Sabtu, 18 September 2010

'UMNO PEROMPAK' MASUK DALAM AL-JAZEERA



kuli berpendapat, kerajaan pusat pimpinan UMNO/BN tidak memberi royalti minyak kepada kelantan adalah penafian hak rakyat, dan pencabulan terhadap demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia.

Kata Tengku Razaligh:

"Isu utama bukanlah mengenai pembayaran royalti minyak. Tetapi persoalan mengenai hak rakyat dan demokrasi parlimen"

Awang Adek pula berpendapat, Kerajaan negeri tidak layak menyalurkan wang kepada rakyat, sebaliknya kerajaan pusat sahaja yang layak. Dan pemberian itu bukan atas kelayakkan Kerajaan negeri menerima hak royalti [waima minyak terbukti berjumpa di perairan Negeri kelantan dan termaktub perjanjian antara Kerajaan Negeri kelantan dan Petronas], tetapi sebagai 'derma' atau diistilahkan sebagai wang ehsan kerajaan pusat kepada rakyat kelantan. Ia memperlihatkan bahawa tanggapan UMNO/BN bahawa seakan-akan rakyat Kelantan ini adalah 'peminta sedekah'

Kata Dato' Awang Adek;

"tiada unsur atau pertimbangan politik. tetapi kita mahu memastikan wang ini sampai terus kepada rakyat yang miskin yang boleh digunakan untuk faedah mereka sendiri daripada membelanjakan kepada sesuatu yang tidak memberi faedah terus kepada mereka"

kerajaan pusat pimpinan UMNO/BN KONONNYA bimbang dengan penyaluran wang ehsan dilakukan oleh kerajaan Negeri kepada rakyat, kerana bimbang kerajaan negeri menggunakan Wang itu kepada tempat yang tidak sepatutnya, walhal Terengganu pimpinan UMNO telah terbukti membina sebuah masjid kristal yang dibina dengan memakan begitu banyak wang ehsan rakyat terengganu, tetapi masjid itu tidak digunakan oleh rakyat tempatan, tetapi digunakan oleh rakyat luaran terengganu [pusat pelancongan].

ini menandakan, alasan yang dikemukakan oleh Awang Adek itu sekadar alasan atau lebih tepat diistilahkan sebagai 'putar belit' sahaja. hakikat sebenar, UMNO telah terbukti tidak mempunyai krediblity dalam pemerintahan, terutama dalam isu royalti minyak kelantan ini.

Ustaz Husam Musa berkata;

"kita perlu mengikut prosidur yang betul iaitu tujuan lama perjanjian mestilah berdasarkan kepada undang-undang, petronas dan kerajaan pusat perlu bertanggungjawab dalam melaksanakan pentadbiran yang baik"

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg Buloh
19 September 2010 * 1:38 petang




1 ulasan:

azman kamarul berkata...

Memang betul aku ni tak mengaji tinggi dan tak layak jadi pemimpin kerana nak jadi pemimpin ni bukannlah mudah.

Pemimpin mesti cerdik , kalau pemimpin dipandang sebagai sibodoh dan disepakati pula akan kebodohannya maka celakalah negara dan rakyatnya.

Justeru itu maka ditimpalah kecelakaan rakyat yang memang nampak sungguh bodohnya pemimpin , umpamanya PENOLAKAN PEMBERIAN ROYALTY PETROLIUM menampilkan sifat bodoh yang jelas oleh golongan pemimpin yang berucap di pelbagai seminar di pentas dunia.Adakah pemimpin bodoh ini ditertawakan?