Isnin, 5 April 2010

SOKONG KEBENARAN ATAU ORANG?

SOKONG KEBENARAN ATAU ORANG?

Kebenaran dan kebatilan, sesiapa sahaja boleh melakukannya. Ada orang alim yang membawa kebatilan, dan ada orang jahil membawa kebenaran. Cumanya, kebiasaan bagi orang jahil membawa kebatilan, dan kebiasaan bagi orang alim membawa kebenaran.

Namun, adalah salah jika dikatakan bahawa semua orang alim membawa kebenaran. Masakan tidak, Imam Al-Ghazali boleh meletakkan satu istilah yang disebut ”ulama as-Su’” atau ”ulama jahat” dalam kitabnya, ”ihya’ ulum ad-din”.

Ulama jahat adalah ulama yang menggunakan agama untuk kepentingan diri, sehingga ada sebilangan mereka menjadikan agama sebagai untuk mempertahankan jawatan, bahkan ada sebilangan mereka yang lain pula menjadikan ’pengaruh ulama’ yang wujud dalam diri untuk digunakan sepenuhnya agar umat ’angguk’ dengan segala ucapannya.

Yang pastinya, kebenaran ini tidak semestinya dibawa oleh orang bergelar ’Alim’, bahkan tidak semestnya juga ia dibawa oleh orang yang bergelar ’jahil’. Tetapi, kebenaran itu adalah perkara yang benar dengan penilaian nas dan juga dengan akal yang sihat.

Islam yang berasaskan kepada al-Quran dan as-Sunnah adalah agama yang fitrah. Apabila fitrah manusia mengatakan itu benar, pasti ia adalah kebenaran. Juga, jika fitrah manusia itu mengatakan itu salah, maka pasti adalah salah.

Firman Allah;

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا

Maksudnya;
“hadapkan wajahmu kepada agama yang bersih; yang merupakan fitrah Allah yang Allah tetapkan kepada manusia”

(Surah Rum : 30)

ASAS BERFIKIR DALAM ISLAM

Dalam islam, konsep maslahah dan mudharat menjadi perkara utama dalam bentuk berfikir umat. setiap kandungan nas ilahi, pasti mengandungi dua unsure penting ini.

Apabila Allah menghalalkan sesuatu perkara, pasti ia memberi banyak maslahah kepada manusia, waima kadang-kadang dilihat wujud mudharat. Begitujuga dalam perkara haram; kewujudan mudharat lebih besar, waima kadang-kadang dilihat wujud maslahah.

Kaedah berfikir yang sama juga berlaku dalam perkara yang tiada nas; iaitu setiap perkara yang mempunyai kemaslahatan yang besar, pasti ia adalah perkara yang halal. Dan jika perkara itu wujud kemudharatan yang besar, maka ia adalah perkara yang haram.

Asas dalam penggunaan kaedah berfikir ini, hendaklah dalam kerangka menjaga imej islam itu sendiri. ini kerana, konsep penjagaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta itu berada dibawah maksud penjagaan imej agama.

Ada sebilangan manusia hanya melihat konsep penjagaan 5 perkara utama ini, tetapi mereka telah melalaikan bahawa penjagaan 5 perkara ini dibawah kerangka menjaga imej agama. Ekoran itu, mereka sanggup mengharamkan akan sesuatu yang diizinkan oleh syarak atas alasan ‘jaga agama’, walhal keputusan mereka itu telah melahirkan imej islam yang buruk di mata-mata manusia; sama muslim dan non muslim.

Semua asas berfikir yang diulas ini, merupakan asas berfikir yang bersesuaian dengan fitrah manusia, yang sealiran dengan maksud nas syariah, sama ada Al-Quran dan As-Sunnah.

MANUSIA

Apabila konsep berfikir ini sudah difahami, tidak timbul perlunya kita terus taqlid kepada individu atau organisasi tertentu sehingga meletakkan ‘taassub’ mendalam kepadanya, sehingga dianggap segala tindakannya itu adalah betul, sehingga tidak ada yang tidak betul melainkan semuanya betul-betul belaka.

Bahkan, kita akan mengatakan individu dan organasasi itu betul, sekiranya sebarang keputusan dan ulasan yang keluar dari mulutnya adalah bersesuaian dengan konsep fitrah ilahi yang berasaskan kaedah maslahah dan mudharat ini.

Apabila keadaan ini difahami, pasti kita akan merasa tidak hairan mengapa wujudnya insane yang bernama Ubbadah bin As-Somit yang pernah mencampak pasir ke muka khatib yang mengampu Muawiyyah, seorang perempuan ‘sound’ Umar bin Al-Khattab yang sedang berceramah dan sebagainya.

Perkara penting yang perlu difikirkan adalah, semua tindakan itu berjaya memberi kemenangan kepada Islam, dan berjaya menjatuhkan kezaliman. Kezaliman dan keadilan, tidak pernah dibawah satu bumbung, bahkan sampai satu masa pasti ia akan jatuh dan hancur.

Renung-renungkan firman Allah ini;

وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ

Maksudnya;
“Engkau (wahai Allah) tuhan yang mengeluarkan yang hidup daripada yang mati; mengeluarkan yang mati daripada yang hidup”

(Surah Al-Imran : 27)

Imam Fakhruddin Ar-Razi menyatakan, maksud yang hidup dan yang mati dalam ayat ini adalah, Allah SWT pasti akan memisahkan manusia yang hatinya mati daripada manusia yang hatinya hidup, begitulah seterusnya. Pembawa kezaliman adalah manusia yang mempunyai hati yang mati. Pembawa keadilan adalah manusia yang mempunyai hati yang hidup. Kedua-dua golongan ini, tidak akan duduk bersama, bahkan sampai satu masa, ia akan dipisahkan oleh Allah SWT.

TEORINYA

Kebiasaannya;

Orang Alim - kebenaran.

orang jahil - kezaliman.

tetapi Jika;

orang jahil + kebenaran = Wajib sokong, haram lawan.

orang Alim + kezaliman = haram sokong, wajib lawan.

ada pula;

1 hb : orang alim + kezaliman = wajib lawan, haram sokong.

3 hb : orang alim yang sama + kebenaran = wajib sokong, haram lawan.

adapun jika:

keberadaan orang alim tertentu/orang jahil tertentu menyebabkan Islam dilihat buruk dan semakin dibenci = wajib lawan.

yang penting, Islam dijulang, bukan orang yang dijulang.


Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
5 April 2010 * 3:25 petang



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam ust wan G...
org dok kalut pasal pendedahan Kickdefella...ha,mana penjelasan @ penafian enta? asyik mutar je hujah...

Tanpa Nama berkata...

2 minggu TGNA d mekah sape nak bela dia...

Bodoh punya kaki ampu berkata...

Kalau dia benar, tak perlu ada kaki bodek bela dia. Kita tengok saja siapa yang benar