Khamis, 11 November 2010

TEORI ‘FATH AZ-ZARAI’’ DAN ALIRAN SEKULAR [1]

[1]

Dari segi bahasa arab, kalimah ‘Zari’ah’ boleh diterjemah sebagai ‘penghubung kepada sesuatu’. Dengan maksud, ia sama maksud dengan wasilah. [Mukhtar As-Sahah : 221]

Adapun maknanya dari segi istilah, Imam As-Syatibi mendefinisikannya sebagai, “penghubung daripada maslahah kepada mafsadah” [ Al-Muwafaqat : 4/199]

Dalam perbincangan maqasid Syariah, Wasilah dibincangkan pada perkara yang boleh membawa kepada maslahah. Adapun Zarai’, ia adalah perbincangan pada perkara yang membawa kepada mafsadah.

Kaedah fiqh ada menyebut;

ما أدى الى الحرام فهو حرام

Maksudnya;
“perkara yang membawa kepada haram, maka ia juga adalah haram”

[Al-Halal wa Al-haram Fi Al-Islam : 31]

[2]

Mengikut kebiasaan, kita pernah mendengar dengan istilah ‘Sad Az-Zarai’, iaitu menutup segala pintu-pintu haram. Setiap tindakan yang boleh membawa kepada haram, maka ia juga dikira haram, berasaskan kepada maksud ‘Sad Az-Zarai’.

Perlu difahami, menutup pintu haram ini bukan dengan menutupkannya terus, tetapi hendaklah penutupan itu selama tidak melakukan kezaliman. Dengan maksud, ia tidak menafikan hak manusia lain. Ekoran itu, dikatakan

Namun begitu, jika dibaca dalam kitab Al-Furuq karangan Imam Al-Qurafi, didapati bahawa Zarai’ ini tidak sekadar larangan melakukan perkara yang diharamkan. Malahan, dalam keadaan tertentu, di sana wujud satu istilah yang disebut dengan nama ‘Fath Al-Zarai’, iaitu membuka pintu haram.

Istilah Fath Az-Zarai’ adalah satu istilah yang dilontarkan oleh Imam Al-Qurafi. Dalam kitab beliau [Al-Furuq], beliau ada menyatakan;

اعْلَمْ أَنَّ الذَّرِيعَةَ كَمَا يَجِبُ سَدُّهَا يَجِبُ فَتْحُهَا وَتُكْرَهُ وَتُنْدَبُ وَتُبَاحُ

Maksudnya;
“Ketahuilah. Sesungguhnya, Zari’ah [pintu-pintu haram] adalah wajib ditutup, dan [ada kalanya] wajib dibuka, dimakruhkan, disunatkan dan diharuskan [dibuka]”

[Anwar Al-Buruq Fi Anwa’ Al-Furuq : 3/46]

Difahami dari perkataan beliau ini, dalam beberapa keadaan tertentu, perkara mudharat itu terpaksa dilakukan [walau pada asalnya perkara mudharat itu haram dilakukan]. Malahan, melakukannya itu sehingga menjadi wajib.

Perkataan Imam Al-Qurafi ini, tidak bercanggah dengan sebilangan besar ulama-ulama Usul Fiqh yang muktabar. Ini kerana, Ibnu Qayyim juga ada berkata dalam kitab beliau;

ثُمَّ هَذَا الْقِسْمُ مِنْ الذَّرَائِعِ نَوْعَانِ ؛ أَحَدُهُمَا : أَنْ تَكُونَ مَصْلَحَةُ الْفِعْلِ أَرْجَحَ مِنْ مَفْسَدَتِهِ ، وَالثَّانِي : أَنْ تَكُونَ مَفْسَدَتُهُ رَاجِحَةً عَلَى مَصْلَحَتِهِ

Maksudnya;
“Kemudian pada bahagian ini bahawa zarai’ itu ada dua jenis; [1] bahawa maslahah perbuatan itu lebih rajih daripada mafsadahnya, [2] bahawa mafsadahnya lebih rajih terhadap maslahahnya”

Beliau menyatakan lagi;

وَسِيلَةٌ مَوْضُوعَةٌ لِلْمُبَاحِ وَقَدْ تُفْضِي إلَى الْمَفْسَدَةِ وَمَصْلَحَتُهَا أَرْجَحُ مِنْ مَفْسَدَتِهَا

Maksudnya;
“Penghubung yang harus, kadangkala kepada mafsadah. Namun, maslahahnya lebih rajah berbanding mafsadahnya”

[Al-‘Ilam Al-Muwaqiin : 3/344]

Imam Al-Qurafi menyatakan juga;

قَدْ تَكُونُ وَسِيلَةُ الْمُحَرَّمِ غَيْرَ مُحَرَّمَةٍ إذَا أَفَضْت إلَى مَصْلَحَةٍ رَاجِحَةٍ كَدَفْعِ مَالٍ لِرَجُلٍ يَأْكُلُهُ حَرَامًا حَتَّى لَا يَزْنِيَ بِامْرَأَةٍ إذَا عَجَزَ عَنْ دَفْعِهِ عَنْهَا إلَّا بِذَلِكَ

Maksudnya;
“kadangkala penghubung kepada perkara haram, ia tidak menjadi haram; iaitu sekiranya membawa kepada maslahah yang rajah. Contohnya, seperti memberi duit kepada lelaki supaya dia makan benda haram sehingga dia tidak berzina dengan perempuan. Itupun, sekiranya ia tidak mampu untuk mencegah lelaki itu dari berzina dengan perempuan terbabit kecuali dengan cara itu sahaja.

[Anwar Al-Buruq Fi Anwa’ Al-Furuq : 3/47]

Bersambung…..




1 ulasan:

Telok Bakong berkata...

salam...

x sabar nak tunggu sambungan