Isnin, 28 Jun 2010

”ULAMA MUDA” MASUK UMNO, ”ULAMA PAS” KENA MUHASABAH?


[1]

Kenapa ”ulama-ulama muda” masuk UMNO?

Apabila soalan sebegini terpancul. Mungkin banyak jawapan yang didengari.

Mungkin antara jawapan kita adalah, mereka nak duit, mereka nak kemewahan, mereka nak dapat jadi pensyarah universiti, mereka nak naik kereta yang ada nombor plat dua angka, mereka nak kawasan balak, mereka nak itu, dan mereka nak ini.

Itu semua jawapan andaian yang kita fikirkan mungkin bersarang dalam pemikiran ”ulama-ulama muda UMNO” itu. Yang pastinya, ’wakil ulama muda UMNO’ itu berkata, mereka mahu ruang dakwah yang lebih terbuka.

Persoalannya, benarkah dengan masuk dalam UMNO, ruang dakwah mereka lebih terbuka? Bila kita tanya mereka, pasti jawapan mereka adalah ”Ya” dengan disertakan alasan-alasannya. Tetapi, jika mengharapkan jawapan dari kita, pasti kita akan mengatakan ”tidak” dengan disertakan alasan-alasannya.

Alasan siapa yang tepat, tidak diketahui. Kalau mahu tahu siapa yang tepat, cuba duduk semeja, berdebat dan berwacana dengan sihat.

[2]

Dari pihak UMNO pula, mustahil kemasukan ulama-ulama muda ini tidak mempunyai sebarang agenda.

Harus diingat, ”ulama-ulama muda” yang masuk UMNO ini adalah mereka yang beraliran ”salafi” atau dengan lebel negatif sebagai ”Wahabi”. Walau mereka nafikan sebagai wahabi, tetapi itulah lebel yang mereka dapat.

Ulama-ulama muda ini, bukan calang-calang orang. Mereka mempunyai sijil, dan kelulusan mereka sehingga ada yang mencapai PhD. Boleh dikatakan, majoriti mereka dalam bidang Tafsir dan Hadis. Dengan maksud, kemahiran mereka dalam bidang tafsir dan hadis, sukar untuk dipertikaikan lagi.

Lebih-lebih lagi, jika didengari dengan ceramah-ceramah, kuliah-kuliah, atau tulisan-tulisan “ulama-ulama muda UMNO” ini, agak jarang ustaz-ustaz PAS dapat menjawabnya.

Masakan mereka, tulisan dari jemaah hizbut tahrir pun, ramai ustaz-ustaz PAS yang tidak dapat menjawab dengan ilmiyyah. Jika ada jawapan pun, tidak lebih sekadar memperlekeh dan menghina, seperti menuduh mereka sebagai egen UMNO. Ini menjadi kebiasaan bagi sebilangan ustaz-ustaz PAS, seperti Ustaz Idris Ahmad, ketua penerangan PAS Pusat kini.


Sebab itu, kita dapati ramai dari pelajar-pelajar Universiti yang asalnya mengikut PAS, meninggalkan PAS dan terlibat dengan hizbu Tahrir. Bukan kerana mereka menolak PAS, tetapi mereka melihat Hizbut tahrir lebih mempunyai sandaran hujjah.

[3]

Zaman kini adalah zaman kebijaksanaan. Orang menilai kebenaran itu, bukan sekadar dengan mengatakan ”ini perkataan Imam As-Syafie, ini perkataan Imam Al-Ghazali, ini adalah pendapat Imam Hanafi” dan sebagainya. tetapi, zaman ini adalah zaman orang berkata, ”Imam As-syafie mengatakan begini, disebabkan nas dan dalilnya begini. Jika tidak percaya, sila rujuk kitab begian”.

jika perkataan Imam As-Syafie pun mereka mahukan sumber rujukan dan sumber nas, inikan pula perkataan sekadar seorang imam solat, ataupun tuan guru itu, dan ustaz ini. Alangkah mudahnya untuk mereka menolak.

Dilihat, ustaz-ustaz dalam PAS agak kurang mempunyai kemampuan mengupas sesuatu isu itu berdasarkan sandaran Nas dan sumber-sumber rujukan, tetapi mereka hanya mampu mengatakan, ”ini pendapat imam itu, dan imam ini” dan lebih sedih mereka mengatakan ”ini perkataan pemimpin begian dan begian, maka wajib taat sahaja”.

Jika ini bentuk ustaz-ustaz PAS, sudah pasti dengan kehadiran ”ulama-ulama Muda UMNO” ini, mampu dikalahkan dengan begitu mudah sekali.

[4]

Apakah ia mengugat undi PAS?

Sukar untuk menilai persoalan ini. tetapi, ia tidak boleh dipandang sebelah mata.

Realiti respon pengundi, dilihat Orang melayu di kampung dan di felda masih bersama BN/UMNO. Justeru, lebel wahabi ”ulama-ulama Muda UMNO” ini tidak menggugatkan sangat undi UMNO. Terutama, media-media utama yang menjadi ”rasul” orang melayu di kampung dan di felda ini dikuasai oleh UMNO/BN.

Adapun melayu di bandar, majoriti mereka menyokong PAS, kerana sumber maklumat mereka bukan sekadar media-media perdana, malahan media-media baru, seperti blog, berita internet dan sebagainya.

Persoalannya, mereka menyokong PAS itu kerana memang mereka mahu menyokong PAS, atau kerana mereka terlalu membenci UMNO?

Pada penilaian peribadiku, cara orang melayu bandar berfikir, tidak sama seperti melayu kampung dan felda berfikir. Mereka boleh bertukar keputusan, jika mereka diberikan hujjah logik dan disandarkan kepada bukti yang kukuh.

Oleh sebab itu, dengan berita kemasukan ’ulama-ulama muda’ kedalam UMNO, kita tidak boleh berkata, ”adanya ulama akhirat, dan ulama dunia” sahaja, tetapi yang paling penting kita kena fikirkan adalah, strategi untuk melawan agenda UMNO/BN ini.

Yang paling penting, Ulama-ulama PAS [tua atau muda] perlu muhasabah balik untuk memikirkan cara dan pendekatan yang paling berkesan, seperti mempunyai kesiapan dan kemampuan berhujjah untuk berhadapan dengan ’ulama-ulama muda UMNO’ ini dalam PRU akan datang.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah [b] sg Buloh
29 Jun 2010 * 4:22 pagi

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam semua..

Berhujah utk mencari kebenaran adalah dituntut dlm agama islam..tetapi kalau sekadar berhujah utk tujuan mengaut sedikit keuntungan dunia, sia-sialah perjuangan.......

Sang Harima berkata...

harap ustaz teegolong dari orang yang boleh jawab untuk PAS..!

Biduri berkata...

Salam sahabat2 ..

PAS tak perlu risau dgn perkembangan ini ... Islam tak semestinya diperjuangkan bersama PAS .... Sekiranya ada yg tidak dapat menerima corak perjuangan dan dakwah PAS, ini adalah satu kebaikan .... lihat secara positif ... Elakkan politik melabel dan membenci sesama Islam yg tidak sealiran dengan kita ... Masing2 ada sumbangan untuk Islam ....

Tanpa Nama berkata...

Amat bersetuju dengan ustaz bahawa kita tidak cukup dengan sekadar diwajibkan wala' dengan pemimpin, tanpa soal.

Penting kekemasan hujah dalam apa jua persoalan.

Saya melihat ustaz2 yang dilabel sebagai wahbi dsbnya, mempunyai keupayaan untuk berhujah dengan kemas dan menarik.

Malah website, blog dan facebook masing2 sentiasa dikemaskini sedangkan ustaz2 dalam PAS yang konservertif (dan sebahagiannya balik dari universiti dan tempat yang sama dan mengaji dalam bidang yang sama) begitu kelam kabut. Blog jarang2 dikemaskini.

Jadi, apabila golongan ini agak menonjol, adakah wajar mereka dipersalahkan?

Putera Ampang.

Pendengar Setia berkata...

Salam semua..

saya sangat setuju kebanyakkan ustaz pas berkata demikian, begian x 100..

Telinga anugerah ALLAH s.w.t

Tanpa Nama berkata...

Sudah menjadi resam perjuangan pergi datang seseorang ke dalam jamaah........ulama muda.... sudah kah anda beristikharah untuk menyertai suatu kumpulan atau mungkin anda meletakan akal berteman nafsu yang buta dalam menilai mana kaca mana permata........albayasi

AntiHipokritPAS berkata...

Salam

PAS berada di dalam keadaan dan situasi "syok sendiri" .... Mereka merasakan bahawa perjuangan mereka menepati perjuangan Rasulullah s.a.w ..... Realitinya adalah sebaliknya ...

Rata2 pimpinan PAS dan pengikutnya memiliki tahap kesombongan yg TINGGI .... Ini menghalang mereka dari mendekati dan melaksanakan dakwah terhadap pimpinan dan pengikut UMNO secara berkesan ...

Mereka merasakan mereka lebih ISLAM dari orang lain ... pelaksanaan Islamnya hanya dititikberatkan soal hudud dan membelakangi soal2 berkaitan ekonomi, menjaga perhubungan sesama Islam (walaupun berbeza pandangan dan fahaman politik)...

PAS sebenarnya membawa kejatuhan ISLAM ke tahap yg lebih teruk walaupun diakui matlamat dan arah tuju perjuangannya berteraskan dan melambangkan ISLAM ...

Sama2 kita fikirkan ...

Tanpa Nama berkata...

Saudara,
saya sangat bersetuju dengan saudara. Setiap kali keluar sesuatu isu, ustaz PAS (kebanyakkannya) gagal menjawab secara ilmiah dan akademik. Mereka hanya mampu mencerca, melabelkan, dan membuat lawak. Sedangkan bukan itu yang kita mahukan dari mereka. Lihat sahaja ceramah2 yang diadakan. Tidak lengkap kalau tidak disertai dengan kutuk mengutuk dan caci mencerca. Ayat al-Quran hanya digunakan untuk menyedapkan sahaja.

Apa yang saya katakan ini bukannya menyeliputi seluruh ulama PAS. Hanya sebahagian sahaja yang bersifat merosakkan Islam.

Bukanahliumno

Tanpa Nama berkata...

Ada 2 issu disini
1. pihak umno mengancam membasmi militan. jari telunjuk seolah 2 menuding pada mereka .pepatah mengatakan jika tak boleh menandingi pesaing, berkawan dgn mereka.

2. setelah issu tangkapan Dr asri dan U. Fathul Bari mereka rasa cara join umno sebagai satu langkah selamat

HaruBiru berkata...

Salam ....

Pas juga lupa hiburan dan sukan juga penting sebagai "alat berdakwah" ... Kenapa tidak ada sekurang2nya dalam dunia hiburan ini sebuah kumpulan Nasyid dari PAS ... atau pun sebuah pasukan futsal ...

nota: kebanyakan ahli2 kumpulan nasyid raihan, rabani dan hijjaz rata2nya produk Al Arqam ...

2 perkara ini jarang diperkatakan dan diketengahkan ... jagoh2 PAS seperti Mat Sabu, Salehudin, Mahfuz dll asyik bercakap dan menyentuh tentang kelemahan kerajaan ....

Kelemahan dan kekurangan PAS yg patut dibaiki dipejamkan demi populariti...

Aku berpendapat PAS sebenarnya makin jauh dari pendekatan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dlm cara berdakwah dan ia akan memberikan kesan jangka masa panjang ...

Dalam sektor penyediaan makanan halal yg menjadi keperluan masyarakat Islam pun PAS tidak dapat memenuhinya sedangkan PAS mempunyai KOHILAL yg boleh dijadikan penggerak Halal Hub ....

Ibarat

"Kuman di seberang laut nampak
Gajah di depan mata tak nampak"

Unknown berkata...

adakah ustaz wan telah menerima pandangan dari pihat HT...? bukan dulu ustaz juga yg telah mengatakan mereka ni agen umno berdasarkan dana dan kebenaran tempat mereka berforum.. ?
adakah ustaz telah menerima pandangan mereka ttg demokerasi sepenuhnya.. ?dan apa yg pas perjuangkan sbg wadah yg tergelincir.?
mmg betul ada segelintir ustaz pas yg berpolitik cara umno.. adakah kerana ni kita terus meninggalkan jemaah dan membuka ruang utk org luar menghentam jemaah...
sekadar ingin tahu pendirian ustaz..

Tanpa Nama berkata...

pas lagi risau dan bakal jahanam kalau ada orang cam ko ni..

ibnu albarlasy