Selasa, 10 Mei 2011

BUKU BARU BAKAL TERBIT



Bermula dari perdebatan Facebook, kemudian membawa kepada pentas debat. Fikrah Hizbut Tahrir ternyata tidak boleh dicabar. Apabila dicabar, kedengaran lebel negatif. Apabila berada dipentas, hujjah mereka tersasar. Fakta sejarah tentang demokrasi juga tidak tepat, malahan ia sekadar sentimen yang tidak berasaskan kepada ilmiyyah.

Hasil debat antara penulis dengan salah seorang pimpinan tertinggi Hizbut Tahrir Malaysia [HTM] berjaya dicatatkan dan dibukukan. Ia untuk menjadi rujukan atau kajian fiqh untuk masa ini dan di masa akan datang. 

Ia bukan sebuah buku yang semuanya benar, yang tidak ada yang tidak benar, kecuali semuanya benar-benar belaka. Malahan, ia tertakluk kepada kritikan ilmiyyah, bersandarkan fakta dan penghujjah ilmu yang muktabar.

Insya ALlah, dalam masa seminggu lagi, ia akan berada dalam pasaran. Buku terbitan Sekolah pemikiran As-Syatibi ini akan boleh didapati menerusi nama-nama dan nombor telefon yang akan dipaparkan selepas penerbitannya nanti. 

sekian

Wallahu 'Alam



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nice2..kalu ad kata2 pengantar dr pimpinan lg best=)

Tanpa Nama berkata...

1.ada Phdka!!kalau tak dak!!ke tong sampah je la buku nii!!

Berusaha Menjadi Abid berkata...

Buku yang menarik. Saya sebenarnya berminat dengan Hizbut-Tahrir, tetapi saya belum mengerti apa-apa. Diharapkan saya berjaya mendapat buku dan dapat meluaskan pengetahuan. Mohon bimbingan dan tunjuk ajar tuan.