Rabu, 13 Oktober 2010

TARBIAH UNTUK KEMENANGAN ISLAM DI GALAS

[1]

Kemangkatan Ayahanda, Sultan Morad ternyata menyedihkan Sultan Muhammad yang kemudiannya mendapat gelaran Al-Fateh. Walau berumur 19 tahun, tidak dapat tidak jawatan sultan terpaksa ditanggungnya.

Berbekalkan ilmu Islam yang diajar oleh Syaikh Al-Bairam dan As-Syaikh Syamsuddin Al-Wali, disamping ilmu peperangan ajaran Panglima tarhan, ternyata ia membangkitkan semangat Sultan Muhammad untuk berusaha untuk memerdekakan Kota Konstentinopel yang masih berada di bawah kekuasaan kerajaan zalim yang bertopengkan agama Kristian.

Setiap malam, setelah bertahajjud dan membaca Al-Quran, dia merenung dan bertadabbur dengan maksud Sabda Nabi SAW menerusi hadis riwayat Ahmad yang bermaksud, “kota Konstentinopel akan dibuka. Rajanya baik, dan tenteranya juga baik”. Renungan dan tenungan yang mendalam mengingatkannya kepada pesanan ayahandanya yang sering memberi semangat kepadanya agar selamatkan kota konstentinopel dari kezaliman berwajah agama.

Azamnya semakin kuat, apabila di awal permasyhurannya sebagai Sultan bahawa dia didatangi oleh beberapa menteri-menteri dari kerajaan kristian Kota Konstentinopel dengan mahu memberi hadiah perempuan dan kemewahan harta. Ternyata, kemegahan dan keseronokkan dunia ini, berjaya ditolak Sultan Muhammad dengan mentah.

Semua kenangan-kenangan yang merupakan mimpi ngeri bagi Sultan yang berjiwa Islam ini, melahirkan ingat-ingatan dan mimpi-mimpian agar segera merancangan untuk menguasai Kota Konstentinopel. Jika lambat bertindak, masakan menang, kekalahan di pihak islam adalah tersangat hampir.

Dia mula mentarbiah dirinya agar menjadi orang bertaqwa. Kemewahan dunia dihadiahkan kepada rakyat, kesenangan hidup digadaikan dengan beribadat, kekenyangan perut disedekahkan dengan berpuasa, kesedapan tidur dinyenyakkan dengan kekusyukan bertahajjud.

Tidak sekadar itu, Sultan Muhammad Al-Fateh mula menggerakkan tentera-tenteranya dengan tarbiah kerohanian dan jasmani. Malam ditarbiah dengan tahajud, bacaan dan tadabbur Al-Quran, tazkirah hadis-hadis Nabi SAW atas bimbingan Syaikh Syamsuddin Al-Wali disamping baginda Sultan turut sama dalam program tarbiah tersebut. Di siang harinya pula, baginda sendiri mencemar duli memeriksa latihan ketenteraan pimpinan Panglima Tarhan.

Hampir setengah tahun latihan ketenteraan yang menekankan dua asas utama, iaitu rohani dan jasmani, baginda Sultan mula tertanya-tanya, betapa tinggi neraca ketaatan tentera-tenteranya yang melayakkan mereka mendapat gelaran ‘tentera yang baik’, yang melayakkan kejayaan menguasai Kota Konstentinopel.

Satu malam, Sultan Muhammad Al-Fateh mula tidak makan dan minum. Dia mempamerkan kemurungan teramat sangat. Keadaan ini membimbangkan ramai tentera, sehingga semua tentera mula memperkatakan tentang kesihatan Tuanku Sultan.

Sultan mengarahkan dua orang tentera yang dilihat agak nakal berbanding yang lainnya; watak yang agak kurang ‘wara’’ agar datang mengadap. Dititahkan agar mendapatkan buah delima pada malam itu juga sebagai santapan baginda Sultan.

Sebelum itu, Sultan telah berpakat dengan seorang tuan kebun Delima yang berada berhampiran, agar menyorokkan diri dari diketahui dua tentera tersebut.

Pada malam itu juga, dua orang tentera latihan Sultan Muhammad Al-Fateh telah ke kebun Delima berhampiran untuk mendapatkan buah delima untuk menjadi santapan Sultan yang dianggap sebagai sedang kegeringan. Mereka berjumpa kebun delima, tetapi sudah puas mereka mencari, ternyata mereka tidak bertemu dengan tuan kebun delima terbabit.

“kita ambil sahaja buah delima ini, walau tidak mendapat keizinan dari tuan kebunnya” salah seorang tentera itu mula bercakap nakal.

“Ish.. Aku tidak mahu curi, kerana ia terkutuk dalam Islam”, seorang lagi menyatakan bangkangan.

“alah… lagi pun, ini negeri sultan Muhammad, dan buah delima yang mahu kita ambil ini pun untuk santapan sultan Muhammad”

“Eh… aku tidak redha Sultanku makan makanan haram. Aku tidak rela semua ini berlaku sebagai rakyat dan tentera”

Ungkapan tentera terbabit, menyebabkan seorang tentera lagi menundukkan kepalanya. Dia tersedar bahawa dia tersilap memberi cadangan yang agak nakal itu.

Memandangkan usaha mereka hampir setengah malam untuk mendapatkan tuan kebun Delima tidak berhasil, menyebabkan mereka pasrah untuk menyatakan keadaan sebenar berlaku kepada Tuanku Sultan.

“Ampun tuanku, kami tidak berjumpa dengan tuan kebun Delima, waima kami berjumpa dengan kebun delima” salah seorang dari dua orang tentera itu mengungkapkan keampuan.

“kalau sudah ada kebun delima, mengapa tidak diambil sahaja buah delima yang ada. Inikan kerajaan beta” Sultan Muhammad Al-Fateh agak mengangkat suara.

Mereka berpandangan sesama mereka. Lalu, seorang lagi berkata, “ampun tuanku, sebagai tentera kepada kerajaan Tuanku, kami tidak rela Sultan kami makan makanan yang haram. Justeru, kami tidak bersedia mencuri buah delima itu”

Jawapan itu, menyebabkan mata Sultan Muhammad Al-Fateh menitiskan air. Dia menangis gembira dengan jawapan ringkas dari tenteranya itu. Baginda Sultan terus meletakkan tanggapan bahawa tentera-tenteranya adalah tentera yang baik. Sudah mempunyai kelayakkan mencapai kemenangan dalam medan perang dalam memerdekakan kota Konstentinopel dari kezaliman bertopeng agama kristian.

Apabila peperangan terjadi, ternyata Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya adalah pembenar apa yang terkandung dalam hadis Nabi SAW riwayat Imam Ahmad yang menyatakan bahawa “Kota Konstentinopel akan dibuka. Rajanya baik, dan tenteranya juga baik”.

[2]

Tarbiah yang diamalkan Sultan Muhammad Al-Fateh, bukan bermula dari tenteranya, tetapi bermula dari dirinya. Apabila Sultan sudah mempunyai kesanggupan yang amat tinggi dalam mendekatkan dirinya kepada Allah, tidak hairan tenteranya turut sama mencontohi.

Sebagai raja, Sultan Muhammad Al-Fateh sedar bahawa tindakannya adalah ikutan. Lantaran, dia mengambil azimah berbanding rukhsah dalam pembentukan dirinya dan juga tentera-tenteranya.

Sultan Muhammad Al-Fateh turut sama berada dalam kesusahan ketika latihan ketenteraan dan peperangan tercetus. Gandingan raja yang bertaqwa dengan tentera yang meletakkan kecintaan kepada Allah dan Rasul melebihi segala-galanya, menyebabkan Islam berjaya menguasai peperangan.

Ketika tentera berada dalam latihan, Sultan Muhammad Al-Fateh tidak berada dalam hotel mewah setara hotel Mayang Sari di Bagan Pinang, tidak mengharapkan kesenangan sehingga menuntut wang sebanyak lebih RM 65 ribu, malahan hampir RM 100 ribu seperti yang berlaku dalam PRK di Ulu Selangor.

Perbelanjaan Wang benar-benar digunakan untuk mencapai hasrat untuk menjatuhkan musuh-musuh islam, lantaran dalam 8 siri peperangan, kewangan tidak sampai RM 10 ribu sahaja digunakan, berbanding pemimpin kebendaan yang berwajah [kononnya] beragama, tetapi dalam satu peperangan sahaja sudah menuntut hampir Rm 65 ribu.

Keadaan ini tidak wujud pada Sultan Muhammad Al-fateh, lantaran tidak hairan dalam misi peperangan yang berlaku, Islam mencapai kejayaan yang gemilang, sehingga Kota Konstentinopel berjaya dikuasai oleh tentera islam sehingga kini dikenali dengan nama Istanbul.

Inilah rahsia kemenangan tentera islam di zaman Sultan Muhammad Al-Fateh, yang wajar diambil perhatian oleh pemimpin dalam mana-mana parti yang memperjuangkan islam, khususnya hampir dengan PRK DUN Galas. Sebelum menilai tarbiah ahli, pemimpin hendaklah mengambil azimah berbanding rukhsah; mengambil jalan susah berbanding kemewahan. Semuanya untuk memastikan keredhaan Allah bersama dengan tentera-tentera Islam dalam melawan musuh-musuh Allah SWT.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
14 Oktober 2010 * 4:37 Pagi

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.Ingatkan hang pi berubat atau pi tenguk budak yang diganggu jin dan syaitan diterengganu!berusaha untuk
pulihkan dia dari gangguan syaitan dan iblis!!kan hang ngaji tinggi!siap bagi tau semua orang!ngaji dipakistan!al-azhar!!sepatutnya dengan kelulusan hang yang "tinggi" tu!hang orang yang pertama berusaha untuk atasi masalah tersebut!!
2.Itulah bezanya hang dan seangkatan dengan hang dengan tok guru kampung dulu!!tok guru kampung dulu mungkin tak ngaji tinggi macam hang!tak dak ijazah!apatahlagi masters!!tapi depa
dihormati kerana dianugerah Allah dengan keistimewaan tertentu!pendakwah,dengan bantuan Allah dapat mengatasi masalah jin dan syaitan!
3.Itulah bezanya hang dengan tok guru dulu-dulu!!macam cerita sultan mohhammad al-fateh yang hang cerita diatas!ada juga sultan atau raja berjubah!tapi anak bini tak bertudung pun!!!macam hangla juga!!perasan ngaji tinggi!berilmu dalam agama!!ingatkot hang pi tenguk budak tadi diterengganu!rupanya hang dok pecahbelahkan sesama islam jee!!macam burung tiong jee!!

Nizam Mahmud berkata...

Cerita bagus tapi saya nak marah Ustaz Wan Ji sekejap.

Tak guna kalau kita bercerita tapi kita tak mengambil iktibar dari cerita itu. Kalau pencerita tidak mengambil iktibar, apa yg diharapkan dari pembaca?

Ustaz kata "Di siang harinya pula, baginda sendiri mencemar duli memeriksa latihan ketenteraan pimpinan Panglima Tarhan.".

Mencemar duli ini bermaksud mencemar kasut/tapak kaki. Di dalam Bahasa Melayu digunakan pada Raja utk menggambarkan bahawa betapa mereka ini terlalu mulia hinggakan kalau pergi mana2, dianggap perkara yg besar kerana mereka secara biasanya & kerana kemuliaannya tidak patut mengotorkan kaki/kasut.

Pernah juga saya dengar bahawa istilah ini digunakan untuk menggambarkan kemuliaan batang tubuh Sultan. Hinggakan tapak kaki atau kasut nya pun dianggap mulia. Jesteru itu disebut "mencemar duli" sebab dijadikan perkara yang besar.

Kalau nak lihat lagi perbezaan budaya & agama, tanya diri sendiri, berani kah Ustaz berkata begini "Baginda mencemar duli menunaikan Haji, menunaikan tawaf di sekeliling Kaabah" ?? Menunaikan Haji itu yang akan menambahkan kemuliaan, tanah suci itu lebih mulia atau baginda telah mencemarkan kemuliaan tapak kaki baginda menunaikan tawaf di Mekah?

Tepuk dada tanya iman wahai Ustaz. Saya yang jahil muraqab ini pun geli gelaman baca ayat itu.

Setelah Ustaz sendiri kata "Kemewahan dunia dihadiahkan kepada rakyat, kesenangan hidup digadaikan dengan beribadat, kekenyangan perut disedekahkan dengan berpuasa, kesedapan tidur dinyenyakkan dengan kekusyukan bertahajjud.", tiba-tiba pula Ustaz buat U-turn dgn berkata bahawa beliau "mencemar duli" memeriksa angkatan perang.

Padahal mentaliti kemewahan & kemuliaan ini yg di buang jauh-jauh oleh beliau.

Nasib baik Ustaz bukan askar Sultan Muhammad Al-Fateh!

Minta maaf sebab marah kat Ustaz.

Siti NurSofeah Abu Seman berkata...

seorang menulis dengan kata-kata bahasa selayak bagi seorang raja, menerangkan isi dan mengiktibar kisah.

seorang pulak menulis dengan kata-kata bahasa mengomel kata-kata bahasa.

ingat akan sebuah cerita masa di sekolah .... cerita seorang murid yang disuruh gurunya menyembelih ayam di tempat yang tiada sesiapa pun melihat.

maka sembelihan pun berjalan ... berlakulah perbuatan melainkan seorang - ayam nya tidak tersembelih lantaran tiada dapat dicari akan tempat yang tiada dilihat hendakNya.

Tetiba .... hadirin pendengar dihujani sialan ...."Ustaz .. ayam tadi depa buat apa ustaz???"

cerita yang teladan pun ada, klise pun ada ....

Salam perkenalan..

Tanpa Nama berkata...

udah la wan ji..
lu nak citer banyak pun, lu bukannye nak terlibat dengan PAS.
Kalu lu sebenarnye ada fikrah dan masih sayang pada PAS, lu sepatutnye
masih lagi bersama dengan jemaah Subang..
Lu ni jenis opurtunis la wan ji..
lu kata orang-orang umno opurtunis..tapi lu lebih daripada dorang lagi..

Gua tau banyak pasal lu.. Lu memang kejar populariti.. so, ape yang lu sampaikan.. Hanyalah sekadar bedtime story pada gua..

Lu kena ingat kata-kata gua.. Lu jangan jadi Ustaz murahan!
Gua harap lu join balik jemaah subang, bersama-sama dipimpin dan memimpin orang muda subang.. jangan sampai dorang jadik macam lu udah la..
okla wan ji..
gua sedang perati tingkah laku lu..
kalu lu ni lebih..
gua takkan teragak-agak untuk debik kepala lu..

chowzz..

juan ahmad - kg melayu

Tanpa Nama berkata...

Bahagian pertama di atas semacam Kandungan dalam Novel Islam karangan Abdul Latip Talip tentang Sultan Muhammad al-Fateh....

Tanpa Nama berkata...

"tidak mengharapkan kesenangan sehingga menuntut wang sebanyak lebih RM 65 ribu, malahan hampir RM 100 ribu seperti yang berlaku dalam PRK di Ulu Selangor"

ini macam ada satu kes berlaku kat pantai timur, kisah tajaan haji aja bunyinya ...

Dewan Muslimat PAS Shah Alam berkata...

assalamu'alaikum wrt ustaz

perkongsian dan peringatan yang menarik.minta izin utk share ye.

Terima kasih. Semoga Allah melindungimu. Amin

DMP Shah Alam