Selasa, 12 April 2011

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN PAS

Dalam Pakatan Rakyat sekarang, PAS adalah yang paling minoriti. PKR yang paling majoriti, kemudian DAP dan paling bawah adalah PAS.

Dalam keadaan demikian pun, kuasa Allah melebihi dari kuasa manusia. Kemenangan Pakatan Rakyat di Perak dalam PRU lalu, ternyata memberi keuntungan kepada PAS, waima bilangan kerusi PAS terlalu kurang berbanding kerusi PKR dan DAP.

Dalam keadaan sekarang juga, hampir sama. Iaitu, pembahagian kerusi antara ketiga-tiga parti dalam Pilihanraya Sarawak, memperlihatkan bilangan kerusi PAS yang sikit berbanding dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Ditambahi lagi dengan ramai pengkaji yang mula memperkatakan bahawa keadaan politik Malaysia yang agak tidak menentu ini, memungkinkan PAS akan kalah teruk dalam PRU yang bakal mendatang. Ini kerana, faktor kelemahan dalaman PAS yang dilihat agak ketara, seperti gerak kerja PRU yang tidak tahu kemana lagi, isu-isu mainan PAS banyak yang makan tuan dan sebagainya.

Di Kelantan sahaja, dikhabarkan dari sebilangan penganalisa-penganalisa bahawa keputusan di peringkat DUN, PAS berkemungkinan besar hanya mampu mempertahankan 13 kerusi sahaja. Dalam keadaan sebegini, ia memberi kesan yang buruk untuk keadaan politik PAS di masa akan datang, terutama selepas PRU ke-13.

CERDIK ATAU RAMAI?

Secara realitinya, menjadikan PAS mendominasi Pakatan Rakyat adalah tindakan yang agak mustahil, kecuali jika Allah SWT mahu yang sebaliknya.

Pun begitu, perkara yang paling penting kita bukan PAS majoriti atau tidak, tetapi yang paling penting adalah, bagaimana hendak menjadikan kandungan Islam berjaya dilaksanakan dalam negara.

Era ini bukan era parti mana yang ramai ahli, maka ia adalah golongan yang menang. Tetapi, era ini adalah era siapa yang cerdik, maka mereka akan menjadi tarikan rakyat untuk menyokong. DAP bukan mempunyai keahlian parti yang ramai, tetapi pemimpin mereka mendapat perhatian rakyat. Karpal Sikh adalah seorang yang lemah dari sudut jasad, tetapi kecerdikannya dalam perundangan negara menyebabkan kenyataannya menjadi perbincangan rakyat.

Walau kepala dan sebelah tangan sahaja yang masih hidup, tetapi kenyataannya menjadi perbualan musuh politik beliau.

PAS ERA PR

PAS mempunyai ramai orang cerdik. Sukar dibayangkan bagaimana ahli parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad yang tidak mempunyai pendidikan agama secara formal, mempunyai kebolehan yang luar biasa, apabila berjaya "mendiamkan" seorang paderi dari negara barat dalam "debat tertutup" mereka tentang piagam madinah.

Di Malaysia, kebolehan ini amat sukar dilakukan oleh ilmuan-ilmuan yang mempunyai pendidikan Islam secara formal, hatta yang tidak mampu melakukan itu adalah musuh khalid Samad yang sanggup melakukan penipuan dengan menyebarkan dakyah kononnya khalid Samad beraqidah syiah, walhal ia tidak begitu.

Khalid Samad sendiri mengakui bahawa beliau bukan syiah, dan tidak cenderung kepada syiah. Cuma beliau mengatakan, beliau tidak berani mengkafirkan syiah secara borong. Sikap ini, sebenarnya ada pada ilmuan-ilmuan Islam yang muktabar di dunia Islam kini, seperti Dr Yusuf Al-Qaradhawi, Dr Taha Jabir al-ulwani, Dr Said Ramadhan Al-Buti dan sebagainya.

ISLAM BOLEH MENANG?

Kita tinggalkan tentang penipuan terhadap Haji Khalid Samad tersebut, tetapi kemampuan khalid Samad berhujjah dengan seorang paderi dari barat itu, merupakan satu perkara yang perlu dibanggakan oleh setiap umat Islam. Ini kerana, orang yang bergelar ulama pun belum tentu mampu melakukan tindakan tersebut.

Jika PAS sudah ada orang yang pandai berhujjah Islam sebegini, ia tidak membimbangkan kita jika PAS tidak mendominasi Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang. Ini kerana, dengan kebijakan berhujjah ini, memungkinkan dasar-dasar Islam yang berasaskan al-Quran dan as-Sunnah akan berjaya dilaksanakan dalam pemerintahan negara ekoran dari penerimaan DAP dan PKR terhadap hujjah-hujjah yang dikemukakan.

Jadi, kepimpinan parti PAS dalam era PR ini, ia perlu di ramaikan tokoh-tokoh yang mempunyai kebijakan sebegini. Itupun, jika kita lebih menyayangi Islam melebihi segala-galanya.

Sekian

P/s : tidak lama lagi, akan terbit buku tentang perdebatan antara saudara Khalid Samad dengan alusius, seorang paderi yang mempunyai Phd tentang piagam Madinah.

Wallahu 'Alam


Sg Buloh
13 april 2011 * 2:30 pagi.

16 ulasan:

big bear berkata...

ustaz, takde rakaman ke debat yb tu dengan paderi? menarik tu.

Tanpa Nama berkata...

"Jika PAS sudah ada orang yang pandai berhujjah Islam sebegini, ia tidak membimbangkan kita jika PAS tidak mendominasi Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang.... "

ana cadang ustaz calon YB khalid samad untuk tanding jawatan Presiden pada muktamar akan datang ...

aku berkata...

salam sahabat,
apa guna pandai berdebat dgn paderi luar..nak jadi MP di sana ke? apa cerita rakyat shah alam? makan, minum, cukup? Nasib baik shah alam dah maju..nasib hang setakat penggal ni je la..

TQ

Fencesitter berkata...

Islam boleh menang ... tapi insa'allah PAS akan kalah di Sarawak .... kerana tuhan MELAKNATI orang yang mengunakan Ugama Isle untuk mencapai kemahuan cita2 politiknya... serta memecah belahkan sesama isle ... huhu percaya lah .....

Fencesitter berkata...

..... seperti PAS PIS PUS

Tanpa Nama berkata...

Salaam Wan Ji,

Fakta yang kau beri tu tak lah tepat. Apa ukuran yang diambil kira ? Kalau kerusi parlimen mungkin betul dan kalau kerusi DUN maka kau punya hujah tu salah. PAS mempunyai kerusi DUN paling banyak berbanding DAP dan PKR. PRU 12 PAS menumpukan DUN berbanding parlimen. Parkataan "PAS Minoriti" dalam Pakatan Rakyat adalah hujah yang selalu dipakai oleh 10 budak hitam (ahli parlimen) samada dalam mesyuarat cawangan, kawasan dan lain-lain pertemuan yang seringkali mengatakan PAS adalah minoriti. Tolong ubah persepsi buruk kau tu.

Semua maklum PAS tanding majoriti Melayu@Islam. Nak tahu sebab apa PAS dikatakan tidak mampu bertahan dengan kerusi yang ada pada hari ini. Sebabnya mudah aje. PAS tanding kerusi melayu. Lepas tu ada beberapa kerat pimpinan PAS termasuk 10 budak hitam seringkali mengeluarkan kenyataan yang kontroversi pasal isu Islam dan Melayu. Lepas tu pulak geng sama bila kawan-kawan lain keluarkan kenyataan pasal PAS yang cuba neutralkan sokongan orang Melayu, maka Khalid Samadlah yang bangkit dulu menyanggah pendapat kawan yang separti dengan beliau.

Presiden dah lama kata. Orang melayu / Islam adalah teras kepada PAS. Sebab apa dia kata begitu ?? Sebab PAS tanding dikawasan Melayu/Islam. cuba kau buat survey persepsi orang mealayu pasal pimpinan PAS macam Khalid dan seangkatan dengannya. Cukup meluat ! Ini aku kata pasal persepsi bukan benar atau salah sesuatu isu tersebut. Di Shah Alam sendiri pun dah cukup, kalau Khalid pergi surau atau masjid orang buta tak tahu aje. Jgn kita anggap dapat sokongan Cina saja kita dah boleh menang. Teras sokongan yang diperlukan oleh PAS masih orang melayu dan Islam.

Mungkin Khalid boleh berhujah dengan paderi kristian tapi tidak dengan jemaah yang mengenali beliau. Penuh keraguan...

Tanpa Nama berkata...

info tentang siapa yb khalid ni hang pa boleh tonton video ni ..

KURSUS AQIDAH-SYIAH-5

rujuk minit 8:31 (mat sabu syiah)
8:45 (khalid samad)

http://www.youtube.com/watch?v=ujKo5_LzxE4

Undertaker berkata...

Kalau nak ukur pemimpin berddasarkan kepada hujah di atas hancur lah jemaah mana amalan konsep amal jemaai dalam PAS nnampak nya yg dok forum dalan ni tak faham fikrah harakah

Tanpa Nama berkata...

salam..
one-g,nape tak turun sarawak???
erm..org kuat bejuanglah katakan...pas,pas,pas...jadilah macam jim dalam Pas,kalu bukan calon diorg,bertuah nak turun rayu undi...
pas era barulah katakan..
bejuang macam mna tah?

Tanpa Nama berkata...

DAP lawan MCA parti lemah.

PKR lawan percampuran kalangan MCA/MIC/UMNO yang kedudukan lemah.

PAS berlawan umno iaitu tulang belakang kerajaan merintah dan kawasan hardcore melayu.

Setelah 50 tahun umno memerintah kekuatan akar umbi mereka terlalu kuat dikawasan luar bandar(hardcore). Kawasan mundur yang senang di manupulasi.

Masyarakat luar bandar pada dasarnya mempunyai 3 kelemahan.
1. pemahaman ugama
2. ekomnomi
3. infomasi

3 elemen ini yang dihadapi oleh PAS tidak dialami sama dengan DAP/PKR.

Itu sebabnya kalau Khalid Samad tu hebat sangat...letaklah bertanding kat kampung asal Johor. Buat apa jelajah satu negara cari tapak nak bertanding. Boleh berdebat dengan menjadi leader satu perkara yang berbeza.

Serupa juga dengan para ustaz. Perlu banyak berjuang dikampung daripada menumpu kawasan bandar.
Itu pun kalau ustad tu berani untuk berhadapan dengan JKKK.

Kalau tidak duduk bandar je ler. Mengajar secara 'monolog' dan apabila tamat tunggu 'sampul'. Sampul bandar besar...

Tanpa Nama berkata...

salam

soalnya rata2 ustaz pas dlm tazkirah2 kat surau jarang sangat nak tegur dan tarbiyah jemaah .... asyik dok sibok keburukan parti lain ... tidak muhasabah diri sendiri ... yg paling malangnya dah kena sindrom syok sendiri .... syurga dalam genggaman pas ...

paktehPas berkata...

ininnak kempen ke nak bodek? kalau nak kempen tunggulah pemilihan diadakan, jangan gelojoh.

Tanpa Nama berkata...

wanji ni mane ikut jemaah masa mengaji dulu?kritik yang orang buat ade la..erm..anai-anai..

hussin berkata...

Menanti detik perpaduan
Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0416&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm0

Tanpa Nama berkata...

aku ambil dari laman web DAP under Party Declaration ...


The BA Common Manifesto

In the 1999 general election, DAP teamed up with Parti Islam SaMalaya (PAS), Parti Keadilan Nasional (Keadilan) and Parti Rakyat Malaysia (PRM) to form the Barisan Alternative (BA).

DAP remains unswerving in its commitment that Malaysia shall remain as a democratic, secular and multi-religious nation. DAP’s cooperation with the other three opposition parties was based on the BA common manifesto, “Towards A Just Malaysia” in order to break the BN’s political hegemony and smash the chains of repression fettering the rights and freedom of Malaysians and undermining justice, freedom, democracy and good governance.

Unfortunately, however, subsequent events that transpired, especially the insistence of PAS in forming an Islamic State – an idea deemed incompatible with the pluralistic nature of a Malaysian nation cherished by DAP - shattered the whole basis of the cooperation. Once the common objectives of the BA coalition had been tainted by one component party's insistence to alter the secular nature of this country, it was no longer tenable for DAP to continue in the BA.

DAP pulled out from the coalition in 2001.


Sejarah membuktikan DAP tidak hendak pada Islam .... bagaimana PAS boleh menggadaikan prinsip ini sekarang ....
Memang betul PAS tunggangan DAP ...

Tanpa Nama berkata...

tak perlu nak lobi2 utk dpt kepimpinan.
kisah 1:
rasulullah menjalankan kerja2 dakwahnya 100%. tidak pernah rasulullah melobi supaya baginda menjadi pemimpin (walaupun hakikatnya ia satu cara yg mudah utk menyebarkan syiar islam). tiba2 dtg satu rombongan dari madinah meminta rasulullah jadi pemimpin mereka.
kisah 2:
semasa di uni dulu, sy ada sorang kwn yg saya dan rakan sekelas lain lihat dgn mata kami sendiri ada skil2 kepimpinan, tp kami agak kurang suka dgn dia kerana dia ckp terlalu direct. walaupun begitu dia tak pernah cakap pun ttg kehebatan skil kepimpinan dia. tp oleh kerana pada mata kami dia ada ciri2 itu, kami pilih dia sebagai ketua kami. takde lobi2.
dan saya percaya anda semua juga ada kisah2 yg sama.

kesimpulannya, pas perlu tumpu kerja dakwah, bukan politik. dan kerja dakwah tu bukan sekadar ceramah dan penulisan sj, ianya termasuklah dgn kehidupan seharian kita, (apa kita ckp, kita buat, kesihatan kita dll).

bukan ke kalau kita sgt beria-ia mendapatkan satu2 jawatan kepimipinan, kita akan disesakkan nanti oleh jwtn itu? inikan satu pengajaran yg diajar oleh rasulullah dlm hadisnya, dan baginda juga menghindari darinya, walaupun baginda adalah insan pilihan ALLAH?

sy ckp gini jelah, sy pun dah berkali2 dicalon memegang jawatan pelbagai di sekolah (pengawas, quartermaster dll dan semua sy tolak) dan sy pelik kenapa sy dipilih, sy tidak popular, tidak aktif, tidak ckp dkt cikgu yg sy nak jadi itu ini. itulah kuasa ALLAH. hal ini adalah sebagai satu tempelakan kepada pernyataan bahawa pas perlu berpolitik secara kontemporari kalau nak ambil alih malaysia.
fikirlah