Rabu, 18 November 2009

NEGARA MAQASID?


NEGARA MAQASID?

Pengistilahan nama Negara Islam, bukan dari nas wahyu; al-Quran dan as-Sunnah. Rashid Ridha adalah orang yang mula-mula sekali promosi nama Negara islam itu.

Hakikat pembinaan negara oleh Nabi SAW adalah, negara yang mempunyai kandungan maqasid yang wujud dalam al-Quran dan as-Sunnah. Konsep keadilan, kesaksamaan, benci kezaliman dan sebagainya, merupakan asas pemerintahan di Madinah; negeri pimpinan Nabi SAW.

Lihatlah piagam Madinah yang ditubuhkan oleh Nabi SAW. Kandungannya ternyata dipenuhi dengan seribu satu rahsia keadilan; tidak pernah mengabaikan rakyat, waima terhadap non Muslim, juga mereka yang beragama yahudi.

TITIP PERTEMUAN

Dalam al-Quran, Allah menyuruh supaya mencari titik persamaan. Firman Allah SWT;

تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ

Maksudnya;
“Marilah kepada titik kesamaan antara kami dan antara kamu”

(Surah Al-Imran : 64)

Jika difikir balik, kenapa Allah SWT suruh mencari titik kesamaan, walhal antara muslim dan non Muslim, sudah pasti wujudnya ketidak-samaan?

Mungkin ada rahsia yang tersembunyi yang kita tidak dapat memahami disebalik seruan Allah itu. pun begitu, secara asasnya, semua manusia mempunyai titik kesamaan, waima ada perbedaan dalam beragama.

Di manakah titik kesamaan tersebut?

Jika direnung, kita akan berjumpa satu rahsia yang ingin dirungkai oleh Allah, iaitu semua manusia itu mempunyai kesamaan dari sudut fitrah. Mahukan keadilan, diberikan hak, tidak mahu dizalimi dan sebagainya, merupakan perkara yang tidak pernah lekang dalam kehidupan semua manusia. itulah fitrah manusia.

Manusia tidak suka dirompak, waima manusia itu perompak. Manusia tidak suka dikhianati, waima manusia itu pengkhianat. Inilah hakikat fitrah yang wujud dalam diri dan jiwa manusia.

Merujuk pula kepada al-Quran dan as-Sunnah, konsep ini sememangnya wujud. Adalah dangkal, jika konsep ini dinafikan kewujudannya dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Apa yang dapat difahami, inilah yang disebut sebagai maqasid yang wujud dalam nas ilahi. Maqasid syariah.

Apabila dirungkai segala maqasid-maqasid ini, sudah pasti islam ini bukan sekadar diterima oleh orang islam, bahkan orang bukan islam pasti akan menerimanya. Inilah yang difahami dari maksud ”cari titik kesamaan” yang disebut oleh Allah menerusi surah al-Imran, ayat 64.

BENTERAS KECACATAN FITRAH

Cumanya, cara hendak membenteras segala perkara yang mencacatkan kehendak fitrah manusia ini sahaja berbeda. Contohnya, dalam Islam, apabila orang yang mencuri, pencegahannya dengan perlaksanaan hudud. Adapun dalam agama lain, hudud tidak digunakan, sebaliknya mereka mempunyai kaedah mereka tersendiri.

Perkara yang melibatkan cara, boleh dirunding dengan sebijaksana yang mungkin. Boleh diwacanakan. Buat bandingan antara cara Islam dengan cara-cara yang lain.

Apabila keadaan ini berlaku, selayaknya wacana, forum dan berdebatan tentang cara ini perlu disuburkan. Tidak perlu kita mengambil unsur memaksa untuk rakyat menerima sesuatu hukum dari ilahi, dalam keadaan rakyat sendiri tidak memahami lagi bentuk ilahi dalam menyelesaikan masalah rakyat ini. Ini kerana tindakan sebegitu tidak ada beda dengan method perlaksanaan Islam yang dilakukan oleh Taliban.

Apakah method Taliban salah? Itu bukan persoalannya, yang wajib dipersoalkan adalah, mengapa Taliban tidak berjaya menampakkan keindahan Islam di mata-mata rakyat Afghanistan, walhal Nabi SAW berjaya melakukannya di Madinah, sehingga di Makkah.

Jika kita yakin dengan Islam, tidak ada sebab kita malu atau takut dalam menyatakan bentuk islam dalam memberikan cara untuk menyelesaikan kecacatan kehendak fitrah manusia tersebut.

Bahkan, al-Quran sendiri menyuruh kita berani menyatakan cara dan kaedah dalam menyelesaikan kccacatan fitrah manusia ini. seperti firman Allah;

قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Maksudnya;
”Katakanlah, datangkan hujjah-hujjah kamu, jika kamu orang-orang yang benar”

(Surah Al-Baqarah ; 111)


Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com





- Sri Indah (B), Sg Buloh
18 November 2009 * 11:12 malam




4 ulasan:

penulis berkata...

Salaam,
Saya ada satu soalan. Kenapa quote ayat titik kesamaan tu hanya separuh ayat? Bagi saya, kurang tepat untuk lihat ayat qur'an tanpa relate dengan ayat bersebelahan apatah lagi separuh dari ayat tersebut sahaja.
Saya fahami ayat tersebut adalah kepada people of the book bahawa kita semua menyembah Allah. Mungkin lebih baik ditafsir ayat itu berdasarkan ayat2 sekitar serta hadis2 berkenaannya.
Saya juga baca bahawa ayat itu juga berkenaan dengan surat Rasulullah SAW kepada Hercules.
Mungkin boleh juga diterang berdasarkan itu.
Bukan mengkondem, cuma pelik sahaja kerana quote ayat secara half2 doesn't seem right for me.
Wallahua'lam

PondokDungunTerengganu berkata...

Salam,

Memang Rashid Ridha suka reka-reka. Mengapa perlu sebut 'Negara' ?.

Islam panggil Khilafah bukan Negara. Khilafah lebih luas. Itu memang ada dalam Qur'an. Hadis pun sama. Ijma' tak sah cakaplah. Banyak sungguh.

Negara mainan orang parti. Khilafah tak begitu.

PondokDungunTerengganu

bapakkau berkata...

lu boleh pergi mampos pondok dungun...

akhu_hurairah berkata...

salam ust..
mudah2an ust bakal pemimpin PAS kelak..