baru sat-sat bersembang dengan seseorang dari negeri Pulau pinang. Dia mendakwa, bahawa kejadian doa dalam Khutbah Jumaat terhadap Lim Guan Eng memang wujud. Tetapi, dia mempersoalkan isu yang sedang di mainkan oleh UMNO, khususnya TPM dan Zahid hamidi.
"kat mana salahnya doa itu?" soalnya.
"Pak imam yang menyebut Nama Lim Guan Eng dalam Khutbah itu, dia berdoa agar Lim guang Eng itu diberikan hidayah oleh Allah SWT.. supaya Lim Guang Eng masuk islam" ujar orang yang umurnya hampir 60 tahun itu.
penerangan itu, mengingatkan aku dengan doa nabi SAW yang berbunyi;
اللهم أعز الإسلام بأحد عمرين
maksudnya;
"Ya Allah, berikan kemegahan kepada Islam dengan islamnya salah seorang dari dua orang yang bernama Umar".
Dua orang umar yang dimaksudkan dalam doa Nabi SAW itu adalah, umar bin Al-Khattab, dan Amru bin Hisham, atau gelaran masyhurnya Abu Jahal [bapa goblok].
dalam doa nabi SAW itu, ternyata Allah SWT memilih Umar bin Al-Khattab, dengan keislaman Khalifah Islam kedua itu keesokkan harinya, di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam.
Justeru, tidak ada salahnya jika benar sungguh wujud Pak Imam yang berdoa di atas mimbar jumaat agar diberikan hidayah kepada Lim guan Eng. Jika ia salah, atas alasan apa ia salah.
Namun, atas alasan politik sempit UMNO itu, sengaja perkara ini diisukan. ia memberi tanda bahawa UMNO memang tidak teringin untuk melihat Lim guan eng memeluk islam, seperti yang sering diharapkan oleh ramai umat Islam yang mahu melihat Islam terlaksana di malaysia.
"UMNO lebih suka orang jadi kafir. yang dah masuk Islam pun, 'ditarbiah' UMNO agar lawan Islam" bisik hatiku.
Sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
- Sri Indah [b] Sg buloh
21 Ogos 2010 * 2:59 Pagi

15 ulasan:
mana 1 betoi ni malik kasim kata dak tp hang kata ya...la ni bln posa ni yg main tipu2...la bkn pasai umno bkn pasai pas....tlg la jgn dok politik bnda2 cmni
Dengar kata Lim Guan Eng tunggu Lim Kit Siang masuk Islam dulu. Terpaksalah masukkan dalam doa khutbah akan datang nama Kit Siang pula. Mungkin kalau tanya Kit Siang bila nak masuk Islam, agaknya dia akan akan kata, tunggu mentornya Lee Kuan Yew masuk Islam dulu. Kena tambah senarai doa masuk Islam dalam khutbah lagi satu akan datang, nama kuan yew pula. Takkan tak masukkan nama Karpal Singh anak beranak, Nga dan Ngeh, Elizabeth Wong, Tian Chua dan yang sewaktu dengannya.
1.Ye la tuuu!!
2.yang sesama islam!!hangpa kafirkan!!hangpa pecahbelahkan!!
3.Yang kapiaq harbi pio!!hangpa julang!!!
4.Yalah tu abdullah ubai oiii!!!
Tak dak dalam teks khutbah.
Yang baca khutbah dan berdoakan tu Ustaz hafiz. Minta doa supaya Guan Eng diberi hidayah.
Tak kan doa macam tu haram?
Minta izin copy dan paste ke blog saya.
Pada pandangan aku, kalau Lim Guan Eng masuk Islam, kewarakan dan ketakwaannya akan mengatasi kewarakan dan ketakwaan semua pemimpin tertinggi UMNO - insyaAllah.
1.Yaaa lahhhh tu!!kita pakat-pakat nanti guan eng masuk islam!!boleh jadi PM kita nanti kan!!!
2.Diakan nanti lebih waraq dari umat islam dimalayia ni!!!
3.Bukan saja lebih beriman dan warak dari puak umno!!malah lebih warak dari nik aziz!!
4.Dia juga tak akan jadi macam hang nooo!!minta sedekah memanjang!!!!!!!
Aku tengah dok fikir tanpa nama 02:00 tu orang pas atau orang umno. Kalau orang umno memang patut dok jadi lagu tu. Tak perlu layan dah. Tapi kalau orang pas, malang sungguh dapat ahli atau penyokong cam tu dan mesti lebai tak sekolah tinggi.
Adalah lebih baik semua umat islam berdoa semoga Allah membuka hati dan memberi hidayah kepada pemimpin yahudi shimon perez dan presiden amerika barrack obama agar berhenti memerangi islam dan memeluk islam.
Jangan Nak putar belit.
Yang dipertikaikan bukan doa kpd LGE tetapi kenapa digugurkan nama Ketua Agama Islam PP/Malaysia?
Kalau ya pun nak doakan LGE masuk Islam janganlah tinggalkan langsung nama Yang Dipertuan Agung dan TYT Yg.Dipertua Negeri.
Lain kali, doakan juga Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Baru-baru ini Karpal Singh dengan terang-terang menolak cadang...an Nik Aziz bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud. Mungkin doa untuk buka hati Karpal Singh boleh ditambah dalam khutbah Jumaat minggu hadapan.
Yang jelas tindakan membaca doa kepada LGE ini dengan membelakangkan YDP Agung adalah satu perbuatan mencemar nama Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di Pulau Pinang dan di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.
“Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.”
(Surah At-Taubah: 113)
1.Hang nak bohong sapa agaknya noooo!!!!!!!
pelik... adakah nama YDPA tu merupakan syarat SAH khutbah Jumaat?
aku sendiri bacan khutbah kat sabah ni, aku tak baca pun doa untuk YDPA dan juga TYT, takde plak nak bising2...
(anak mersing)
oo habis tu,doa kepada lim guan eng dan sikapir tu syarat SAH khutbah Jumaat ke?
“Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.”
(Surah At-Taubah: 113)
1.Hang nak bohong sapa agaknya noooo!!!!!!!
2010 Ogos 22 20:45
============
awat hang bongok sangat. ayat itu memohon ampun bagi orang2 musyrik.
sedangkan doa supaya diberikan hidayah berbeza dgn ayat ini. kalau dah nama UMNO...mmg bongok...
aku ada sebut ke yg aku sebut nama LGE dalam khutbah?
salam... masa kat U terkenal di KL dulu pendokong2PAS lah yang meracuni pemikiran bebudak U sampai ramai kawan aku kantoi dlm study. Aktif berpolitik kampus dan politik diluar... yang rugi anak2 org Islam (@org Melayu kalu tak mahu sebut sbb bersifat kebangsaan). bebudak cina score giler... itu sumbangan org2 PAS kepada Islam
Catat Ulasan