Apabila eskay menyebut terang-terang nama Anwar Ibrahim sebagai pelakon dalam video seks bersekali dengan sumpah laknat di khalayak umum (Masjid Amru bin al-as, Bandar Baru Sentul), maka ia sudah melayakkan eskay di tangkap oleh polis menurut hukum jinayah syariah. Lalu, dia hendaklah dihadapkan dihadapan hakim mahkamah, lalu diminta dia datangkan empat orang saksi yang adil yang melihat perlakuan seks itu secara live (dengan mata kepala) sepertimana melihat masuknya kayu celak ke dalam botolnya.
Sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dia disebat sebanyak lapan puluh kali rotan seperti yang termaktub dalam al-Quran dari surah an-Nur ayat 4. Adapun jika dia mampu mendatangkan empat orang saksi, maka pihak hakim perlu meminta respon dari Anwar Ibrahim.
Sekiranya Anwar mengakui, maka dia dikenakan hukuman zina, iaitu rejam sampai mati. Ini kerana, beliau telah merasai jimak yang sah. Adapun jika Anwar tidak mengakui malah mengingkarinya, maka wajib hakim mendesak agar Anwar bersumpah.
Apabila Anwar Ibrahim bersumpah, maka gugurlah hukuman rejam pada diri anwar. Begitujuga, hukum qazaf gugur dari eskay.
Ini kerana, Nabi SAW ada bersabda, "tinggalkan hudud sekiranya wujud syubhat"
Adapun dakwaan menyelesaikan kes ini dengan cara mubahalah, sama ada atas nama penyelesaiakan konspirasi politik atau tidak, maka itu adalah perkara-perkara baru dalam agama, dikira sebagai bidaah yang sesat lagi menyesatkan.
Sekian
Wallahu 'Alam.
2 ulasan:
gituka?kalau camtu lepaslah pesalah zina,cukup bukti(4 saksi) boleh syubhah dengan sumpah..cukup bukti curi(2 saksi)lepas dengan sumpah,dan seterusnya...
Ustaz kena tengok apa huraian ulamak sumpah dalam perkara membabitkan hak allah ni,kes jenayah ada tatacara Allah dan Rasulnya perincikan,ulamak jugak ada detailkan.
Cuba lihat sejarah di zaman nabi,para sahabat,bagaimana prosedur dalam kes jenayah di gunapakai...takde gitu
qazaf tuduh orang berzina.. eskay tak tuduh anwar berzina.. cuba perhati baik2.. dia kata anwar ada dalam video tu. itu sahaja.. mana ada kena qazaf gitu.. ingat kot cerdik.. rupanya tak reti hukum. emosi je lebih.. balik pakistan belajar lagilah weii
Catat Ulasan