PAS langkaui retorik.. DAP isytihar PAS musuh utama
-
*1. Perjuangan PAS langkaui segala batas retorik dan deklarasi *
Kandungan
-Prinsip Islam sebagai teras perjuangan. -Pentadbiran Negeri-negeri dengan ...
12 jam yang lalu
4 ulasan:
OneG <-- Bocoq Rahsia
(Dipetik dari blog anak-sengat) - Selepas Tok Guru Nik Aziz menafikan apa yang didakwa, hari ini Kickdefella mengamuk lagi dengan kenyataan dalam blognya yang semakin melampau dengan menuduh Tok Guru berbohong.
Berkemungkinan Kickdefella merasakan dakwaannya itu menjadi 'angin' jika penafian Tok Guru terhadap 'pembongkaran' jahatnya untuk memburukkan kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Aziz.
Sekarang ini, sudah ternyata Kickdefella mempunyai agenda yang rapi untuk menjatuhkan kerajaan PAS pimpinan Tok Guru Nik Aziz. Lebih dahsyat lagi, ianya mungkin telah dirancang sejak dahulu lagi.
Apakah agenda Kickdefella dan orang sekelilingnya tidaklah dapat diketahui dengan jelas. Namun, tindakan beliau sejak akhir-akhir ini menampakkan diri beliau yang sebenar selepas tindakan dipecat daripada jawatan dalam PMBK sebelum ini.
Beliau dilihat bertindak memburukkan Tok Guru Nik Aziz dengan mencalarkan imejnya dengan tuduhan rasuah. Perasaan dendamnya terhadap Tok Guru Nik Aziz dan keluarganya telah menyebabkan tindakan Kickdefella jauh lebih melampau.
Tok Guru perlu jumpa exconya dengan segera
Amatlah berbesar hati jika Tok Guru memanggil semua exconya bagi membincangkan masalah yang ditimbulkan oleh Kickdefella ini kerana melibatkan imej dan maruah kerajaan PAS Kelantan.
Dalam masa yang sama, PAS Kelantan perlu bertindak dengan cepat untuk menyiasat, siapakah dalang disebalik tindakan Kickdefella.
Dijangka, Kickdefella bukannya bertindak berseorangan dalam perkara ini kerana beliau telah memiliki dokumen sulit yang hanya dipegang oleh exco-exco kerajaan negeri sahaja. Minta disegerakan penyelesaian masalah ini agar ianya tidak membarah ke akar umbi.
Mana blogger mendakwa bersama Tok Guru Nik Aziz?
Dalam hal ini, kenapa kebanyakan blogger yang selama ini meletakkan banner dalam blognya, "kami bersama Tok Guru Nik Aziz", "blog ini bersama Tok Guru" dan macam-macam lagi sebagai tanda menyokong Tok Guru.
Tetapi sekarang ini ntah ke mana. Dulu konon bersama Tok Guru tapi sekarang diam seribu bahasa. Apakah blogger yang boleh dikategorikan celaka ini hanya bermuka-muka dengan Tok Guru kerana sebelum ini Tok Guru Nik Aziz meminta 'EGM' dalam PAS?
Itulah 'perut busuk' blogger celaka yang hanya bermuka-muka memberi sokongan kepada Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz selama ini. Selama ini mereka hanya 'bersandar' kepada Tok Guru untuk 'membenarkan' tindakan kotornya cuba menjatuhkan pimpinan PAS dengan alasan UG yang sudah ketinggalan zaman (sebab kejahilan mereka).
Keluarlah yang berkaitan
Tok Guru dah kena tuduh, kena pijak dan lanyak oleh Kickdefella. Bila lagi nak tunggu untuk bersuara?Jangan sampai jamaah tertewas dek ketamakan kita. Wahai sang pembela Tok Guru, apa lagi kamu tunggu, ayuhlah. Jangan sekarang dah bacul.
Tolong Ust. Sekarang TGNA di serang kickdefella. Tolong bagi ayat2 power tangkis dia . Kalau boleh beri ayat yang tembak UG sekali.
Ye laa UStaz, ada tak ayat2 yang boleh selamatkan Tn Guru dari fitnah... kan Ustaz pandai susun Hadis & ayat Quran. Apa pulak kita nak hukum orang2 yang menuduh tak tentu hala ni, tanpa saksi 4 mata??? Tolong beri hujah Qaradhawi.... hujah Wan Ji tak main laa... baru 45 tahun belajar dah ingat diri dah power boleh kutuk orang sana sini Sifat Ujub menguasai diri susah le.
Catat Ulasan