Setelah Allah haramkan babi, para sahabat dan generasi ketika itu terus meninggalkan dari memakan babi. Ketika itu, seorang pun tidak mengetahui rahsia pengharaman babi.
Namun begitu, zaman telah melahirkan perkembangan, maka di dunia yang fana ini mula terkenal dengan beberapa ilmu. Sains, medic, astronomi, jurutera dan banyak lagi, menyebabkan rahsia pengharaman babi itu semakin teserlah. Kombinasi antara ilmu al-Quran dan sains, menyebabkan keyakinan kita terhadap Islam semakin padu.
Mengenangkan keadaan ini, kita akan yakin bahawa kombinasi ilmu perlu dilakukan. Ulama Islam tidak perlu mendabik dada menyatakan mereka yang terbaik. Sebaliknya, mereka perlu terpaksa akui bahawa ada ilmuan yang bukan ulama perlu bergabung tenaga dengan mereka untuk mencapai yang terbaik.
Kita mahu mencapai yang terbaik ini, bukan untuk diri kita, tetapi untuk Islam. jika kita mahu mendabik dada bahawa ulama tidak perlu kepada ilmuan lain, seterusnya memberi implikasi kekalahan kepada Islam, maka ini merupakan satu perkara yang wajar diinsafir.
Sekian
Wallahu 'Alam.
1 ulasan:
1.mat sabu!hussam!!pro!!
2.hang mimpi kot!!depa tu jadi mr bean!tukang karut!!bolehla oii!!
3.hadi awang!hang!!ulamak!!puak Dap iktiraf la kot!!
Catat Ulasan