Khamis, 10 Disember 2009

APAKAH INI KEHIDUPAN? (11)


APAKAH INI KEHIDUPAN? (11)

Kami makan di salah sebuah kedai yang berhampiran di tempat itu. Aku makan, tetapi hatiku kurang tenang, kerana memikirkan keadaan Aini.

”dorang ni pun, kena raikan juga” hati kecilku berkata.

”macam mana ye, budak tu boleh kena rogol?” abang Ali memulakan soalan ketika kami sedang makan.

”entah la.. tapi menurut cerita Doktor tu, dia cakap Aini ni datang dari Yan, Kedah. Dia datang nak jumpa ngan sepupu dia” aku mula bercerita. Abang Ali dan Haji Rahman melihat wajahku, sambil menyantap rezeki.

“ceritanya, Mak saudara dia suruh datang KL ni. Jadinya, bila dia datang, ada budak jantan ambil dia naik kereta. Pastu dia kena rogol” sambung ceritaku lagi.

“apa kaitan antara budak jantan tu dengan Aini pula?” soal Haji Rahman dalam keadaan dahi agak berkerut.

“tak pasti pula tu. Katanya, budak lelaki tu abang kepada supupu si aini ni” jawabku, tetapi jawapan itu pun aku tidak yakin. Sebab, aku dapat cerita itu pun pun menerusi cerita orang, bukan dari sumber yang kuat.

Abang Ali dan Haji Rahman hanya mendengar ceritaku. Mereka diam, hanya menyuapkan makanan ke mulut sahaja.

PECAHKAN JE TINGKAP TU?

Selesai makan, kami terus bergegas ke rumah tempat Aini dikurungkan. Dalam pemikiranku, mungkin sudah ada cermin tingkap yang sudah pecah. Tetapi, setelah sampai, tiada ada apa-apa perubahan berlaku.

Aku cuba mendail nombor telefon Aini, dan Aini menjawab panggilan telefonku.

”Hello ustaz... Hp ni nak habis sesangat dah bateri dia ni ha...” Aini terus berkata tanpa memberi salam.

”Aini pecahkan cermin tu la.. kami nak tahu je, kat mana...err..” talian terputus.

”aduh... dia terputus la pula” aku bersuara sendirian.

Abang Ali tengok kelaku aku, ”kenapa ustaz?” tanya Abang Ali

”mungkin telefon budak ni habis bateri kot” jawabku

”cuba ustaz SMS jer” Haji Rahman memberi cadangan.

Aku terus taip Sms meminta agar Aini pecahkan cermin, ataupun bagi apa-apa tanda sekalipun, untuk kami nak tahu secara tepat tempat Aini sedang dikurung.

Tiba-tiba hpku berbunyi, menandakan aku menerima sms.

Dilihat, sms dari Aini, tercatit ”ok ustaz, Aini akan cuba”

Aku tunggu agak lama. Boring pun ada. Kadangkala, perasaan putus asa pun sudah berkunjung tiba.

Aku cuba menelefon Aini, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan. Di cuba berpuluh kali, tetap tidak mendapat sebarang jawapan balas.

Aku terus menaip nombor telefon Doktor Ika, tetapi tidak sempat aku mendail, tiba-tiba satu call aku dapat. tercatit nama Zul. Aku terus menyambut panggilan.

”macam mana syaikh?” tanya Zul.

“entah la.. tak tahu apa cerita lagi ni. Bateri hp dia mati la pula.. dah berpuluh-puluh kali dah aku telefon dia. Tak dapat” aku memberi penjelasan

“emm.. ok.. macam ni je la.. kalau hang konfom mana satu kedai tu, hang pecahkan jer kedai tu’’ desak Zul.

”yap.. aku tunggu nak konfom jer. Kalau nak redah sekarang, nanti kena kedai orang, jadi hal pula” aku memberi ingatan.

”ok.. apa-apa hal, telefon aku” Zul mengakhiri perbualan.

Aku terus tekan butang off untuk memutuskan talian.

Aku sudah keletihan teramat sangat. Mengantuk pun ada. Sudah berkali-kali aku menguap, tetapi tidak dapat melakukan apa-apa tindakan pun.

Aku cuba call Aini, tetapi tetap tidak dapat. putus asaku sudah sampai ke tahap semaksima mungkin. Aku terus berjumpa dengan Abang Ali yang sedang berbaring dalam kereta estimanya. Wajahnya tergambar keletihan.

”Macam mana ustaz?” soal Abang Ali.

“Serba salah ana nak jawab soalan abang Ali tu. Nak kata tunggu, kita dah sejam lebih dok macam ni je.. nak kata balik, takut rasa rugi pula” jawabku ringkas.

“kami tak apa ustaz. Kami follow ustaz je ni” Haji Rahman bersuara, sambil Abang Ali menganggukkan kepalanya, membenarkan apa yang diucapkan oleh Haji Rahman.

“macam ni la abang ali, kita bersurai dulu. Kita tunggu respon lepas ni pula.. apa-apa hal nanti, ana bagitau kat abang ali’’ kataku membuat keputusan.

“ok ustaz’’ jawab Abang Ali.

Kami terus naik kereta estima, menuju ke rumah Haji Rahman. Dalam perjalanan, aku cuba call Aini lagi, tetapi tetap tidak dapat.

Aku pun menaip sms, ”Ustaz dah cuba usaha nak selamatkan Aini. Aini pula, kena tolong ustaz la untuk selamatkan diri Aini.. Aini kena agresif sikit” terus di sendkan kepada nombo telefon Aini.

PULANG

Smsku kepada Aini tidak dibalas langsung. Aku pulang dengan penuh keletihan. Pemikiranku, tidak habis-habis memikirkan apa yang terjadi pada aini.

Sesampai sahaja di rumah, aku terus mandi dan menunaikan solat asar. Aku solat asar hari ini agak lewat sikit, iaitu ketika jam di dinding menunjukkan hampir pukul 6 petang.

Setelah solat, aku ambil kitab ”At-Tafsir Al-Kabir” karangan Imam Fakhruddin Ar-Razi, untuk ulangkaji sebagai persiapan untuk kuliah maghrib malam itu di Surau An-Najahiyyah, Shah Alam.

Aku membelek tafsir surah Yasin, tetapi kepalaku tidak terfokus untuk membaca kitab tafsir yang muktabar itu.

Sedang asyik aku membelek, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi...

Bersambung...


p/s : to MP padang terap.. hang diberi gaji untuk maki UMNO/BN dalam parlimen, bukannya maki dalam ruangan blog orang.




- Sri Indah (B), Sg Buloh
10 Disember 2009 * 10:53 malam

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cerita ni semakin mendebarkan. ok teruskan ustaz. saya cuma nak tanya satu je. kat blog mana ust MP padang terap tu menyibuk?

akhu_hurairah berkata...

baru nk berdebar?
ana dah nk gugur jantung..haha..
yer ust, kt blog mana MP tu menyibuk? biar kami piat telinga dia..

ali berkata...

ese pun nak menyibuk samo. kt mana mp x kacak itu menyibuk?? meh sini den ajar dia sikit