PAS di era sebelum lahirnya Pakatan Rakyat, tidak boleh disamakan selepas kewujudan Pakatan Rakyat. Di era lalu, wujud politik berlawan; antara PAS - UMNO. Tapi di era kini, politik adalah dua; berlawan dan bersaing.
Keadaan sekarang, PAS berlawan dengan UMNO. Perlu diingat, dalam keadaan sekarang juga PAS bukan sekadar berlawan dengan UMNO, tetapi perlu bersaing dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat; DAP dan PKR.
Kelayakkan PAS untuk menjadi ketua dalam Pakatan Rakyat perlu kepada keyakinan dari rakyat Malaysia. Keyakinan itu, bukan mempunyai imej yang baik sahaja, tetapi keyakinan dari segi penyusunan organisasi yang hebat; mempunyai kebijakan ajaib dan banyak perkara lagi.
Memandangkan kelayakkan mengepalai Pakatan Rakyat bukan terletak pada sesuatu parti, tetapi kelayakkan itu terletak pada seorang tokoh yang mengapalai parti. Makanya, kepala parti itu mesti orang yang mempunyai keyakinan di mata rakyat.
Tidak ada faedah seseorang ketua parti itu hanya disokong oleh ahli parti, tetapi tidak mendapat keyakinan rakyat. Ini kerana, seseorang ketua parti yang boleh mengepalai Pakatan Rakyat, bukan sekadar hasil dari sokongan ahli-ahli parti, tetapi hasil keyakinan dari rakyat paling ramai. Golongan paling ramai itu adalah orang yang berada di luar parti.
2 H : HUSAM ATAU HADI
Dalam usaha menjatuhkan penjajah di indonesia, rata-rata rakyat berkepingin dengan sukarno. Dengan ucapan yang gah, mampu membangkitkan rakyat indonesia untuk melawan penjajah.
Namun, selepas penjajah tersembam di bumi indonesia, sukarno masih lagi berbicara soal penjajah. ekoran itu, sukarno sudah tidak relevan lagi seperti beliau relevan sebelum kejatuhan penjajah. Jadinya, Rakyat indonesia mula muak dengan sukarno yang suatu ketika dulu amat disanjungi. Rakyat mahu bangun atas runtuhan penjajah, bukan mahu mendengar retorika sukarno yang tidak pernah jemu berbicara soal penjajah. Makanya, rakyat mula jemu terhadap sukarno, menyebabkan mereka menolak sukarno selepas kejatuhan penjajah.
Pakatan Rakyat dalam era ini, mungkin agak hampir sama dengan sejarah sukarno. Rakyat sudah muak dengan UMNO/BN yang menindas. Kenaikan harga barang, minyak, video lucah dan banyak lagi kebobrokan melahirkan kebencian rakyat.
Secara dasarnya, rakyat sudah muak dengan UMNO/BN. Cuma, rakyat masih tidak yakin dengan Pakatan Rakyat. Makanya, rakyat berbelah bahagi untuk memilih; antara BN atau PR.
Keyakinan rakyat ini perlu dibina. Tanpanya, agak sukar rakyat memberi undi kepada Pakatan Rakyat. bagi membina keyakinan ini, keberadaan pemimpin yang tidak diyakini tidak boleh dikekalkan. Sebaliknya perlu menampilkan pemimpin-pemimpin politik yang memberi wajah baru; sesuai dengan penampilan Malaysia di era terbaru.
PEMILIHAN MUKTAMAR
Pemilihan dalam muktamar kali ini, ada dua tokoh yang perlu ditampilkan sebagai calon Presiden PAS dalam usaha membina keyakinan rakyat. Dato Seri Abdul Hadi Awang dan Dato Paduka Husam Musa adalah calon yang terbaik perlu dipamerkan.
Kedua-dua tokoh ini telah tercipta nama dipersada politik negara. Abdul Hadi dengan watak ulamanya, dan Husam dengan watak seorang politikus yang bicaranya dalam soal agama dan politik, tidak lepas dari berfakta dan bermaklumat.
Secara peribadi, aku lebih bersetuju dengan Husam untuk menjadi Presiden PAS untuk pemilihan parti dalam muktamar pada kali ini. Tetapi mengenangkan maklumat dari hasil kajian Dr Abu Hasan yang memaklumkan bahawa PAS kemungkinan akan kalah teruk dalam PRU bakal berlaku ini, menyebabkan aku terpaksa menyokong Dato Seri Abdul Hadi untuk Presiden parti.
Ini kerana, dengan kekalahan teruk dalam PRU akan datang, memungkinkan berlaku sejarah pertukaran kepimpinan parti dalam muktamar selanjutnya. Keadaan ini pernah berlaku; iaitu dalam sejarah kejatuhan Dato Asri dahulu; kejatuhan beliau dari jawatan Yang DiPertua PAS [kini Presiden PAS].
MARAH
mungkin sebilangan pembaca akan marah dengan tulisan artikle ini. Tidak hairan juga, akan tersembur puluhan makian dari mereka yang bersentimen ulama.
Padaku, apa yang aku suarakan ini adalah soal hak sebagai ahli PAS dalam memberikan pandangan terhadap kemajuan partinya. Jika ada orang mahu menghalang, ia sama seperti menafikan hak.
Padaku, bukan soal ulama yang perlu dibangkitkan. Tetapi perkara yang perlu dibangkitkan adalah, apakah dalam era ini, orang yang berkelayakkan tidak perlu ditabalkan?
Tidak dinafikan bahawa Nabi SAW menyebut tentang ulama yang merupakan pewaris Nabi. Tetapi, ulama itu sendiri tidak semestinya berpakaian ala arab,malahan hendaklah mempunyai kefahaman agama yang mendalam. Pun begitu, tidak cukup sebagai ulama dalam memastikan kelayakkan seseorang pemimpin. bahkan kelayakkan itu adalah mereka yang mampu memberi saingan terhadap rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "apabila disandarkan sesuatu urusan itu bukan kepada ahlinya [tidak layak], maka tunggulah saat kebinasaan".
Dalam hadis ini, Nabi SAW tidak menyatakan ulama yang mampu menahan kehancuran, tetapi yang mampu menahan kehancuran adalah mereka yang berkelayakkan terhadap sesuatu jawatan yang disandangnya.
Sekian
Wallahu 'Alam
Sg Buloh.
7 april 2011 * 2:40 pagi.

16 ulasan:
Salaam,
Husam boleh jadi Presiden dengan syarat ;
1. Hormati pandangan orang lain dan keputusan setiap mesyuarat yang telah dibuat ( Boleh rujuk Exco K'tan)
2. Lebih mesra alam dan tidak berlagak macam CEO syarikat korporat
3. Memperbaiki KETEPATAN masa dalam semua urusan.
4. Kena masuk mesyuarat ikut waktu. Jangan setiap kali mesyuarat masuk lambat dan kemudian keluar awal dan lepas tu ubah keputusan mesyuarat dengan mempengaruhi orang lain. (Yang ini Dr Zul, Dr Hatta, Dr Mariah boleh confirmkan performance Husam setiap menghadiri mesyuarat PAS Pusat)
5. Tepati janji terutama dalam soal masa (Yang ini boleh confirm dengan semua orang yang pernah berurusan dengan Husam terutama yang selalu bawak beliau iaitu ****) dan peruntukkan kewangan.
6. Belajar untuk bekerja dalam satu pasukan dan bukannya jadi Lone Rangers.
7. Menghotmati pandangan orang lain dan jangan hanya anggap pandangan aku hebat (mungkin boleh rujuk dengan Exco K'tan)
8. Membuang tabiat suka mengurung binatang liar !!! (yang ini peribadi)
9. Ada banyak lagi yang akan menyussul.
Sekiranya 9 perkara ini Husam boleh settle, maka dia layak jadi Presiden. Kalau tak jadi YDP Kubang Kerian aje lah.
Ustaz..
Ana setuju pada tajuk,,,mohon izin copy nak letak kat blog ana,,, kasi pembaca blog ana buka minda....
Akhie, dlm PKS mengamal kepimpinan ulamak dgn mengadakan majlis syura, dan wujud Mursyidul 'Am, seorg Ulamak Haraqi yg aku sempat ziarah beberapa kali.
Namun mereka menjadi rasional, meletakkan seorg professional yg sangat memahami Islam sebagai Presiden, dan selepas itu skrg di lantik sebagai Menteri, dan diganti kepimpinan PKS pun dengan seorg professional dan businessman.
Kejayaan mereka di akui oleh rakyat Indonesia, malah PKS berada di saat yg paling berjaya pada masa ini, berbanding zaman sebelum 1997, sebelum zaman reformasi mereka yg pun sama di pimpin oleh seorang Ustaz.
Bukan ustaz atau ulamak dan bukan ulamak yg menjadi neraca utama kepimpinan.
Kalau Ustaz dan dianggap ulamak memang menjadi ketua, tetapi gagal mengemudi bahteri dgn baik ketika pelbagai masalah dan situasi laut bergelora, maka kepakaran tetap diperlukan.
Dasar kepimpinan ulamak wajib diteruskan dengan memperkayakan dan memperkuasakan majlis syura dan dewan ulamak itu sendiri dengan keupayaan bertindak mengikut peredaran zaman.
Gagal PAS memahami intipati ap yg aku tulis di atas, PAS hanya kana terus boleh menjadi pengikut dan gagal meletakka Islam di hadapan.
Zaman ISlam dilihat berada di bawah dan tertindas sudah berakhir, tetapi PAS kenalah pandai menggunakan segala peluang yg ada.
Wallahu'alam...
tidak timbul soal ulama' atau koporat yg patut jadi pemimpin, kerana yg jadi syarat utama ialah yg paling bertaqwa...
setakat mana penulis kenal Hj Husam Musa?? sehingga ia kelihatan cukup layak utk menduduki kerusi presiden.Saya dengar 'disiplinnya' menjadi 'perbualan' di peringkat kerajaan negeri....wallahuallam
Ini nak bunuh karier politik Husam ni. Bukannya nak pulihkan.
Ustaz,
1.TGHH pun masih Ok sebagai Presiden tapi penasihat sekelingnya kena bertukar. Sekalipun layak, amat tak wajar SUA pun dari negerinya dan penasihatnya ramai dari Trengganu. Sepatutnya bagi menampakkan PAS ni parti tahap nasional, Presiden patut pelbagaikan orang kuat. Ini satu kelemahan Presiden, nampak macam inferiority complex.
Apapun, yang lebih penting untuk maju ke depan:
2. Ana antara peserta wacana Dr Mujahid dan Us. Riduan tempoh hari di Shah Alam.
Dan ana condong kepada cadangan Dr Mujahid. Kesian, nampak keseorangan beliau cuba mengenengahkan idea besarnya. Takpa Dr., ini satu sokongan kepada beliau untuk pelonjak ideanya.
Kesimpulannya, dengan masing2 mempertahankan pendiriannya, kedua2 Dr Mujahid dan Us Riduan tidak layak membuat ketentuan sama ada "Menuju PAS baru" perlu diambil perhatian. PAS, sebagai jamaah yang bertanzim, pihak yang yang paling layak menentukan adalah Muktamar atau Majlis Syura Ulama.
Setelah panjang bicara itu, ana nak buat cadangan kepada mana-mana Kawasan yang akan bermesyuarat Agong. Usul tergempar pun OK. Mungkin Parit Buntar dan Pas Penang yg mana Mujahid ada pengaruh boleh buat nih
Usul utk dibawa ke Pusat
"Meminta Majlis Syura Ulama menetapkan kriteria pemilihan sebagai Presiden parti, dengan menyatakan dengan jelas kelayakan seseorang tidak semestinya mempunyai kelulusan akademik agama atau sekurang-kurangnya Diploma di dalam mana-mana bidang pengajian Islam, sebaliknya mesti mempunyai watak al-Qawi dan al-Amin, berfikiran strategik dgn kebijaksanaan memahami waqi masyarakat semasa". Ayat ni ikut pandai masing-masing. Usah terima bulat2 point ana ni, pandai2lah olah sendiri.
Kalau takda perwakilan nak bincang cadangan sepenting cadangan Dr Mujahid ni, takut ia busuk dan takda sapa peduli, lalu cadangan Mujahid campak ke longkang ajelah.
Tolong sampaikan kepada Dr. Mujahid.
Wallahualam.
Hj Hadi ni pak lah versi pas... flip flop tak bnyk idea. Suka kena kipas. Apa org ckp, itu dia ckp balik. Dari segi agama dia memang bagus tapi berpolitik... HAMPEH
calon baru lain xde selain husam?
rupa2nya pas pun 2 kali 5 dgn umno ... berebut nak jadi pemimpin .... banyak la soal jawab di padang masyar nanti ...
salam
pas kulit saja nampak cantik, isinya belum tahu ...muhasabah diri dan utamakan tarbiyah pemimpin dan pengikut dulu .... ikut nasihat sheikh yusuf al qadrawi dlm bukunya Fiqh keutamaan ...
belajar menerima kritikan ...
tanpa nama hanya lah lembu yg menyamar sebagai ahli pas.. awas, golongan abdullah bin ubai telah meresap dalam pas.. tujuan mereka hanyalah untuk melemahkan kakuatan pas.. menghuru harakan perpaduan dalam pas, menanam perasan curiga pada ahli jemaah dengan harapan supaya pas akan berpecah kepada dua kelompok... awas semua ahli pas..
kpd anuar CW
hang ni tak sedaq lagi ka PAS dah berpecah kpd dua ..... hang pi baca blog tulang besi ... malaysia waves ... tak yah ada abdullah bin bai atau puak juak umno yg nyamar pas ....
http://www.malaysiawaves.com/
Salam to All...
Saidina Ali r.a. ditanya kenapa Islam berada didalam kucar-kacir sedangkan dizaman tiga Khalifah sebelumnya Islam begitu teguh. Jawab Saidina Ali r.a.," Semasa zaman Abu Bakar, Umar dan Uthmann, pembantunya adalah orang seperti aku tetapi sekarang pembantunya adalah kalian".
terus terang aku rasa Tok guru aku Haji Hadi Awang sebagai ulama aku amat respect kerana ilmunya yg banyak tetapi sebagai presiden parti aku rasa banyak kekurangannya kerana terlalu banyak bergantung pada cikgu PA (stopa ali)...apa pun kebaikan pun ada aku tak nafi !!! sebab itulah dalam pakatan PR ,PAS jadi minoriti( kurang menyerlah) !!
wallahuadlam ...sekadar pandangan jer ...
TULANG BESI? oooooo.. geng tulang besi rupanya, patutlah................
Sibuk nk cadang itu dan ini sebagai President.. Kerja xbuat.. usrah pn xjoin.. berbangga dapat pi mengajar sana mengajar sini.. Cakap senang... Kerja nak mengkritik... Pooodah..!!
hang pernah kaji ke sejarah perjalanan politik TGHH.. kalau hang x pernah tahu sejarah politik TGHH, x payahlah yang nak mengkritik secara memBABI buta...muhasabah diri, bandingkan diri hang dgn TGHH.. masuk forum pun guna nama samaran.. nak kritik org tapi pengecut.. berselindung di sebalik TANPA NAMA... POOOOOOOOODAHHHHHHHHHHH.........
Catat Ulasan