Jumaat, 18 Jun 2010

PERKAUMAN, KAPITALIS DAN ZALIM – PRU AKAN DATANG

ini gambar Pilihanraya kecil Sibu baru-baru ini


[1]

Kadang-kadang terfikir, mengapa rakyat menolak BN dalam PRU lepas. Apabila berfikir, teringat pula pesanan Shah Waliyullah Ad-Dahlawi dalam kitab "Hujjahtullah Al-Balighah" yang pernah menyebut bahawa rakyat akan mendokong sesuatu kerajaan, apabila kerajaan itu menjaga tiga perkara, [a] Pakaian mereka, [b] makan minum mereka, dan [c] tempat tinggal mereka.

Menilai itu, tidak hairan dalam PRU lepas, Barisan Alternatif mendapat sokongan padu dari Rakyat, kerana ketika itu ungkapan Negara berkebajikan benar-benar memberi keberanian kepada rakyat untuk beralih undi, terutama apabila BN sebagai kerajaan, sedang dalam dilemma dalam kebejatan kebajikan rakyat, seperti kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang.

[2]

Dari sudut yang lain pula, dilihat undi cina dan India terlalu tinggi meninggalkan BN. Adapun undi melayu, berlaku juga peralihan, tetapi tidak terlalu ketara.

Bangsa cina dan India adalah dua bangsa yang dilihat sebagai ‘class kedua’ di Malaysia. Semuanya berpunca dari tiga unsure, [a] perkauman, [b] kapitalis, dan [c] zalim.

Ketiga-tiga unsure ini, amat melekat dengan BN, sehingga tidak boleh dipisahkan. Apabila disebut BN, maka kelihatan zalim, perkauman dan kapitalis.

Disamping itu pula, kepandaian mengolah isu yang dilakukan dari pihak Barisan Alternatif, terutama road show Anwar Ibrahim yang dilihat ‘suaranya agak keramat berbanding pemimpin politik yang lain’ dalam memainkan isu-isu ini.

[3]

Mat Sabu ada menyebut bahawa undi melayu ini perlu dinilai dari dua keadaan, iaitu [a] melayu Bandar, dan [b] melayu kampung.

Melayu Bandar, undi mereka terletak kepada rasional. Mereka adalah golongan terbuka minda. Mereka golongan yang bermaklumat, kerana sumber maklumat mereka bukan sekadar melalui surat-surat khabar perdana, tetapi internet, blog, laman-laman web dan akhbar-akhbar internet.

Adapun melayu kampung, undi mereka terletak kepada sentiment. Mereka agak tertutup minda. Mereka golongan yang tidak bermaklumat, kerana sumber maklumat mereka adalah akhbar-akhbar propaganda BN, seperti utusan, berita harian, RTM dan TV3.

Apabila menilai ini, tidak hairan kita dapati undi melayu yang banyak meningkat; yang memberi undi kepada PR adalah di kawasan-kawasan bandar. Adapun di kawasan-kawasan kampung dan felda, undi melayu agak stabil seperti dalam PRU-PRU yang lepas.

Ini memberi maksud, jika di kawasan-kawasan melayu kampung atau felda, diberikan kemudahan internet, ataupun maklumat internet ini disalurkan kepada mereka – seperti yang Obama lakukan dalam kempen Pilihanrayanya, iaitu ada golongan yang kerjanya fotokopi berita internet, dan disebar kepada pengundi – tidak hairan undi BN akan menurun di kawasan-kawasan melayu kampung, dan undi di kawasan-kawasan melayu bandar akan kekal seperti sedia kala.

[4]

Politik rakyat kelantan amat unik. Ada pihak mendakwa, politik rakyat kelantan adalah politik ’silent killer’. Mereka boleh dilihat memakai baju BN, tetapi mereka mengundi PAS. mereka boleh pakai baju PAS, tetapi mereka boleh mengundi BN.

Dalam satu ceramah, Mat Sabu ada menyebut bahawa, antara sebab kekurangan undi PAS kelantan yang amat ketara dalam PRU ke 11 [2004] yang lalu adalah, faktor ’silent killer’. Antaranya adalah, apabila kerajaan negeri tidak dapat menyelesaikan masalah pemberian geran tanah kepada rakyat di kawasan-kawasan pendalaman.

Ekoran itu, bermula dari kedai kopi, mereka mengungkap istilah ”kita ajar kali ini”, menyebabkan ia tersebar sehingga PAS di Kelantan pada tahun tersebut benar-benar berada dalam gawat; iaitu berbekalkan satu kerusi majoriti sahaja.

[5]

Jika ulasan ini adalah satu perkara yang benar, ia memberi satu perkara yang bahaya kepada PR dari satu sudut yang terpencil. Ini kerana, jika rakyat boleh menolak BN kerana faktor kezaliman, kapitalis dan perkauman. Ini memberi satu peringatan, sekiranya ketiga-tiga unsur ini dilakukan oleh PAS [atau PR?], tidak hairan PAS akan ditolak oleh rakyat juga.

Susah hendak merungkai isu ini. Tetapi, dari persepsiku secara peribadi, aku melihat bahawa sejak 8 Mac 2010 yang lalu, unsur Perkauman ini berlaku dalam PAS, iaitu apabila dibicarakan soal perpaduan melayu atas wajah kerajaan perpaduan.

Adapun unsur zalim, ia kedengaran di sebilangan DUN-DUN yang berada di bawah kekuasaan PAS, PKR dan DAP. Kedengaran PAS yang menguasai DUN, mengenepikan PKR dan DAP; PKR yang menguasai DUN, mengenepikan PAS dan DAP dan begitulah selanjutnya.

Waima unsur mengenepikan ini adalah perkara terpencil, tetapi ia memberi kesan kepada pendokong-pendokong parti masing-masing, yang tidak hairan bahawa akan berlaku undi protes, ataupun tidak keluar mengundi.

[6]

Barisan Alternatif diberi undi, antara faktornya adalah bahawa calon-calonnya dilihat lebih mudah didekati; tidak sombong dan kelihatan berjiwa rakyat. Pemimpin-pemimpin Barisan Alternatif dilihat mudah ditegur dan bersifat terbuka.

Keadaan ini berbeda dengan keadaan pemimpin-pemimpin BN yang dilihat agak berlagak dan susah didekati. Mereka memakai kereta mewah, dan hendak berjumpa dengan mereka perlu berhadapan dengan banyak halangan, seperti ’kabel’ dan ’personal asistent’.

Ini membuatkan rakyat marhain meluat, dan akhirnya ’ajar’ pemimpin-pemimpin BN, dengan memberikan undi kepada Barisan Alternatif sebagai protes.

Adapun jika dilihat kepada pemimpin Pakatan Rakyat [khususnya PAS], fikir dan nilai sendiri je la..

Jangan sampai ada rakyat berkata, ”Jangan ko.. puak2 ni kalau memerintah Malaysia, mereka akan tuduh kita UMNO kalau kita tak wala’ kat mereka. Kat ahli mereka pun, mereka dah buat. Inikan pula kat kita rakyat biasa”

Sekian

Wallahu ’alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com





- Sri Indah [b] Sg Buloh
18 Jun 2010 * 7:18 Malam

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam...
Ketiga-tiga unsure ini, amat melekat dengan BN, sehingga tidak boleh dipisahkan. Apabila disebut BN, maka kelihatan zalim, perkauman dan kapitalis.
....nah sekarang tuduhan yg dilemparkan kepada BN perlahan-lahan telah ditolak rakyat kerana kebatilan tidak dapat menimbus kebenaran..tambahan pula pemimpin PR begitu 'handal' mengaut segala yang ada....

2.Keadaan ini berbeda dengan keadaan pemimpin-pemimpin BN yang dilihat agak berlagak dan susah didekati. Mereka memakai kereta mewah, dan hendak berjumpa dengan mereka perlu berhadapan dengan banyak halangan, seperti ’kabel’ dan ’personal asistent’.
.....sebut shj pemimpin PR mana ada yg berkereta buruk...pemimpin BN mengambil masa lebih 50 tahun utk kelihatan mewah tetapi pemimpin PR hanya mengambil masa tak sampai 2 tahun utk kelihatan mewah..tahniah satu pencapaian yang menakjubkan...

3.Adapun unsur zalim, ia kedengaran di sebilangan DUN-DUN yang berada di bawah kekuasaan PAS, PKR dan DAP. Kedengaran PAS yang menguasai DUN, mengenepikan PKR dan DAP; PKR yang menguasai DUN, mengenepikan PAS dan DAP dan begitulah selanjutnya.
....hanya dlm tempoh kurang 2 tahun...apa yang diharap pada pakatan parti yg hanya bersatu atas niat menjatuhkan BN bukan untuk kebajikan rakyat....

4.Akhirnya dengan Izin ALLAH..Ini membuatkan rakyat marhain meluat, dan akhirnya ’ajar’ pemimpin-pemimpin PR, dengan memberikan undi kepada Barisan Nasional..InsyaAllah..

adibeta,
layarbiru15@gmail.com
kubang kerian,kelantan

Tanpa Nama berkata...

so apa pelan tindakan, rancangan dan/atau sumbangan ustad selain berblog yang asyik ungkit kerajaan perpaduan... boleh share dgn kita orang supaya pas tak kalah

Tanpa Nama berkata...

Ustaz, nak tanye satu soalan laaa, jika dan jika ditakdirkan TGNA sokong idea UG, apa persepsi yang terlintas di fikiran ustaz, persepsi ustaz dan/atau tindakan ustaz? begitulah kiranya TGHA telah tarik balik idea UG ni

Propito berkata...

asalamualaikum..ada widget "I Love Islam" kat link ni http://propito.com/2010/iloveislam-widget/

serirasahati berkata...

salam,

sesekali saya memang terfikir dan ada keinginan'pas di Kelantan' diuji dgn kekalahan setelah bertahun menikmati kemenangan, jika kekalahan boleh memimpin manusia kembali berpegang teguh pd kehendak agama, maka kekalahan akan jadi anugerah paling baik berbanding kemenangan yg telah melalaikan dan menjadikan kita terleka.


saya geleng kepala 'melihat suasana kelantan sekarang' setelah sekian lama ditadbir kerajaan Islam, kehidupan sosial masyarakatnya menunjukkan 'penurunan'.Apa yg telah disahakan oleh kepimpinan?'.....rasanya sangat perlukan pembaikan.

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 2010 Jun 18 07:49,

aku sokong ko. sepatutnya ustaz wan ji kena panggil presiden PAS meeting.

Tanpa Nama berkata...

Salam. Wan Ji... kau dah dgr ucapan Perasmian TGNA ? harap dgr acapkali arahan Mursyidul Am berkait saranan dia pada pemuda . . .