Rabu, 8 Disember 2010

ULAMA PELAPIS PAS HARAMKAN BUKU DR MUJAHID?





Tengahari tadi, dapat satu SMS yang berbunyi;

"Salam. Muzakarah buku 'menuju PAS baru' oleh ulama pelapis pada 5 Disember, dihadiri oleh 32 pakar Syariah seluruh malaysia telah meresolusikannya sebagai TERSASAR"

Tadi, berlaku satu wacana. Ahli penalnya adalah, penulis buku sendiri, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Dr Ghazali Muhyiddin [penganalisa politik], Ustaz Zaharuddin Mohammad [Ahli majlis Syura PAS] dan Dr Abdul Aziz Bari [Penganalisa dan pakar rujuk perlembagaan Malaysia] yang membicarakan tentang buku ini.

Di Akhir forum, Ustaz Zaharuddin Muhammad yang merupakan Ahli Majlis Syura Ulama PAS menyatakan, pada 5 disember baru-baru ini, Ulama Pelapis PAS Pusat telah mengadakan perbincangan tentang buku ini dan keputusannya adalah buku ini perlu DINILAI semula.

Sebelum penutup, sebagai menjawab, Dr Mujahid Yusuf Rawa menyatakan bahawa beliau tidak ada sebarang masalah tentang komentar dari Ulama Pelapis PAS Pusat tentang buku tulisan beliau, tetapi beliau menyatakan bahawa beliau tidak dijemput untuk menyatakan pandangan di hadapan ulama Pelapis Pusat itu terhadap buku yang dilihat seperti di "haramkan" kan itu.

Dikhabarkan pula bahawa Ustaz Ridhwan Mat Nor ada menyatakan bahawa beliau akan menulis buku untuk mengkritik balik tulisan dari buku "Menuju PAS Baru" ini.

Kita sedang menanti kehadiran buku jawab balas, dan kita sedang nantikan wacana terbuka tentang buku "Menuju PAS baru" dan jawapan balas terhadap buku ini, dengan dihadiri penulis ke dua-dua belah pihak, untuk diwacanakan secara ilmiyyah.

"Wacana ke arah kesegaran minda anak Muda"

sekian

Wallahu 'Alam


Al-Bakistani

- Sri Indah [b] Sg Buloh
9 Disember 2010 * 2:45 Pagi

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.sebab tula!!dah kata!puak hangpa ni tak boleh perintah malaysia!!nak selesai perkara "ranting" hukun-hakam agama pun hangpa tak berupaya!tak sependapat!!
2.Malah nak selesai hukum merokok dan mlm pun hangpa tak berupaya!!satu puak kata merokok dan mlm haram!satu puak yang merokok dan ahli panel syariaah mlm,kata harus!!
3.last sekali memang sesuailah puak hangpa ni jadi barua dan kuda kapiaq harbi!!berperanan sebagai pemecahbelah puak melayu dan islam!!bagi senang puak kapiaq harbi perintah malaysia!!

Tanpa Nama berkata...

lambat lagi la kot pakatan nak dapat grab putrajaya , apakah nanti ada konflik lagi dlm pas slps isu kerj perpaduan ... pkr pun ketoing , dap pun ergh... aku rasa pemikiran mujahid masih dalam kerangka fundamental tidak lari mana kalau dibandingkan dgn PKS Indonesia ... itupun masih ok ok juga cuma geng adyian husaini agak keras skit terhadap PKS , cuma PKS kena fix balik skit ... tapi ulama pas ni kadang kalau aku nak kata jumud bersarang lumut nanti depa melenting (byk yg bodoh usul fiqh) ... bila kelibat anwar menjadi PM tampak mula kabur maka Mujahid calon paling sesuai pabila haji hadi dan lim kit siang tak dapat pakai kasut anwar ... aku bayangkan Mujahid PM , Lim Guan Eng TPM , Nurul Izzah Naib TPM (diwujudkan) nampak macam cantik ..

Tanpa Nama berkata...

1.aku tak baca lagi buku mujahid tu dan tak tau apa bayan dari ulama pelapis dan menanti juga buku ust ridhwan dan tak pergi dengar wacana tapi dari apa yg mungkin aku boleh pikir tentang pemikiran mujahid dan apa yg dia tulis di msia insider aku kira tak perlulah sampai dikatakan tersasar kalau mereka menganggapnya tersasar , barangkali cukup di ejas apa yang perlu yakni berbalik pada maqasidnya , perhaluskan illahnya dan tasawwurkan masolih dan mafasidnya
2. Sepatutnya buku yang mungkin membawa gagasan besar dan cuba menuju kepada demensi baru pas selepas era kepimpinan Ulama maka of course tak cukup mujahid seorang saja yang pikir dan yang tulis , ia sepatutnya hasil dari himpunan pelbagai otak yang pemikirannya semasak-masaknya dan penerapan kepada umum juga !
Pakatan tak patut juga caca marba dan adhoc tak komprehensif !

pencatat berkata...

geng pelapis tuh labelkan Dr Mujahid sbg unsur irc ahahaha...

mail lambong berkata...

salah satu sebab kemunduran islam dan parti PAS, fatwa haram sesedap rasa tanpa perbincangan yang ilmiah

klik sini:Hijrah Permata

TEAM PERISIKAN BEBAS berkata...

Setelah meneliti sejak beberapa bulan, saya mendapati penulis tanpa nama juga seorang yang menerima pendidikan islam yang tinggi tetapi nampak dengan jelas niat jahat serta kegagalan nya berselindung disebalik arahan siapa dia menulis. Dari pengamatan kami mendapati beliau seorang yang makan gaji tetapi gunakan ilmunya bukan meninggikan islam tetapi memenuhi keperluan, kepentingan dan arahan pihak tuan nya. Kami sedih ada manusia berilmu tetapi begitu jadinya.

Tanpa Nama berkata...

Yeahhh
Nampaknya Ulama' pas kena buat PhD tentang Fiqh Awlawiyyat pulak.
Ustaz, hang buat thesis bidang apa?

BatuAir berkata...

ini komen aku dalam blog batuApi@firestone mengenai "Menuju PAS Baru".
"Namun ada yg istimewa,
catatan BatuApi ada nama,
dr. Mujahid AL Yusof ar-Rawi, menganggotai 'alami di Mesir, berfikrah dan pemimpin generasi
baru PAS.
Bukunya "Menuju PAS baru" adalah karangannya, pendapatnya, hak kepunyaannya, kenapa pula 32 pakar syariah sibuk-sibuk keluarkan kenyataan "sebagai tersasar daripada fikrah perjuangan PAS sebenar" (si bangang pula kata diHARAMkan).
"Mana-mana buku yg dikarang oleh mana-mana ahli PAS bukan merupakan padangan rasmi PAS, kenyataan dan pandangan rasmi PAS hanya dikeluarkan oleh Pejabat PAS".
Mengqiyaskan perubahan beransur-ansur pemikiran dr.Mujahid dgn pemikiran Sayid al-Qutb merupakan Qiyas maal Fariq atau qiyasan jatuh parit.
Qiyasan ini hanya dibuat oleh ahli perasan dan manusia yang tidak berpijak di bumi, tapi bukan dari jenis makhluk jin.

Tanpa Nama berkata...

ya saya penulis tanpa nama adalah penulis upahan makan gaji hahaha apa punya kelakar kau ni TEAM PERISIKAN BEBAS , orang punya suka apa orang tu mau tulis - tak setuju rodkan balik , lagipun kau ni mereng ke mana orang nak upah senang2 zaman meleset ni kecuali lah orang2 tertentu yang pakar @ ex jurnalis tertentu terhadap orang tertentu , sebenarnya banyak orang yang tak menonjol ada pemikiran tertentu yang pelbagai pula dan usataz yg pandai2 pun ramai dan juga sebenarnya banyak juga orang tak nak ambik pot langsung jadah ni semua , kemudian option untuk memilih sebagai penulis tanpa nama paling mudah untuk diguna ketika berasa nak bagi ulasan

Tanpa Nama berkata...

Zaharuddin tu menantu Presiden kan? Rugi demo tak tackle anak presiden. Jadi ahli majlis syura sekarang!

Tanpa Nama berkata...

batu api ,
itu bermakna orang pas sendri telah menganggap mujahid ada kemungkinan bakal jadi presiden pas nanti , kalau tidak kenapa takut dengan bukunya , qiyas engkau yg tak jatuh parit tu qiyas apa plak , mcmana plak pikran kau untuk membentuk dan mengembang , ikhwan tak berkesempatan berpencak kuasa di mesir , kalau berpeluang mereka mungkin akan lebih pragmatik lagi , sedangkan kita ni sebenarnya hanya banyak beremosi bukan ada otak sangat pun nak berpikir , itu realitinya dan kita nampak benda tu terang-terang

Tanpa Nama berkata...

ala.. tak rugi pun ... presiden pun takut gak ... hantu peristiwa marakbar asri boleh berlaku pada mana-mana pimpinan dalam pas ...

penjual ubat,kedah berkata...

alah buat kertas kerja mempertahankan kepimpinana ulama,
lepas kekal semua jawatan selepas pemilihan maka atas jasa tu dapat lah jadi ahli majlis syura,hehehehe.
Inilah cara PAS lama nak kekal kuasa,tengok muktamar tahun nih bagai contoh,bakar cik tak der la pulak nak bagi tokoh anugerah apa2 kat sape2,tahun lepas berapa ramai PAS umumkan anugerah sebagai tokoh pendidikan dalam muktamar di selangor sebab ada pemilihan,dapat lah bakar chik keluar kedepan iringi presiden bg anugerah.
bila perwakilan tengok ha dia ni layak di undi kerna buat kerja.
Yakin lah kalo tak caya tahun depan ada pemilihan macam2 anugerah di buat untuk di lihat perwakilan sebelom mengundi.