Khamis, 4 Ogos 2011

AKU DESAK TV9 KEKALKAN IKLAN SAHUR



Pemuda PAS Selangor kata, iklan ini ada unsur hina Islam. Aku tengok berkali-kali klip video itu. Aku tidak merasakan, ia ada unsur menghina Islam. Tetapi yang aku nampak, video ini mengandungi unsur menyindir bagi mereka yang suka bersaing dalam perkara yang tidak ada faedah.

Bagi mereka yang mempelajari ilmu Balaghah, kaedah ini boleh disebut sebagai kaedah sindiran. Ataupun menggunakan kaedah "ta'ridh". Cara menggunakan kaedah ini memang wujud dalam al-Quran. Ia merupakan salah satu cara untuk Allah SWT menarik pandangan orang yang dikhitab oleh Allah SWT agar berubah.

antaranya adalah firman Allah;

فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

maksudnya;
"Berilah khabar gembira kepada mereka dengan azab yang pedih"

(Al-Imran : 29)

Maka begitujuga klip video iklan Ramadhan yang dikeluarkan oleh TV9. ia sekadar sindiran. Padaku, kenyataan ketua Pemuda PAS Selangor itu tidak berasas kepada ilmu terlebih dahulu.

Sekian

Wallahu 'Alam



12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Klu Ketua Pemuda pun tak faham balaghah, nak harapkan orang awam faham balaghah macam kita faham?

Tanpa Nama berkata...

Saya sutuju dengan anda!

-Nizam.

sheikh teluk intan berkata...

Dah lama saya tak komen walau blog ustaz sering disinggahi.

Sesungguhnya saya bersetuju dengan pandangan Ustaz. Saya pun berkali-kali untuk mencari apa yang dikatakan menghina.Tak jumpa, ataupun mata saya dah rabun. Cukup memalukan pemuda Pas gelojoh membuat desakan ini.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,
bertenang, jgn nak mengata org tidak berasas kepada ilmu macam tu sahaja.
manusia melihat banyak perkara dari pelbagai sudut. cthnya perlu atau tidak doa qunut dll.
jd dlm hal ini juga anda punya pendapat jelas berbeza dgn ketua pemuda Pas selangor.
jadi cukuplah anda nyatakan pendapat anda, tak perlu nak kata org ini buat pendapat tidak berasas kepada ilmu sebelum anda tanya tuan punya badan sendiri.
dan jika benar dia buat kenyataan tidak berasas kpd ilmu, anda tidak boleh buat org lain tahu akan kelemahan sang ketua tadi. bukankah Rasulullah telah melarang ghibah?

Tanpa Nama berkata...

maaf...yg hamba nampak ejaan Ramadhan tu salah

leekonu berkata...

Sabtu, 6 Ogos 2011
PANAS!! KHALID GEREJA DAN KONCONYA TERUS MENCERCA JAIS DAN HASSAN ALI!!


Beberapa pemimpin Pas Selangor yang pro- Khalid Samad seperti Khairuddin Othman terus 'mencincang lumat' Hassan Ali tanpa usul periksa asalkan Dr Hassan Ali dilihat bersalah dalam isu gereja demi menjaga hati sahabat sebantal mereka DAP.

Beberapa pemimpin Pas bercakap dalam sidang media di pejabat Khalid Samad di Shah Alam hari ini, Islam tidak membenarkan sama sekali umat Islam memasuki gereja walaupun apa pun yang mereka lakukan"

Kata mereka lagi,"tindakan Jais adalah satu tindakan yang tidak beretika dan perlu menerima hukuman yang berat"

Kata pemimpin pas itu," Inilah hasil didikan penjajah dan pentarbiayahan songsang selama ini. Nak tunjuk kuat, ramai, ada kuasa. Tetapi lebih penting tunjuk akhlak dan keperibadian mulia dan mampu hormati satu sama lain,” katanya.

"Dr Hassan Ali perlu bertanggungjawab dalam insiden itu, bukan setakat itu Hassan perlu berhadapan dengan lembaga displin parti", kata Khalid Samad

Berhubung serbuan JAIS kelmarin, Khalid berhujah, sekiranya terdapat individu melarikan diri sekali pun ia tidak bermaksud melakukan perbuatan salah.

“Biasalah, bila rempuh orang akan cuba lari. Mugkin dia rasa duduk (situ) pun kesalahan, (jadi) dia takut,” kata Khalid yang juga anggota parlimen Shah Alam yang menjaga keselesaan seluruh gereja.

Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman pula menyifatkan tindakan JAIS itu sebagai tidak beretika, kurang sopan dan berniat jahat

Kata Khairuddin lagi, "JAIS juga perlu dihukum kerana tindakan bodohnya itu" sumber cerita Mc ambil kat SINI.



Bagi yang nak tau kenapa JAIS serbu gereja boleh klik SINI. Mc menyokong JAIS dan Hassan Ali membenteras 'majlis songsang' iaitu berbuka puasa di dalam gereja.

Mc taktau apa nak kata dengan umat Islam sekarang ni. Pelbagai cara dan kerja bodoh yang sudah dibuat. Punyalah banyak masjid dan surau ada kat Selangor tu. Apahal pulak nak buka puasa dalam gereja? Dah takdak otak ka, atau dah kurang didikan agama. Kalau benar kita nak buat majlis bersama pihak gereja, buat majlis kat luar, hotel ke, restoran ke.

Ini tidak, dalam gereja pulak yang dipilihnya. Kalau majlis kenduri-kendara tu ok lagi. Ni majlis berbuka puasa.. puasa di bulan Ramadhan adalah satu ibadah wajib. Bila dah masuk dalam wajib, perlu kita berbuka puasa di tempat yang diketahui halalnya, sucinya dan bersihnya. Itu cara kita menghormati agama kita.Tindakan JAIS melakukan 'kunjungan hormat' itu adalah patut dan wajib untuk mencegah umat Islam terpedaya dan murtad.

Pernah dengar ke orang berbuka puasa dalam disko atau 'club'? Dikelilingi dengan keadaan tempat yang tidak suci, bagi agama kita. Kita boleh berbuka puasa ke? Atau kita disuruh bersolat di kandang babi? boleh ke?

Cuba la hormati Agama Islam. Pada Khalid gereja dan konco-konconya yang bodoh dan nak bodek undi orang kristian tu. Balik la ke pangkal jalan. Nak pancing undi pun agak-agakla.. takkan sampai agama di hina pun masih nak sokong?

Korang nak tunggu puak ni buat sembahyang Jumaat dalam gereja pulak ka? baru nak gelabah?

Otak letak kat lutut la..

McTheory:
Lain kali, buat kat tokong pulak.. kasi makan bah kut teh.. baru sempoi..

mohamad berkata...

ya allah.... aku tak nampak pun menghina ramadhan atau menghina islam. rasional lah... banyak lagi perkara lain yang perlu diselesaikan. penindasan BN dalam bentuk cukai yang tersembunyi tak pernah dibongkar oleh PAS. Cadangan program T.V secara islamik tak pernah di kemukakan oleh pemuda PAS. banyak lagi. cap ayam punya kes. aku ahli pasd sendiri pun rasa malu nak ulas.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,
manusia ni kalau boleh nak semua kebaikan orang tu dibuat depan mata, barulah puas hati, cadangan itu, cadangan ini, tindakan itu, tindakan ini, semuanya nak nampak baru puas hati. biasanya yang buat kerja bagi orang nampak ni selalunya kurang isi.
kerja sendiri depan mata bagaimana pula? buat atau tidak? sempurna atau tidak?

Tanpa Nama berkata...

PAS dan terok ... Allah s.w.t tunjukkan satu demi satu keaiban ...sama sendiri bergaduh ... jadi apa kurangnya dengan UMNO ...
PAS = UMNO = Melayu

Tanpa Nama berkata...

Salam Ustaz!
That we call it creativity. So, what wrong with it?

Tanpa Nama berkata...

Saya cuma nak tanya.. saya cari tak jumpa firman Allah فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ itu itu dalam ayat ke-29 surah Ali'Imran. Tetapi saya terjumpa ayat sedemikian pada ayat yang ke-21. Mohon diperjelaskan/perbetulkan.. mungkin ada tersalah rujukan yang diberikan..

-ahmadazani@yahoo.com-

Tanpa Nama berkata...

Sambungan daripada soalan tentang firman Allah:

فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

adakah maksudnya (kaedah "ta'ridh") itu sama dengan yang terdapat didalam penghujung ayat ke-34 surah At-Taubah?

Saya kurang memahami dan ingin mohon penjelasan.. Terima kasih..

-ahmadazani@yahoo.com-