Khamis, 20 Mei 2010

SIKAP KITA TERHADAP DAP?


[1]

Aku tidak menafikan beberapa kebimbangan-kebimbangan yang ditimbulkan oleh orang-orang UMNO, juga sebilangan orang-orang PAS yang berfikrah UG terhadap perkembangan DAP.

Mereka menilai, DAP itu adalah agen Singapore; mereka bimbang Malaysia akan menjadi seperti Singapore. Dalam perkataan lain, mereka bimbang melayu tertindas di Negara sendiri, islam tidak kemana dan sebagainya.

Kebimbangan ini, datang dari mereka yang mempunyai ‘keikhlasan’ terhadap bangsa melayu. Tetapi, kebimbangan sebegini sebenarnya tidak wujud dari orang-orang UMNO dan orang-orang PAS berfikrah UG yang beragenda [ulang sekali lagi : yang beragenda].

Jika benar semua orang-orang UMNO meletakkan kebimbangan terhadap melayu, apakah boleh dikatakan satu kebenaran, apabila mereka sendiri menindas melayu? Apakah menjadi halal, apabila melayu menindas melayu? apakah menjadi haram, apabila cina menindas melayu?

Bukankah telah terbukti bahawa Malaysia yang dulunya bernama Tanah melayu; merupakan sebuah Negara yang diperintah oleh melayu, kekuatan ekonomi dikuasai oleh melayu, dan banyak perkara dibawah kekuasaan melayu, tetapi mengapa kini ramai orang melayu yang menjadi ‘bangsat’?

Justeru, perlu dibedakan antara dua pihak yang wujud dalam usaha hendak memburukkan DAP ini. satu pihak, yang sebenarnya ‘ikhlas’ bimbang terhadap keadaan melayu; dan ada pula satu pihak yang lain mengungkap melayu, tetapi mempunyai seribu satu agenda.

[2]

Kini abad 21, bukan abad 14 atau 15. kini kita berbicara tentang Malaysia, bukan tanah melayu lagi. Justeru, Islam yang perlu diperjuangkan kini perlu bersifat ‘Waqie’, iaitu Islam di Malaysia, bukan islam di Tanah melayu.

Sebelum ini, Profesor Zulkifli Ahmad pernah menyebut peri-pentingnya undi non Muslim dalam menentukan kemenangan PAS, maka terlebih penting perkara ini dibincangkan di kala ini.

PAS dengan perjuangan Islamnya; bercita-cita menubuhkan sebuah kerajaan yang berasaskan kepada Islam dalam semua aspek kehidupan. Bermula dari masuk jamban, sehingga pemerintahan kerajaan.

Usaha PAS hendak mendaulatkan Islam di Malaysia, terpaksa berhadapan dengan demokrasi. Konsep menolak mudharat yang lebih besar, dengan terpaksa melakukan mudharat yang kecil, maka PAS terlibat dalam demokrasi dalam usaha berdakwah, menyeru manusia kepada Islam.

Hakikat demokrasi adalah, suara rakyat. Majoriti suara rakyat, lambang kekuatan dan kemenangan. Tanpa suara majoriti, PAS tidak dapat memerintah Malaysia dengan Islam.

Di Malaysia, jika diharapkan suara melayu-muslim sahaja menyokong Islam, mustahil Islam terlaksana. Ini kerana, sudah pasti akan berlaku pergolakan politik; iaitu tentangan dari bangsa selain dari melayu.

Itu jika dilihat, kalau melayu-muslim itu bersatu. Adapun hakikat yang berlaku kini adalah, melayu-muslim tidak bersatu. Ada pihak yang mahukan islam; ada pihak yang mahukan kebangsaan; dan ada pihak yang mahukan ’poket terisi’, Cuma mereka mempergunakan nama kebangsaan, malahan nama islam.

Justeru, tidak dapat tidak, undi selain Non Muslim adalah perlu. Tidak kira mereka yang berada dalam DAP, ataupun PKR, ataupun tidak berparti.

[3]

Menyeru manusia kepada Islam adalah satu kemestian. DAP merupakan sasaran dakwah yang tidak boleh diabaikan dalam usaha melaksanakan Islam di Malaysia.

Mengabaikan DAP dalam dakwah, merupakan satu kedangkalan dalam dakwah. ini kerana, DAP merupakan manusia yang berwarganegara Malaysia juga.

Didakwa bahawa DAP ada agenda, maka itu terpulang kepada mereka. Adalah terlalu dangkal, apabila kita mendakwa bahawa DAP tidak ada agenda.

Yang salahnya, apabila kita mengatakan UMNO tidak ada agenda. Lebih dangkal, jika kita melawan agenda UMNO dengan kebodohan.

Dalam Islam, agenda mesti lawan dengan agenda. Bukan agenda lawan dengan kekerasan. Itu satu kekalutan dan kejumudan, malahan ia ditolak oleh Islam.

Firman Allah;

فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ

Maksudnya;
”Barangsiapa bermusuh terhadap kamu, maka hendaklah kamu bermusuh ke atasnya sepertimana ia bermusuh terhadap kamu”

(Surah Al-Baqarah : 194)

Agenda dilawan dengan kekerasan, itu bukan kaedah Islam; ia merupakan tindakan yang melampaui batas. Cara ini ditentang oleh Islam menerusi Al-Quran.

Firman Allah;

وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Maksudnya;
”Jangan kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas”

(Surah Al-Baqarah : 190)

[4]

Jika kita perhatikan dalam sirah, kita akan dapati bahawa, dalam misi dakwah, Nabi SAW berhadapan dengan manusia yang menolak Islam dengan beberapa faktor. Antaranya adalah kerana kejahilan dan kedegilan.

Di Makkah, Nabi SAW berhadapan dengan manusia yang tahu kebenaran [bermakna mereka tidak jahil], tetapi mereka tetap juga menolak Islam disebabkan kedegilan. Dengan sebab kedegilan, mereka menindas umat Islam; para sahabat, malahan melakukan berbagai-bagai strategi untuk membunuh Nabi SAW dan menghalang dari tersebarnya ajaran Islam.

Keadaan ini berbeda di Yasrib [Madinah sebelum Islam]. Rakyat Madinah, mudah menerima Nabi Muhammad SAW apabila mengenali Nabi SAW. Waima berita kenabian Nabi Muhammad SAW itu dibawa oleh As’ad bin Zurarah sahaja, ternyata dalam masa dua hingga tiga tahun sahaja, Nabi SAW sudah dijemput hadir ke sana dalam menyampaikan misi dakwah.

Difahami, rakyat Madinah adalah golongan yang tidak memahami Islam. tetapi, setelah mereka memahami Islam, mereka terus menerima Islam. Apabila sedar keadaan ini, tidak hairan Nabi SAW mencipta gelombang Islam di Madinah terlebih dahulu, kemudian baru mencipta gelombang Islam pula di Makkah.

[5]

PAS menyeru UMNO kepada Islam sudah lebih satu dekad. Sejak sebelum merdeka lagi, ulama-ulama yang mengasaskan PAS sudah berdakwah, menyeru UMNO kepada Islam. Namun, sehingga hari ini UMNO tetap dengan dasar kebangsaan yang tidak Islam.

Kejahatan UMNO ini, sehingga sampai sanggup mencandukan Islam, agar Islam dilihat buruk dalam gambaran pemikiran Non-Muslim. Semuanya ini dilakukan, semata-mata mahu mengekalkan kekuasaan ketika berhadapan dengan PAS.

Di fahami dari situasi ini, nyata bahawa UMNO adalah parti yang menolak Islam kerana kedegilan; mereka menolak Islam bukan kerana kejahilan. Jika mahu dikatakan sebagai jahil, bagaimana pula keberadaan tokoh-tokoh ulama, dan ilmuan Islam dalam UMNO?

Keadaan ini berbeda dengan DAP. Mereka sebelum ini dimomokkan tentang keburukan yang ditampalkan oleh UMNO kepada Islam. Ekoran itu, mereka turut membenci Islam.

Disamping itu, kurang kemahiran sebilangan pimpinan PAS dalam mempersembahkan Islam kepada Non Muslim, menyebabkan PAS sering dilihat seperti musuh DAP.

Namun begitu, kebelakangan ini perubahan itu semakin hari semakin kelihatan. Sebelum berlakunya gelombang rakyat pada 8 mac 2008 lagi, kerjasama antara PAS, PKR dan DAP telah membuahkan satu hasil yang cukup membanggakan.

Antara perkara yang paling membanggakan, apabila didapati pimpinan DAP sudah tidak ’allergic’ dengan istilah hudud, dan negara Islam. Malahan, dalam PRK sibu baru-baru ini, pihak BN sendiri memainkan isu ”undi DAP, bermakna Undi Negara Islam”, tidak mengugatkan sokongan masyarakat cina terhadap DAP.

Usah dibicara ucapan Karpal ”langkah mayat saya dulu, jika mahu tubuh negara Islam”, kerana ucapan karpal itu diungkapkan ketika aku belum berkahwin lagi. Kini, aku sudah mempunyai 2 orang anak, sudah pasti keadaan sudah berbeda.

Jika UMNO mahu memainkan isu ucapan karpal itu juga, dipesan kepada UMNO agar mereka mengenangkan balik ucapan bekas presiden parti mereka yang menyebut bahawa ”nabi SAW berjanggut sebab tak ada pisau cukur”, ”kalau hudud dilaksanakan, nanti tidak ada batu lagi untuk buat jalanraya”, ”kalau Islam memerintah, Malaysia tidak akan maju” dan banyak lagi.

[6]

Padaku, sikap kita terhadap DAP hendaklah wujud sikap sepertimana sikap Nabi SAW terhadap Saidina Umar sebelum beliau memeluk islam.

Kalau Saidina Umar dahulu seorang yang cukup bermusuh dengan Nabi SAW, tetapi setelah memeluk Islam beliau adalah manusia yang cukup menyayangi Nabi SAW. maka, tidak mustahil Allah SWT akan menjadikan DAP sebuah parti yang sangat mematuhi Islam di suatu masa nanti, iaitu jika mereka sudah memahami Islam dalam bentuk yang sebenar.

Yang perlu diingatkan adalah, usaha memecah-belahkan hubungan antara PAS dan DAP memang sering dilakukan oleh UMNO. pada UMNO, pergabungan antara PAS dan DAP merupakan satu isyarat cukup bahaya kepada mereka.

Keadaan ini, mengingatkan aku dengan kata Abang Mat Sabu, ”apabila cina sudah tidak takut kepada PAS, dan Melayu tidak takut kepada DAP, maka tunggulah saat terakhir bagi UMNO”

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
21 Mei 2010 * 12:23 pagi


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.Dah kata lama dahhhh!!hang ni kurang cerdik!akai tak dak!bila akai tak dak!!jadilah manusia macam hang!bodoh sombong!dahlah bodoh!sombongpulak!!tak makan diajaq!!
2Puak politik cina bersatu dalam menjaga hal yang berkaitan dengan depa!depa pantang dengaq penubuhan sebuah negara islam!hukum hudud!Dap pelupur pada penentangan terhadap sebuah negara islam!undang-undang islam dan hukum hudud!
3.Untuk menunjukkan bahawa maca dan gerakan juga pejuang islam!depapun tunjukkan bahawa depa pun pejuang puak depa!itulah orang cina!
4.Yang tak cerdik ialah puak macam hang!dahlah akai tak dak!kena tarik hidung dengan puak kapiaq harbi pulak!!!pecahbelahkan sesama islam dan melayu!!!

Kuda Perang berkata...

Tang ni aku setuju dgn hang.

Tanpa Nama berkata...

Salam Ustaz Wan Ji...

Kalau tulisan ustaz ni dibaca oleh Lim Kit Siang apatah lagi Lim Guan Eng..... betapa mereka "kagum" dan "taksub" dengan "keikhlasan" ustaz memperjuangkan ISLAM .... InsyAllah mereka akan sokong ustaz 101% ..... sebagaimana ustaz sokong dan percaya pada DAP ... teruskan dengan niat dan usaha ustaz .... semoga ustaz dapat mencapai apa yg diperjuangkan ....
takbir ........

Tanpa Nama berkata...

Salam...

http://kohilal.com/

Kohilal mulakan 'road show' di Kelantan

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Koperasi Al Hilal Malaysia Sdn. Bhd. akan memulakan “road show” untuk mengembalikan semula ingatan dan menyemarakkan semula penggunaan barangan yang bermottokan “ Hilal Yang halal”.

Menurut Bendahari Kohilal, Dr Md. Yusnan Yusof, Kelantan telah dipilih sebagai negeri pertama bagi 'road show' tersebut untuk berrtemu anggota dan stokis serta mereka.

Boleh ajak DAP sekali ....barang buatan Melayu susah nak menembusi pengguna Cina .... mungkin PAS boleh pecahkan tradisi ini ... itu pun dgn syarat pemimpin dan pengikut pas kenalah guna dulu produk kohilal ...DAP boleh buktikan kerjasama ... boleh ekspot ke Singapore lagi ...

Majid berkata...

Ko ni blogger celake ke wang ji?ug tu dh tutup tp ko bukak balik.bengong la ko ni. belajar jauh2 tp akhlak kosong.ko nk hncurkan jemaah ke?

http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/05/jijik-sangatkah-negara-islam.html

http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/05/jahat-betul-penembak-babi.html

http://penembakbabi.blogspot.com/2010/05/one-g-masih-keliru-dan-mengelirukan.html

Tanpa Nama berkata...

Agenda dilawan dengan kekerasan, itu bukan kaedah Islam; ia merupakan tindakan yang melampaui batas. Cara ini ditentang oleh Islam menerusi Al-Quran.

Firman Allah;

وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Maksudnya;
”Jangan kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas”

(Surah Al-Baqarah : 190)

Surah ini sedikit sebanyak kena juga kat batang hidung Ust Wan Ji

Tanpa Nama berkata...

1.Contoh manusia yang hidup dalam kepompung sendiri!belajaq!bekerja!tak pernah merasa berada disamping puak kapiaq harbi!kalau hang pernah belajaq dengan puak kapiaq harbi!bekerja dengan puak kapiaq harbi!hang akan tahu realitinya puak kapiaq harbii!!yang hang dok puji melangit tu!!
2.Tapi betui jugak!!!hang bukan budak yang cream!!hang mana pernah berlajar dalam aliran sains!hang mana pernah belajaq dan bersaing dengan puak kapiaq harbi diU!!manalah hang tau semua tu!!
3.Kesiaan kat hang!tak dapat beza antara puak kristian ditanah arab dengan puak kristian dimalaysia!!hang tak dapat beza antara cina macam prof.k.kim dengan puak kapiaq harbi Dap!!
4.Hang nak dahwah depa!hang akan dihormati oleh puak kapiaq harbi!!hang ukuq la baju hang sendiri!!berapa raamai puak orang asli yang telah hang islamkan! berapa ramai mat rempit yang hang telah dakwahkan!
5.Hang cuma berkokok didalam mimpi!realitinya!!hang nak ikut cakap mat sabu!berapa karung duit derma pas lesap!dia ada resit!!
6.Ish!ish!ish!siaannn kat diri hang!!bukan bersemangat hang nak tarbiahkan puak kapiaq harbi!!yang syoknya!! tanpa hang sedari!ada tali berlambang dap kat hidung hang!!eloklah hang mulai sekarang dakwahkan diri hang sendiri!!terutama dalam bab kapiaq harbi nii!!Rasanya bila Pr menang diperak dulu!dan nizar dijadikan Mb perak!!hanglah orang yang melompat sakan!siap buat kenduri kesyukuran!siap buat solat syukur!!sedangkan realitinya hang telah mula ditarik idung oleh puak kapiaq harbi!hang dan puak seangkan dtan dengan hang telah mula gadaikan islam! ada jugak manusia macam hang ni dalam dunia niii nooooo!!!!

XTF 2010 berkata...

Untuk tanpa nama dan seangkatan dengan nya, tak payah mempertahankan ug lagi sebab semuanya tak tahu keadaan sebenar. Boleh tutup mulut dan jangan memandai mandai.