NIZAR PEGANG LILIN?
Berita kematian seorang setiuasaha politik kepada salah seorang exco kerajaan negeri Selangor yang berbangsa cina telah tersebar. Bagi menuntut keadilan terhadap kematian tersebut, ramai sahabat-sahabat yang berbangsa Cina memasang lilin, sebagai satu symbol protes terhadap kezaliman pembunuhan terhadap Saudara Teoh Beng Hock.
Isu pasang lilin ini tidak menjadi hebat, melainkan apabila didapati Ir Mohammad Nizar Jamaluddin turut sama memegang lilin. Ramai mendakwa, tindakan itu bercanggah dengan islam, dan dikatakan bisa melahirkan kerosakan pada akidah.
ADAT ATAU IBADAT?
Memegang lilin dalam masyarakat cina tidak sekadar merujuk kepada pemujaan, atau berkabung. Sebaliknya, dalam masyarakat cina, memegang lilin tidak sekadar dilakukan dikala berlaku kematian, bahkan ia digunakan sebagai satu symbol dalam melakukan sesuatu protes.
Sebelum ini pun, banyak program-program berbentuk protes terhadap kezaliman ISA disertakan dengan acara membawa lilin kecil. Ia merujuk kepada kezaliman telah bermaharajalela, pun begitu, masih ada lagi golongan yang sedikit yang akan mempertahankan keadilan.
Apabila banyak orang membawa lilin, ia merujuk kepada maksud, golongan yang mempertahankan keadilan itu ramai, waimma mereka bukan dari golongan yang berkuasa.
Apabila difahami ini, nyata bahawa tindakan membawa lilin yang dilakukan oleh Saudara Mohammad Nizar Jamaluddin itu bukanlah amalan yang berbentuk ibadat dalam agama budha, malah ia merupakan budaya bangsa cina yang merujuk kepada maksud protes. Apabila ini difahami, nyata, ia bukan perkara ibadat, tetapi perkara adat.
Kondisi ini, sama seperti tindakan bangsa melayu yang memasang pelita di 10 hari terakhir bagi bulan ramadhan. Ia bukan bermaksud ibadat, tetapi sekadar adat melayu yang menunjukkan peringatan agar bersiap sedia dalam usaha untuk mendapatkan malam lailatul qadar.
ADAT ADALAH HARUS
Apabila sesuatu perkara itu merujuk kepada adat, sudah pasti hukumnya adalah harus, selagimana tidak wujud sebarang dalil yang jelas dan nyata atas pengharamannya.
Kaedah fiqh menyebut;
الأصل في الأشياء الإباحة
Maksudnya;
“Asal sesuatu perkara adalah harus”
Asas kaedah ini disandarkan kepada firman Allah SWT;
هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا
Maksudnya;
”Dia (Allah) yang telah menciptakan untuk kamu semua perkara yang ada di bumi”
(Surah Al-Baqarah : 25)
Justeru, hukum memegang lilin yang dilakukan oleh Nizar bukanlah perkara haram, malah ia adalah perkara yang harus, kerana merujuk kepada amalan adat dalam masyarakat Cina, sepertimana keizinan orang islam memakai pakaian berbangsa cina.
Sekian
Baca sama;
1- nizar pegang lilin : kenyataan media ADUN Titi Serong. (cina islam)
2- Sertai perhimpunan nyalaan lilin tidak salah – Timb Mufti kedah (Cina Islam)
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg buloh
20 Julai 2009 * 11:26 malam
Berita kematian seorang setiuasaha politik kepada salah seorang exco kerajaan negeri Selangor yang berbangsa cina telah tersebar. Bagi menuntut keadilan terhadap kematian tersebut, ramai sahabat-sahabat yang berbangsa Cina memasang lilin, sebagai satu symbol protes terhadap kezaliman pembunuhan terhadap Saudara Teoh Beng Hock.
Isu pasang lilin ini tidak menjadi hebat, melainkan apabila didapati Ir Mohammad Nizar Jamaluddin turut sama memegang lilin. Ramai mendakwa, tindakan itu bercanggah dengan islam, dan dikatakan bisa melahirkan kerosakan pada akidah.
ADAT ATAU IBADAT?
Memegang lilin dalam masyarakat cina tidak sekadar merujuk kepada pemujaan, atau berkabung. Sebaliknya, dalam masyarakat cina, memegang lilin tidak sekadar dilakukan dikala berlaku kematian, bahkan ia digunakan sebagai satu symbol dalam melakukan sesuatu protes.
Sebelum ini pun, banyak program-program berbentuk protes terhadap kezaliman ISA disertakan dengan acara membawa lilin kecil. Ia merujuk kepada kezaliman telah bermaharajalela, pun begitu, masih ada lagi golongan yang sedikit yang akan mempertahankan keadilan.
Apabila banyak orang membawa lilin, ia merujuk kepada maksud, golongan yang mempertahankan keadilan itu ramai, waimma mereka bukan dari golongan yang berkuasa.
Apabila difahami ini, nyata bahawa tindakan membawa lilin yang dilakukan oleh Saudara Mohammad Nizar Jamaluddin itu bukanlah amalan yang berbentuk ibadat dalam agama budha, malah ia merupakan budaya bangsa cina yang merujuk kepada maksud protes. Apabila ini difahami, nyata, ia bukan perkara ibadat, tetapi perkara adat.
Kondisi ini, sama seperti tindakan bangsa melayu yang memasang pelita di 10 hari terakhir bagi bulan ramadhan. Ia bukan bermaksud ibadat, tetapi sekadar adat melayu yang menunjukkan peringatan agar bersiap sedia dalam usaha untuk mendapatkan malam lailatul qadar.
ADAT ADALAH HARUS
Apabila sesuatu perkara itu merujuk kepada adat, sudah pasti hukumnya adalah harus, selagimana tidak wujud sebarang dalil yang jelas dan nyata atas pengharamannya.
Kaedah fiqh menyebut;
الأصل في الأشياء الإباحة
Maksudnya;
“Asal sesuatu perkara adalah harus”
Asas kaedah ini disandarkan kepada firman Allah SWT;
هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا
Maksudnya;
”Dia (Allah) yang telah menciptakan untuk kamu semua perkara yang ada di bumi”
(Surah Al-Baqarah : 25)
Justeru, hukum memegang lilin yang dilakukan oleh Nizar bukanlah perkara haram, malah ia adalah perkara yang harus, kerana merujuk kepada amalan adat dalam masyarakat Cina, sepertimana keizinan orang islam memakai pakaian berbangsa cina.
Sekian
Baca sama;
1- nizar pegang lilin : kenyataan media ADUN Titi Serong. (cina islam)
2- Sertai perhimpunan nyalaan lilin tidak salah – Timb Mufti kedah (Cina Islam)
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg buloh
20 Julai 2009 * 11:26 malam
32 ulasan:
Assalamualaikum.
Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, melaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;
Bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(al-Kafirun ayat 1-6)
betul tu.. sebab tu, orang PAS tidak sama dengan Orang UMNO.
Orang PAS nak Islam. dalam Islam, wujud keinginan nak kepada keadilan sejagat.
Orang UMNO tak nak islam. juga lakukan kezaliman.
bagi UMNO, agama UMNO. bagi PAS, agama Islam....
sekian
Al-Bakistani
Saya SANGAT SETUJU dengan Saudara DR 1221 di atas. Contohnya amalan meletakkan kalungan bunga di patung Tugu Negara yang juga jelas, terang dan nyata mempunyai persamaan dengan umat lain, malah hukumnya adalah haram dan boleh membawa kepada syirik berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke 19 pada 6 Oktober 1987.
DR 1221!
Apa ko citer ni? identiti umat islam tu ada kalo ko amalkan sunnah nabi seperti berjanggut, berjubah, berserban serta mengikut al quran sunnah dalam kehidupan seharian. Contoh lain yg tidak dilarang jika tidak melanggar akidah sebab budaya kaum dan adat resam seperti pakai kot, baju melayu, baju kurung, songkok, cheongsam, baju tradisi cina, india, sikh, pasang pelita, pasang colok dan lilin, guna daun pisang dan lain2. Kalo ko kata tak boleh sama, ko ikut sebiji cara dan akhlak rasulullah macam TG N Aziz dan sesetengah ulama amalkan cth zuhud, berserban, berjubah, berjanggut, menghormati tetamu dan sesama manusia, tiada darjat, munakahat, muamalat, syariat, ibadat termasuk ibadat malam dan sunat, yang beza hanyalah amal soleh, beriman dan tak beriman. jgn pakai baju melayu dan songkok, nanti serupa org melayu yg bukan beridentitikan islam. Dan bergantung dan berserah kepada allah semata2 dlm setiap apa yg kita lakukan 24 jam sehari. Ko boleh buat ke? Yg salah adalah contohnya meniru pakaian pendeta nasrani dan yahudi yg bercirikan agama, bersumpah junjung kitab quran seperti nasrani bersumpah atas injil. Bersumpah cukup sekadar nama allah. berhimpun dalam majlis doa2 dan ibadat agama lain. mengamalkan cara agama lain dgn menyembah si mati dan roh tok nenek mereka. Membina patung besar pada si mati macam kerajaan bina tugu negara, berarak dan mengagungkan simati dengan himpunan serta bunga2 seperti upacara yg sering diamalkan oleh kristian. Kenapa perlu bina patung? kan cukup sekadar memorial sahaja dgn nama2 simati? Kan majlis fatwa dah haramkan. Yg pemimpin2 BN ikut sapa suruh? Menghormati simati adalah saranan rasul walaupun simati bukan islam apatah lagi simati berjuang menegakkan keadilan dan tentang kezaliman.
Wayang kulit dan mak yong atau kuda kepang diharamkan oleh TGNA serta ulama2 lain sebab ada unsur puja dan agungkan dewa atau syaitan. Tetapi kalo diubahsuai utk hiburan dan diselitkan elemen islam kan bagus! Aku rasa ko sendiri tak faham apa yg ko cakap dan hujahkan! Ko teruskan dgn fahaman kebangsaan dan perkauman sempit melayu Umno ko je la kalo tak nak berubah, kami dgn perjuangan islam kami.
salam.
ustaz mengatakan bahawa:
Justeru, hukum memegang lilin yang dilakukan oleh Nizar bukanlah perkara haram, malah ia adalah perkara yang harus, kerana merujuk kepada amalan adat dalam masyarakat Cina, sepertimana keizinan orang islam memakai pakaian berbangsa cina.
Mari kita lihat apa yang sebenarnya yang dilakukan ketika memegang lilin itu.Mereka mengenang akan kematian. Oleh itu, adakah perbuatan mengenang kematian sambil memegang lilin hanya semata-mata berasaskan budaya, adat resam, tanpa ada asas-asas kepercayaan/agama?
mengapa lilin? mengapa perlu dinyalakan?
Jika Candlelight vigil oleh Kristian memang ia bukan sekadar lilin tetapi ada anjuran agama di dalamnya seperti yang diterang di laman web ini
"Candles are used in processions, at the altar and are lit as a sign of remembrance or to accompany prayer."
Jika nak diselidik dalam masyarakat Tiong Hua sendiri, lilin dan upacara kematian berkait rapat, mereka ada iman tentang lilin tersebut seperti yang diterangkan di web ini
"Lilin
Lilin merupakan tanda duka-cita, tetapi juga merupakan tanda bahwa para pelayat tidak membawa sial. Menurut kepercayaan mereka tetesan air lilin ini tidak boleh kena tubuh kita, karena akan membawa sial seumur hidup."
kalau kita fikir secara logik pun tahu, memegang lilin sambil mengenang kematian seseorang sedangkan lampu masih boleh digunakan, jika bukan kerana ada kepercayaan ke atas nyalaan lilin, mereka boleh saja bertafakur secara senyap tanpa lilin.Maka semestinya memegang lilin itu berasaskan kepada kepercayaan/agama. bolehkah kita turut memegangnya bersama sebagai orang beriman?
sedangkan kita tahu perlakuan itu syirik? dan kita rela menyerupai perlakuan itu?
"Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia di kalangan
mereka" (Riwayat Abu Daud, sahih).
baca juga:
fatwa menyerupai orang kafir"
Woosstad, lepas ni tiap malam hang cucuh la lilin letak kat depan pagar rumah hang.. Hang pelekat la sekali gambar cina tu.. Mau kata boleh...hentam saja..
Tok Guru senyap saja ni.....Awat????
isu hadis nabi;
"barangsiapa yang menyerupai satu kaum, maka ia dari kaum itu"
jika dirujuk kepada syarah hadis, kita akan faham. maksud penyerupaan yang diharamkan apabila melibatkan perkara ibadat. adapun melibatkan kepada budaya, atau adat, maka itu tidak termasuk kandungan hadis ini.
kita orang Islam tidak mengapa menyerupai orang india yang memakai kurta. kita tidak mengapa menyerupai orang amerika memakai kod dan tali leher.
tetapi, kita tidak boleh menyerupai orang india yang pakai "tiga line" di dahi (sami hindu), tidak boleh menyerupai orang amerika kristian yang memegang salib.
adapun dalam hal pegang lilin atas kematian teoh beng hock, ia adalah simbol protes yang diterima dunia. cumanya, ada dakwaan amalan pegang lilin itu ada kesamaan dengan kristian. itu hanyalah kebetulan sahaja.
apabila kristian pun pegang lilin sepertimana tindakan melakukan sesuatu protes dengan pegang lilin, apakah kondisi kedua-duanya adalah sama??
takkan kita nak salahkan pakai serban dari kalangan orang islam, disebabkan orang sikh pun pakai serban??
memang sama-sama pakai serban, tapi kondisi kedua-duanya ada perbedaan..
sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
kalau ada orang bagi lilin untuk ana pegang dalam majlis protes kematian teoh beng Hock, ana akan pegang lilin tu...
sebab, ana nak tunjuk protes kepada kerajaan yang melakukan kezaliman sehingga mengabaikan nyawa manusia, waimma teoh bukan orang islam, malah melayu sekalipun.
sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
mengapa lilin?
sedangkan kita faham protes boleh saja dilakukan dengan memegang sepanduk, atau memberi ucapan.
mengapa pegang lilin? adakah penerimaan dunia bahawa memegang nyalaan lilin ini hanya satu kebetulan sama dengan beberapa agama tanpa ada asas-asas kepercayaan tahyul di sebaliknya?
Islam mengajar umatnya tidak menerima suatu amalan kebiasaan secara bulat-bulat, malah apa lagi jika amalan itu sejarahnya mencatatkan unsur tahyul menganjurkannya.
Lihat saja adat-adat melayu yang menjadi kebiasaan orang melayu telah cuba dibersihkan oleh para alim ulama seperti usaha wali songo mengislamisasikan adat resam di indonesia.
Kita lihat pula hadis Nabi ini:
Tsabit bin ad Dhahhak ra berkata: Pada masa rasulullah saw ada seseorang yang bernadzar akan menyembelih unta di suatu tempat yang bernama bawwanah lalu ia datang kepada nabi saw dan berkata kepada beliau: sungguh aku telah bernadzar akan menyembelih unta di bawwanah, maka nabi saw berkata: "Apakah dulu di sana ada salah satu berhala orang jahiliyah yang disembah?" Para sahabat berkata: tidak, nabi bertanya lagi: "Apakah dulu di sana pernah diadakan peringatan hari keagamaan mereka?" Sahabat berkata: tidak, maka nabi saw berkata: "laksanakanlah nadzarmu, karena tidak boleh melaksanakan nadzar dalam kemaksiatan kepada Allah, dan tidak pula pada suatu hal yang tidak bisa dilakukan oleh manusia". (HR. Abu Daud).
Nabi menyoal sejarah tempat bawwanah itu ada syirik atau tidak sebab apa? sebab Nabi tak mahu umatnya melakukan menyerupai amalan orang Kafir akan kesyirikannya.
Baik kembali pada lilin. Kita tahu orang kafir mempercayai sesuatu akan lilin bernyala ini, dan kepercayaan mereka syirik. Walaupun tujuan mereka untuk memprotes atau mengenang kematian saja, tapi kaedah protes dan kaedah mengenang kematian itu dengan cara syirik, iaitu dengan memegang lilin.
Mengapa lilin? boleh sesiapa terangkan?
Berkenaan dengan pakaian itupun sama, jika pakaian itu menjadi pakaian khas untuk keagamaan mereka, maka apakah kita halal memakainya?
Benar serban itu halal, tapi jika saya memakai serban sikh dengan cara ikatan mirip sikh, warna serban pun sama adakah halal?
bagaimana jika saya memakai baju sami buddha, pakai baju pope, pakai baju paderi kristian yang ada line putih di tengkuk itu, adakah halal?
Islam melarang menyerupai keagamaan orang kafir. memegang lilin bernyala ini memang berasal dari amalan tahyul orang kafir, memang itulah hasrat puak kuffar mahu membudaya universalkan agama mereka. Di Jepun misalnya sudah ramai pengantin baru yang bernikah gaya gereja dengan memakai gaun putih dan pengantin perempuan membaling bunga dan siapa yang dapat menangkap bunga akan mendapat jodoh seterusnya.
di Malaysia juga sudah ada yang mengamalkannya.
adakah Islam membenarkan budaya yang menyerupai orang yang kuffar kepada Allah?
Hal ini dah ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w seperti yang ditulis oleh Ibn Hajar al-Asqalani:
"Rasulullah saw. sering meniru-niru ahli kitab untuk menarik simpati mereka dan apa yang dilakukannya itu berlawanan dengan perbuatan orang musyrik. Tatkala orang-orang musyrik banyak yang masuk Islam (di Madinah), sementara ahli kitab (banyak yang) tetap mempertahankan kekufurannya, maka Rasulullah saw. segera meninggalkan perbuatannya yang meniru-niru ahli kitab." (Fath al-Bâri, jld. X/361-362).,
Dan janganlah kamu sekalian menyerupai Yahudi dan Nasrani. H/R Ahmad.
p/s: sudah tahu pegang lilin mengenang kematian ini amalan nasrani tapi masih rela melakukannya? lebih teruk jika ada alim yang mengharuskan peniruan amalan ini sedangkan islam tidak mengajar mengenang kematian memegang lilin. mana lebih anda suka tiru, amalan anjuran islam atau amalan meniru nasrani?
Blogger Al-Bakistani berkata...
kalau ada orang bagi lilin untuk ana pegang dalam majlis protes kematian teoh beng Hock, ana akan pegang lilin tu...
sebab, ana nak tunjuk protes kepada kerajaan yang melakukan kezaliman sehingga mengabaikan nyawa manusia, waimma teoh bukan orang islam, malah melayu sekalipun.
sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
MATLAMAT MENGHALALKAN CARA
Pertama:
Mengapa lilin??
Apakah sekadar angkat sepanduk, atau memberi ucapan sahaja menunjukkan makna protes??
Lilin disinonimkan dengan api yang kecil. Api dimaksudkan dengan cahaya, sudah pasti merujuk kepada keadilan. Apabila kezaliman telah bermaharaja lela, bermakna kegelapan menguasai kondisi.
Justeru, apabila menggunakan lilin; api yang sedikit, ia memberi maksud keadilan tetap pasti ada, waimma dari kalangan yang kecil; waimma bukan dari kalangan yang berkuasa.
Itulah yang disebut sebagai simbol protes.
Ya,, memang sepanduk dan ucapan juga boleh melambangkan protes, tetapi di mana salahnya menggunakan lilin sebagai tanda protes???
Kedua:
Berkenaan hadis bawwanah???
Perlu diperhatikan, itu adalah perkara yang berkaitan dengan nazar yang merujuk kepada amalan ibadat. Bermakna, ibadat nazar yang digabungkan dengan ibadat cara syirik dahulu kala. Ekoran itu, ia adalah haram.
Adapun dalam hal lilin, ia bukan merujuk kepada ibadat, tetapi protes dengan cara dan budaya masyarakat cina. lebih-lebih lagi, teoh beng Hock berbangsa cina.
Ketiga:
Tidak dinafikan, pakaian yang khusus untuk peribadatan agama lain, haram dipakai oleh orang islam. kerana itu termasuk dalam kandungan hadis;
“barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia dari kaum tersebut”
Adapun dalam hal lilin, ia bukan ritual khusus keagamaan dalam nasrani sahaja, malah ia telah diterima ramai bahawa sebagai symbol protes yang sama sekali tidak melibatkan kepada urusan keagamaan. Justeru, di manakah salahnya menggunakan symbol protes itu??
Jika dengan memegang lilin pun sudah dirujuk kepada menyerupai ritual keagamaan, maka apakah haram kita memasang lilin di rumah dengan sebab terputus bekalan elektrik???
Keempat:
Semua amalan orang yahudi dan nasrani perlu ditolak??
Pada ana, tidak semua amalan orang kafir itu perlu ditolak. Bahkan, jika sesuatu amalan dari orang kafir itu tidak bercanggah dengan nas yang qatii dan yang sareh, maka ia dibenarkan diamalkan oleh orang islam.
Ini bersandarkan kepada kisah Nabi SAW menerima cara peperangan Majusi di Farsi, iaitu dengan gali parit ketika meletusnya peperangan khandaq atau peperangan ahzab.
Begitujuga, Nabi SAW menerima pandangan Abu bakar As-Siddiq yang mencadangkan agar orang kafir mengajar anak orang islam membaca ketika Nabi meminta cadangan cara untuk selesaikan masalah tawanan badar.
Bahkan, Nabi SAW ada menyebut dalam hadis yang bermaksud;
“kebijaksanaan adalah barang keciciran orang beriman. Sesiapa yang kutip, maka dia adalah orang paling berhak” (walaupun hadis ini lemah, tetapi dalam ilmu usul fiqh ada menyebut, hadis lemah boleh dijadikan hujjah untuk mengkuatkan hujjah yang sedia kuat)
Kelima;
nabi SAW berkata jangan menyerupai orang yahudi dan nasrani??
Hadis itu terlalu umum, malah perlu dikhususkan dengan hadis-hadis yang lain.
jika kita merujuk satu hadis yang diriwayatkan oleh Abi Daud dengan sabda Nabi SAW bersabda;
“jangan kamu menyerupai yahudi, kerana mereka apabila solat mereka tidak solat dengan tidak pakai kasut” (abu daud : 556)
Justeru, apakah kita yang selama ini solat atas masjid memakai kasut itu menyerupai yahudi???
keenam;
matlamat menghalalkan cara???
Ia bukan isu matlamat menghalalkan cara, tetapi cara itu dibenarkan dalam Islam disebabkan tidak ada hujjah yang kuat menyatakan pengharamannya.
Bukankah kita pernah mendengar ulama-ulama hadis ada menyebut, “marilah kita mengumpat kerana Allah” iaitu dikala mereka berbicara tentang Aj-Jarh Wa Ad-Taqdil...
Apakah ini disebut sebagai MATLAMAT MENGHALALKAN CARA?
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
pembetulan hadis;
yang salah;
“jangan kamu menyerupai yahudi, kerana mereka apabila solat mereka tidak solat dengan tidak pakai kasut” (abu daud : 556)
yang betul:
"jangan kamu menyerupai yahudi, kerana mereka apabila solat, mereka tidak solat dengan pakai kasut"
maaf atas kesilapan yang tidak disengaja.
sekian
Wallahu 'Alam
pembetulan.
yang salah;
Justeru, apakah kita yang selama ini solat atas masjid memakai kasut itu menyerupai yahudi???
yang betul:
justeru, apakah kita yang selama ini solat atas masjid dengan tidak memakai kasut itu menyerupai yahudi??
maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan..
sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
salam.
ustaz berkata:
"Adapun dalam hal lilin, ia bukan merujuk kepada ibadat, tetapi protes dengan cara dan budaya masyarakat cina. lebih-lebih lagi, teoh beng Hock berbangsa cina."
benarkah masyarakat cina secara budaya memprotes dengan menggunakan lilin?
saya fikir ustaz tidak mengkaji dengan mendalam apakah perbuatan MENGENANG KEMATIAN DENGAN MEMEGANG NYALAAN LILIN adalah budaya yang dibolehkan pada umat Islam?
Perbuatan mereka memegang lilin kerana mengenang akan kematian. Ini adalah sebahagian fungsi Candlelight Vigil.
Dan Candlelight vigil bukan diambil dari budaya cina.
Ia didapati dalam banyak agama pagan atau purba yang mengandungi tahyul dan syirik, kemudiannya terserap dalam agama Yahudi dan Nasrani.
Jadi penyebar amalan Candlelight Vigil untuk menjadi budaya universal adalah Yahudi dan Nasrani.
Adakah ustaz benar-benar yakin fatwa keharusan mengenang kematian dengan memegang nyalaan lilin yang ustaz sudah haruskan pada umat Islam ini tak akan membuatkan ustaz menjadi pembantu Yahudi dan Nasrani untuk menguniversalkan ketahyulan dan kesyirikan agama mereka yang telah rosak dengan percampuran segala macam kekarutan kepercayaan itu?
saya lihat ustaz tidak sensitif langsung dengan amalan Candlelight Vigil kerana mungkin ustaz tidak mengetahui apa maksud vigil.
Vigil itu berkaitan dengan ritual,iaitu amalan agama/kepercayaan/iktikad. Bagaimana boleh dikatakan ia hanya budaya, tanpa melibatkan kepercayaan.
Malah ustaz sendiri sudah memberikan simbolisme kepada lilin. Adakah boleh seorang beriman yakin akan simbolisme lilin yang ustaz maksudkan di atas?
astaghfirullah. saya tak melihat ucapan ustaz melainkan sesat lagi menyesatkan. maaf.
Salam ustaz,
Hope you and family are in the pink of health.My name is Nur Muhd Nidzam and i am a convert,I frequently read your blog as well as other PAS leaders blog like saudara Khalid samad,saudara Idham lim and others.It is people like you that have made learn more about Islam and eventually open my heart to Allah ta'aalah..I am very lucky that Muslims like yourselves exist in this world.
I would like you to know that leaders like yourselves have succeeded in getting more non Muslim to be attracted to islam and I would consider that to be the greatest jihad.
Not one UMNO leader in the current cabinet would be able to achieve that.The way some PAS leaders have fought for justice for Teoh Beng Hock is really moving our hearts.It shows to the corrupt regime UMNO what it means to be non racist.
I strongly believe that if the party would stay focused to fight for all races, continue to stand for justice,keep resisting the advances of the corrupt regime and keep strengthening the ties with other PR parties, then there would be a very good chance for PAS to accepted as the main Malay
political party of Malaysia.
I would pray and ask for that day to come soon enough.I wish you the best and selamat berjuang untuk AGAMA DAN NEGARA.
Sekian Terima Kasih
Pertama;
Dalam article ini, kita tidak berbicara tentang mengenang kematian, tetapi perbicaraan ana adalah, protes terhadap kezaliman dengan membawa lilin..
Ingat,, isunya adalah PROTES TERHADAP KEZALIMAN, bukannya MENGENANG KEMATIAN..
Dua isu yang berbeda...
Kalau mengenang kematian dengan membawa lilin, itu ana pun bersetuju mengatakan perbuatan itu adalah haram.
Kedua:
ana tidak mengatakan amalan protes dengan membawa lilin adalah amalan ibadat. Justeru, bagaimana isu ini dikaitkan dengan “sesat menyesatkan”??
ketiga:
Nampaknya, wacana kita yang awalnya dilihat menarik, tetapi sudah bertukar tidak menarik dengan sebab anda tidak bisa menjawab hujjah2 ana, lalu dilebelkan dengan lebel negatif terhadap ana.. padahal, isu yang anda ulas sudah tersasar dari isu yang ana bicarakan...
Kalau nak berwacana secara provokasi, ana bersedia dengan cara itu. Kalau nak berwacana secara ilmu, ana juga bersedia dengan cara itu.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
salam ustaz.
saya rasa ustaz sudah salah maklumat.
upacara selingan di sidang media yang disertai oleh YB Nizar itu bukan PEGANG LILIN UNTUK PROTES KEZALIMAN tapi bertafakur sambil mengenang akan kematian teo Beng hock tersebut.
hal ini diakui sendiri dalam penjelasan adun titi serong pada ayat no 3 nya:
3. Kami sama-sama memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media itu dan bukannya bertafakkur seperti yang diminta. Sebelum ini sudah sekian banyak teman bukan muslim yang menghormati upucara membaca doa dan pelbagai majlis.
adun titi serong mengakui ada permintaan supaya bertafakur dalam majlis tersebut, tapi beliau dan Yb Nizar tidak bertafakur, cuma memegang lilin tanda menghormati. Malangnya penghormatan itu disertakan dengan amalan meniru cara puak kuffar itu bertafakur iaitu MEMEGANG NYALAAN LILIN.
Jelas, perbuatan memegang nyalaan lilin itu bukannya UPACARA PROTES, tapi dalam UPACARA BERTAFAKUR.
Dan entri ustaz jelas merujuk kepada kes YB Nizar memegang lilin, bukannya kes individu yang pegang lilin ketika perhimpunan protes kezaliman kerajaan.
Adakah ustaz benar-benar mengkaji sesuatu berita sebelum mengeluarkan hukum?
secara dasarnya, anta dah terima memegang lilin dengan tujuan protes trhadap kezaliman yang dilakukan kepada teoh beng hock adalah harus.
cumanya, yang anta persoalkan adalah, apakah nizar ketika itu dengan tujuan memprotes atau sama-sama hadir untuk tafakkur?? itu sahaja.
justeru, tidak timbul sesat atau tidak dalam ulasan ana..
pasal nizar itu, sila rujuk kawan baik kepada nizar, orang sama pengajian dan perjuangan dengan beliau, iaitu Saudara Ir Khalid Samad dalam blog beliau...
ana malas ulas panjang dalam isu ini.. lebih-lebih lagi dengan orang yang nak berwacana, tapi jenis tak faham bahasa...tambahan pula, suka lebel melebel dengan lebel negatif...
sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
salam ustaz.
saya fikir ustaz yang tak reti bahasa. saya cuma membetulkan fakta ustaz, bahawa majlis yang disertai yb nizar yang ustaz jadikan bahan kes untuk mengeluarkan hukum adalah UPACARA MENGENANG KEMATIAN dan bukannya UPACARA PROTES KEZALIMAN.
mengapa saya betulkan maklumat ustaz, sebab ustaz kata ustaz mengeluar hukum merujuk pada kes MEMPROTES KEZALIMAN dan ustaz bersetuju haram MENGENANG KEMATIAN DENGAN MEMEGANG NYALAAN LILIN.
Sedangkan, pendapat saya boleh dibaca dalam komen yang sudah, saya menyebut dengan jelas:
"Baik kembali pada lilin. Kita tahu orang kafir mempercayai sesuatu akan lilin bernyala ini, dan kepercayaan mereka syirik. Walaupun tujuan mereka untuk memprotes atau mengenang kematian saja, tapi kaedah protes dan kaedah mengenang kematian itu dengan cara syirik, iaitu dengan memegang lilin."
Jadi, saya beranggapan memprotes atau mengenang kematian dengan disertai memegang nyalaan lilin kedua-duanya ada unsur syirik kerana nyalaan lilin yang didasari oleh kepercayaan tahyul itu digunakan.
Saya tidak menggelar ustaz dengan gelaran negatif melainkan tindakan ustaz dan tulisan ustaz itu yang negatif, iaitu mudah menyatakan candlelight vigil sebagai budaya yang harus dalam islam, dan yang terbaru sudah didapati ustaz salah maklumat dan memberi hukum dalam konteks yang jauh berbeza dengan situasi sebenar merujuk kes yb nizar.
dalam artikle ana, ana menulis;
"dalam masyarakat cina, memegang lilin tidak sekadar dilakukan dikala berlaku kematian, bahkan ia digunakan sebagai satu symbol dalam melakukan sesuatu protes.
Sebelum ini pun, banyak program-program berbentuk protes terhadap kezaliman ISA disertakan dengan acara membawa lilin kecil. Ia merujuk kepada kezaliman telah bermaharajalela, pun begitu, masih ada lagi golongan yang sedikit yang akan mempertahankan keadilan.
Apabila banyak orang membawa lilin, ia merujuk kepada maksud, golongan yang mempertahankan keadilan itu ramai, waimma mereka bukan dari golongan yang berkuasa"
justeru, tulisan ana bukan merujuk kepada ritual keagamaan. tetapi ana merujuk kepada protes terhadap kezaliman...
yang ana nampak, anda sahaja yang hendak menarik isu ini ke arah ritual keagamaan nasrani..
artikle ana tulis ini, bukan merujuk kepada maklumat dari internet, tetapi menerusi orang yang rapat dengan YB Nizar.
ana menulis berdasarkan maklumat terus, bukannya tafsiran atau takwilan yang dilakukan dari sesuatu artikle atau makalah..
apakah negatif atau tidak artikle ana?
tulisan ana tidak negatif, tetapi ditafsirkan sebagai negatif, ataupun sengaja dita'wilkan sebagai negatif. isu yang ana kemukakan tidak sama seperti isu yang dibahas..
yang jadi negatif, apabila ada tuduhan jahat dengan ungkapan "sesat menyesatkan".
pada ana, itu tuduhan biadap.. ana malas mulakan biadap dengan orang.. bimbang lebel yang ana bagi lagi menyakitkan hati...
sekian...
Al-Bakistani
saya lihat ustaz merujuk kepada kes Yb Nizar apabila meletakkan tajuk entri "Nizar pegang lilin".
baik, ustaz kata ustaz tak rujuk internet tetapi menerusi orang yang rapat dengan yb nizar.
sekarang percanggahan kita adalah:
1. adakah majlis memegang lilin yang disertai yb nizar adalah bertafakur mengenang kematian atau memprotes kezaliman?
saya lihat ustaz seperti mahu mengatakan majlis itu bukan bertafakur mengenang kematian tetapi memprotes kezaliman.
maka ustaz boleh buktikan ustaz benar, dan saya akan buktikan ustaz salah.
bukti ustaz salah, adalah kenyataan dari adun titi serong sendiri yang juga sama-sama memegang lilin menyatakan sendiri dalam majlis itu diminta bertafakur.
rujuk no 3 dalam kenyataannya:
"3. Kami sama-sama memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media itu dan bukannya bertafakkur seperti yang diminta.."
Jadi, saya tunggu bukti dari ustaz bahawa majlis itu bukan bertafakur tapi protes kezaliman.
keduanya, saya lihat percanggahan saya dan ustaz bahawa memegang lilin tanda protes itu budaya cina tanpa ada kaitan dengan apa-apa keagamaan atau kepercayaan.
saya telah buktikan bahawa lilin pada masyarakat cina ada kepercayaan yang dipegang terutama menjelang kematian seseorang, sama kesnya dengan kes kematian yang dibincangkan dalam entri ustaz.
dan saya sudah buktikan juga , amalan universal candlelight vigil ini disebarkan oleh yahudi dan nasrani dan amalan menyalakan lilin yang dinamakan "vigil" ini banyak juga didapati dalam agama purba paganisme.
saya mahu ustaz buktikan bahawa nyalaan lilin yang dipilih untuk diuniversalkan tidak diasaskan oleh kepercayaan karut ini.
saya fikir dua percanggahan ini jika diselesaikan bolehlah kita lihat samada apa yang saya katakan "sesat lagi menyesatkan" itu benar-benar wujud atau tidak dalam tulisan ustaz.
pertama:
ana dimaklumkan, majlis itu adalah majlis protes. cuma diselitkan oleh mereka yang beragama lain dengan tafakkur.
bukannya majlis itu adalah majlis tafakkur, tetapi diselitkan dengan protes.
baik.. jika itu adalah majlis tafakkur, lalu diselitkan dengan protes. apakah tindakan nizar pegang lilin itu salah??
jika salah, apakah hujjah yang mengatakan salah??
apakah anda mahu berhujjah dengan hadis yang menyebut, barangsiapa menyerupai satu kaum, maka ia dari kaum itu..
bukankah hadis itu merujuk kepada amalan keagamaan. padahal, kehadiran nizar bukan untuk amalan keagamaan, tetapi amalan protes.
justeru,isu menyerupai satu kaum yang merujuk kepada hadis ini, tidak tepat isu yang dibincangkan.
pun begitu, mungkin kita menyatakan, tindakan nizar itu salah dengan hadir majlis keagamaan tersebut, waimma beliau mahu melakukan protes..
jika kita merujuk kepada isu lain. seperti isu mengucapkan tahniah dengan kehadiran perayaan agama lain. Dr Yusuf Al-Qaraadhawi membenarkannya. cuma fatwa qaradhawi itu bercanggah dengan Imam Ibnu Taimiyyah. alasan qaradhawi adalah "kemanusiaan", waimma umum mengatakan perayaan adalah majlis keagamaan.
justeru, keadaan yang sama juga dirujuk kepada tindakan nizar. ia bukan isu keagamaan, tetapi isu mempertahankan hak kemanusiaan teoh beng hock.
dalam isu ini, Nabi SAW sendiri mengakui hak kemanusiaan bagi mereka yang mati. iaitu satu hadis yang diriwayatkan oleh Sahl dan Qais yang melihat nabi SAW berdiri dikala lalu jenazah orang yahudi. nabi ditanya mereka, lalu dijawab Nabi; "apakah dia juga manusia?"
jelasnya, hak kemanusiaan itu, dihormati oleh Nabi SAW, waimma jenazah itu bukan orang islam, ataupun istilah lain, kafir.
kedua;
asas memegang lilin bagi tindakan protes, bukan merujuk kepada kepercayaan karut, tetapi ia adalah simbol yang difahami umum, bahawa ia adalah menentang kezaliman..ia seperti majlis potong reben yang merujuk kepada perasmian.. majlis potong kek yang merujuk majlis ulang tahun dll.
sekian
al-Bakistani
Syeikh Bakistani ni memang dah sesat dan menyesatkan. Jangan terperanjat nanti satu hari umat Islam bawa lilin pergi Masjid / Surau sebagai tanda protes...Kenapa? Wan Ji kata HARUS....
Maksud VIGIL pun hang tak tahu, nak kata orang lain negatif! Buat homeworkla, jangan asyik dengar Khalid Samad punya cakap aje...ramai lagi ulama yang boleh kita buat contoh, untuk diambil pemikiran.
biasalah syaikh....
pertama:
zaman Nabi Musa dahulu, baginda berdebat dengan firaun. bila firaun dah tak leh nak jawab hujjah musa, last-last firaun kata Musa kafir.. tak cukup sekadar itu, dia bagi arahan tangkap dan bunuh Musa.......
kedua:
Ahmad Wahib dituduh sesat oleh Masyumi di zaman beliau hidup. tetapi, selepas beliau mati, Masyumi baru memahami maksud disebalik keberanian Ahmad Wahib kemukan sesuatu pandangan, dan akhirnya masyumi pun terima pandangan yang didakwa sesat itu..
itu adalah lumrah alam....
ketiga:
pun begitu, Islam tidak bermula dengan lebel, tetapi berdebat secara ilmu... kalau debat tidak menggunakan ilmu, itu bukan Islam, malah itu adalah kejumudan dalam memahami islam...
sekian
Al-Bakistani
Woi...hangpa nak bertengkaq apa dengan ustad kanyiaq ni.. Pak sedara dia mati pun dia dah habaq dia tak kan pi sembahyang jenazah pasai pak sedara dia Umno.. Tudia..tahap totok hyper punya.. Dia ni jenih duk rasa ilmu dia tinggi melangit, tapi akal dia sayang sekali, hanya sejengkal.. Jenih ni la..yg buat Pas terlingkup..
HaHs, Kau tak nampak ke patung buddha tinggi melangit kat kelantan tu?
Kau tak tahu ke anwar dan pemimpin pakatan yang berugama isle pun ada yang tunduk 3 kali hadap gambar teoh.
Bila kene batang huding sendiri puak Parti Ajaran Sesat (PAS) ni sebok menyalak, cakap tak haram hanya mendatang keraguan, kepala hotak engkau!. kalaulah UMNO yang buat tu Haram Jadah segalanya.
Al-Bakistani, kalau kau pertahankan Nizar pegang lilin sama dengan kristian, itu hanya kebetulan. kenapa orang pas ramai melalak cakap sumpah saiful bukhari mcm kristian? sepertimana HaHs cakap kat atas....: "bersumpah junjung kitab quran seperti nasrani bersumpah atas injil. Bersumpah cukup sekadar nama allah"
mfrstudio, uztas bakistani ni nak tunjuk pandai, tapi sebenarnya bodoh. Otak lembu, lebih hina dari binatang ternakan.
Piiirraaah, Al-Bakistani kan maksum macam Nabi.
salam ustaz,
Saya tidak setuju dgn tindakan Datuk Nizar.Ia mengelirukan dan meresahkan orang islam yang lain...terutama org awam seperti kami.Bukan semua org pas 'berilmu tinggi' seperti ustaz dan datuk nizar utk menilai dan mentaklidkan perbuatan tersebut sebagai 'halal'. Jadi tindakan yang boleh mendekatkan kepda fitnah terhadap agama ini lebih baik dielakkan.
Salam...
Agak lama saya tak menjenguk blog baqistani ni. Membaca komentar di posting ini, apa yang saya lihat baaqistani sekadar menegakkan benang yang basah. Berhujah dengan mereka yang bersikap begini membuang masa. Jelas hujah yang dikemukakan sahabat kita Mfrstudio telah jelas, baik dari segi tahqiqul manath mahupun dalilnya. Baqistani hanya berdolak dalik. Bunyi kelakar dan sekadar menampakkan ketidakjujuran dalan berhujah.
Jelas tindakan Nizar bersama menyalakan lilin dalam upacara tersebut, tindakan Nik Aziz hadir ke sambutan Deepavali, Tindakan Haji Hadi hadir ke sambutan Tahun Baru Cina adalah bertentangan dengan aqidah Islam. Usah memberi dalil ia 'adat bangsa' kerana itu adalah adat2 yang mempunyai kepercayaan kufur disebaliknya. Saya rasa banyak sangat dah hukum Islam yang PAS korbankan demi untuk undi dari bukan Islam.
Sayyid Quthub mengatakan :
“Rasulullah melarang kaum muslimin bertasyabbuh dalam pakaian dan penampilan, gerak dan tingkah laku, perkataan dan adab, kerana di balik semua itu terdapat perasaan batin yang membedakan konsep, manhaj dan watak jamaah Islam dengan konsep, manhaj dan watak jamaah lainnya. (rujuk kitab, Ad Damghah Al Qawwiyah li Nasfi Aqidah Ad Dimuqrathiyah; Syekh Ali Belhaj/pemimin FIS Aljazair)
orang nak menegakkan benang yang basah ker, atau ada orang yang tak reti berhujjah dengan manhaj ilmu???
sekian
al-bakistani
Salam,
Biaq pi laa Si Nizar nak bakar lilin... sbb Najib pun dok cucuh pelita... sama jugak...
ziarah...//dama-ulan.blogspot.com
Oooo..Dalam PAS macam tu ya. Sebab Najib dok cucuh pelita, orang PAS pun boleh buat ikut suka? Ate, kalau Najib boleh membunuh, orang PAS pun boleh berbunuh? Bijak jugak orang PAS ni...
salam ustaz.. saya dibesarkan dgn ajaran agama sekadar disekolah sahaja.. memang cetek ilmu agama saya.. cuma kalau kita kembali kepada asas agama.. saya pernah diberitahu oleh ustaz saya.. ketika belajar di sekolah SMK dato Haji Talib Karim Melaka, ustaz Amat Sidin namanya.. beliau berpesan kepada saya supaya menjauhi perkara2 yang meragukan.. atau dengan lebih tepat lagi perkara syubhah.. dan tindakkan DS nizar pada pendapat saya telah mendatang keraguaan pada saya dan mungkin sebilangan besar umat Islam yang lain.. terutamanya yang cetek ilmu pengatahuaan agama... harap boleh tolong huraikan..
Catat Ulasan