[1]
Perubahan adalah ungkapan yang menakutkan bagi mereka yang berkuasa sekian lama dalam suatu organisasi. Lebih-lebih lagi, apabila puak mereka sering ditolak oleh rakyat secara majority, waima dipertahankan oleh puak2 mereka yang minority.
Makanya, kedengaran ungkapan berbau “anti-perubahan”. Mereka tidak ungkap “saya anti-perubahan” kerana bimbang dikatakan mundur. Ungkapan mereka mungkin berbentuk seperti “perubahan bersyarat” dan banyak lagi ungkapan yang sedap ditelinga, tapi dungu di otak.
[2]
Orang yang anti perubahan adalah orang yang tidak mempunyai masa depan. Mereka hanya fikir untuk makan pada hari ini, tetapi tidak fikir apa yang bakal mereka makan pada keesokkan hari dan hari selanjutnya. Apabila terdesak, baru mereka mahu berubah. Mereka berubah di kala dharurat, walhal kalau mereka berubah dari awal, mereka tidak akan terjebak dengan waktu dharurat.
Dalam Islam, perubahan ini amat penting. Nabi SAW menyatakan, “perbaharuilah iman kamu”. Melambangkan kepentingan mengadakan perubahan. Perubahan yang disebut oleh Nabi SAW sebagai perbaharui itu, bukan bermakna mencipta yang baru, tetapi iman itu perlu sentiasa dikuatkan dan kemaskan agar kelihatan cergas dan muda seperti baru.
Perubahan dari sudut peribadi, wujudnya hadis di atas. Rupa-rupanya dari kerangka yang lebih besar, nabi SAW juga ada menyebut bahawa setiap seratus tahun akan ada mujaddid, iaitu sang pelaku perubahan atau dalam ungkapan lughawinya sebagai sang pembaharu. Melakukan pembaharuan dalam agama, bukan mencipta agama baru, tetapi pembaharu itu bertindak dalam mempamerkan Islam kepada manusia dalam wajah segar seperti baru.
[3]
Dari hadis di atas, kelihatan bahawa Nabi SAW tidak anti perubahan. Terbukti, Nabi SAW melakukannya.
Di awal dakwah di Makkah. Nabi SAW boleh disifatkan sebagai reformis. Beliau ditentang oleh golongan berkuasa, golongan pentaassub dan golongan pengampu. Nabi SAW ditentang dengan misi aqidah baginda itu, bukan kerana aqidah itu yang menjadi punca, tapi mesej penyerangan terhadap budaya pengamalan sang penguasa yang menindas dengan menggunakan nama tuhan-tuhan yang diaqidahkan oleh rakyat makkah ketika itu.
Abu Lahab dan Abu Jahal adalah golongan yang sukar menerima perubahan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Kenapa? Kerana mereka hidup dengan menindas dengan mencandukan kepercayaan rakyat kepada berhala-hala. Jika mahu mendapat keberkatan berhala, maka rakyat hendaklah patuh kepada mereka.
Lalu, nabi SAW dating menyerang berhala-berhala itu. Ia sudah pasti menganggu periuk nasi dan kekuasaan mereka. Ia dilihat sebagai sesuatu yang bahaya. Makanya, Nabi Muhammad SAW mula diserang.
[4]
Dalam budaya politik moden, ia memerlukan kepada kebijakan. Tanpa kebijakan, sukar mencapai kemenangan. Terutama, di era ini, budaya politik bukan sekadar pertembungan dengan musuh, tetapi wujud rakan saingan.
Rakan saingan akan berusaha mempamerkan yang terbaik untuk menarik minat rakyat. Kita sebagai pesaing, seharusnya menyangi mereka juga. Tindakan memburukkan rakan saingan tanpa berusaha hendak menyaingi secara sehat adalah budaya kebodohan dan kefiraunan.
Dalam budaya politik moden juga, perubahan hendaklah dilakukan melebihi dari kehendak rakyat. Jika rakyat sedang berharap mahu makan nasi, sebagai parti yang mahu menawani hati rakyat, perlu menawarkan nasi dan lauk pauk. Jika rakyat mahukan nasi, tetapi parti itu hanya dapat menyediakan beras sahaja, ia sukar diterima.
Cuma ada pihak mengatakan, gerakan Islam berubah tertakluk kepada desakan. Tanpa desakan, maka tidak perlu ada perubahan. Jika ini ungkapannya, tidak hairan sejak kejatuhan osmaniyyah, gerakan islam tidak pernah menang.
Sekian
8 ulasan:
Satu kupasan yang baik untuk membuat perubahan.Soal pokoknya: Betulkah PAS mahukan perubahan? Inilah persoalan yang wajar dikemukakan kepada para perwakilkan pada Muktamar akan datang.Pemuda PAS dan Gulungan ulamak sudah pun membuat keputusan - tak mahukan perubahan.Sebab itu depa masih mempertahankan kepimpinan yang "takakan membawa sebarang perubahan".Bercakap aje soal perubahan,tak jadi sebab perubahan itu wajar "dilakukan".Macam juga nak solah,niat dan lafaz sahaja tak memadai.Memang ada gulungan dalam PAS yang tak mahukan perubahan sebab depa punya agenda yang tersendiri.Gulungan ni,bukanlah muka-muka yang mahukan perubahan kerana mereka sendiri tak mau berubah.Bukan senang nak meluruskan rotan yang sudah berpuluh tahun bengkok.Ini delima perwakilan,ringkasnya,kalau nak menang PRU ke13 dengan baik,wajar berubah.Kalau tidak,jangan sesal kemudian.
salam, saya membaca coretan dari anaknda TGNA di blognya, saya kongsikan di blog tuan, mudah2 sedikit memberi 'imbangan' pada ketidakpuasan hati tuan.
PAS memahami hakikat ini. Ia mesti bergerak ke depan memperkenalkan diri sebagaimana ia memperkenalkan Islam. Dari dalam dan luar, PAS hendaklah dilihat bermanfaat untuk semua dan boleh ditumpang jasanya, bahkan didiami juga rumahnya. PAS menolak keistimewaan yang menyusahkan orang lain, sebaliknya menyenangkan orang lain dengan keistimewaan dan hak masing- masing yang dijaga dan dihormati. Keistimewaan adalah hak pemilikan dan semua manusia berhak memiliki.
Apabila PAS dilihat ramai agak eksklusif, maka ia mesti mengeluarkan dirinya daripada tanggapan itu. Ia tanggapan yang tidak baik walaupun sifat eksklusif itu nilai privasinya tinggi dan tidak mudah dilepaskan. Apa erti nilai itu jika menyukarkan? PAS memerlukan dukungan semua untuk memastikan Islam diterima sebagai sistem hidup yang terpilih untuk rakyat Malaysia yang majmuk dan jamak ugama, budaya, pendidikan dan segalanya.
justeru PAS mesti bergerak maju ke arah itu tetapi bukan laju. Maju sentiasa membuahkan kejayaan sedangkan laju sering ditakuti hujungnya dengan peristiwa rebah, kemalangan dan kegagalan. Kes 16 September misalnya, faktor kegagalannya adalah gopoh, laju dan tanpa ketelitian. Bagaimana dibayangkan sebuah pakatan yang baru dibentuk beberapa bulan boleh melepasi tahap pertikaian pada perkara-perkara besar sehingga mampu bersatu dalam mencipta satu kejutan yang boleh mencipta sejarah dunia moden!? Majlis lompat beramai-ramai? Apapun kita telah setuju bahawa daripadanya kita terus berusaha membina diri bersama. Sekarang, Pakatan Rakyat secara rasminya diterima di Sarawak. Apabila PAS bertapak kukuh, tanpa merujuk kira analisis akademik stail Prof Dr Abdul Aziz Bari, maka ia pasti menguntungkan DAP dan PKR juga.
Soalnya sekarang, adakah PAS hari ini belum bertindak apa-apa ke arah tuntutan itu demi mempertingkatkan kredibiliti dan wibawanya di sisi rakyat majoriti?
Pasti ada yang membenarkan dan menafikan. Beberapa tindakan berani PAS selepas era PRU12 memperbaiki, bahkan menukar strategi dan gaya persembahannya telah menunjukkan satu kesungguhan PAS untuk menerima dan menyahut desakan dan tuntutan itu. Tetapi, ia ukuran terlalu subjektif pada menentukan tahap kejayaan. Ia antara laju dan lembab. Puas hati dan belum berpuas hati.
Justeru kita melihat perselisihan adalah dalam menentukan markah dan kejayaannya. Agak malang pada pendapat saya, apabila Prof Dr Abdul Aziz Bari berjalan di jalan lain. Beliau memberi markah tidak lulus dan gagal. Baginya, permainan telah kalah. Menukar pengurus atau jurulatih adalah pilihan terbaik walaupun berisiko tinggi. Beliau lupa, itu bukan pilihan di Manchester United dan Arsenal, walaupun ia pilihan di Liverpool dan NewCastle United (Maaf, saya peminat kedua-dua ini). Beliau gagal meletakkan satu neraca akademik walaupun beliau seorang ahli akademik. Beliau memilih cara ahli politik dalam merumus dan menghukum sedangkan itu boleh menjejaskan wibawanya kerana bermain bola di gelanggang squash. Jika saya atau YB Khalid Samad, itu bidang kami. Tiada cela jika kami berhukum demikian. Orang politik boleh mengkritik dan sesekali mengamuk. DSAI dan TGNA pun pernah ‘mengamuk’. Antara doktor dan farmasis pun berbeza seni berhukumnya, apatah antara doktor bedah dan kaunselor.
Justeru saya melihat kepanasan ahli PAS terhadap Prof Aziz Bari bukan pada keengganan menerima kritikannya yang pedas, tetapi tahap keceluparan akademiknya itu. Orang menendang bola ke gawang, dia menendang ke dinding squash. Dia mengharapkan gol sedang bola kembali menerkam kearahnya. Mengapa murkakan dinding?
Mari saya tunjukkan anda dua laras bedil. Dengannya anda boleh menembak sesiapa pun. Syaratnya, anda sudah biasa membidik sebelumnya. Jika tidak, anda hanya boleh beli tiket untuk menonton. Menjadi penonton pun satu kepuasan juga daripada asyik mendengar keputuan saja.
Pertama, adakah anda melihat beberapa keputusan besar parti yang telah dilaksanakan dengan jayanya tidak pernah mencerminkan bahawa parti PAS sedang bergerak untuk menginklusifkan dirinya?
Bermula dengan kesepakatan untuk kekal bersama dalam Pakatan Rakyat yang memaksa PAS mengendurkan tali ‘keegoannya’ sebagai sebuah gerakan Islam yang terlalu tebal keyakinannya pada diri sendiri, kemudian kesepakatan untuk membuka keahlian bersekutu kepada masyarakat bukan Islam untuk bersama-sama berjuang melalui penubuhan DHPP demi menjadikan kewujudan dan peranan mereka lebih rasmi dan diterima di dalam parti, kemudian pemudanya pula terus konsisten terjun ke dunia anak muda yang begitu rencam jalur budaya dan gaya hidupnya itu sebagai duta kasih sayang yang akhirnya mendorong ramai insan seni -selepas rakan-rakan dunia sukan- tanah air untuk menyertai PAS atau menyokong perjuangan PAS, diikuti jentera muslimahnya yang terus menerus merancakkan program kewanitaan, terutama melalui Nisa’nya sehinggalah kesediaan untuk menerima muqabalah dan perbincangan yang berterusan dengan musuh politiknya demi kebaikan negara dan ugama, apakah itu semua bukan suatu tindakan untuk memajukan PAS dan bergerak seiring ke arah PAS yang lebih inklusif?
Anda harus faham, sesetengah tindakan tersebut memerlukan ijtihad para ulama PAS yang tekun dan berani kerana ia tidak begitu dilumatkan di dalam perbincangan ulama luar Malaysia. Ia mungkin saja disebabkan tuntutan di luar sana tidak begitu mendesak sebagaimana di teat kita atau faktor-faktor lain yang perlu untuk dikaji. Adakah semata-mata anda atau rakyat melihat sesuatu itu positif dan betul, maka ijtihad akan terlorong ke arah itu juga? Di antara musuh perjuangan adalah gopoh dan terlalu laju. Islam ugama realistik (waqie) dan mesti bebas daripada sebarang ikatan selain kepatuhan kepada ilmu, disiplin dan petunjuk al Quran dan al Hadis melalui kefahaman dan fiqh yang di kurniakan kepada para ulama yang ditugaskan menjaganya selama-lamanya.
Kedua, PAS mesti kekal sebagai sebuah harakah atau gerakan Islam. Gerakan Islam sebelum diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia melalui penubuhan sebuah parti politik, ia telah pun diluluskan dan diluncurkan oleh Allah untuk menjaga umatnya yang beriman. Ia di dalam sebuah masyarakat muslim, kewujudannya adalah mesti, fardhu ain dan tidak dapat tidak.
Justeru sebelum ia diikat oleh syarat-syarat pertubuhan, ia telah terikat dengan syarat-syarat ketat al Quran. Di sini kita mesti menerima hakikat bahawa kelayakan untuk memimpin dan menerajui PAS, seterusnya melorongkan PAS bergerak seiring kehendak dakwah dan jihad Islami memerlukan kawalan yang ketat dan penuh tenaga.
Saya yakin PAS telah mengajar ahlinya untuk memahami ini sedari awal. Kerana itu lahir satu kesepakatan umum untuk memastikan kepimpinan PAS mestilah daripada yang terbaik di dalam ugama, apatah apabila ianya melibatkan kepimpinan di peringkat yang paling tinggi atau kemuncaknya.
Adakah anda fikir PAS layak dipimpin sesiapa sahaja asalkan dia hebat strategi politiknya dan kuat pengaruhnya di dalam masyarakat? Ya, untuk sebuah parti politik tetapi bukan untuk sebuah parti Islam yang terikat dengan syarat-syarat Quraniyah dan nabawiyah. PAS memerlukan lebih daripada kepakaran itu.
Di dunia ini anda boleh mencari seratus orang pakar strategi dan anda akan berbalahan menentukan siapakah yang terbaik. Tetapi untuk seorang yang dijulang Allah untuk memimpin ‘bahtera penyelamatnya’, anda akan sukar menemuinya selain tercetusnya satu gerakan daripada hati orang-orang yang beriman untuk memperakuinya.
Di negara kita contohnya, ustaz adalah ramai. Bolehkah apabila anda menamakan seseorang yang anda sayangi sebagai seorang tuan guru, maka ia diterima semudahnya? Tidak, walaupun dia telah memiliki lima gulung PHD dalam pengajiannya. Kemudian, adakah dengan bergelar tuan guru, maka secara semula jadi ia diterima sebagai pemimpin sebuah gerakan Islam? Tidak juga bukan? Sesetengah tuan guru kelayakannya hanyalah memimpin masjid, pondok atau institusi fatwa dan hukum.
Gelaran-gelaran yang saya sebut tadi hanyalah memudahkan kita memahaminya dalam konteks negara kita. Ia tidak sesekali menjadi penghalang untuk kita melebarkan maksud kepimpinan dalam Islam yang lebih komprehensif sifatnya.
Apa yang saya ingin perjelaskan, adakah konvensyen kepimpinan ulama yang diterima di dalam PAS adalah satu langkah ke belakang? Atau satu yang telah luput tarikhnya? Atau ia telah sampai masanya untuk dibuang kerana ia telah menjadi satu bala untuk sebuah parti Islam haraki?
Adakah bicara PAS eksklusif dan inklusif begitu menumpu kepada keperluan membebaskan PAS daripada konvensyen yang telah lahir daripada pengajaran kepimpinan sebuah hizbuLlah sebagai tuntutan al Quran?
Akhirnya, bagaimana dibayangkan jika PAS dipimpin oleh strategis yang kejelasan akidahnya dipersoalkan? Atau bacaan al Qurannya ditakuti suaranya semasa menjadi imam? Atau tindakan dan muamalatnya dipertikaikan di dalam akhlak ugama? Atau ilmu ugamanya agak cetek yang akan memberi kesan buruk kepada tahap kepercayaan golongan ugama terhadap parti? Adakah anda bermaksud menarik sokongan baru dengan melepaskan sokongan lama yang lebih istiqamah dan pasti. Adakah anda fikir itu bukan soal! Yang penting adalah menang dan menang! Jika kalah, itu tanda tidak layak.
Sesudah lebih sepuluh tahun berjuang, RasuluLlah sallaLlHu alaihi wasallam tersadai di hadapan tuhannya menyembah diri mengakui lemah dan tewasnya baginda di hadapan musuh dan strategi mereka, adakah Allah mencelanya atau menuntutnya meletak jawatan sebagai al Rasul?
Kita sentiasa gopoh. Dalam kegopohanlah kita memburu kemenangan. Sedang Allah menghendaki sebaliknya. Kerana itu di sisi perjuangan, kekalahan di Beting Maro adalah lebih logik pada kefahaman sifir dan sunnah Ilahi. Mengapa hujah ditukar menjadi sebaliknya?
1.tak payah pikiaq banyakla!!teori itu dan ini!!
2.Dap tu ikhlas ke sokong Pas!!malah puak cina yang sokong Pas disesetengah kawasan tu!!jujurkah sokong Pas!!atau strategi depa lebih cerdik dari Pas!!ikut analisa PRU 12!!hangpa puak yang kalah sebenarnya!!!dap yang menang!!!puak hangpa macam lembu jee!!dicucuk idung oleh dap!!apatah lagi nak diharapkan pada hangpa untuk tegakkan Islam!!jauh laaa!!!
3.tak payah panjang angan-angan la!!graf sokongan melayu pada pas telah menurun!!silap hari bulan!!!merc dan datuk!!tinggai angan-angan jee!!!!
Majoriti dalam PAS pun Melayu ....jadi perangai Melayu tu tak berubah ... busuk hati, hasad dengki dah sebati walaupun duduk dalam jemaah Islam .... Pas Kelantan taksub dgn TGNA ... Pas Terengganu pula dgn Hj Hadi....
pi mai pi mai tang tu ....
Apa jua perubahan yang ingin di klaksanakann perlu lah ia selari dengan kehendak ugama,atau dengan kata lain,perubahan yang ingin ditampilkan itu tidak membawa keburukan yang jelas nyata kerosakan nya baik didunia apa lagi dihari akhirat.Adalah menjadi kewajiban bagi setiap pemimpin itu untuk mewuudkan satu persekitaran suasana kehidupan yang tetap dapat memelihara keimanan dan juga sifat taqwa.Apa sahaja corak dan gaya kehidupan yang menjerumuskan pada kancah dosa perlu lah pemimpin itu untuk memadamkan nya.
Catat Ulasan