[1]
Khalifah osmaniyyah jatuh pada tahun 1924. factor kejatuhan itu, bukan dari sudut serangan musuh sahaja, malahan kesilapan dari sudut khalifah juga tidak boleh dinafikan.
Lihat sahaja apa yang ada di muzium topkapi. Melihat kemewahan golongan atasan, mungkin kita akur punca rakyat memilih Mustafa Kamal Art-tarturk berbanding Khalifah Islam.
Pun begitu, adalah satu perkara yang cukup salah, tanpa kita melihat factor luaran; perancangan menjatuhkan kerajaan osmaniyyah.
[2]
Dalam buku Sultan Abd Al-Hamid II dan kejatuhan Khilafah islamiyyah, setebal 1179. Dalam buku itu ada menyatakan, antara factor penting kejatuhan kerajaan osmaniyyah adalah, apabila wujud penyerapan semangat nasionalis.
Semangat nasionalis itu, bukan sekadar nasionalis arab, malahan diserap juga semangat kenegerian, seperti semangat kenegerian mesir, kenegerian Syria, kenegerian Palestine, dan sebagainya.
Apabila semangat kenegerian ini berjaya diserap, maka berlakulah perpecahan, seterusnya hilang kekuatan. Ketika itulah, 'serangan' merampas khalifah osmaniyyah berlaku. Rakyat pula, tidak bersama dengan Khalifah islamiyyah, disebabkan meluat dengan kemewahan pihak atasan.
[3]
keadaan seperti ini tidak mustahil boleh menimpa PR dalam PRU akan datang. Usah bicara soal perebutan kuasa, malahan tidak mustahil dalam PRU akan datang, unsur berebut mahu menjadi calon juga mungkin berlaku.
Jika perkara ini tidak dapat diatasi dengan bijak, memungkinkan wujud 'meluat' dari rakyat. Lebih-lebih lagi, banyak janji PRU lepas, berjaya dilaksanakan tetapi tidak sesempurna yang diharapkan.
[4]
Rata-rata rakyat menyebut, mereka mengundi PR, bukan mengundi PAS, PKR atau DAP. Waima mengundi PAS, mereka menyebut bahawa mengundi PR. Inilah hakikat pandangan umum dikalangan rakyat 'atas pagar' yang tidak mengundi BN.
Ini memberi satu gambaran, kekuatan sesuatu parti itu bukan terletak kepada parti tertentu, tetapi kekuatan itu wujud dengan kebersamaan. Dengan maksud, jika PAS, PKR dan DAP bersatu, maka kekuatan untuk menjatuhkan BN itu wujud.
Dilihat bahawa PAS, PKR dan DAP ini berjaya disatukan atas nama PR. Anwar Ibrahim dilihat sebagai tokoh yang dapat menyejukkan perbedaan fikrah dan idealogi perjuangan antara PAS dan DAP yang diwar-warkan sebagai bercanggah.
Perkara ini, disedari oleh UMNO/BN. Justeru, 'membunuh' Anwar adalah perlu.
[5]
Bagaimana hendak bunuh anwar?
Sebelum ini dilibatkan isu liwat. Perbicaraannya sehingga hari ini tidak diketahui keputusannya. Susah untuk menjangka, apakah ia berterusan sehingga PRU atau tidak.
Mengikut jangkaan sebilangan pihak, jika kes tuduhan liwat terhadap Anwar ini dilihat kemenangannya kepada Saiful, sudah pasti kes ini akan selesai sebelum PRU, kerana ketika itu Anwar akan merengkok dalam penjara.
Tetapi, jika terbukti bahawa Anwar tidak bersalah, kes ini akan sengaja ditangguhkan sehingga selepas PRU. Ini kerana, kes yang tertangguh ini akan menjadi modal penting dalam PRU akan datang.
Dan terbaru, dikaitkan dengan isu zionis. Anwar Ibrahim ke luar Negara, mengkritik pengistilahan "Zion" yang didakwa yahudi sebagai "tanah air yahudi", sedangkan Anwar menyebut bahawa "zion' bukan bermakna "tanah air", tetapi maksudnya adalah "penjajahan".
Ternyata, kritikan itu mengundang kemurkaan Yahudi di peringkat antarabangsa, lebih-lebih lagi sebelum ini, Anwar ada membuat pendedahan tentang keterlibatan kerajaan UMNO/BN dengan sebuah syarikat yahudi (APCO). Ia semakin parah, apabila isu 'bantuan misi kemanusiaan' yang dikhinati Israel, mendapat tentangan dari PR, sedangkan PR dikepalai oleh Anwar.
Jadi, yahudi mula bertindak dengan sentiment kebencian umat Islam terhadap Israel, dengan menggambarkan kononnya wujud hubungan intim antara yahudi dan Anwar Ibrahim. Dan ini, telah disambut hebat oleh UMNO yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel melalui APCO.
Strategi ini, seiras-iras dengan apa yang dilakukan oleh yahudi dalam usaha menjatuhkan kerajaan osmaniyyah, yang disebut sebagai teori "pecah perintah".
Dengan maksud, kekuatan PR akan menjatuhkan BN. Kekuatan PR terletak kepada kebersamaan antara parti-parti dalam PR. Dilihat, Anwar Ibrahim adalah tokoh yang boleh menyejukkan antara kepelbagaian idealogi dalam PR. Justeru, 'membunuh' Anwar adalah penting demi perpecahan PR.
Sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah [b] Sg buloh
3 Julai 2010 * 1:13 petang
5 ulasan:
HANG TU PATUT HATI-HATI..JANGAN DUK PANDAI KATA KAT ORANG....
"Rata-rata rakyat menyebut, mereka mengundi PR, bukan mengundi PAS, PKR atau DAP. Waima mengundi PAS, mereka menyebut bahawa mengundi PR. Inilah hakikat pandangan umum dikalangan rakyat 'atas pagar' yang tidak mengundi BN."
1.Hoiii!!sibodooo!!awattt hang bodooo sampai tak boleh diajaq nii!!
2.patutpun puak macam hang ni senang jeee puak kapiaq harbi cucuk idung!!bodoooo segalanya!!akademik!perangai!!sikap!!mentaliti!!!
kesilapan turki uthmaniyah ialah bersekongkol dalam gabungan axis bagi melawan allied
seharusnya,perlu diingat tentang ayat Al-Quran,jangan kamu mengambil orang yahudi dan nasrani sebagai teman rapatmu.
kapir ni baik geng atau pun musuh,sama je.dia bukan satu akidah dan matlamatnya berbeza.
cuba tengok apa karpal singh dok meroyan.tak ada pun kenyataan dari pemuda pas ataupun disiarkan dalam harakahdaily berkenaan perkara ini.
pengerusi DAP meroyan kenapa dianggap pendapat peribadi pula.kalau peribadi,mengapa dia tidak dikecam oleh ahli DAP lain dibawah seperti lim guan eng,lim kit siang dan sebagainya.
hati hati sama dengan taktik orang kafir
Salam Ust Wan Ji dan rakan2
"Dilihat bahawa PAS, PKR dan DAP ini berjaya disatukan atas nama PR. Anwar Ibrahim dilihat sebagai tokoh yang dapat menyejukkan perbedaan fikrah dan idealogi perjuangan antara PAS dan DAP yang diwar-warkan sebagai bercanggah.
Perkara ini, disedari oleh UMNO/BN. Justeru, 'membunuh' Anwar adalah perlu"
Tontonlah video ini dan lihatlah wajah sebenar Anwar di Malaysia dan di luar negara ????
Saya petik dari blog Mahaguru:
"To me, such an opponent of the Islamic State per se is an enemy of Islam and us Muslims. To me, any such munafik who panders to the whims and fancies of Islam's enemies and bad mouths us when he is away from our shores is not to be given any support at all from the Muslim ummah!
Baca komen beliau dan tonton video Anwar ini...
http://mahaguru58.blogspot.com/2010/07/anwars-answers-to-questions-in.html
Salam Ust Wan Ji dan rakan2
Jgn asyik memuji Anwar dan menghentam Najib sahaja ... carilah kebenaran dengan membuat kajian dan analisa ...
sebagai permulaan di sini...
Anwar Kacau Isteri Orang : Apa Peranan Dato Nalla?
http://analisakumbang.blogspot.com/2010/06/anwar-kacau-isteri-orang-apa-peranan.html
Pegang kebenaran walaupun 'pahit"
Catat Ulasan