Sabtu, 5 Februari 2011

IMPIAN : DARI NIKAH KEPADA NEGARA

[1]

Semasa belajar di Mesir, aku pernah berimpian untuk berkahwin dengan seorang anak gadis arab yang bernama Nagua. itu sekadar impian, tetapi aku pasrah dengan impian itu. Aku dapat nombor tel Nagua, dan berhello-hello. Sebab apa mahu berkahwin dengan arab? itu perasaan hatiku. Susah hendak memberi jawapan dari persoalan itu.

Usaha telah dilakukan, ternyata impian aku tidak tercapai. Jelas, jodoh pertemuan adalah ketentuan Allah SWT. akhirnya, aku tidak berkahwin dengan seorang gadis arab, tetapi seorang anak gadis yang cantik bernama Salmizatul Akma, berasal negeri terengganu yang mempunyai "titih barih" dari negeri yaman. Wah, walau tidak arab, tetapi keturunan arab. itu yang diceritakan.

Impianku tidak tercapai, tetapi Allah SWT maha adil, mengabulkan sedikit impianku itu. Tuhan maha Adil, dan Allah maha tahu tentang kebaikan dan keburukan jika impianku ingin berkahwin dengan perempuan arab akan termakbul.

[2]

Perut terlalu lapar. Lidahku terliur dengan Ikan siakap tiga rasa. ia merupakan seleraku. melihat pada jam di dinding terpapar pukul 3 pagi.

"kedai makan buka ke time macam ni?" soal hati kecilku.

aku menggerakan Isteriku yang sudah tidur, dan 2 orang anakku bangkit untuk ke kedai makan untuk mendapat ikan siakap tiga rasa. kedai telah jumpa, aku didapati ikan siakap tidak ada.

"ala.. kita makan apa yang ada pun, ok gak" ujar isteriku

aku mengangguk, dan meminta ikan kembung masak steak.

impianku pada malam itu adalah, nak makan ikan siakap tiga rasa, tetapi yang aku dapat adalah ikan kembung masak steak.

"Kita terima adanya, dari tak dapat langsung" itulah ungkapan yang terngiang-ngiang di telingaku, semasa mendengar satu ceramah motivasi Dr Fadhilah Khamsah.

[3]

Hizbu tahrir mahukan Khilafah islam. PAS mahukan negara Islam. sosialis mahukan negara cara mereka, begitujuga kapitalis, dan sebagainya. Dalam negara malaysia sahaja, kita berjumpa seribu satu impian rakyatnya.

semua impian, sebenarnya boleh disatukan. ia disatukan atas asas mahukan keadilan, menolak segala kezaliman. atas asas itu, kita boleh bersatu. tetapi, atas impian masing-masing, sukar untuk terhasil, walau ia tidak mustahil.

di Malaysia, masakan impian, keadilan yang sepatutnya dilaksanakan sukar untuk tercapai. yang adanya adalah, kezaliman berleluas-luasa. semuanya kerana, UMNO menjadi parti memerintah sejak sekian lama.

jika kerana impian kita bertembung, UMNO pasti akan kekal memerintah. yang paling penting bagi kita kini adalah, bagaimana kita hendak menjatuhkan kezaliman yang bernama UMNO, bukannya memberi nafas kepada parti tua itu, ketika dia hampir mati kelemasan.

apabila jatuh regim UMNO, wacana politik sudah terbuka. keadaan ini, menyebabkan setiap idea-idea dan impian masing-masing boleh didedahkan kepada rakyat. Rakyat mula menilai mana yang cerdik, dan mana yang bodoh. Rakyat yang cerdik, ia akan melihat impian yang memberi kebaikan kepada mereka. ekoran itu, idea yang cerdik dan realistik akan diterima.

Jika kita bijak, maka kita impian kita terhasil. Jika kita bodoh, jangan salahkan rakyat jika impian kita tidak tercapai.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

6 Febuari 2011 * 2:59 pagi


2 ulasan:

joecharlie berkata...

Didoakan impian anda akan dimakbulkan Allah SWT.Ameen.

Tanpa Nama berkata...

PAS mahukan negara Islam. ....


1.hang ni dok mimpi kot!!
2.hang tak baca!dengaq!kenyataan terbaru nik aziz!hadi awang!zulkifli!! tentang hudud dan negara islam!
3.mental kot!!elokla hang pi jumpa bomoh pas cepat!!