Sabtu, 26 Februari 2011

AGAMAWAN DAN KEZALIMAN

PRK kerdau, membuktikan lepasan al-azhar dalam bidang keagamaan menjadi panglima utama menaikkan kezaliman UMNO/BN. Tidak ada yang hairan, ini kerana sebilangan kecil lulusan agama dalam PAS pun ada yang memperkatakan tentang melayu-Islam sepertimana yang diungkapkan oleh PERKASA, walhal PAS sudah meniup slogan Islam For All, tanpa mengira bangsa.

Dalam Islam, perkara yang penting, keadilan wajib terlaksana. Kezaliman pula, wajar dihumban. Ia merupakan asas bagi kandungan semua syariah nabawi - sejak Nabi Adam hingga Nabi Muhammad SAW.

Agamawan Islam bukan asas kepada kebenaran. Tetapi kebenaran itu terhadap Islam yang menjadi asas bagi agamawan. Kita tidak menolak kemungkinan bahawa ada agamawan menyelewengkan Islam. Lantaran, agama menjadi harga yang begitu murah.

Kalau bani israel jadi rosak kerana penyelewengan terhadap taurat dan injil, maka kita tidak tolak kemungkinan wujud agamawan Islam yang memberi tafsiran Islam yang tidak memperlihatkan keadilan. yang lebih parah, apabila agamawan Islam menjadi pendokong kuat terhadap kezaliman.

Sekian

Wallahu 'alam.

4 ulasan:

otakbesi berkata...

apa pula kau ni, meracau tak tentu hala.

Tanpa Nama berkata...

Satu penipuan yang besar bila mengatakan tujuan utama nabi-nabi diutuskan adalah untuk menegakkan keadilan sahaja kerana tak semua nabi mempunyai kerajaan. Walhal semua nabi diutuskan untuk MengESAkan ALLAH dengan akidah yang betul. Dengan akidah yang betul baru keadilan dapat ditegakkan ! Bukan keadilan yang dicanang oleh PR sahaja. Bila buat kempen valentine maka ramailah rakan PR yang bantah !!!

Apa itu keadilan ?? Meletakan sesuatu pada tempatnya. Maka meletakan aqidah yang betul pada tempatnya adalah merupakan yang paling utama. Bukan setakat perangai rasuah, menentang kezaliman dan sebagainya. Itulah sebabnya nabi membina aqidah para sahabat di mekah selama 13 tahun dan dengan kekuatan aqidah maka dapat melawan kezaliman dengan hujah dan pedang. Jangan buat hujah palsu ustaz. Nabi pun minta sahabat bersabar atas kezaliman yang menimpa sahabat. Setiap nabi diutus untuk menyelamat umat manusia dari api neraka dan api dunia.

Ustaz macam Najib, bila anwar ajak debat, takut bagi bermacam alasan. Tup tup lepas tu naik dalam blog (kurang 24 jam dari tarikh masa debat) kata nak debat dengan ustaz Zaharudin tanpa pengetahuan beliau. Penipu punya Ustaz. Tobat ustaz.

Tanpa Nama berkata...

1.rasanya sijil hangpun beli jugalah!!sebab hang ni nampak jahil benar!!
2.hang juga antara yang termasuk dengan puak murahan dalam pas!!

Tanpa Nama berkata...

cari makan bro , cari rezeki , dulu pengawai khas mb lani dapat peluang nak jadi YB , dari mula diumumkan , senyum tak habis . bukan macam hang , pendakwah bebas , kerja tetap pun tak dak , lepas tu nak pau orangramai rm 250 buat kursus maqasid .... hahaha , takpa rilek wan ji gurau , agamawan yg hang ckp tu mana nampak kezaliman apa , depa hanya nak duit duit duit , dunia adalah untuk orang yang tak dak harta di akhirat ....