Sabtu, 2 Julai 2011

DEMONSTRASI : LARANGAN ATAU KEIZINAN? [2]

Pertama:

Demonstrasi boleh dianggap sebagai alat moden dalam amar ma’ruf dan nahi mungkar terhadap pemerintah. Sekiranya mungkar yang dilakukan oleh sebilangan kecil rakyat juga wajib dihalang, maka terlebih utama untuk dihalang jika kemungkaran itu dilakukan oleh pemerintah. Ini kerana, kemungkaran dari pihak pemerintah akan memberikan implikasi kepada umat yang lebih besar mudharatnya. Lebih mudharat lagi, apabila kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah itu melibatkan kepada rasuah, penyelewengan harta rakyat, penafian hak rakyat dan sebagainya.

Sabda Nabi SAW;

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya;
“Barangsiapa tengok sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia tukar dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika tidak mampu, maka dengan benci dalam hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman” [Muslim : 70]

Dalam mensyarahkan hadis ini, Imam An-Nawawi menukilkan perkataan Qadhi Iyyad yang berkata;

هَذَا الْحَدِيث أَصْل فِي صِفَة التَّغْيِير فَحَقُّ الْمُغَيِّر أَنْ يُغَيِّرهُ بِكُلِّ وَجْه أَمْكَنَهُ زَوَاله بِهِ قَوْلًا كَانَ أَوْ فِعْلًا

Maksudnya;
“Hadis ini adalah asal pada sifat melakukan perubahan. Menjadi satu hak kepada pihak yang mengubah bahawa dia mengubah itu dengan semua bentuk yang dia mampu hapuskannya; samada dengan perkataan atau dengan perbuatan” [Syarh An-Nawawi ‘Ala Sahih Muslim : 1/131]

Jadi, menggunakan demonstrasi adalah cara yang termampu yang boleh untuk memberhentikan kezaliman pemerintah. Makanya, ia tidak terlarang.

Kedua;

Ibnu Kathir ada menyatakan dalam kitab Al-Bidayah wa An-Nihayah bahawa ada seorang tabiin besar bernama Ibnu Asy’as telah masuk ke basrah dan berbaiah bersama rakyat Basrah untuk mengugurkan Abdul Malik dan timbalannya, Hajjaj Yusuf As-Saqafi. Semasa berkhutbah, Ibnu Asy’as ini berkata;

ليس الحجاج بشيء , ولكن اذهبوا بنا الى عبد المالك لنقاتله 

Maksudnya;
“tiadalah Hajaj itu sesuatu pun. Tetapi pergilah kamu bersama kami kepada Abdul Malik untuk menyeranginya” 

Menurut Ibnu Kathir lagi, golongan fuqaha’, Qurra’, orang-orang tua dan orang-orang muda dari kalangan rakyat Basrah telah sepakat untuk mengugurkan pemerintahan Hajjaj dan Abdul Malik bin Marwan, hingga dikatakan bilangan mereka seramai 33 ribu berkuda dan 120 ribu berjalan kaki. [Al-Bidayah Wa An-Nihayah : 9/45-46]

Dari nukilan ini, kita dapati ulama salaf soleh terdahulu telah mengadakan demonstrasi. Menariknya, ia bukan sekadar dilakukan oleh Ibnu Asy’as, tetapi disokong dan didokong kuat oleh golongan Fuqaha’ dan Qurra’ dari Basrah.

Ketiga;

Dari sudut kepercayaan, kita mengakui Islam lebih baik berbanding demokrasi. Dalam demokrasi, demonstrasi adalah perkara yang biasa dan diterima untuk melakukan teguran kepada pemerintah yang zalim. Lalu, kita menyatakan bahawa demonstrasi aman tidak dibenarkan dalam Islam. Ia seakan-akan menggambarkan bahawa demokrasi lebih baik berbanding islam dalam mencegah kemungkaran dan kezaliman pemerintah.

Jika inilah keadaannya, sudah pasti ia adalah satu perkara yang mustahil.



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.sian kat mamat ni!hurai macam-macam!bersandar dalil dan hadis lagi!!tak letih jari tangan ke oii!!benda senang pun!tak tau pikiaq!
2.macam hang bawak motor la!!kalau hang bawak dengan cermat!tertip!!tak dak masalahla!!kalau hang bawak motor untuk merempit!!haramla oii!!
3.benda senang pun mamat ni nak pusing!!guna islam lagi!!pusing hukum islam untuk puak kapiaq pulak tu!!
4.akai tak dak kot!!

Tanpa Nama berkata...

sifir mudah Wan Ji ini ialah bila nak halalkan sesuatu yang mudaratnya lebih dia akan cari dalil2 yg boleh menyokongnya ....

sama2 kita tonton ini:

Ulama AMBIGA. Fasiq Di Bawah Rembulan

http://www.youtube.com/watch?v=1lgcuGAIzew&feature=related

Tanpa Nama berkata...

tak payah dok pakai dalil2dan nas2 pakai kepala otak macam umno buat undang2 negara dan mereka menulak mentah2 undang2 ALLAHswt inilah salah satu kemungkaran yang paling dahsyad yang umno lakukan menolak hukum ALLAHswt yang membawa rakyat yang beragama islam yang menyokongnya melakukan syirik terhadap ALLAH secara terang2 inilah mudharat yang paling besar yang dilakukan oleh orang yang mengaku islam jadi untok menolak mudharat yang besar ini kita terpaksa mengambil mudhrat yang kecil maka hukumnya harus.

Tanpa Nama berkata...

tak payah dok pakai dalil2dan nas2 pakai kepala otak macam umno buat undang2 negara dan mereka menulak mentah2 undang2 ALLAHswt inilah salah satu kemungkaran yang paling dahsyad yang umno lakukan menolak hukum ALLAHswt yang membawa rakyat yang beragama islam yang menyokongnya melakukan syirik terhadap ALLAH secara terang2 inilah mudharat yang paling besar yang dilakukan oleh orang yang mengaku islam jadi untok menolak mudharat yang besar ini kita terpaksa mengambil mudhrat yang kecil maka hukumnya harus.

Tanpa Nama berkata...

Amar maaruf nahi mungkar la konon...Bila kena issue video sex, tak baik pulak dedahkan aib orang...sampai tak mau tau pulak siapa pelakun tu...PIIIIRRRAAAAHHH!!!