Jumaat, 15 Oktober 2010

BAJET 2011 : NAJIB YAKIN UMNO/BN KALAH PRU?

Ini gula-gula UMNO/BN

membaca berita yang berbicara tentang bajet 2011, hati kecilku terus bertutur, "malam tadi, mungkin rosmah 'racun' kepala najib pasal projek dia kot. tu yg tak pasal2 ucapan akhir bajet najib tadi, disebut secara khusus projek rosmah itu tanpa disebut nama isterinya yang disayangi".

antara yang menarik tentang bajet ini adalah;

pertama,

Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan

komen,

ini adalah galakkan kepada Ketua UMNO cawangan agar bekerja keras untuk PRU akan datang.

kedua,

dalam bajet, dinyatakan bahawa RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar

komen,

ini adalah usaha pertama untuk menaikkan semangat Kontraktor UMNO melabur untuk UMNO dalam berhadapan dengan PRU akan datang.

pun begitu, walau 6.9 b diperuntuk untuk Infra, ia tidak bermakna kontraktor UMNO mesti menaruh keyakinan untuk melabur kepada UMNO untuk PRU akan datng. ini kerana, gambaran umum bajet 2011 ini membuktikan bahawa najib tidak yakin lagi bhw dia akan kekal sbgi PM selepas PRU...

ketiga,

Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah.

komen,

Ini mengembirakan para penshoping. apa khabar Rosmah. Apa agaknya rosmah goreng kat najib sebelum bajet ini dibuat yer??

antara kesimpulanku adalah seperti berikut;

pertama;

bajet 2011 membuktikan Najib sudah hilang keyakinan untuk merampas 4 buah kerajaan Negeri PR, malahan ia juga terpaksa menipu dirinya bahawa UMNO/BN akan jatuh pada PRU akan datang....

kedua:

kelihatan orang yg terlibat dalam menyiapkan bajet mendapat keuntungan dalam bajet 2011.... cuba siasat, siapa yg siapkan bajet najib ini...

ketiga:

bajet tok batin naik dari RM 450 kepada RM 800... wah ini usaha menarik pengaruh di sabah dan serawak... Batu Sapi apa khabar??

keempat;

dapat sms kata, "seluar dalam telah dimansuhkan cukai"... bajet ini tidak adil, kerana memberi keuntungan kepada mereka yang pakai seluar dalam sahaja.... apakah kerajaan tidak memikirkan hak mereka yang tidak pakai seluar dalam??? hahahahaha...

kelima:

bajet 2011 bukan bajet PRU, kata Muhyiddin. apa motif Muhyiddin kata macam tu?? jeng jeng...jeng

sekian

Wallahu 'Alam


Al-Bakistani

- Sri Indah [b] Sg buloh
16 Oktober 2010 * 1:38 pagi

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.Dalam banyak-banyak kelemahan dalam belanjawan tu!!bab seluar dalam yang hang nak cerita!!betui-betui puak kelas tigalah hang ni!!
2.Tu budah dijertih terengganu tu masih diganggu syaitan lagi!!eloklah hang pi jumpa dia!!
3.Kot-kot hang ada "roh" keislaman ,ketakwaan,kealiman macam tok-tok guru dulu!!hang tak malu pada tok bomoh yang ngaji gitu-gitu jee!!berbanding hang yang ngaji agama dengan sijil berjela-jela!!
4.Persepsi terhadap puak macam hang semakin nyata!!sijil agama je berjela!!nak atasi gangguan syaitan dan jin pun tak berupaya!!
5.Dok tunggu juga kot asri glamour pun pi berubat budak tu!!kan dia ada Phd!!sepatutnya kalau ada Phd!lagi tinggilah taraf keimanan!ketakwaan!!jin dan syaitan lari lintang pukang!!rupanya macam burung tiong jeee!!entah-entah meniru sana sini untuk dapat sijil noooo!!!!

Tangan Bedung berkata...

Perhatian,
2010 Oktober 15 18:36

ko jelah yg g ubat depa dan nasihat tok guru di malaysia ni. dlm blog bolehlah meletup2.

WUZARA berkata...

Ustaz, dalam Islam bajet ni macam mana?

Adik Lebai berkata...

Bagi aku senang saje..... selagi bajet untuk orang ramai bagus dan perlu di laksanakan penuh amanah, tapi kalau untuk anak bini, rakan taulan jadinya bajet haram. Tak payah selindung itu ini lagi.

IbnAbdHalim berkata...

Salam,

Bajet 2011 hapus cukai seluar dalam dan pewarna rambut dan barangan lain. Lucu jugak. Apa Rosmah nak dye rambut ker? Berapa kali sehari nak tukar seluar dalam? Bagaimana dengan harga barangan makanan? Tak adapun pengurangan cukai untuk barangan makanan? Takkan nak makan seluar dalam dan minum bancuhan dye rambut? Yang PERAMATA dapat RM111 juta tu apakah jadahnya?

85 Territories berkata...

Apa kaitan To Batin dgn Sabah dan Sarawak?
Setahu saya tidak ada jawatan Tok Batin di Sabah dan Sarawak.... hanya di semenanjung sahaja.

Tapi bagi saya.. hasil coretan ini hanyalah satu coretan tanpa fakta.