Ahad, 1 Mei 2011

ANWAR IBRAHIM TIDAK PERLU BERSUMPAH BALAS !! [2]

Sebilangan pihak berhujjah bahawa Anwar Ibrahim perlu bersumpah balas dengan memegang kaedah yang bermaksud, “menolak mafsadah perlu diutamakan berbanding mengambil maslahah”.

Perlu diperhatikan juga bahawa kaedah ini digunakan sekiranya pertembungan itu benar-benar antara mafsadah dan maslahah, tanpa melahirkan implikasi atau “Maalat Al-A’al” yang memburukkan selepas dari itu. Sekiranya mendatangkan implikasi yang memburukkan, atau melahirkan mafsadah yang lebih besar, menggunakan kaedah ini perlu diselidiki balik.

Makanya, perlu melihat kepada kaedah yang menyebut, “tidak boleh melakukan sesuatu mafsadah, menyebabkan lahirnya mafsadah yang lain”. Ekoran itu, kita akan faham kenapa Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengkritik tindakan Taliban yang meruntuhkan Patung Bamiyan di Afghanistan dahulu. Ini kerana, tindakan Taliban itu memang hendak menghapuskan mafsadah dari sudut aqidah, tetapi tindakannya itu melahirkan tekanan terhadap masyarakat Islam di Negara Buddha yang lain, seperti Thailand, Vietnam dan sebagainya. [sila klik]

Begitujuga, Qaradhawi mengkritik tindakan mujahidin Chechnya ekoran tindakan mereka melakukan serangan terhadap pihak kerajaan, walhal pihak kerajaan telah membuka ruang demokrasi untuk mereka masuk dalam pilihanraya untuk menyatakan hasrat perlaksanaan Islam dalam Negara. Ini kerana, tindakan mujahidin Chechnya itu memang bertujuan untuk menghidari mafsadah, tetapi tindakan itu melahirkan mafsadah yang lebih besar, iaitu pandangan jelek non Muslim terhadap Islam dan sebagainya. [sila klik]

Jadi, keadaan yang agak sama dengan isu sumpah balas yang dicadangkan sebilangan agamawan terhadap Anwar Ibrahim.Jika diperhatikan secara mendalam, tindakan menyuruh Anwar Ibrahim bersumpah balas ini akan melahirkan mafsadah yang cukup besar. Malahan, dengan sumpah balas itu pun, ia tetap akan melahirkan mafsadah yang berentetetan.

Antara mafsadah yang berlaku adalah;

Pertama;

Bukankah kita sedar bahawa suruhan sumpah balas itu memang merupakan hasrat UMNO. Ia tidak ada lain, kecuali konspirasi politik dalam mempertahankan kuasa memerintah.

Tindakan UMNO menggunakan sumpah untuk mengheret Anwar Ibrahim dengan tuduhan zina ini tidak lebih sepertimana yang dilakukan oleh Khawarij yang melawan Saidina Ali dahulu. Iaitu, mereka melaungkan slogan “tiada hukum kecuali milik Allah”. Slogan ini ditanggapi oleh Saidina Ali dengan mengatakan, “kalimah yang benar, tetapi yang dikehendakinya adalah kebatilan”.

Maka begitujuga dengan desakan Anwar Ibrahim “bersumpah balas”. Dari sudut slogan “bersumpah”, memang ia dilihat seperti positif, tetapi ia mengandungi seribu satu perancangan jahat.

Jadi, desakan slogan “Anwar Ibrahim perlu bersumpah balas” tidak perlu dilayan, sebaliknya perlu didesak agar perkara ini diselesaikan di mahkamah syariah atas kesalahan Qazaf.

Kedua;

Perlu diambil perhatian juga, bahawa Anwar Ibrahim bukan seorang tokoh yang kecil dalam politik, malahan beliau dikenali seantero dunia. Sekiranya yang didesak bersumpah balas itu orang yang tidak dikenali, seperti Wan Ji bin Wan Hussin, mungkin kaedah “menolak mafsadah diutamakan berbanding mengambil maslahah” relevan digunakan. Tetapi, jika sumpah itu dari seorang tokoh yang dikenali ramai, malahan ia merupakan tokoh politik yang dikenali di dunia Islam dan di dunia barat. Lantaran itu, tindakan beliau bersumpah balas, sudah pasti memberi implikasi yang cukup besar kepada masa depan Islam di Malaysia.

Antara implikasi yang merupakan mafsadah itu adalah seperti berikut;

Satu, selepas dari ini, akan mudah berlaku tuduhan zina di kalangan rakyat Malaysia atau di luar Malaysia tanpa mereka perlu “berpening kepala” untuk mendapatkan empat orang saksi.

Dua, penjenayah [tidak kira tuduhan zina sahaja] akan dilihat benar semata-mata mereka bersumpah sahaja.

Tiga, budaya bermain-main dengan nama Allah atas nama sumpah akan berleluasa.

Empat, budaya sumpah yang menjadi kebiasaan orang munafiq akan terbudaya dalam masyarakat Malaysia.

Jadi, tindakan yang betul, bukan mendesak Anwar Ibrahim bersumpah balas, tetapi yang paling betul adalah mendesak pihak mahkamah syariah dengan segera mengambil tindakan terhadap Eskay atas kesalahan Qazaf. Lebih-lebih lagi, sumpah balas dalam perkara jenayah syariah ini tidak termaktub dalam nas, malahan ia adalah perkara bidaah, sedangkan hukuman Qazaf itu termaktub dengan jelas dalam Al-Quran.

Sekian

Wallahu ‘Alam


10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://mufakkir-islami.blogspot.com/2011/05/harus-bersumpah-menafikan-tuduhan.html

Tanpa Nama berkata...

Fatwa bekas imam masjid negara..boleh buka aib anwar

http://www.anwaraidc.com/?p=10651

Tanpa Nama berkata...

Apa lah ustaz cakap berbelt belit...sebijik mcm ahli poliik dan bukan ahli agama....ini permainan politik dan harus diselesaikan digelanggang politik.....yg menghairan kan adalah apa yg ditakutkan sgt dgn bersumpah bila kita yakin kebenaran kita....kita takut dan berhujah menggunakan nas yg mcm mcm itu jelas menunjukkan anuar sgt takut dan ini membuatkan masyarkat menaruh syak yg sgt tinggi....saya mengesyorkan dua penyelesaian yg muktamad utk anuar dan pengikutnya 1). Anuar angkat sumpah balas secara live dan terang tunjukkan pada semua umat yg beliau tidak bersalah malah di fitnah 2) setelah anuar bersumpah balas maka barulah tindakan qazaf boleh di laksanakan oleh pihak berkuasa terhadap trio T....masyarkat akan puas dgn kaedah begini sekurang kurangnya ia melahirkan rasa lega pada semua umat....ustaz tok sah dok jadi hakim besar ...ustaz dok jaga mesjid dan jemaah sudah....kalau ustaz nak jadinahli politik....ustaz tok sah dah bagi ceramah dan jadilah mcm nizar jamaludin atau kawan ente khaled samad pembela kristian msia....

Tanpa Nama berkata...

Ustaz versi Karpal Singh .... pusing...jangan tak pusing...
Buat malu PAS saja hang ni..

Tanpa Nama berkata...

apalah tanpa nama diatas ni ta faham dan tidak berilmu tapi na mengulas tulisan ust wan ji ni...ana rasa baik hang dok diam lagi baguih coz bila hang gatai tangan menaip menampakan kedangkalan dan kejahilan hujjah hang...na mengkiritik orang..

Tanpa Nama berkata...

Sheih Anwar inilah suatu ketika dahulu yg pernah menggelar Nik Aziz sebagai Ulamak Terompah Kayu. Aku juga tak pernah melupakan karenahnya terhadap perjuangan PAS ketika beliau didalam Umno. Tindakannya ada ketika lebih Umno dari Umno. Sifat munafiknya jelas kalau ingin dicari. Khutbahnya jelas mengikut citarasa pendengar di dalam dan luar negara. Di atas sifat kebiawakkannya yg begitu ketara membuatkan aku berhati-hati terhadap setiap gelagat lakunannya.
Kenalilah manusia jenis fasik yg pandai berkata-kata dan ahli ibadah yg bodoh. Kerana fitnah bermula dari mereka terhadap golongan yg mudah terpedaya.

Tanpa Nama berkata...

aku maleh nak jek mu lebih2 nanti mu perasan , tapi aku kenal sapa yang faqih dan usuli kat msia ni , mu wan ji mmg yg antara paling faqih dan paling usuli di msia ni , mu jauh lebih bagus dari zahirudin malah mu lagi bagus dari zuhdi dan daud bakar , aku harap mu dapat capai jadi spt faqih qardawi atau syatibi , qurafi @ abu hanifah zaman ini

Tanpa Nama berkata...

Salam semua

Tulisan Ustaz Zaharuddin ...



KESIMPULAN

Saya sedar, ahli politik yang melingkungi DSAI pastinya mempunyai pandangan pelbagai, memikirkan strategi, maruah yang mungkin dirasakan jatuh kerana seolah telah berjaya dipaksa untuk turut bersumpah dan sebagainya. Namun tulisan saya ini, benar-benar dari rasa hati sebagai seorang yang neutral, ahli akademik yang melihat perkembangan isu-isu semasa.

1. Saya berasa amat senang sekali selaku rakyat Malaysia jika DSAI boleh menyahut cabaran sumpah biasa tadi, tiada sebarang malu ditanggung walau terpaksa melakukan itu.

artikel penuh :

http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/990-isu-sumpah-laknat-a-perlukah-dibalas-sumpah.html

Tanpa Nama berkata...

Dalam komen ustaz Abu Haseef:

Syeikh Abdul Qadir 'Audah dalam kitabnya Tasyri' al-jina'i al-islami membolehkan bersumpah dalm qazaf

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama 3:51 -
aku rasa ko tersasul baca abdul kadir audah tu - yang dikatakan boleh bersumpah dalam qazaf tu maksudnya - boleh bersumpah bagi orang yang kena qazaf bahawa sanya yang menqazaf itu telah mengqazafnya seperti - wallahi sipolan telah menuduh aku berzina , itupun ada khilaf disitu dengan sebab khilafnya samada qazaf itu hak hamba atau hak Allah , cara-cara lain yang menyebabkan sabit telah berlaku qazaf adalah dengan saksi yang mendengar qazaf tersebut atau pengakuan sang pengqazaf , sebenarnya yang dituduh zina tak perlu pun nafi apalagi bersumpah , yang perlu adalah mensabitkan qazaf itu berlaku antaranya sumpah yang dibincangkan itu supaya dia dapat tuntut hak maruah dia ...