Selasa, 7 September 2010

HIZBUT TAHRIR BERSEDIA SOKONG PAS

[1]

Setelah beberapa hari usaha mempertemukan antara aku dengan wakil Hizbut Tahrir malaysia [HTM] dilakukan, ternyata ia berlaku. Syukur kepada Ilahi, pertemuan dan perbincangan yang penuh dengan ukhuwwah dan ilmiyyah, ternyata memberi banyak faedah dalam usaha hendak melihat Islam terlaksana di Malaysia, malahan di dunia.

pukul 3 petang hari selasa, kami telah sepakat bertemu di Masjid Bandar baru Sungai Buloh, untuk berbincang tentang perselisihan yang sering dilihat dari media maya antara PAS dan HT. Dr Muhammad bersama seorang rakan yang bergelar ustaz telah hadir dengan ditemani seorang rakan media mereka yang memperkenalkan diri sebagai zakuan.

Dari pihak aku pula, asalnya ingin pergi seorang diri, tetapi Saudara Zainulfaqar [wartawan harakahdaily]juga mahu ikut sama, makanya kehadiran dari pihak aku, tidak bersendiri, sebaliknya berdua.

pertemuan ukhuwwah dan perbincangan yang agak ilmiyyah, ternyata menghasilkan natijah yang menarik. Waima sebelum ini, sering kedengaran dari banyak pihak menyebut pertembungan antara PAS dan HT ternyata bercanggah sehingga tidak mampu untuk dicari titik kesamaan antara satu dengan yang lain.

padaku, ia tidak seperti yang didakwa itu, jika ia tidak dibincangkan dalam perbincangan meja bulat yang tenang, ia akan berjumpa titik kesamaan. Masakan tidak, perbincangan kami bersama wakil HTM pun telah membuktikannya.

Hampir di akhir perbincangan kami itu, wakil HTM menyebut, bahawa mereka amat berbangga jika PAS menang. Disamping diawal perbincangan, mereka ada menyebut bahawa HT juga pernah menghantar wakil mereka masuk dalam Pilihanraya di Jordan.

Ekoran itulah, menyebabkan mereka angguk bersetuju apabila aku menyatakan, apakah HT sanggup menyuruh semua ahli-ahlinya mengundi PAS dalam sebarang Pilihanraya. Melihat respon mereka itu, membuktikan bahawa antara kita boleh dirapatkan jurang yang jauh.

[2]

Saudara ZainulFaqar juga hadir, malahan beliau turut sama mengambil 'port' dalam perbincangan kami. di sini, dipaparkan artikle beliau tentang pertemuan itu.

Wacana bersama HT : Bersama fikrah damai, tolak kezaliman Umno!

Nota Kecil | Lebih kurang sejam juga, saya menemani Ustaz Wan Ji Wan Husin (blogger al-Bakistani) berwacana dengan dua cendekiawan Hizbu at-Tahrir (HT) petang semalam di Masjid Bandar Baru Sungai Buloh.

HT diwakili oleh Prof. Dr. Muhammad (pakar kimia di Universiti Malaya) dan seorang Ustaz yang saya terlupa namanya.

Banyak perkara yang diperbincangkan. Antara yang menarik perhatian saya adalah perjuangan HT menolak apa jua sistem bernegara yang tidak diwahyukan Allah atau tidak dipusakakan oleh Rasulullah s.a.w.

Menurut Dr. Muhammad, HT menolak sistem demokrasi kerana sistem tersebut datangnya dari cendekiawa Kuffar.

Tidak cukup dengan itu, Dr. Muhammad turut menganggap kerjasama politik (tahalluf siyasi) PAS dengan pemimpin Kafir sama ada dari parti kawanan PKR atau pun Dap adalah tidak syar’i dan ditolak di sisi Islam.

Banyak juga penjelasan Ustaz Wan Ji. InsyaAllah, rakamannya sama-sama kita nantikan kemudia kerana juruvideo HT, Zakuan berjanji untuk memberi rakaman bermakna itu dalam masa terdekat.

InsyaAllah, saya akan mencadangkan kepada Ustaz Wanji supaya memuat naik rakaman itu dalam Youtube untuk wacana maya kelak.

Pendapat Dr. Muhammad itu sebenarnya menarik perhatian saya. Pertama, beliau seorang yang lunak dalam percakapan.

Kedua, beliau membuktikan kepada saya bahaya pemimpin HT juga sebenarnya bersikap terbuka seperti pemimpin PAS; bukannya seperti segelintir segelintir facebooker yang emosional apabila berwacana tentang ’Demokrasi & Islam’.

“Tadi, Dr. ada menyebut bahawa pegangan HT berpijak pada al-Quran dan as-Sunnah, Dr. juga ada menyebut yang kerjasama pemimpin Islam dan Kafir itu adalah salah…”

“…dalam sirah, Rasulullah s.a.w tidak bekerjasama dengan non-Muslim dari DAP atau PKR, Rasulullah s.a.w bekerjasama dengan tiga puak Yahudi (Quraizah, Qainuqa’ & Nadhir)….”

“…soalan saya, bagaimana HT atau Dr. sendiri boleh menganggap tahalluf siyasi PAS dan DAP-PKR itu sesuatu yang salah sedangkan Rasulullah melakukan lebih dari itu waktu memeterai Sahifah Madinah serta mendapatkan masdaqiyyah ijtima’iyyah (mandat sosial),” soal saya kepada dua wakil HT tersebut.

Menjawab persoalan itu, beliau mengatakan bahawa politik Pas perlu kembali pada jalan yang ditujukkan oleh Rasulullah s.a.w, bukan dengan beriltizam dengan sistem demokrasi yang sekular.

Katanya lagi, lebih afdhal sebenarnya kerjasama dengan pemimpin Islam lalu melaksanakan khilafah Islamiah dan undang-undang Hudud.

“Sekiranya Pas bekerjasama politik dengan Umno, sebenarnya sudah membolehkan Islam memerintah, melaksanakan khilafah dan hudud.”

Jawapan saya mudah.

Islam sendiri tidak mengajar kita kerjasama politik atas nama pemimpim-pemimpin Islam dalam memanjangkan kezaliman.

“Mana boleh kerjasama dengan Umno, Umno zalim…” ujar saya.

Firman Allah yang bermaksud, “Jangan kamu cendrung pada orang-orang yang berlaku zalim, kelak kamu akan dibakar api neraka…” (11:113)

Yang Islam ajar, kata saya, kerjasama untuk menolak kemudharatan serta menghimpunkan kebaikan termasuk kerjasama politik antara pemimpin Islam dan bukan Islam.

Contohnya juga mudah, kalau Rasulullah s.a.w membuat kerjasama politik dengan tiga puak Yahudi, adakah suatu kesalahan Pas melakukan sunnah haraki yang sama dengan kerjasama dengan DAP dan PKR?

Kerjasama dengan pemimpin-pemimpin Islam di dalam Umno bermakna akan memanjangkan kezaliman Umno/BN di dalam negara.

Kerjasama dengan pemimpin-pemimpin Islam di dalam Umno bermakna akan menolak maslahah, iaitu keadilan sosial untuk rakyat dan negara.

Kalau tidak menyertai demokrasi, apakah boleh memungkinkan kita mendapatkan mandat sosial?

Kalau tidak menyertai demokrasi, apakah boleh memungkinkan kita bermuafakat dengan para pemimpin bukan Islam hatta terdirinya sebuah negara Madinah al-Munawwarah yang moden lagi dinamik.

Dalam hati saya sebenarnya nak berkata, kalau tidak mengambil demokrasi sebagai alat, apakah memadai dengan jalan usrah, wacana hatta perang?

“Maka seranglah mereka sebagaimana mereka menyerang kamu…” (2:194).

Rasulullah s.a.w pernah memeterai Perjanjian Fudhul (Hilf al-Fudhul) kerana realiti masyarakat menuntut demikian supaya maslahah (keadilan) boleh ditarik dan mudharat boleh ditolak.

Rasulullah s.a.w pernah memeterai Sahifah Madinah pun atas realiti yang lain, tetapi masih berhimpun pada maqasid mengambil maslahah dan menolak mudharat.

Begitu juga, siri-siri peperangan yang terlangsung pada zaman Rasulullah sendiripun sebenarnya disebabkan realitinya yang tersendiri, iaitu menolak mudharat yang lebih besar (hifz ad-Din).

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu mengukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu, (Sesungguhnya) Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (2:216)

Apa yang nak saya tuntaskan di sini, kebijakkan politik dakwah oleh Rasulullah sebenarnya terikat pada realiti – sama ada masa atau tempat.

Inilah yang disebut-sebut sekarang sebagai al-ijtihad al-tanzili.

Dengan ertikata yang lain, takkan gerakan Islam Pas wajar memperjuangkan Islam/Hudud melalui pentas peperangan serta tolak muafakat bukan Islam sedangkan realiti Malaysia menuntut perjuangan melalui sistem pilihan raya.

Lihat kembali firman Allah yang bermaksud, “Maka seranglah mereka sebagaimana mereka menyerang kamu…” (2:194)

Ustaz yang menemani Dr. Muhammad kemudiannya mempersoal al-ijtihad al-tanzili Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana mencalonkan Datuk Paduka Ibrahim Ali sebagai calon Bebas di Pasir Mas.

Ibrahim katanya, bertindak menentang Pas yang kononnya tidak menjaga kepentingan Melayu serta ‘barua’ pemimpin non-Muslim DAP dan PKR.

“Waktu Ibrahim dicalonkan, beliau menentang perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas atau menentang kezaliman Umno,” soal saya.

Kata Ustaz, “Saya dah memang agak dia (Ibrahim) ini masih Umno, macam PKR yang asalnya Umno.”

“‘Agak-agak’ ini sebenarnya dzon (sangkaan), tak kuat untuk tolak (al-ijtihad al-tanzili) Nik Aziz,” ujar saya.

Sebelum wacana itu ditangguhkan, Ustaz Wanji sekali lagi bertanya pendirian HT berhubung penyertaan Pas dalam pilihan raya serta menyekat kezaliman Umno.

Dari raut wajah Dr. Mohammad, saya nampak beliau mengangguk, isyarat menyokong calon-calon Pas pada pilihan raya umum depan.

Dalam hati, saya merafak rasa syukur.

Saya mencadangkan wacana seterusnya wajar menumpu pada soal ‘7 syarat yang membolehkan pilihan raya disokong oleh orang-orang Islam’ seperti yang dipopularkan oleh kaum HT di kampus dan di tanah air ini.

Saya turut menyuarakan rasa kurang berminat dengan komentar-komentar runcit oleh segelintir Facebooker yang memperlekeh fikrah perjuangan Islam yang dipopularkan oleh Pas di tanah air.

Dr. Muhammad dan Ustaz terbabit bersetuju dengan cadangan saya itu.

Malah, mereka menjemput saya dan Ustaz Wanji untuk berwacana secara lebih serius dalam usrah-usrah Hizbiyin mereka.

Saya bersetuju. Sebagai seorang Muslim yang percaya bahawa keadilan Islam tetap boleh memancar dalam kabus-kabus pagi demokrasi, saya sangat kagum dengan keterbukaan Dr. Muhammad dan Ustaz yang menemaninya itu.

HT bertuah kerana mempunyai pemimpin terbuka seperti mereka berdua dalam negara redup-redup demokrasi yang sedang dipulihara Pas dan Pakatan Rakyat ini.

Semoga keterbukaan sebeginilah yang boleh mendamaikan gerakan-gerakan Islam di Malaysia. Wallahu ‘alam.

KE ARAH FIKRAH DAMAI, TOLAK KEZALIMAN UMNO

sumber : zainulfaqar.blog.com

sekian

wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
8 September 2010 * 2:29 Petang


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya kurang pasti mengenai pendirian HT ini, adakah pendirian ini sebegini sekarang, yakni setelah kita makin mendapat perhatian umum atau pendirian ini semenjak dulu lagi? Apa yang saya kesalkan di negeri saya, aktivis HT kini adalah bekas rakan-rakan aktivis PAS dulu. Mengapa jadi begini?

apabila sauh dibongkar

Tanpa Nama berkata...

xsabar menanti video tersebut diupload

Tanpa Nama berkata...

Pendirian syabab HT sejak dulu dan dimana sama sahaja. Setahu saya, walaupun rakan2 dlm HT sangat tegas dan berterus terang dlm menyatakan pendirian dan pandangan politik mereka, mereka tidak pernah membenci muslim yg lain, baik anggota pas, umno dsbgnya.

Syabab HT hanya mengkritik dan menolak kekufuran/ideologi kufur, bukan saudara2 muslim.

Moga2 sahabat2 dlm pas dpt membuang sikap prejudis mereka yg kadang sgt melampau thdp sesama muslim khususnya yg dari jamaah lain. Kalau dgn dap penuh 'ukhuwwah' kenapa dgn sesama org beriman dilayan spt org jahat.

Sekiranya kita ikhlas berjuang kerana Allah, insyaallah kita boleh bersatu .

guanegamok, Kuantan

Tanpa Nama berkata...

HT hanya tahu ambil kesempatan sebagai jemaah yang penakut.menolak (mengharam@mengkufur)demokrasi kononnya tetapi pernah menyertai Pilihanraya contohnya di tanahair tertubuhnya HT di Palestin.atas putar belit ini maka HT wajib ditolak kerana memperjudikan akidah UMMAH.

Wan Solehah al-Halbani berkata...

Salam,

Hizbu at-Tahrir (HT) adalah satu Pergerakan Islam yang KAFIR kerana mereka membuat dakwaan yang PALSU dan BATIL yang melibatkan mereka untuk menolak ayat-ayat al-Quran yang jelas dan terang seperti berikut :


a) Mereka mengatakan bahawa Jihad, Perang dan Revolusi bukanlah tanggungjawab individu atau sesuatu golongan, tetapi tanggungjawab sesebuah KERAJAAN ISLAM seperti mana Rasulullah saw hanya berperang setelah wujudnya kerajaan Islam Medinah;

b) Mereka mengatakan bahawa tidak wujud Jihad, Perang dan Revolusi yang bertujuan untuk menegakkan sesebuah Khilafah dan mereka mengatakan juga bahawa kesemua Jihad dan Perang dalam Islam hanyalah dalam bentuk yang DEFENSIF sahaja;

c) Mereka mengatakan bahawa mereka taat dan patuh kepada Sunnah Rasulullah saw, iaitu untuk tidak memerangi sesebuah kerajaan manusia yang kafir pada zaman Jahiliyah untuk menegakkan sesebuah Khilafah memandangkan Rasulullah saw tidak memerangi kaum Quraisy Mekah;

d) Mereka mengatakan bahawa Metod Islam dalam menegakkan khilafah adalah Nussrah, iaitu menerima pertolongan daripada pihak yang lain tanpa perang dan kekerasan.


ULASAN :

1. Jihad, Perang dan Revolusi ke atas sesuatu kerajaan manusia yang syirik dan kufur adalah tanggungjawab individu atau sekumpulan individu Islam tanpa memerlukan kewujudan sesebuah kerajaan Islam (Nisa 84). Ayat ini (Nisa 84) membuktikan wujudnya REVOLUSI dalam Islam.


2. Nabi Musa as memerintahkan kaumnya agar mereka menyerang dan memerangi kaum kafir yang sedang memerintah di Baitul Maqdis (Maidah 21) – ini adalah peristiwa pelancaran Jihad, Perang dan Revolusi dalam sejarah Islam.


3. Nabi Daud as melancar Jihad, Perang dan Revolusi ke atas Jalut, dan setelah mengalahkan Jalut, Baginda menegakkan Khilafah Islam dan menaiki takhta kerajaan sebagai Khalifah (Baqarah 251).


4. Allah memerintahkan kita untuk memerangi dan menghapuskan kerajaan manusia yang zalim dan menindas, serta yang mengabdikan manusia kepada kuasa manusia dan untuk menegakkan sebuah Khilafah melalui ayat-ayat al-Quran yang jelas dan terang (Baqarah 193; Hajj 40; Anfal 60). Ini adalah ayat-ayat Jihad, Perang dan Revolusi dalam bentuknya yang OFENSIF, iaitu menyerang dan memerangi musuh-musuh Islam tanpa terlebih dahulu sesuatu puak Islam itu dizalimi, diserang dan diperangi.


5. Allah memerintahkan kita untuk melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi ke atas sesebuah kerajaan manusia yang kafir pada semua masa dan situasi termasuklah pada zaman Jahiliyah kita sekarang ini kerana ayat-ayat al-Quran mengenai Jihad, Perang dan Revolusi ini (Baqarah 193; Hajj 40; Anfal 60) yang walaupun diturunkan di Medinah adalah ayat-ayat yang UMUM, KEKAL, FINAL dan MUKTAMAD yang sememangnya diperuntukkan kepada semua masa dan situasi.


6. Solat, puasa, zakat, haji dan seluruh syariat Islam belum lagi wujud pada zaman Jahiliyah Mekah, sehubungan dengan ini, kita ingin bertanya HIZBU AT-TAHRIR, apakah semua ibadat ritual seperti ini belum lagi wajib ke atas kita sekarang ini kerana kita masih berada dalam era Jahiliyah di bawah kerajaan Jahiliyah?


7. Kaum Ansar yang memberi pertolongan kepada Rasulullah saw itu bukanlah golongan yang lain dan asing, malah mereka itu adalah Pergerakan Islam yang satu dan sama daripada Pergerakan Islam di Mekah, mereka didakwah oleh Abu Mu’sab bagi pihak Baginda dan mereka berada di bawah kepimpinan Baginda sendiri. Tidak berlaku pertolongan dpd pihak yang lain dalam peristiwa ini.

8. Rasulullah saw tidak mengatakan bahawa Nussrah adalah Metod Islam tetapi Baginda mengatakan bahawa Jihad, Perang dan Revolusi itu adalah Metod Islam dalam menegakkan sesebuah Khilafah kerana ayat-ayat Allah mengenai perintah untuk berperang terhadap sesebuah kerajaan yang kafir (Baqarah 193; Hajj 40) adalah diturunkan kepada Baginda semasa di Medinah.


9. Jumhur ulama tidak memutuskan bahawa Nussrah adalah Metod Islam bagi menegakkan sesebuah Khilafah, tetapi mereka tetap mengatakan Metod Islam adalah Jihad, Perang dan Revolusi.


Sekian, terima kasih.


Wan Solehah al-Halbani

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.