Syurga merupakan tempat yang kekal abadi. Ia dipenuhi dengan nikmat-nikmat yang tidak terkira banyaknya. Ia tidak menjadi tempat untuk orang lelaki sahaja, tetapi diduduki juga oleh perempuan.
firman Allah;
"barangsiapa yang beramal dengan amalan soleh dari kalangan lelaki atau perempuan, maka dia adalah mukmin. Mereka akan masuk ke dalam syurga"
[an-Nisa : 124]
lelaki dan perempuan boleh memasuki syurga. Namun, lelaki dan perempuan itu akan dikira layak masuk, apabila mereka melakukan amalan-amalan soleh, disamping hati mereka meletakkan keyakinan penuh terhadap Allah.
Dalam keadaan begitupun, ada beberapa hadis yang menceritakan tentang keadaan perempuan secara khusus berkenaan dengan syurga ini.
Dalam satu hadis riwayat imam al-Bukhari, daripada Imran bin Husain berkata bahawa Rasulullah SAW ada bersabda, "aku telah menjengok neraka, dan aku dapati di dalamnya paling ramai adalah perempuan. Dan aku pergi menjengok syurga, aku dapati bahawa didalamnya ramai orang fakir"
hadis dengan matan ini, hampir sama termaktub dalam sahih muslim dan musnad ahmad. Cuma dalam musnad imam ahmad, dinyatakan bahawa nabi SAW berkata, "aku dapati ahli neraka itu ramai dari kalangan orang kaya dan perempuan".
Persoalannya, mengapa dalam hadis-hadis yang telah dikemukakan memperlihatkan kebnayakkan perempuan itu ramai yang masuk neraka. Setelah diteliti, didapati bahawa pernah seorang perempuan dari kabilah khadlah bertanya kepada baginda tentang persoalan iini. Dijawab Nabi SAW adalah dengan kata baginda, "kamu banyak mencela suami dan mengabaikan keluarga. Aku tidak melihat kekurangan akal dan kekurangan agama kecuali pada perempuan".
perempuan khadlah itu bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan akal dan agam itu?"
Jawab Nabi SAW, "adapun kekurangan akal adalah, saksi dua orang perempuan menyamai dengan saksi seorang lelaki, maka ini adalah kekurangan akal. Tertegah perempuan menunaikan solat dan puasa disebabkan haid, maka itu adalah kekurangan agama".
Mengenangkan keadaan itu, menyebabkan Nabi SAW pernah memberi pesanan kepada perempuan supaya banyak bersedekah dan beristighfar.
Sabda Nabi SAW, "wahai perempuan bersedekahlah kamu dan beristighfarlah kamu, kerana sessungguhnya aku melihat kamu kebanyakkannya adalah ahli neraka".
Dari ini, kita fahami bahawa secara teorinya mereka perempuan mudah untuk masuk syurga, iaitu seperti hendaklah mereka taat kepada Allah, Rasul-Nya dan suami. Namun, memandangkan kekurangan dari sudut penciptaan dan fitrah keperempunan itu, menyebabkan mereka agak sukar untuk kesyurga, menyebabkan mereka perlu melakukan beberapa amalan demi menutup kesalahan mereka yang menghalang mereka dari masuk ke dalam syurga.
Sekian
Wallahu 'Alam
University Malaya
28 mac 2011 * 10:00 malam

Tiada ulasan:
Catat Ulasan