pada 3 Jun 2010 lepas, aku ada menulis tentang projek Islam wasati [islam pertengahan] yang sedang dirangka oleh Jamil Khir. Maklumat itu didapati dari seorang teman yang bekerja di Putrajaya.
ini artikle aku itu;
Mungkin kita belum lupa lagi dengan Islam Hadhari yang dicanang oleh Pak Lah Badawi. Seorang kawan yang bekerja di Putrajaya memaklumkan bahawa kini Jamil Khair Baharum sedang merangka satu perancangan bagi menarik pengaruh undi-undi melayu yang beragama Islam dalam PRU akan datang.
Jika pada tahun 2004 yang lalu, terdapat idea Islam Hadhari, tetapi kali ini dikhabarkan bahawa akan dilontarkan satu idea yang seiras dengan Islam hadhari, iaitu “Al-Islam al-wasati”.
Dimaklumkan juga bahawa konsep 1 Malaysia digunakan untuk menarik undi non Muslim, termasuk bangsa selain melayu. Adapun Islam Wasati untuk menarik pengaruh undi-undi melayu.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
***
sehari dua ini, kedengaran pula najib mula mengungkap "islam pertengahan". ungkapan setelah melakukan lawatan hormat ke makan Mustafa Kamal Art-Tarturk di Turki baru-baru ini.
namun, ia telah dijawab oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz, seperti berikut berikut;
"Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan mengingatkan bahawa “tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam.”
sekian
baca sama:
"Al-ISLAM Al-WASATI" DALAM PRU AKAN DATANG?
Islam sederhana Umno ditemplak Nik Aziz

3 ulasan:
February 28, 2011Tergamak Nik Aziz Sembunyikan Fakta Ini?
Saya tertarik dengan sebuah rencana dari portal Agenda Daily yang ditulis oleh Helmy Hanafi berkenaan perbandingan kejayaan dan kegagalan antara kerajaan Melaka dengan Kelantan. Terkejut saya melihat fakta dan hakikat sebenar wajah Serambi Mekkah yang selama ini dilihat begitu indah pada pandangan mata. Rupa-rupanya slogan Membangun Bersama Islam yang dicanang oleh Nik Aziz tidak ubah sekadar pembohongan dan retorik politik yang sangat hanyir baunya - atau dengan kata yang lebih mudah - slogan Membangun Bersama Islam yang dipromosikan oleh PAS selama ini, sebenarnya hanyalah "ceramah agama", semata-mata . Baca artikel menarik di bawah:
JARANG-JARANG KETUA sebuah negeri hendak mengaku negerinya kalah dengan negeri lain. Tapi lain pulak cerita dengan Ketua Menteri melaka Datuk Seri Ali Rustam yang mengaku kalah satu perkara dengan Kelantan. Katanya, Melaka kalah dengan Kelantan dari segi gejala sosial, terutamanya yang berkaitan dengan mengandung luar nikah. Apa bukti? Menurut beliau, buktinya, di Sekolah Harapan yang didirikan oleh kerajaan Melaka ada enam orang kelantan berbanding hanya dua orang Melaka. “Bab itu Melaka kalah dengan Kelantan, dan saya mengaku,”katanya sambil senyum sinis semasa menghadiri program kesenian di rumah Penghulu Md Natar di Merlimau Pasir petang Ahad.
Sebab itu kata, Ali Rustam beliau ajak PAS debat mengenai Sekolah Harapan ini. “Saya dah ajak sebelum ini, tapi mereka diam, nanti selepas pilihanraya ini saya akan ajak lagi, kita debat terbuka pilih mana TV yang dia nak, TV3 boleh TV1 boleh, saya tak ada masalah,” katanya. Sekolah Harapan”, adalah sekolah khas untuk pelajar yang mengandung luar nikah dan dikelolakan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Sekolah yang mendapat peruntukan RM500,000 setahun dari kerajaan negeri itu bagi membolehkan pelajar yang mengandung luar nikah meneruskan pengajian mereka dengan jagaan khas dan mengelakkan kes-kes pembuangan bayi.
18 kejayaan Melaka dan kegagalan Kelantan
Sebut bab Melaka gagal ini, ahli Dewan Negara asal Melaka Senator Akbar Ali ada pandangan lain, beliau dalam satu tulisan khas mendedahkan 18 perkara yang dijadikan perbandingan antara kejayaan Melaka dan kegagalan Kelantan. “Soal penagih dadah, sekali lagi kita kalah dengan Kelantan, berdasarkan statistik tahun 2009, bilangan penagih dadah di Melaka adalah 327 orang manakala Kelantan 1902 orang,”kata beliau. Menurut beliau semua sumber yang menjadi angkubah ini sahih kerana diambil dari sumber rasmi. “Kelantan bukan sahaja tercicir dari segi ekonomi, tetapi sebagai Serambi Mekah yang digahkan, ia terus bergelumang dengan kemelut gejala sosial,” katanya.
Antara yang diukur adalah kadar kemiskinan di mana 0.5 peratus berbanding Kelantan 4.8 peratus. Kadar pendapatan isi rumah, Melaka RM4,184 manakala Kelantan RM2,536. Hasil kutipan Kastam, Melaka RM1.6 bilion sedangkan Kelantan hanya RM37.3 juta. Selain itu, penceraian di kalangan umat Islam pula di Melaka 923 pasangan, di Kelantan 2,478 berdasarkan statistik tahun 2009. Keseluruhan jenayah tahun 2010 Melaka 5,967 berbanding Kelantan 7,900. Kelahiran anak tak sah taraf, Melaka 1,077, manakala Kelantan 1,221. Berdasarkan semua fakta itu, Akbar Ali, menyeru ahli PAS agar melakukan tranformasi kerana kata beliau, Allah SWT tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubahnya sendiri.
Sumber : Agenda Daily
Ditulis Oleh Muhammad Azli Shukri di 6:26 PM
salam..ustaz 1-G,@danial( nama baru atau mungkin dalam IC kot )ana lama tak bukak blog anta..tetiba rini rasa nak bukak je,isteri cakap,eh..lama dah ye abg tak bukak blog ni,...
terus ana tengok kat ruang ulasan bagi tiap artikel anta..
memang tak ramai dah komen..tak macam dulu-dulu..
jadikan ini sebagai muhasabah..biarpun banyak perkara benar yang anta sbut,tapi sebab tindakan anta yang tak hormat ulamak,orang tua2,pimpinan,dan cakap agak pelik telah menyebabkan orang ramai nyampah ngan anta dan blog anta ni....
gi kelas anta pun kat masjid-masjid sebab nak berkat majlis ilmu je...
harap ana..jadikan sebagai muhasabah..dakwah kita perlu BERHIKMAH...................................HIKMAH....
aku follow blog ni lama dah... aku tengok blog ni lagi tinggi pengunjungnya dari sebelum ni...yg tanpa nama merapu tu entah hapa2 tah, aku pun tak tahu.... ko tak masuk pun bukan bro 1G tau pun.. ko tak masuk pun bukan org lain tak masuk pun... mcm la power sangat bila ko masuk...gelabah berok punyee org....
Catat Ulasan