Islam adalah agama kehidupan. Ia tidak sekadar peribadatan, tetapi merangkumi semua aturan kehidupan.
Dalam asas berfikir dari sudut peribadatan, datang asas berfikir bahawa ibadat itu mesti berasaskan kepada "wujud nas yang saheh lagi sareh". dengan erti kata lain, sekiranya tiada nas yang jelas dan saheh menggambarkan sesuatu peribadatan, maka melakukan sesuautu amalan ibadat itu salah, malahan ia digelar oleh Nabi SAW sebagai bidaah.
Sabda Nabi SAW, "setiap perkara baru adalah bidaah, setiap bidaah adalah sesat".
Adapun selain ibadat, seperti muamalat dan politik, ia mesti berasaskan bahawa "semua boleh dilakukan selama tidak bercanggah dengan nas secara saheh dan sareh". Dengan maksud, semua perkara boleh dilakukan. Tidak kira ia tersebut dalam nas atau tidak. Namun, ia perlu diperhatikan, apakah wujud nas yang melarang dari melakukan amalan tersebut secara saheh dan sareh.
Dua unsur ini, jarang difahami oleh ramai penggerak gerakan Islam. Ekoran itu, mereka dilihat "liberal" dalam perkara ibadat, tetapi sempit dalam perkara selain ibadat, walhal sepatutnya adalah sebaliknya. Jika ini berlaku, maka kenalilah kekalutan dalam memahami pergerakan Islam berasaskan kepada wahyu ilahi.
Sekian
Wallahu 'Alam
Petaling Jaya
28 mac 2011 * 4:10 pagi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan