Rabu, 15 September 2010

KETUA PKR SUBANG YANG DILUPAI

Sejarah 8 mac 2008 memang menggamit banyak kenangan pahit manis dalam politik dan perjuangan. Sebelum 8 mac, perkembangan politik Malaysia tidaklah sehebat seperti hari ini. Selepas dari itu, yang ikhlas dilupakan, yang tamak mula kelihatan taringnya.

Di parlimen Subang, PKR adalah antara parti yang boleh dikatakan hidup segan, mati tak mahu. Semua tidak sanggup memegang sebarang jawatan parti, bermula dari sekecil-kecil jawatan, sehingga sebesar-besar jawatan. seorang insan yang bernama Abang Amir yang bekerja sebagai security guard bersama keluarga, berusaha sedaya upayanya untuk memastikan PKR wujud di Subang ketika itu.

penghormatannya terhadap hubungan barisan Alternatif, antara PAS dan PKR di Subang amat dijaga beliau. Sehinggakan, pilihanraya di pangkalan pasir, Pasir Mas Kelantan, seorang pun ahli PKR di parlimen Subang ketika itu tidak sanggup menghabiskan sedikit wang ringgit untuk membantu calon PAS yang bertanding di sana, memaksa beliau bermusafir sendirian dari Sungai Buloh ke Kelantan dengan menaiki sebuah motorsikal EX5 sendirian. kehadiran beliau ke sana, semata-mata mahu membantu calon PAS yang bertanding, walhal beliau berkeahlian PKR, dan memegang jawatan Ketua PKR Subang.

Setelah keputusan Pilihanraya kecil diumumkan, kemenangan berbelah pihak kepada BN, maka beliau pulang hampa. Dalam perjalanan pulang, dihadapi hujan menyebabkan beliau demam seminggu yang menyebabkan beliau terpaksa tidak hadir bekerja yang merupakan sumber rezekinya bagi memelihara keluarganya.

ternyata, Allah SWT memberi kebaikan kepada PAS, PKR dan DAP dalam PRU ke 12, memperlihat Parlimen Subang dimenangi calon PKR, iaitu Sivarasa Rasiah, juga DUN Kota Damansara oleh Dr Nasir Hashim, seorang calon PSM yang menggunakan lambang PKR dan DUN Bukit lanjan oleh Elizabert Wong dari parti PKR juga.

kemenangan itu, menyebabkan tokoh-tokoh PKR itu mula disanjungi oleh ramai rakyat di parlimen tersebut. Sedihnya, seakan-akan ramai sudah lupa dengan insan yang bernama Abang Amir.

Kerusi PAS di DUN paya jaras kalah, tetapi memandangkan PAkatan Rakyat sudah memerintah Selangor, menyebabkan di DUN tersebut ditubuh satu badan dibawah kerajaan yang bernama JPD [jabatan pengurusan DUN]. PAS diberikan amanah mengelola badan tersebut, tetapi sedih seperti seakan-akan lupa juga dengan Insan yang bernama Abang Amir itu.

boleh dikatakan, sebarang program yang melibatkan program kerajaan di parlimen Subang, Abang Amir sudah mula dilupakan. perebutan kuasa sudah mula kedengaran sana dan sini. Bermula dari ketua AMK bahagian, sehingga kepada jawatan Ketua Bahagian.

Abang Amir kian dilupakan, malahan sudah ada suara-suara sumbang memburukkan Abang Amir, waima yang memburukan Abang Amir itu tidak pernah kelihatan pun ketika PKR berada dalam gerhana yang amat kabur. Namun, Abang Amir tabah dan sering tersenyum apabila berbicara tentang PKR Subang ketika itu.

kini abang amir sudah kembali ke rahmatullah. Dia meninggal dunia, dalam keadaan dia sedang dalam usaha untuk diketepikan dalam partinya yang dipertahankannya semasa partinya itu dilupakan.

Aku tidak dapat memastikan, apa perasaannya sekiranya beliau hidup sehingga hari ini, dan melihat kejadian yang berlaku pada parti yang dia sayang itu. walaubagaimana pun, Al-Fatihah untuk abang Amir.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg Buloh
16 september 2010 * 3:13 pagi.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Al Fatihah kita hadiahkan utk Allahyarham Abang Amir semoga roh nya Allah SWT letak bersama sama orang yg soleh

Tanpa Nama berkata...

Kami sebagai rakyat Malaysia sedar bahawa isu Datuk Sosilawati ini tidak mendapat perhatian dan simpati daripada para pemimpin Pakatan Rakyat. Lihat saja kesungguhan mereka ketika isu wanita Cina (sebenarnya Melayu : sebab Teresa Kok tersilap) yang dibogel serta diketuk-ketampi di dalam penjara & isu wanita Mongolia. Kesemuanya ada motif politik walaupun pada dasarnya memang tidak berasas serta langsung tiada bukti kukuh.

>>>> Pada hari ini kita jelas dapat melihat bahawa perjuangan Pakatan Rakyat terutamanya DAP adalah bersifat perkauman dan tidak pernah memperjuangkan keadilan serta hak sama rata.

>>>> Bila melibatkan bangsa MELAYU,..langsung tiada suara untuk memperjuangkan. Inikah pemimpin yang kita mahukan wahai rakyat Malaysia???



JOM KITA GAGALKAN PAKATAN RAKYAT