WARTAWAN : Di samping sokongan dan harapan tinggi ahli parti dan rakyat terhadap saudara, terdapat juga suara-suara sumbang yang mengaitkan saudara dengan mazhab Syiah ....
MAT SABU : Saya kebetulan membesar dalam perjuangan, menyertai PAS pada 1978 dan tahun 1979 berlaku revolusi Islam Iran. Perkembangan dan kebangkitan di sana menjadi tumpuan ramai. Kemudian kemunculan gerakan Islam seperti Hizbullah, yang juga dipimpin seorang ulama yang memakai serban.
Kita ambil contoh Imam Khomeini. Macam mana seorang ulama yang menggerakkan rakyat sehingga boleh buat revolusi. Isu apa yang dipakai? Mereka tidak sebut pertentangan kelas. Tetapi beliau mengemukakan isu Mustakbirin dan Mustad'afin, iaitu yang menindas dan yang kena tindas, 'oppressed and oppressors'.
Bagaimana Khomeini berjaya meletakkan semua golongan dibawahnya. Sama ada sosialis, komunis, liberal dan sebagainya berketuakan dia. Yang ini kita perlu belajar, bukan soal mazhabnya.
Saya juga menghormati, bahkan dalam ucapan-ucapan saya tidak lekang menyebut Imam Hassan Al-Banna. Dia seorang guru agama biasa tetapi dia berdakwah dan berjaya masuk sampai ke bar dan kelab malam. Bagaimana dia boleh memimpin semua peringkat, sehingga intelektual universiti, profesor juga ada di bawah naungannya. Pemimpin macam ini saya amat hormat.
Begitu juga dengan Hizbullah. Di Beirut, yang digelar 'Paris of the East', tempat tarian gelek, tarian separuh bogel, minum arak, pakai bikini, tiba-tiba di tengah kota ini muncul satu badan yang begitu disiplin dan begitu menitikberatkan hal kebajikan. Serta boleh mengumpul anak muda dan bagaimana mereka dilatih sehingga sanggup korbankan nyawa harta benda untuk melawan dengan Israel.
Kemudian, dari sudut politik, mereka boleh menarik golongan kristian Michael Aoun yang bersenjata dan kumpulan sekular yang lain berada di bawah naungan Hizbullah. Ini taktik dan strategi politik. Inilah yang saya kagum dan mahu belajar daripada mereka.
Begitu juga Sheikh Ahmad Yasin yang berjuang daripada muda sehinggalah beliau berkerusi roda terus berjihad. Sesetengah kita bila masuk umur tua sedikit cepat-cepat menyerahkan kepada orang muda, "biar kami tua-tua ni duduk di belakang". Tetapi Sheikh Ahmad Yasin ini menyemarakkan semangat jihad sehingga melahirkan Hamas.
Jadi contoh-contoh inilah yang saya kagum. Kadang-kadang saya tidak tahu pun latar belakang soal anutan mazhab mereka, tetapi saya melihat dari sudut ilmu bagaimana mereka mengorak langkah dan memimpin. Dan dalam dunia moden ini, bagaimana ulama ini boleh diterima umum.
Kita ambil contoh macam Hassan Nasrullah. Penyanyi, ahli sukan, artis, semuanya boleh menerimanya. Kita kena lihat di mana kekuatan mereka. Begitu juga dengan dunia intelektual. Saya minat pandangan Dr Kalim Siddiqui, ahli sains sosial daripada England yang meninggal dunia di Afrika Selatan.
Saya mengingati juga Dr Ali Shariati tanpa mengetahui apa mazhab dia. Beliau membuat kupasan yang menarik terhadap sejarah, haji, firaun, kerajaan Mongul yang jatuh di India. Saya minat membaca pemikiran seperti ini. Begitulah juga dengan Dr Fathi Yakan yang membicarakan langkah awal perjuangan Islam.
Bagi saya bukan melihat pemahaman, anutan dan sebagainya. Dan kadang-kadang saya tidak tahu apa pegangan dan anutan mereka tetapi saya melihat dari sudut kepimpinan.
Begitu juga di tengah-tengah kelemahan orang Islam yang tidak yakin langsung tentang nilai jati diri sehingga orang berkata "macam mana hendak merdeka, orang Melayu, jarum pun tidak boleh buat, sedangkan British ada kapal perang".
Di sini pula muncul Jamaluddin Afghani yang memberi nafas baru kepada orang Islam untuk yakin kepada kekuatan diri menuntut kemerdekaan: "Kamu boleh mencapai kemerdekaan sendiri, kalau bersedia untuk berjuang".
Inilah sikap saya dalam hal merujuk kepada pejuang-pejuang, yang tidak langsung melihatnya dari sudut latar belakang mazhab mereka.
10 ulasan:
Syiah dan taqiyyah berpisah tiada.
to tanpa nama..wahabi dan amerika campur zionis tak dapat dipisahkan
salam..
mat sabu tidak beri jawapan sama ada dia syiah atau tidak..
sila jawab dengan jelas
tiada jawapan dari mat sabu..sila jawab dengan jelas...
Tulisan ini tidak menafikan dirinya Syiah Pak Ustaz. Tulisan ini adalah sekadar menceritakan Tokoh2 yang dia minat.
Kalau dia kata "saya bukan Syiah, dan tak ada kaitan dengan Syiah," barulah kita boleh buka cerita. 2 orang kawan dia di Kelang kena tahan ISA boleh jadi saksi Ustaz.
Seorang pelajar dari UIAM - anak tokoh sejarah Kedah, boleh jadi saksi Ustaz.
Bahkan dalam PAS sendiri sudah tahu Mat Sabu ini Syiah, dan dia dipanggil oleh kepimpinan untuk 'slowdown aktiviti Syiahnya". Sebab beberapa rakannya dan masuk ISA masa Dr Mahathir dulu.
Ustaz Tak payang berbohong ya.
Salam
Mat Sabu pun pernah azan cara Syiah di Tmn Tun .... kalau Ustaz ini yang kata ....
hang pa tonton sampai habis ....
KURSUS AQIDAH-SYIAH-5
rujuk 8:29 .... khalid samad pun syiah juga ... sebab itu bab penggunaan kalimah Allah s.w.t lain sikit pandangannya ...
lebih lanjut tentang syiah, sila tonton mufti wilayah (pengalamannya menghadapi Syiah di Malaysia)
http://www.youtube.com/watch?v=6TYAccvX-fk
Salam
Sapa yg nak mengaku Syiah .... nak cari penyakit .....
Hukum Menjadikan Revolusi Iran Atau Ayatullah Khomeini Sebagai Idola
http://www.youtube.com/watch?v=jqGe5SAz5cY&NR=1
kalau yer mat sabu syiah, dia bukan sebar ke org lain pon?
yg hang tuh bukan siah, ape peranan hang nak naikkan islam dan betulkan kepincangan malaysia sekrg?
ini masa utk hancurkan sekular dekat malaysia, bukannya label2kan org ni syaih , wahabi dan sbgnya..
bodoh melantun2 makluk2 yg tidak bertsrategy utk naikkan islam ni.
mat sabu patut awal2 dari dulu patut kena qazaf sebab tuduh anwar dlm kegiatan meliwat tuduh siap panggil anwar aljuburi lg..
harap2 kebebasan bersuara n demokratik dipraktikkan oleh pemilik blog nie.... askum.
Catat Ulasan