Ahad, 6 Februari 2011

UNDI DAP ATAU UMNO?

Selesai menyampaikan kuliah maghrib tadi, seorang anak muda mendekatiku. Dia minta masaku sekitar 3 minit sahaja kerana ingin bertanya satu soalan. Aku memberi masa sedikit waima ada urusan yang segera perlu aku lakukan.

soalannya berkisar tentang pembacaannya dari satu lamanweb yang mengatakan bahawa jika wujud antara calon orang kafir dari PR dan calon BN yang beragama islam, maka wajib diundi calon BN yang beragama Islam, waima calon PR yang tidak beragama Islam itu melakukan keadilan sekalipun.

mendengar soalan itu, aku terus membaca perkataan Ibnu taimiyyah yang menyatakan seperti berikut;

الله ينصر الدولة العادلة وإن كانت كافرة ، ولا ينصر الدولة الظالمة وإن كانت مؤمنة

maksudnya;
"Allah SWT akan tolong negara yang adil, waima ia kafir. Dan tidak akan menolong negara zalim, waima ia mukmin [islam]" [Al-Hisbah : 4]

dan juga firman Allah;

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَى بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ

maksudnya;
"Tidaklah tuhan kamu [Allah] membinasakan sesuatu kampung dengan sbb kezaliman, sedangkan penduduknya melakukan islah [kebaikan]"

[surah hud : 117]

Ulasan dr yusuf qaradhawi, "maksud ayat ini adalah, Allah SWT tidak akan membinasakan ahli qura [sesebuah kerajaan] dengan semata2 musyrikin, sekiranya mereka adalah golongan yg melakukan islah [kebaikan] dalam hubungan sesama mereka" [Daur al qiyam wa al akhlak fi al iqtisad al islami : 355].

dia angguk, kelihatan faham dengan ulasanku itu, waima sempat aku nyatakan kesimpulannya.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-bakistani

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa ustaz nak berselindung dkm menjawap soalan ni...heran ustaz takut nak katakan yg undi dap dpt pahala undi bn dpt dosa....zalim yg mcm mana yg ustaz maksudkan....adakah rakyat msia sudah tidak makan dan kebuluran..tidak ada rumah tempat tinggal...sudah tidak boleh beribadat masjid pun dirobohkan...sudah tiada sekolah utk anak anak...sudah tidak ada ajaran agama dibenarkan utk umat...sudah bynk wanita dijadikan hamba seks pemerintah...ZALIM yg bagaimana ustaz perlu perjelaskan....zalim dlm konteks apa..? Apakah zalim dlm konteks apabila org org pas kalah dlm pilihanraya...apakah zalim dlm konteks org org DAP kalah dlm pertandingandgn bn...zalim yg bagaimana tidak pun dihuraikan oleh ustaz....inilah jadinya apabila ustaz ustaz kita sudah sibuk berpolitik...maka setiap yg disampaikan hanyalah mengikut pemahaman politik sempit maka dgn mudah fatwa dan hukum dijatuhkan biar pun jelas ianya sgt bertentangan dgn kita....

Tanpa Nama berkata...

DAH LAMA AKU HIDUP TAPI BARU HARI INI AKU DENGAR ORANG PAS CAKAP MACAM TU SIAP DENGAN AYAT QURAN LAGI

SEBELUM JOIN PAKATAN, ADA PAS CAKAP MACAM TU ????? PAS CAKAP WAJIB PANGKAH ORANG ISLAM KALAU CALON ISLAM BERTANDING DENGAN CALON CINA SEBAB MASA TU CALON CINA IALAH MCA

PANDAI PULA KAU GUNA AYAT QURAN BAB INI, DULU MUNGKIN KAU TAK RETI BACA KOT.....HEBAT PAS BAB PUTAR BELIT

Tanpa Nama berkata...

Kenapa ustaz tak nak siar komen saya...takut atau idak terjawap? Jadilah pejuang yg tulen...

Tanpa Nama berkata...

wahhhh..adilnya DAP....
wahhhhh...adilnya PAS....
wahhhh....adilnya PKR....

DAP = parti anak beranak,kroni = adil

PAS = kes memali,kohilal,kroni nik aziz = adil

PKR = kroni anuwar ibrahim = adil

bila mahafiraun pantai timur nak letak jawatan?

Mohd Nuruddin Mohamed berkata...

Ustaz wan ji; teruskan menulis dalam ruang lingkup pemahaman syara' dan adab-adab muslim yang mulia. Abaikan orang-orang jahil seperti 4 tanpa nama di atas. Berikanlah kemaafan. Lapangkan dada(al-a'raf:199)