Rabu, 7 Oktober 2009

BUKAN ISU DAP-PAS, TETAPI….

BUKAN ISU DAP-PAS, TETAPI….

Hari ini, PAS Selangor telah mengadakan satu sejarah - seperti didakwa oleh ketua penerangan PAS Selangor (sila klik) - iaitu dengan wujudnya majlis perdamaian antara PAS - DAP. Makanya, terpampang muka-muka pimpinan PAS dan DAP yang kelihatan tersenyum. (sila klik)

Tidak diketahui, apakah wujud keikhlasan disebalik senyuman yang tergambar itu. Ini kerana, keadaan yang sama pernah berlaku antara Dato' Hasan Ali dan Ronnie Liu dalam isu arak baru-baru ini.

Waimma bersalam dengan tergambar senyuman kemesraan antara dua tokoh tersebut, disamping ’janji setia’ tidak akan mengadakan sebarang tindakan yang melahirkan kekacauan dalam Pakatan Rakyat, tetapi keadaan yang berlaku adalah sebaliknya; iaitu berlaku juga selepas itu satu isu yang sepatutnya tidak berlaku, iaitu selcat.

Hakikatnya, jika difikirkan balik secara rasional, juga dari sudut kronologi kejadian yang berlaku di selangor, isu pertembungan antara PAS - DAP di Selangor, bukanlah isu antara PAS dan DAP, tetapi adalah isu Hasan Ali yang sering melakukan tindakan yang melahirkan pertembungan.

Lebih menjijikkan, segala kejadian yang berlaku, boleh dikatakan semuanya disandarkan kepada isu melayu. kononnya, mempertahankan melayu.

Tidak diketahui, atas asas apa menyebabkan mereka ini suka berbicara tentang melayu. Jika dilihat dari segala kandungan silibus tarbiyyah PAS, tidak terdapat pula kandungan perjuangan melayu. setahu aku, perjuangan melayu hanya wujud dalam ’silibus tarbiyyah UMNO’ sahaja.

Walaubagaimana pun, diharapkan pertemuan antara PAS - DAP pada hari ini benar-benar melahirkan perdamaian, dengan tidak melahirkan krisis lagi selepas ini, sepertimana berlakunya krisis selepas perdamaian antara Dato’ hasan Ali dengan Ronnie Liu di Tropicana baru-baru ini.

sekian

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani



- Sri Indah B, Sg Buloh
8 oktober 2009 * 2:10 pagi

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Samala juga dalam silibus pas, tiada pula menegakkan negara islam.. bukan saya yg kata tp IR. Nizar yg kata..

Tanpa Nama berkata...

Tahniah wan ji kerana membongkar kepalsuan pas selangor. setakat ini tiada org yg berani membongkar isu ini selepas khalid samad. harap dapat disebarkan kepada seluruh ahli pas selangor. Blogger2 umno juga diharapkan dapat siarkan dalam blog & website....