Khamis, 1 April 2010

JANGAN ROSAKKAN IMEJ ISLAM DENGAN KEZALIMAN DAN PENGKHIANATAN

JANGAN ROSAKKAN IMEJ ISLAM DENGAN KEZALIMAN DAN PENGKHIANATAN

Kezaliman adalah perkara yang terlarang. Tidak kira, sesama muslim, juga terhadap Non Muslim. Yang pastinya, Allah SWT mewajibkan manusia melakukan keadilan kepada sesiapa sahaja.

وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ

Maksudnya;
”Apabila kamu berhukum di antara manusia, bahawa hendaklah kamu berhukum dengan adil”

(Surah An-Nisa’ : 58)

Ekoran itu, Islam amat benci kepada kezaliman, bahkan melarang umatnya daripada melakukan kezaliman.

Firman Allah dalam hadis Qudsi;

يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوا

Maksudnya;
“Wahai Hambaku, sesungguhnya aku haramkan Zalim terhadap diriku, dan aku jadikannya haram dikalangan kamu. Maka, jangan kamu melakukan kezaliman
[1]

Firman Allah;

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ

Maksudnya;
“jangan kamu cenderung kepada mereka yang melakukan kezaliman, nanti kamu akan disambar oleh Neraka”

(Surah Hud : 113)

WAJIB PERTAHAN PR

PAS telah mengadakan pakatan dengan DAP dan PKR. Bermakna, setiap tindakan PAS perlu menggambarkan pegangan teguh terhadap pakatan tersebut.

Dilihat dalam sirah, Nabi SAW amat perpegang teguh pada sebarang penjanjian, walau terhadap non-muslim.

Dalam perjanjian Al-Hudaibiyyah, Nabi SAW mengadakan perjanjian dengan Kuffar Quraish, waima dilihat seperti berat sebelah. Dalam perjanjian tersebut, tidak dibenarkan orang Makkah yang masuk Islam berlindung dibawah kerajaan Madinah. Tiba-tiba, Abu Bashir telah berlindung dibawah kerajaan Makkah. Perkara itu, sampai kepada pengetahuan pimpinan Quraish, menyebabkan mereka menghantar dua orang wakil, iaitu Al-Azhar dan Al-Akhnas untuk berjumpa dengan Nabi SAW untuk mengambil Abu Bashir.

Nabi SAW tetap menyuruh Abu Bashir pergi ke Makkah, waima mendapat bantahan dari sebilangan besar para sahabat, kerana mereka bimbang Abu Bashir di bunuh, ataupun dimurtadkan.

Nabi SAW tetap menyuruh Abu Bashir pergi ke Makkah, kerana akur dengan perjanjian yang telah dimetrai antara Baginda SAW dengan kerajaan Quraish ketika itu.

Ini membenarkan sabda Nabi SAW;

الْمُسْلِمُونَ عِنْدَ شُرُوطِهِمْ

Maksudnya;
”Orang islam itu berpegang dengan syarat-syarat mereka
[2]

Justeru, tindakan mengugat pandangan rakyat terhadap kesetian PAS terhadap perjanjian dalam Pakatan perlu ditentang. Dengan kata lain, pihak yang boleh menggugatkan gambaran kesetian PAS terhadap perjanjian dalam pakatan, wajar dikena tindakan yang keras. Terutama, jika tindakan tersebut boleh melahirkan keburukan pada imej Islam dan PAS itu sendiri.

IMEJ ISLAM

Apabila pihak Parti islam tidak berjaya mempamerkan ketelusan dan kesetiaan terhadap sesuatu perjanjian, sudah pasti ia akan melahirkan gambaran buruk terhadap Islam itu sendiri. apabila keadaan ini berlaku, sudah pasti ia merupakan satu perkara yang ditolak dalam Islam.

Mana mungkin islam membenarkan sebarang tindakan yang boleh merosakan gambaran islam, sedangkan Allah SWT menyuruh agar dilakukan tindakan yang boleh melahirkan gambaran cantik pada semua perkara.

Sabda Nabi SAW;

إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ

Maksudnya;
“Sesungguhnya Allah itu cantik, dan suka kepada kecantikan
[3]

Dengan sebab kecantikan, manusia akan tertarik. Islam adalah agama yang cantik, sedangkan tindakan melakukan pengkhianatan terhadap perjanjian merupakan perkara yang tidak cantik. Justeru, sudah pasti ia terlarang. Terutama, jika tindakan itu menyebabkan non Muslim memandang ’sinis’ terhadap Islam itu sendiri.

Sekian
Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
1 April 2010 * 6:20 petang



[1] muslim : 4674
[2] Al-Bukhari
[3] Muslim : 131

Tiada ulasan: