Ahad, 14 Mac 2010

HARI INI AKU NAK SOKONG PERPADUAN ME’LAYU’ (KAH KAH KAH)


HARI INI AKU NAK SOKONG PERPADUAN ME’LAYU’ (KAH KAH KAH)

PAS perlu gabung dengan UMNO. Sebab UMNO melayu dan PAS pun melayu. Apabila gabung antara melayu sesama melayu, bagai pinang dibelah dua. PAS, PKR dan DAP jika bergabung tidak seperti pinang dibelah dua, tetapi seperti tembikai dibelah 3. (kah kah kah)

Kalau PAS gabung dengan UMNO, pasti PAS akan menjadi kerajaan pusat. Jika PAS bergabung dengan PKR dan DAP, belum tentu lagi boleh menguasai Kerajaan Pusat. (kah kah kah).

Jika PAS gabung dengan UMNO, ramai ahli parlimen kita akan menjadi Menteri ataupun timbalan menteri. Jika PAS bersama PKR dan DAP, berapa orang sahaja dari pimpinan PAS yang dapat jadi Menteri dan timbalan menteri. Ini rugi. Itupun, kalau boleh kuasai Kerajaan Pusat.(kah kah kah).

Pilihanraya umum akan datang? Kita percaya dengan UMNO. mesti UMNO akan bagi kerusi banyak kat kita dalam PRU akan datang punya. Masa tu, kita lawan PKR atau DAP. Pasti kita akan dapat undi melayu punya. (kah kah kah).

Undi cina dan india? Pedulikan mereka, sebab mereka kafir. (kah kah kah).

Kita pakai kaedah, ”bertemu antara dua mudharat, lakukan mudharat yang kecil demi mengelak dari mudharat yang besar”. Gabung dengan UMNO, adalah mudharat yang kecil. Gabung dengan PKR dan DAP, mudharatnya besar.

Mudharat duduk dalam pakatan Rakyat adalah, PAS minoriti. Adapun mudhahat gabung dengan UMNO, kita memang minoriti juga, tapi kurang minoriti je. (kah kah kah).

Nak gabung dengan UMNO, bermakna kita hendak berkawan dengan musuh tradisi kita. Nanti Orang akan cakap, kita tidak konsisten lawan UMNO. kita akan cakap, kita lakukan apa yang kita mahu. rakyat nak tolak kita, itu mereka punya pasal. yang penting, agenda kita akan berjaya. (kah kah kah).

PRU akan datang, rakyat akan tolak kita sebab kita tidak ikhlas dalam persepakatan dengan PR? Itu tidak timbul isu, yang paling penting kita kena ingat, kita dapat ’kahwin’ juga dengan UMNO. kalau sepenggal kita jadi kerajaan dengan UMNO pun, kita patut bersyukur, sebab kita merasa juga duduk dalam kerajaan pusat. Tidak sepertimana dengan PR, sebab belum tentu kita merasa nak pijak putrajaya. (kah Kah kah).

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
29 Rabiul Awal 1431 – 15 Mac 2010 * 1:20 petang






5 ulasan:

kaiban berkata...

UMNO memang celaka

pencatat berkata...

wala jgn tak wala (taqlid jgn tak taqlid)...

Tanpa Nama berkata...

tak abis2 Ustaz Bakistani ni. Kah kah.. bila lagi nak Usrah Teh tarik ustaz? Pandai ustaz meramalkan apa dlm kepala otak orang ye... mana belajar ni? Gila meroyan kot..

pemuda shah alam berkata...

Babi toyok, celaka, pigirrah punya wan ji... takde kerja lain ke??? memang dah perangai binatang, takde kerja lain... ni mesti dah dapat upah buat dajal kat Pas...

Tanpa Nama berkata...

Hulu kelang berkata,

Jangan layan mereka-mereka yang tersesat ni Us. Sesat masuk blog. Depa ni nak cari blog UG, tapi tersilap jumpa blog One G