Sabtu, 4 September 2010

PLAN PERLAKSANAAN HUDUD DI MALAYSIA

PERTAMA:

hapuskan UMNO, kerana UMNO penghalang ruangan dakwah di Malaysia. Apabila UMNO mati, ruang demokrasi sudah terbuka. PAS boleh menggunakan media awam, seperti RTM, TV 3 dan Astro untuk menerangkan hudud kepada rakyat. PAS boleh menawarkan kritikan terhadap hudud dari pihak parti yang tidak bersetuju dengan hudud, sama ada DAP atau UMNO. Ketika itu, PAS boleh menjawab hujjah-hujjah keraguan dari pihak parti lain dalam media perdana itu.

Semua ini akan dibuat dalam tayangan terbuka, yang boleh dilihat dalam TV oleh semua rakyat malaysia. ketika itu, rakyat akan menilai.

KEDUA:

ketika rakyat sudah faham, kita menyerahkannya kepada rakyat. Rakyat yang sudah faham hudud, mustahil majoriti mereka masih lagi menolak, kerana hudud adalah hukum Allah. Hukum Allah pasti indah jika difahami. Malahan tidak mustahil, mereka akan bersatu secara majoriti mendesak agar kerajaan melaksanakan hudud.

KETIGA:

setelah rakyat mendesak, DAP terpaksa akur dengan keputusan rakyat. kerana, parti mereka pun bernama "demokrasi Action party". Justeru, mereka terpaksa akur dengan keputusan rakyat.

sekian

Wallahu 'Alam


Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg Buloh
5 September 2010 * 3:15 Pagi

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.Bab perlaksanaan hukum hudud ni, samalah hukum berkawan dengan dengan puak kafir!hukum dulu dan sekarang!berbeza!tak konsisten!!
2.Ala!puak hangpa ni!!hukum tentang merokok pun berbeza!ada yang kata harus!ada yang kata haram!yang tak merokok akan kata haram!yang merokok akan kata harus!
3.Itu belum lagi tentang MLM yang kompleks sikit tu!!alahai!ramainya puak yang lulus macam hangni jadi panel syariaah syarikat MLM!!bukan mainlagi bersungguh-sungguh pertahankan yang haram jadi harus!!
4.Paling gelihati isu syarikat motivasi dari indonesia tempohari!!fatwa wilayah kata haram!!panel syariaah syarikat kata halal!!
5.Sebab tulah majoriti umat islam dimalaysia ni malu dengan puak-puak macam hangpa ni!!puak agama lain lagilah memperlekehkan islam noo!!
6.Itu bukan perkara yang melibatkan politi!bab yang bersangkutan politik!!alahai!!menggelikan hati pandangan puak-puak macam hang ni!!seperti isu hudud diatas!!
7.Semua yang diludah oleh sestengah pemimpin pas ternyata kini jatuh dan kena hidung sendiri!!Allah Maha segalanya!Didunia lagi Dia tunjuk lidang bercabang beberapa pemimpin pas ni!!
8.Betullah!akhirzaman,agama akan digunakan untuk kepentingan diri dan untuk menghalalkan cara noo!!

PEMENANG berkata...

klaka la cara saudara di atas ..cuba komen betul2

bagi orang paham apa saudara cuba sampaikan

setuju dengan ustaz wan ji

alhusseyn berkata...

Tolong update kan link blog ana :http://alhusseyn2-alhusseyn.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan plan ini. Didik rakyat apa itu Hudud. Bukan setakat itu, didik rakyat untuk cintakan ilmu, rajin bersenam, rajin berkerja dan sebagainya. Jangan biar rakyat lalai dengan program-program hiburan dan politik semata-mata.

Setelah itu, kita serah kepada rakyat. Adakan referendum di seluruh negara. Inilah ketuanan rakyat.

Di takdirkan kita kalah, didik lagi. Mesti ada perkara yang mungkin kurang jelas, tidak diyakini dan sebagainya. Yakinkan rakyat ini adalah negara KITA SEMUA dan kerajaan pimpinan kita tidak zalim hendak memaksa mereka.

DAP juga percayakan demokrasi.

Tanpa Nama berkata...

Cuba baca tulisan terbaru Hishamuddin Rais (Dari Jelebu)ttg konspirasi yang melibatkan bekas pakar motivasi. Sapa tuuuuuuu

joecharlie berkata...

Masjid Al Falah di USJ Taipan, menghadiri dan memberikan "Tazkirah" serta menyampaikan angpow dalam satu majlis Iftar Ramadhan minggu lalu. Siapa sebenarnya Hannah Yeoh ini ?

Dia merupakan seorang Tokoh Muda Kristian yang komited. Buktinya pada 4 Sep 10 @ jam 1830 - 2200, di Sunway Pyramid Convention Centre, SUNWAY, satu Program Motivasi Kristian telah diadakan.

Ia bertajuk "Change Your World - You make the Difference" anjuran Christian Creative & Music Ministry of Eagle Point Church beralamat No.2, Jln Rajawali 3, Puchong Jaya.

Hadir lebih kurang 1,400 org remaja brumur 16 - 25 tahun. Yang memberikan pengisian ceramah adalah "ustazah" Hannah Yeoh dan Edward Lee - Adun DAP Bkt Gasing.

Ternyata dalam menjalankan dakwah Kristianisasi, Hannah Yeoh lebih bijak dari Hassan Ali, Imam dan Nazir Masjid USJ Taipan. Tazkirahnya telah berjaya memecah belahkan umat Islam. Sampai bilalah, EXCO Pas, Imam Pas dan Nazir Pas ini terus ditipu dengan licik oleh Mubaligh Kristian ini !

Rakyat menunggu dengan penuh prihatin samada Hannah berjaya di Islamkan oleh Nik Aziz dan Hassan Ali atau Hannah akan mengkristiankan remaja Islam USJ Taipan ! Tahniah atas kedangkalan akal Nik Aziz, Hassan Ali dan kuncu-kuncunya. - warisan2057.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

sapa yg halang PAS utk terangkan hudud pada DAP?

Buktikanlah dulu..kabornya dah berjaya Islamkan DAP?

Takkan DAP leh baca sepotong dua ayat AQ semata2 nak raih undi kut? Takkan setakat tu je kefahaman DAP atas dakwah PAS selama ni?

pakat2 ler ngan DAP, agar benarkan tokong2 cina dan gereja2 dibuka dan dibenarkan utk pendakwah2 PAS bebas masuk keluar dan buat penerangan secara jelas dan terperinci pasal Islam..

Bukankah DAP dan PAS bersefahaman tentang kebebasan, demokrasi dan keadilan sejagat!!

Tanpa Nama berkata...

Iran yang hebat menentang Amerika pun terpaksa tangguh hukum rejam kerana desakan dunia, macam mana dgn PAS nak jalankan hudud?