Sabtu, 30 April 2011

IMPLIKASI JIKA ANWAR BERSUMPAH DAN TIDAK BERSUMPAH

Implikasi Anwar bersumpah, positifnya hanya dapat meredakan serangan UMNO/BN kepada Pakatan Rakyat. Tetapi dari sudut negatifnya, cukup banyak. Antaranya adalah, selepas ini amat mudah berlaku kejadian tuduhan zina, penjenayah mampu mengelak diri dengan semata-mata bersumpah, hukum qazaf akan jadi hukum yang tidak relevan lagi di minda rakyat Malaysia dan banyak lagi.

Adapun masalah hak maruah Anwar Ibrahim, ia tidak boleh diselesaikan dengan sumpah balas, tetapi hendaklah diselesaikan dengan hukum qazaf yang termaktub dalam Al-Quran.

Jadi, secara peribadi aku tidak bersetuju dengan pendapat sebilangan ilmuan-ilmuan Islam yang meminta Anwar Ibrahim bersumpah balas. Sepatutnya, ilmuan-ilmuan Islam perlu memikirkan implikasi perundangan syariah selepas Anwar sumpah balas. Ia akan melahirkan “gelak ketawa geng mahkamah sivil” sahaja. 

Malahan, sebagai ilmuan islam dalam negara, mereka sepatutnya mendesak pihak mahkamah syariah agar lebih cergas dan wajib bertindak segera terhadap tuduhan zina ini atas hukum qazaf bagi mengelak berlaku kekacauan dan kerancuan fiqh jinayah pada hari ini.

Sekian

Wallahu ‘Alam


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yg patut cergas dalam kes ni..JAWI,MS tunggu je fail masuk..mana penguatkuasa JAWI?patutnya boleh tangkap terus sebaik je sumpah dibuat..tahan, jalan siasatan bawah qazaf zina..

Mahkamah tak tangkap orang..dia bicara dan jatuhkan hukum,mahkamah mana-mana pun gitulah kerjanya.

Black berkata...

Anwar amat beruntung mendapat sokongan yg tidak berbelah bahagi..

Tak payah lah duk tengok implikasi pada kes-kes yg lain selain Anwar.. Kes lain tak kan dapat layanan minda yg istimewa sepertimana kes Anwar..

Tak rugi pun utk Anwar bersumpah kalau implikasinya positif dalam mengangkat maruah harga diri sekiranya ia dipihak yg benar.. Bangsa Melayu diasuh dgn 'berani kerana benar'..

Kes mahkamah, biar mahkamah uruskan. Sebaliknya, gunakanlah kesempatan pelantar berhujah di hadapan wartawan, penyokong sekadar menyebut 'Wallahi, Wabillahi, Watallahi..Aku difitnah bla..bla..bla..' Apa yg payahnya?? Maruah bro..maruah... Kalau diri dia sendiri tak mampu nak mengangkatnya, yg hangpa pi sibuk-sibuk lebih dari dia..membuatkan aku berkesimpulan, taksub itu buta...

Dari Sayyidina Ali ;"Penghancur punggungku di dunia ini ada dua orang. Orang yang pandai berbicara namun dirinya seorang yg fasik dan orang yg bodoh namun selalu tekun beribadah. Yang seorang akan membela kefasikan dgn lidahnya sedangkan yg seorang lagi akan membela kebodohan dgn ibadahnya. Berhati-hatilah dari para cerdik pandai yg fasik dan para ahli ibadah yg bodoh. Kerana mereka adalah sebesar-besar fitnah bagi setiap orang yg mudah terpedaya."

Yg fasik tu aku harap sangat janganlah geng Anwar..Yang bodoh tu pulak aku harap sangatlah janganlah puak PAS....

Tanpa Nama berkata...

Saya bersetuju dgn pendapat Ustaz Wan Ji...

Sebagai tambahan, saya berpendapat bahawa alasan Dr Asri untuk DSAI sumpah balas ni tak berapa sesuai utk manusia bernama Anwar. Kalau sekadar sumpah balas hanya untuk menghilangkan keraguan awam, alasan tersebut mungkin sesuai utk orang awam yang tidak mempunyai apa2 masalah dgn kerajaan BN. Bagi DSAI apa pun tindakan yang diambil tetap tidak dapat memuaskan hati lawan. Mereka akan terus menggunakan kuasa meraka termasuklah pihak polis dan media untk terus membuktikan bahawa DSAI seorang penzina. Bagi mereka vedio tersebut merupakan senjata besar utk membunuh karear politik musuh no. wahid mereka. Yang pasti kiranya DSAI bersumpah, mereka akan berusaha utk membuktikan bahawa DSAI bukan sekadar penzina malah seorang yang sanggup bersumpah bohong.

Bak kata org tua2, ayam tak dapat tangan terkena tahi..itulah yang akan berlaku kepada DSAI kiranya beliau menyahut cadangan Dr Asri tersebut.

Moga Allah melindungi kita semya dan negara tercinta ini...

dari : ahli Qaryah Masjid Al-Mukarammah