Dawud, no: 3707.

Ada pula yang beranggap bahawa Khalifah Yazid tidak memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik serta beberapa tuduhan tentang sifat-sifat buruk juga telah dilemparkan terhadapnya. Jika tuduhan ini benar sekalipun Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan umatnya untuk tetap taat kepada pemerintah yang pada zahirnya masih Islam walaupun dia seorang yang zalim. Sabda Rasulullah s.a.w:


Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang kamu cintai mereka dan mereka mencintai kamu. Kamu mendoakan mereka, mereka pula mendoakan kamu. Pemimpin yang jahat ialah pemimpin yang kamu membenci mereka, mereka juga membenci kamu dan kamu melaknat mereka, mereka juga melaknat kamu.
Baginda ditanya: “Tidak bolehkah kami perangi mereka dengan pedang?”
Jawab Baginda: “Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat. Ingatlah, sesiapa yang dikuasai penguasa, lalu dia dapati penguasa itu melakukan maksiat kepada ALLAH, dia hendaklah membenci maksiat tersebut namun jangan mencabut tangan dari ketaatan.” - Hadis riwayat Imam Muslim no. 1855.

Saya bukan pakar hadis, tapi bimbang hadis ini dimanupulasi oleh puak-puak UMNO.

Al-Bakistani berkata...

pertama:

Nabi tidak makan daging dob, bukan bermakna makan daging itu adalah haram..

serupalah dalam hal cium tangan dan gantung gambar..

kedua:

kepada haji azmi, ana ada ulas tentang isu yang haji kemukakan itu dalam buku "fenomena nizar"

sekian

Al-bakistani

Al-Bakistani berkata...

kepada haji azmi,, sila rujuk;

http://g-82.blogspot.com/2009/02/patik-mohon-sembah-derhaka-bersalahkan.html

sekian

Al-bakistani

Tanpa Nama berkata...

jadi tak salahlah mengagungkan2 Nik aziz???? pelik jugak nie..

dan nik aziz kesah ke org gantung gambar dia??? ke dia suka dia dipuji mcm tue???

lupa.. dia ulama besar.. maaf..

Al-Bakistani berkata...

apakah memuji itu bermakna mengagungkan??

apakah meletakkan gambar seseorang tokoh itu disebut sebagai mengagungkan??

apakah mengkagumi itu adalah sama dengan mengagungkan??

nampaknya, sekarang kena satu huraian fiqh tentang keharaman mengkagumi seseorang tokoh...

wallahu 'Alam

Al-Bakistani

karim berkata...

Ape salahnye kite nak mengkagumi para alim ulama', seperti TGNA,TGHA, Almarmarhum TG. Fadhil Nor, TG. Harun Din, Sheikh Yusuf al-Qaradawi, al-Banna, Syed Qutb? Bukan ke insan2 ini menjadikan Islam sebagai obor perjuangan mereka...? bahkan kita wajib sama2 mengkagumi dengan erti kata bercita2 untuk mengikut jalan perjuangan mereka ya'ni menyambung mata rantai perjuangan Nabi s.a.w & para sahabat mendaulatkan Islam.

kalau mengkagumi mereka2 yang menegakkan kebathilan boleh dihukumkan mendapat dosa, adakah mengkagumi pewaris nabi, ALlah lokek untuk mengurniakan pahala..?