[1]
Dalam kitab tafsir Al-Alusi, dinukilkan perkataan Abdullah bin Abbas adalah seperti berikut;
أن الشيطان كل متمرد من الجن والإنس والدواب
Maksudnya;
“Sesungguhnya Syaitan adalah, setiap yang berperangai jahat dari kalangan Jin, manusia, binatang dan semua perkara”
[Tafsir Al-Alusi : 1/166]
Dari definisi Abdullah bin Abbas ini, difahami bahawa syaitan bukan sejenis makhluk, tetapi ia adalah perangai yang melekat pada makhluk. Ia berasaskan kepada perangai ‘jahat’.
Memandangkan setiap yang berperangai jahat itu disebut sebagai syaitan, tidak hairan antara lebel yang diberikan oleh Allah kepada makhluk Iblis ini dengan nama Syaitan. Malahan, ada juga ayat-ayat Al-Quran yang menyebut gelaran syaitan, diberikan kepada manusia yang berperangai jahat.
Firman Allah;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ
Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan”
[Al-Maidah : 90]
Perangai jahat ini cukup banyak. Malahan, sebilangan besar perangai-perangai jahat ini termaktub dalam Al-Quran. Mencuri harta rakyat, mengkhianati, membuka aurat, halalkan akta zalim ISA dan banyak lagi adalah amalan-amalan jahat. Justeru, ia adalah amalan-amalan yang melayakkan pengamalnya mendapat gelaran Syaitan.
[2]
Tindakan berkawan dengan orang bukan Islam, bukan sekadar dilakukan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz, malahan ia dilakukan juga oleh Rasulullah SAW. Abu Talib adalah bapa saudara Nabi SAW yang tidak beriman dengan Allah. Bukan sekadar berkawan, malahan Nabi SAW berteduh di rumahnya. Ini menandakan berkawan dengan orang bukan islam, bukanlah satu perkara yang salah disisi agama.
Terutama lagi, apabila berkawan itu bertujuan mahu mempamerkan keadilan Islam, mahu mendekatkan mereka dengan islam, mahu memahamkan mereka tentang islam, ataupun mahu mempamerkan imej kebaikan Islam dihadapan non Muslim. Sudah pasti, tindakan ini amat terpuji.
Namun begitu, PAS berkawan dengan Non Muslim [khususnya DAP], amat dimurkai UMNO. Ia tidak ada lain, kerana UMNO mahu menjadi parti yang kekal berkuasa. Ini kerana UMNO berada dalam bahaya sekiranya parti PAS berjaya bersama dengan parti yang tidak beragama Islam, seperti DAP.
Disamping itu juga, UMNO bukanlah parti yang mahu non Muslim di Malaysia ini memahami islam. ekoran itulah, semenjak merdeka lagi UMNO menjadi pemerintahan di peringkat Pusat, MCA dan MIC tetap juga dalam keadaan asal mereka, iaitu tidak memahami islam. malahan, apabila ada sebilangan non Muslim yang mula menggali beberapa keindahan Al-Quran, sehingga mereka membaca Al-Quran dan sebagainya, pasti UMNO akan bersuara dengan menjadikannya sebagai isu politik yang tidak menguntungkan islam.
Keadaan ini tidak sepertimana semenjak PAS berkawan dengan DAP. Kemahuan golongan muda dalam DAP untuk kenal Islam, semakin hari semakin terserlah. Perkara amat dibenci oleh UMNO.
Sekian
baca sama:
Umno Kelantan tuduh Nik Aziz ‘jual Islam, sanggup berkawan syaitan’
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
- Sri Indah [b] Sg Buloh
22 oktober 2010 * 4:29 pagi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan