Selasa, 16 Mac 2010

MENGAPA ISLAM PAS DIAMALKAN OLEH ORANG LAIN?


MENGAPA ISLAM PAS DIAMALKAN OLEH ORANG LAIN?

Dalam satu seminar ekonomi di Universiti havard, dia telah dijemput ekoran kepakarannya dalam bidang ekonomi di Malaysia. Di sana, ada salah seorang pakar ekonomi barat yang tidak beragama islam sangat memuji seorang pemimpin Islam yang bernama Umar bin Abdul Aziz. Dia amat terkejut dengan nama yang disebut itu, ini kerana, dia yang beragama Islam dari sebuah Negara yang mempunyai majority umat Islam pun tidak pernah mendengar nama tokoh yang bernama Umar bin Abdul Aziz.

Dia mendengar dengan teliti tentang cara pemerintahan Umar bin Abdul Aziz oleh pakar ekonomi barat itu. Penjimatan sehingga membedakan antara wang peribadi dengan wang kerajaan, pelita peribadi dengan pelita kerajaan, dasar kebajikan, penjimatan, menyerang rasuah dan sebagainya, menyebabkan dia mula membaca buku tentang Umar bin Abdul Aziz.

Tidak disangka-sangka, dia mula terlibat dengan dunia politik. Malahan telah berjaya dalam Pilihanraya sehinga melayakkannya memegang jawatan Menteri besar. Sebelum menjawat jawatan Menteri besar, permusafirannya di sekitar dalam Negara, tidak dinaiki kapal terbang class mahal, sebaliknya dinaiki class murah, Airasia, waima mempunyai title tan Sri, juga mempunyai kekayaan ekoran kejayaannya dalam bidang korporat.

Amalan ini dikekalkan sehingga dia menjadi Menteri Besar. Dia tidak perlu kepada pengapit kenderaan kiri dan kanan, kerana padanya itu memerlukan kewangan yang banyak, lebih-lebih lagi jika dia disambut atas nama Menteri Besar.

Semenjak dia menjadi Menteri Besar, banyak perubahan yang dilakukan dalam kerajaan. Waima tidak sampai 3 tahun, banyak usaha penghapusan ruang-ruang kezaliman kerajaan Jahiliyyah lama berjaya dilakukan. Seperti, menghabat RTM yang bersekongkol dengan Jahiliyyah, perlaksanaan tender terbuka (tanpa menggunakan kabel) dan banyak lagi. waima kawan rapat yang meminta projek dalam kerajaan, dia sanggup menyatakan, “dato’ boleh minta duit saya, tapi untuk mendapatkan projek dalam negeri, dato’ perlu menggunakan saluran kerajaan. Minta maaf”

“Subhanallah.. hebatnya tokoh politik ini. unsure Kronisma dan Nepotisma tidak wujud dalam pemerintahannya. Walau tidak banyak, sedikit pun dia sudah berjaya melaksanakan pemerintahan seperti idolanya, Umar bin Abdul Aziz” bisik hatiku.

Sedihnya, dia ini bukan dari pendidikan timur tengah, malahan mempunyai pendidikan dari Negara barat. Begitujuga, dia bukan tokoh dari parti PAS yang perlembagaannya ada menyatakan bahawa Islam adalah dasar perjuangan.

Mungkin benar ada orang berkata, “PAS parti dakwah, bukan parti tauladan pemerintahan Islam”

Aku cuba menafikan kenyataan itu. hanya hujjah dengan mencontohi Kelantan sahaja diterima pakai.

Sekian

Baca sama:
Tunggu pimpinan PAS sanggah kenyataan Mat Sabu

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah (B), Sg Buloh
1 Rabiul Akhir 1431 – 17 Mac 2010 * 2:35 petang








4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku cuba menafikan kenyataan itu. hanya hujjah dengan mencontohi Kelantan sahaja diterima pakai.

1.Hang habaq sat!apa jasa pas kelantan dalam memartabatkan Islam dikelantan!
2.Dok mengaku dari segi teori!sapa pun boleh!
3.Lama dok tunggu!mana perlembagaan sebuah negara Islam !

Tanpa Nama berkata...

orang atas tu nk bg komen jg la dia...sian dia,letih pn x hilang lg,mklumlaa bru kua hutan cari rotan.hehehee,mungkin x banyak dpt rotan hr ni kut sbb ada babi tgh jalan.hehehee

Nizam berkata...

Pemimpin PAS ni saya lihat kebanyakannya culture shock. Maklumlah tak pernah menang tiba-tiba menang. Nasib baik tak menang majoriti. Kalau menang majoriti rasanya Anwar Ibrahim dah didesak untuk lepaskan jawatan ketua pembangkang.

Sekarang PAS masih ketinggalan bilangan kerusi sebab tu malu alah nak cakap apa-apa.

Itulah dia kejutan budaya yang asal dari pondok tiba-tiba dapat kemewahan yang tak diduga. Terkejutlah sikit umpama BERUK DAPAT BUNGA.

Kalau dapat kuasa di putrajaya saya rasa lagi TERKEJUT BERUK dari rumah papan ke Istana Indah. Itulah dia manusia tak kira taraf ulama ke tuan guru ke ustaz ke.

Bila Mat Sabu kata komunis tu lebih baik dari UMNO semua orang melenting tapi jangan sampai suatu hari nanti ada orang kata komunis lagi baik dari PAS.

pencatat berkata...

lim guan eng.... how much i wish he would revert to islam himself