Sabtu, 7 November 2009

PAK LAH SAYANGKAN UMNO


PAK LAH SAYANGKAN UMNO

Pak Lah Badawi, bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO sebelum Najib. Dia jatuh dari takhta, kerana tekanan dalaman partinya, juga rakyat Malaysia. Semuanya berpunca, dia kaki tidur dan lembab. Semua orang UMNO tahu kelembapan beliau. Semua letak tanggapan, kalau Pak Lah tidak letak jawatan, pasti UMNO akan terkubur di masa akan datang.

Mahathir hentam Pak Lah. Dari dalam UMNO, Mahathir tidak kesampaian menyampaikan hasrat. Beliau keluar UMNO, untuk nyatakan protes terhadap pak Lah. Ternyata, protes Mahathir menjadi, kerana ramai ahli UMNO berkepala Mahathir, berbanding berkepala Pak Lah.

Ada pengkagum-pengkagum Pak Lah kata, ”Mahathir Nyanyok”. Pun begitu, ternyata Pak Lah adalah kenser parah bagi UMNO. ahli-ahli UMNO bawahan akui apa yang disebut oleh Mahathir, waima kalimah ”mahathir Nyanyok” disebut oleh orang besar UMNO. Hanya perwakilan-perwakilan UMNO tertentu sahaja, pertahankan Pak Lah. Perwakilan yang tidak fikirkan UMNO, tetapi yang fikirkan ”sayang pak Lah”

Pak Lah cucu ulama, Pak Lah Mr Clean, Pak Lah bersih, Pak Lah itu, Pak Lah ini dan banyak lagi pujian ala-ampu kedengaran. Tetapi, desakan ahli-ahli bawahan UMNO, termasuk Najib sendiri, menyebabkan pak Lah sedar kelemahan diri.

Pak Lah tahu, dia beban parti. Makanya, dia mengundur diri secara terhormat, menyerahkan kepimpinan parti dan negara kepada Najib Tun Razak.

Pak Lah ternyata disayangi oleh ahli UMNO selepas mengundurkan diri dari kepimpinan. Maka kedengaran cakap-cakap orang UMNO, ”Pak Lah tak penting diri, menantu dan Kroni, tetapi Pak Lah sayangkan UMNO”.

UMNO sepatutnya bersyukur sebab dapat seorang pemimpin seperti Pak Lah. Kerana, kalau Pak Lah masih kekal dalam UMNO sekarang, sudah pasti UMNO sudah semakin tenat.

Adapun orang PAS pula, patut marah dan benci kepada Pak Lah yang letak jawatan. Kerana, perletakkan jawatan beliau itu, menyebabkan Islam semakin hari semakin jauh dari rakyat Malaysia. Jika beliau terus dengan jawatan, sudah pasti rakyat semakin hari semakin sayangkan islam, semakin hari semakin meninggalkan kezaliman dan penindasan, dan sudah pasti Rakyat akan meninggalkan UMNO, seterusnya memberi kemenangan kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya akan datang..

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 November 2009 * 11:19 pagi


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Siapa pada pandangan ust yang sesuai mengantikan ust Hadi ?.
Apa ciri-ciri pilihan ustad.

ore pasir peke berkata...

bangang punye us kelaroh,maner ade pakloh jd pm n preseden umno org jadi dekat ngan islam.mung ingat islam hadori tu baik ke ?bunyi ngaji di pakistan ,us n seh2 robbana dia semua hebak2,tapi kalu doh klahoh gak....

IbnuQalil berkata...

Salam,

Apa yang ana dapat simpulkan dari penulisan Ustaz ialah, ustaz mahu TGHH berundur. Perumpamaannya seperti pengunduran Pak Lah.

Ustaz lupa ke, perjuangan PAS dan Umno jauh beza. Kepimpinan itu satu amanah. TGHH siang malam, ke hulu ke hilir semuanya kerana perjuangan dan Islam. Bodoh lagi ke camtu? Lembap lagi ke camtu?

Hayatilah kembali Surah al Maidah ayat 54-57 jika tidak silap ana. Antara ciri pejuang ialah tidak takut celaan orang yg mencela. Ana geram bila orang luar mencaci ulama' dan pemimpin Islam. Tapi ana doa kecelakaan bagi golongan ustaz yg mencela ulama' dan pemimpin Islam.

Tanpa Nama berkata...

Ibnqalil,
TGHH mmg alim. mmg bagus.

tapi satu je, he has no sense of leadership.

bezakan alim, hebat dlm ilmu agama vs leadership, visionary.

alim sahaja tidak mencukupi. kerana dunia politik di malaysia, memerlukan lebih dari itu. bukannya seorang yg hanya mampu berucap spt dlm ceramah agama.

spt mana kata imam ahmad, antara orang yg kuat vs orang yg alim dlm memimpin tentera.