Jumaat, 12 Mac 2010

SAKIT JANTUNG DISALAHKAN, BAGAIMANA PULA HISAP ROKOK?

SAKIT JANTUNG DISALAHKAN, BAGAIMANA PULA HISAP ROKOK?

Seorang lelaki meninggal dunia. Ditanya kepada Tuan Doktor, di jawab, dia meninggal dunia kerana sakit jantung. Maka, kendengaran seluruh kampung, juga orang yang mengenali si mati, bahawa dia meninggal dunia kerana sakit jantung. Sakit jantung diratib, sehingga ramai yang lupa, apa punca si mati itu boleh menimpa sakit jantung?

Orang yang sakit jantung ini, banyak punca-puncanya. Ada disebabkan pemakanan yang tidak terkawal, kolestrol tinggi, hisap rokok dan banyak lagi. Segala punca-punca ini, amat kurang dibincangkan.

Pun begitu, tulisan ini ingin fokuskan kepada punca hisap rokok. Yang lain, dibincang dalam waktu yang lain.

Cuba bayangkan, apabila berlaku satu kematian, tidak disebut punca kematiannya kerana jantung, sebaliknya disebut berpunca hisap rokok. Mungkin ramai yang akan berhenti dari menghisap rokok, tanpa dihabiskan beribu-ribu ringgit, malahan jutaan ringgit untuk diadakan kempen cegah rokok.

Pun begitu, apabila sebab kematian disebut kerana sakit jantung, maka hadirlah kawan-kawan dan kaum kerabat untuk berziarah, yang kadangkala mulut mereka berkepul-kepul asap keluar. Sambil berbincang tentang si mati, sambil asap rokok kelihatan keluar dari tiupan bibir.

Inilah yang dimaksudkan dengan sebab dan punca. Ramai yang suka berbicara tentang sebab, tetapi amat kurang berfikir tentang punca. Dalam kes yang diceritakan di atas, sebab kematian adalah sakit jantung, punca kematian adalah menghisap rokok.

Tanpa punca, mungkin sebab tidak akan wujud. Tanpa hisap rokok, mungkin sakit jantung tidak berlaku. Ini merujuk kepada cerita yang di atas.

Begitujuga dalam isu politik di Malaysia pada hari ini. Ramai yang menuduh blogger yang mendedah pertemuan sulit sebilangan pimpinan PAS sebagai pemecah belah parti, walhal mereka lupa “hukum” pertemuan sulit yang dilakukan oleh pimpinan PAS terbabit.

Sepertimana, sakit jantung tidak berlaku jika tidak hisap rokok, begitujuga tidak akan wujud pendedahan blogger, jika pertemuan sulit tidak berlaku.

Keadaan ini semakin kalut, apabila pertemuan sulit itu telah dinafikan diperingkat awal, kemudian terbukti berlaku pertemuan sulit tersebut sehingga si penafi terpaksa mengakui penafiannya di peringkat awal itu wajib dinafikan. Pun begitu, mereka kekal tidak mahu menafikannya, walau terbukti mereka sudah bersalah.

UBAT

Sesuatu penyakit, perlu diberi ubat yang sesuai dengan penyakitnya. Sakit jantung, lalu diberi ubat darah tinggi, tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya menambah lagi masalah. Sakit kaki, tetapi diberi ubat tangan, sampai bila-bila pun kaki tidak akan baik dari sakit.

Diceritakan, seorang anak muda sedang berjalan. Kelihatan pak pandir sedang mencari sesuatu di bawah sinaran lampu jalan raya.

”cari apa tu Pak pandir?” anak muda memulakan bicara.

“cari duit syiling aku yang jatuh” Pak Pandir menjawab. Kepalanya tertunduk-tunduk mencari sesuatu, sambil tangannya memegang kepala seakan-akan menggaru.

“hampir sejam aku dok cari kat sini, tak jumpa-jumpa juga dua syiling aku ni” sambung pak pandir lagi.

Anak muda itu datang, untuk memberi pertolongan.

Sambil dia mencari-cari sama duit itu, dia bertanya, “jatuh kat mana duit tu Pak Pandir?”

“kat sana” Jawab Pak pandir sambil tangannya mengisyaratkan ke arah sesuatu tempat yang gelap.

Anak muda itu berkerut dahi.

”kalau jatuh kat sana, kenapa dicari di sini?” soalnya.

”kat sini cerah, kat sana gelap. Sebab tu, aku cari kat sini” jawab pak pandir ringkas.

Kisah Pak Pandir ini, menampakkan satu tindakan bodoh lagi bangang dalam menyelesaikan masalah. Duit hilang di satu tempat, dicarinya ditempat lain. kalau begini, sampai kiamat pun duit itu tidak akan jumpa. Itulah hukum akal dan hukum alamnya.

Begitujuga dalam isu menyelesaikan masalah pertemuan sulit, baiah ta’liq talak tiga, pertemuan blogger UMNO dan sebagainya. lain yang sakit, lain ubat yang diberi. Lain punca masalah berlaku, lain masalah yang ditimbulkan.

Yang lebih parah, apabila wujud penipuan terhadap rakyat. Di dakwa tidak ada, sebenarnya ada. Di katakan ada, sebenarnya tiada. Apa mahu jadi?

Bimbangnya, kita menjadi beban dalam kemenangan di masa akan datang. Sebagai musuh, sudah pasti mereka akan berfikir untuk mengalahkan kita. Antara cara mereka, cipta keadaan agar kita terbeban, agar tidak berjaya melawan mereka dalam PRU akan datang.

Maka wujudlah ‘manusia beban’. Sama ada manusia beban itu, sememangnya wujud, ataupun sengaja diwujudkan. Beban ini, wajib dibuang. Jika tidak, kita lawan musuh nanti dalam keadaan kita terbeban, yang sudah pasti kita akan lemah.

Apabila kita lemah, kita kena pastikan musuh lagi lemah. Jika tidak, kekalahan pasti akan menimpa. Itulah hukum karma.

Sekian

Wallahu ’Alam

baca sama:
Rokok sebabkan produksi sperma kurang

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com








- Sri Indah (B), Sg Buloh
15 November 2009 * 2:22 petang

6 ulasan:

pAS PIS PUS berkata...

salam....saya bukan perokok... begitu juga 5 rakan rakan saya berusia 40an yang megidap sakit jantung juga bukan perokok.... pada pandangan saya merokok bukanlah punca utama diserang sakit jantung.... ibu saya pun tidak merokok tapi di serang juga sakit jantung....kalau nak kata dari segi pemakanan...rakan saya bernama Albert tidak merokok sentiasa bersenam jaga pemakanan tidak minum arak juga diserang sakit jantung...pada saya serangan jantung tidak mengenal sesiapa dan usia....sekadar pandangan dari kisah rakan sekeliling namun saya bukan mengalakan merokok....

Tanpa Nama berkata...

Salam,Sakit Jantung banyak puncanya seperti mana maklumat
di sini

Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam berkata...

http://dmpsa.blogspot.com/

jemput lawat

srikandi islam berkata...

pemakanan yg sihat serta senaman dapat menyihatkan seluruh badan. tetapi di zaman sekarang dengan pelbagai penyakit yang muncul,kualiti udara yg teruk serta pemakanan x seimbang juga kesibukan kerja menghalang kita untuk menjad lebih sihat.

balik pada asal...mari kita sama2 lengkapkan kesihatan kita dgn meminum jus manggis yg sangat sedap..amat mujarab mengubati sakit jantung, cancer, darah tggi, kelesuan dan 1001 penyakit.sila hubungi sy untuk mengetahui lebih lanjut...terima kasih kerana sudi berkongsi anugerah ciptaan Allah ini bersama sy..

Tanpa Nama berkata...

salam...
xdpt dipastikan tulisan ni pnulis asal siapa... sbb pernah baca...
klau bukan tulisan tuan blog, xsepatutnya org yg berilmu menulis seperti dia punya... tiada etika dalam menulis...

maaf.

Mad_Chong berkata...

assalamualaikum...
Memandangkan topik yang diberikan adalah berdasarkan mengenai sakit jantung.saya terpanggil untuk berkongsi mengenai salah satu kaedah rawatan terbaru bagaimana untuk membantu pesakit yang mengidap sakit jantung...
jika berminat untuk mengetahuinya...
layari lah blog saya. mungkin info yang ada disitu boleh membantu saudara-mara anda yang dalam kesusahan dalam mengharungi kesakitan mereka.
www.terapielektrik.blogspot.com

Sekian Terima Kasih