Isnin, 15 Mac 2010

BUYA HAMKA KUPAS ULAMA TENTANG INGGERIS

“Bahkan seketika terjadi pertemuan ulama Sumatera-Malaya yang diadakan Jepun pada tahun 1943 di Singapura, sengaja beberapa orang ulama Singapura menemui kami sebelum ke perjumpaan di mulai, menyatakan bahawa sekali-kali jangan dibawa ke mari fahaman-fahaman yang keluar dari Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah dan keluar dari Mazhab Syafi... Lihat seterusnya..’i. Ketika ada kawan-kawan yang nakal memberitahu bahawa saya anak Haji Rasul, mata ulama itu ‘melotot’ serupa biji rambutan melihat saya dan saya pun jadi nekad pula sebagai mana nekadnya ayah saya. Takut benar ulama-ulama di sana pada waktu itu bahawa Mazhab Syafi’i akan berubah lantaran Kaum Muda Sumatera atau Muhammadiyyah di Jawa…alangkah sempitnya, perkara pakaian pun mereka kaitkan dengan mempertahankan berfikir dalam satu mazhab…tidak hairan, sebab feudalisme raja-raja di sana sebagai raja Islam, bersandar kepada ulama kolot yang mengutamakan taklid kepada ulama supaya rakyat taat kepada ulama, ertinya kepada raja, erti kepada Inggeris!” (m.s. 162, 'Ayahku', Prof. Buya Hamka)

3 ulasan:

QUDS REALCLOCKWISE berkata...

benci sungguh tuan ostat kepada umno....itu tahniah.
kalau ada yg mengatakan umno tipu melayu....... itu betul.
tapi kalu pas tipu Islam ada betul ke?
sikit2 ada kot?
jadi mana lagi besar dosa nya ye?
....tuhan suruh posa semua pakat setuju..tak kira pas ke umno ke.
suruh laksana qisas....pas kata WAJIB laksana. perh... semangat. tapi umno mula juih bibir tak sesuai katanya la ni dah moden itu hukum dulu2.
Tapi bila Tuhan suruh perang umno ...terang-terangan menolak itu terorrist katanya, mereka (umno) sekata pendapat dengan amerika & yahudi.pas pulak acah2 setuju...tapi setuju yg belah mana pun tak tau macam 50-50 jer.refer kenyataan rasmi Tuan Guru Haji Hadi berikut..“Pilihan raya tidak seperti peperangan bersenjata yang semakin ramai membunuh musuh, semakin cepat untuk mencapai kemenangan,” tegasnya lagi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Tanpa Nama berkata...

BENCI UMNO
"Saya Muslim. Saya Benci UMNO. Saya Benci
gabung dengan UMNO. Saya benci orang yang 'candukan' Islam untuk gabung dengan
perkauman UMNO"

"Saya Muslim. Saya Benci UMNO"-kenyataan ini agak melucukan. bencinya anda pada satu parti yg sudah sekian lama membantu bangsa melayu. walaupun ada perbuatan org di dlm umno yg tidak betul, tidak semuanya jahat itu datangnya dr umno. dalam masa sama, anda mengaku muslim tetapi cukup bencikan org islam di dlm umno. jadi, sy boleh andaikan anda pasti sayangkan DAP yg diketahui cukup menyokong CHIN PENG yg mahu kembali ke MALAYSIA.saya ada saudara yg mati dibunuh komunis, mahukan anda bertemu saudara saya dan mengatakan bahawa anda muslim dan sayangkan DAP dan menyokong kembalinya CHIN PENG ke MALAYSIA. sudah tentunya anda juga penyokong PKR yg berlambangkan MATA sbg simbol partinya. sudahkah anda mengkaji ttg 'ALL SEEING EYE'. ambil duit USD1 dollar dan lihat ada mata di atas piramid itu. anda seorang muslim tetapi cukup bencikan umno, bagaimanapun, anda menyokong CHIN PENG dan ALL SEEING EYE.
saudara, tak perlulah membenci sesama muslim hanya kerana sibukkan kuasa utk pemimpin yg anda mahukan. muslim dlm umno lah yg sibuk memberikan senjata serta kewangan kpd saudara islam di bosnia ketika teruk mereka dijarah dulu, muslim dlm umno lah yg sibuk membantu palestine, muslim dlm umno lah yg sibuk memberikan pendidikan kpd melayu malaysia hgga ada yg sudah jadi kumpulan profesional. utk tiga perkara itu, adakah anda lihat atau dengar ia dilakukan oleh DAP atau PKR.
saya tidak menyokong mana-mana parti politik tetapi cukup muak dgn individu spt saudara yg kononnya idealistik dlm perjuangan tetapi bila ditanyakan bagaimana cara sesuai utk menyelesaikan masalah mikro serta makro, semua jawapan diberikan lebih kpd alasan dan retorik.
cukuplah saudara membenci saudara islam sendiri, doakan yg baik jika muslim dlm umno itu jahat atau jahil moga-moga hati mereka terbuka utk menerima tauhid dan hidayah. tak usahlah terlalu sibuk mahu menuding jari mengatakan umno itu macam-macam sedangkan bangkai gajah didepan mata saudara buat tak nampak.
saudara, umur saya baru 21 tahun dan saya tidak gemar berpolitik, saya suka dgn rakan cina saya, mereka langsung tidak hiraukan politik tetapi lebihkan kpd perkara yg mendatangkan kebaikan di masa depan khasnya membabitkan seluruh kaum mereka.
kenapa mereka jadi kuat, kerana dikalangan mereka, tidak ada individu spt saudara yg membenci kaum sendiri. org cina sayangkan kaum mereka dan sanggup melakukan apa saja utk kaum mereka sedangkan org melayu, seperti saudara, lebih gemar merosakkan kaum sendiri utk kepentingan politik sempit saudara sendiri.
fikirkanlah.tak rugi berfikir utk seminit jika ia membawa kebaikan utk seumur hidup.
terima kasih dan maaf jika ada kata-kata saya menyinggung perasaan saudara. yg baik kita jadikan tauladan dan yg buruk kita jadikan sempadan.

Unknown berkata...

saya setuju dengan pandangan Buya Hamka, cuba kita kupas dari sudut islam, apakah istiadat sembah raja semasa mengadap, AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN dengan gaya 2 tangan diatas kepala itu sesuai dengan islam?pohon ulama ikhlas di dalam hal ini...saban bulan ramai org mengadap sultan, memerima darjat kebesaran Dato' dll melakukannya termasuk ulama sendiri.........