Ahad, 7 Ogos 2011

TIDAK SETUJU HASAN ALI DIPECAT

APA ISUNYA?

Tindakan JAIS menyerbu sebuah gereja yang mengadakan majlis makan malam. Didakwa awalnya, penganjuran majlis berbuka puasa. Dikhabarkan tindakan JAIS itu untuk siasatan. Dikhabarkan juga, JAIS tidak mempunyai waran. Berbagai-bagai lagi khabar yang kedengaran.

Tindakan JAIS itu dinilai tidak professional oleh sebilangan pihak. Maka lahir beberapa kenyataan yang menegur tindakan JAIS itu. Tiba-tiba, Hasan Ali keluar kenyataan menyatakan sokongan terhadap tindakan JAIS.

Tidak lama kemudian, kedengaran berita pula bahawa tindakan gereja itu adalah salah satu usaha hendak memurtadkan umat Islam. Keluar pula article bahawa ada seseorang yang pernah mendapat bantuan dari gereja, dan mahu dimurtadkan.

Kemudiannya lagi, keluar berita bahawa majlis makan malam itu bertujuan untuk mengutip dana kewangan bagi membantu mangsa HIV yang selama ini dibiayai oleh pihak gereja terbabit. Tanpa kita nafikan, memang antara pesakit HIV itu adalah orang yang beragama Islam.

KENAPA IA TERJADI?

Ia dikupas dari beberapa sudut.

Sudut pertama:

Aku ada beberapa pengalaman tentang orang yang berkaitan dengan bantuan dari gereja. Pertamanya, seorang bapa kepada tiga orang anak yang terlibat dengan ah long. Setiap hari, Ah Long datang ke rumah untuk mendapatkan wang. Ah Long itu bukan sekadar mengganggu hidup sang bapa, malahan anak dan isterinya juga diganggu.

Keadaan itu menyebabkan sang bapa hidup tertekan, sehingga terpaksa “menagih simpati” dari jabatan agama Islam. Namun, dia tidak dapat yang dihajatinya. Seterusnya, dia menagih simpati dari teman-teman yang beragama Islam. Teman-temannya hanya boleh menolong sedikit sahaja, tidak dapat menyelesaikan masalahnya itu juga.

Dipendekkan cerita, dia telah bertemu dengan seorang teman beragama kristian dan menceritakan masalah peribadinya itu. Teman itu menawarkan bantuan, dengan mempertemukannya dengan pihak gereja untuk mendapatkan bantuan kewangan tersebut.

Dalam kes ini, apakah pihak jabatan agama Islam perlu dipersalahkan, atau pihak gereja yang perlu dipersalahkan?

Kedua, seorang ibu yang ditinggalkan suami yang tidak bertanggungjawab tanpa menyediakan kepada mereka nafkah. Keluarganya miskin. Dua orang dari lapan orang anaknya tidak bersekolah lagi disebabkan kesempitan hidup. Sudah puas dia meminta bantuan dari pihak Islam; sama ada individu muslim, ataupun dari pihak jabatan agama Islam. Memandangkan birokrasi yang amat menyukarkan, keluarga itu tidak semakin senang, malahan hidup mereka semakin susah.

Jirannya yang beragama kristian telah mengkhabarkan perkara ini kepada pihak gereja, menyebabkan pihak gereja telah menghantarkan wakil mereka untuk “follow up” perkara ini. Semenjak itu, segala makan minum keluarga mereka dibiayai oleh pihak gereja, sehinggakan di bulan Ramadhan, boleh dikatakan setiap minggu wakil gereja datang untuk berbuka puasa bersama dengan mereka.

Dalam kes sebegini, apakah perlu dipersalahkan kepada pihak gereja, atau pihak jabatan agama Islam?

Ketiganya pula adalah berkait dengan seorang kawan yang berhampiran dengan rumahku. Anaknya sejak dilahirkan lagi dihidap sakit jantung berlubang. Keadaan keluarganya miskin. Kawanku itu bekerja sebagia driver lori sahaja, yang mempunyai gaji tidak seberapa. Keluarga mereka hidup dalam keadaan berhutang semata-mata hendak menyelesaikan bayaran wang di IJN untuk anaknya.

Setelah kemenangan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor, aku bersama Eddie Putra telah berusaha untuk mendapatkan bantuan kewangan dari Lembaga Zakat Negeri Selangor. Semua dokumen yang berkaitan aku hantarkan menerusi Pejabat Exco agama Kerajaan negeri Selangor.

Sehingga hari ini, sebarang khabar berita tentang dokumen itu tidak diketahui statusnya. Walaubagaimana pun, pihak pejabat exco agama dan lembaga Zakat Selangor tidak perlu bimbang, kerana anak kawanku itu telah meninggal dunia disebabbkan penyakitnya itu.

Semasa hayat anak kawanku itu, dia pernah berkata, “sesiapa sahaja yang tawarkan kewangan kat aku, aku akan terima, tidak kira dari apa agama sekalipun”.

Cuba bayangkan kalau berita ini sampai kepada pihak gereja, lalu mereka hantar wakil untuk menawarkan biaya kewangan perubatan kepada anak kawanku itu. Apakah ia perlu disalahkan kepada pihak gereja, ataupun dari pihak pejabat exco agama negeri Selangor atau lembaga zakat?

Sudut kedua pula;

Padaku, semua agama itu ada agenda masing-masing. Amat bohong jika kita kata bahawa mereka tidak mempunyai niat untuk menyebar luaskan agama mereka.

Kebajikan yang mereka tawarkan sudah pasti mempunyai motif. Aku kira, ia bukan sekadar wujud dalam diri orang yang beragama kristian, tetapi wujud juga dalam diri orang yang beragama Islam. Malahan, setiap parti politik atau individu politikus pun, apabila menyampaikan sesuatu bantuan kewangan atau kebajikan, mesti mempunyai motif sebegitu. Jika mereka mengatakan tidak, ketahuilah itu satu penipuan.

Isunya sekarang, kenapa gereja boleh tawarkan kebajikan sebegitu, tetapi tidak mampu dilakukan oleh pihak jabatan agama Islam. Gereja tidak mendapat biaya dari pihak kerajaaan, malahan perlembagaan Malaysia sendiri menyatakan larangan tersebut. Lebih menarik lagi, dalam perlembagaan Malaysia sendiri mengakui bahawa kewangan Negara boleh disalurkan kepada badan-badan agama islam di Malaysia. Walaupun begitu manja sekali peruntukan perlembagaan Malaysia kepada pihak badan-badan agama Islam di Malaysia, tetapi mereka masih lagi tidak dapat menjadikan Islam sebagai agama yang menawarkan kebajikan, tetapi yang berjaya melakukan ini adalah pihak gereja.

BAGAIMANA?

Pihak jabatan agama Islam perlu diadakan transformasi dari sudut pengurusan zakat. Mereka tidak boleh tertumpu kepada usaha pengumpulan duit zakat, tetapi perlu juga melakukan pemerkasaan penyebaran zakat kepada mereka yang perlu.

Birokrasi dalam pemberian zakat perlu dihapuskan. Mudahkan urusan pemberian zakat. Jangan tunggu pihak yang susah sahaja yang menagih dari pihak pungutan zakat, tetapi pihak pengurusan zakat perlu menagih pahala dengan mencari orang-orang yang susah untuk diberikan zakat.

Adapun dari pihak hasan ali yang menyatakan bahawa beliau sedia dipecat dalam isu ini. Secara peribadi, aku tidak bersetuju beliau dipecat, tetapi yang paling tepat adalah beliau sendiri perlu meletakkan jawatan kerana beliau telah terbukti gagal ketika menjadi exco agama dalam kerajaan Negeri Selangor dalam memperkasakan perkara ini.

Sekian

Wallahu ‘Alam


26 ulasan:

uLaTbUKu.cOm berkata...

SETUJU.....HASSAN ALI PATUT LETAK JAWATAN....DAN MINTA SEMUA JABATAN AGAMA ISLAM DAN KUMPULAN WANG ZAKAT KAT MALAYSIA SILA BERI BANTUAN KEPADA UMAT ISLAM YG PERLU TANPA BANYAK BIROKRASI YG MENYUSAHKAN RAKYAT. DUIT ZAKAT BANYAK BUAT APA?

Tanpa Nama berkata...

YB khalid pon kene letak jawatan jugak sbb belom apa2 dh mintak ampun dgn paderi (kalau ikut apa yg di bacala ) tunggu la penjelasan dulu...ceh! makin mengarut & makin terbukti ikut telunjuk kapir ... nama jer parti islam tp dendam sesama sendiri x habis2 di tayang dpn public ...

wak karto berkata...

wak nampak hasan ali nie selalu bercanggah dgn keputusan jamaah......
dia nie la dulu tu yg buat kecoh pasai padu padu ngan umporno tu.......
dia nie memang pandai berlakon.....

kah kah kah

Yong berkata...

Apapun, bila tak jadi exco elaun kurang. Heheheh

tungkaran hati.blogspot berkata...

semoga PAS dapat menilai siapa sebenarnya DAP yang anti-Islam/Melayu!
lihatlah perlakuan DAP di PPinang dan Selangor. dimana kedudukan dan suara PAS?
jika PAS melihat UMNO jahil mentadbir negara buktikanlah PAS lebih baik dalam pentadbiran dinegeri Kelantan, PPinang, Selangor dan Kedah kerana orang kebanyakan sekarang ini sedang melihat perjuangan PAS yang semakin tersasar…!

Tanpa Nama berkata...

PANDAI PULA KAU BELIT BELITKAN ISU

ISU SEKARANG DAP MARAHKAN PAS SEBAB JAIS BONGKAR RAHSIA MEREKA.....

PATUTNYA PAS YANG MENGAKU PERJUANG ISLAM MENYOKONG HASSAN ALI TAPI NAMPAKNYA SEMUA TAKUUUUUUTTTTT.

MANA AJIS, MANA HADI....KAFIR HARBI SURUH MINTA MAAF WOOIIII

CELAKA LA PARTI MENGAKU ISLAM DIAM TAK BERANI KATA APA

CIS BETUL2 PARTI SESAT

Tanpa Nama berkata...

harap komen x berbais undian pilihanraya tp berprinsip kpd hakikat hukum perkara tersebut. harap tidak beralasan maqasid syari'ah kerana kaedah itu diada-adakan untuk menghalalkan tindakan yg salah.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,
silap sikit, pecat, letak jawatan. tengok chelsea dan real madrid, tukar org berkali2, alih2 yg menang, man u dgn barca juga.
ada idea, cakap kat kedai kopi, tulis dlm blog, sembang dengan teman2, kutuk sana kutuk sini, idea panjang lebar dan bernas tp sangkut habis kat situ je, yg dengar dan baca bukannya orang2 besar dlm jabatan2 berkenaan.

yg pengurus2 JAIS, LZS pula tahu masalah2 ini, tapi takde perubahan pendekatan. bila org bagi idea, jwbnya 'susah la'.

anda punya suara, dan kawan2 anda punya suara, apa kata pergi buat kempen utk menyelesaikan masalah yg anda nyatakan ini. kumpul ramai2 pergi JAIS ke LZS sultan ke, bagitau apa masalahnya. tak payah buang masa buat kempen BERSIH 2.15 ke, 3.0 ke.

masjid pula punya masalah, org derma aircond, fikir nak selesa, tapi tidak fikir mana nak cekau duit nak bayar bil elektrik nanti. sudahnya duit tabung pula makin banyak habis kat bil-bil itu. sepatutnya ckp kat org nak derma tu, apakata derma solar panel ke, kincir angin, boleh jana letrik free.
jadi pendek kata semua org kena main peranan dan juga berlapang dada. bukan idea masing2 je yg best. dan ingat, urus wang infak, zakat ni bukan macam urus wang bisnes, tu kena sedar.
gereja tu bagi bukan banyak pun, sama saja dengan banyak mana yg masjid bagi. tp kenapa org masih tertarik utk tinggal islam?
jabatan2 agama tidak bersalah bila ada org murtad, tp jabatan2 agama ini bersalah bilamana mereka gagal melaksanakan amanah ALLAH dan amanah orang kepada mereka.

Mohd Aizat Bin Mohd Saleh berkata...

Salam.

Satu lagi perkara berkenaan zakat ni, adalah amilnya (org yg urus zakat). Sepatutnya mereka amil yg dapat zakat jugak tu apa kerjanya? Takkan tunggu org datang mintak zakat dekat dia? Bukankah kerjanya cari orang fakir miskin yg memerlukan? Jika tidak, apa gunanya dapat 2.5% zakat, tp tak buat kerja?

Mohd Aizat

Hansley Arnaz Hawana berkata...

Aku dah lama katakan bahawa Hasan Ali ni bukanlah material yang boleh membangunkan Islam. Mungkin dia ni pandai tetapi kurang kecerdikannya. Duduk di meja exco bukan untuk menunjukkan kuasa, tetapi adalah untuk memperkasakan Islam. Kemaskan pentadbiran JAIS dan MAIS. Jangan serbu kedai arak dan gereja tak tentu hala. Sangat setuju kalau Hasan Ali letak jawatan. Itu merupakan langkah yang paling terhormat. (Buat-buatlah sembahyang Istikharah supaya tuhan tunjukkan tanda, tapi isyarat untuk berundur dah banyak ...)

serindit berkata...

Org Kristian patut rasa bangga kerana apa?
1. PM da jumpa pope x pi jumpa Yusof Qardawi
2. Dapat bagi bantuan kpd org Melayu/Islam
3. Mangkok umnogok(Skular) dah serang Pas dan salahkan Pas (Islam)
4. Dah dijadikan isu oleh lidah syaitan (utusan Malaysia)

hajjah nor berkata...

bila ada masalah, suruh org letak jawatan, suruh pihak atasan pecat org berkaitan. itu bukan cara menyelesaikan masalah tp mencari lebih banyak masalah. perkara itu boleh diperbaiki, masih ada masa. sikit2 nk pecat, lama2 sapa yg tinggal dlm parti, tinggal golongan yg berpelajaran rendah, lg mudah diperolok2kan. fikir panjang sebelum cakap dan bertindak.

Nazaruddin si Hamba Allah berkata...

Amat benar apa yang diperkatakan. Pusat Zakat bukan main berbelanja besar mewujudkan pelbagai sistem untuk memudahkan ummat Islam membayar zakat, tapi tak nampak pulak mereka ini mewujudkan sistem yang serupa untuk memudahkan pengagihan wang zakat! Kalau dilihat bangunan pusat zakat di setiap negeri di Malaysia ni bukan main mewah dan gah, tapi peranannya dilihat tidak menyeluruh. Patutnya pusat zakat atau baitulmal ni berpusat di masjid negeri sahaja bagi setiap negeri.

Pusat zakat juga banyak dipengaruhi oleh elemen dan sentimen politik terutamanya di negeri2 yg diperintah UMNO-BN dan tak dinafikan mungkin jugak berlaku di negeri2 yang diperintah PR. Dengan segala kemudahan logistik dan kewangan nampaknya pusat zakat masih belum mampu laksanakan tugas mengesan mereka2 yang layak menerima zakat. Banyak kisah2 kemiskinan yg dipaparkan dalam slot BERSAMAMU TV3 juga kebanyakannya tidak menerima agihan wang zakat sebelum kisah disiarkan. Pusat Zakat perlukan reformasi dan transformasi. Pusat Zakat perlu bekerjasama dengan NGO-NGO yang lebih perihatin dan ikhlas dalam membantu golongan susah dan miskin. Agihan perlu meliputi semua asnaf yang termasuklah orang berhutang, muallaf, dan sebgainya.. bukan hanya orang miskin sahaja. Bukan semua orang sanggup dan tahu untuk memanjat bangunan2 mewah dan gah pusat zakat untuk menagih simpati.

Percayalah, jika sekiranya wang zakat ummat Islam di Malaysia ini digunakan dengan amanah dan tanpa diselewengkan, Insyaallah tidak akan ada lagi kemiskinan di kalangan ummat di bumi Malaysia tercinta ini. Contohnya :- Perlu ker seorang pengarah pusat zakat berkereta mewah dengan gaji yang lumayan sedangkan perbelanjaan wang zakat tersebut adalah amanah pembayar zakat untuk diagihkan kepada semua asnaf yg termaktub.

ALLAHU AKBAR!

Sebal berkata...

salam, Gue tak setuju HA letak jawatan..gue agak tak setuju dgn komen yg menhentam PPZ elangor..gue rasa dan yakin PPZ telah bertambah baik and terurus. sapa-sapa bolih minta bantuan bila cukup syarat..inilah perturan nye,,,utk yg tak suka dgn peraturan buatlah PPZ sendiri atau duduk dlm hutan..UTK Saudara KS..eloklah buang perasan permusuhan peribadi dgn HA..lebih-lebih lagi d bulan ramadan..jamgam cepat melatah bila ada saja yg berkenaan HA atau Jais

Tanpa Nama berkata...

Apakah kerana Undi atau kerana musuh politik

Pak Mat berkata...

Aku setuju dengan al bakistani kata.. Lu pecat diri lu la daripada jawatan exco jangan suruh orang pecat lu itu tandanya lu masih mau itu jawatan la. lu tak tau buat keja lu letak la jawatan habis cerita. Madey kata malaysia negara Islam,macam mana ramai orang Islam boleh murtad dan sebagainya dan tidak terima bantuan zakat,jangan tunggu orang mintak zakat tapi pejabat zakat la yang kena mai cari orang yang patut dibagi zakat baru bleh pahala lebih sikit dalam bulan posa ni.kadang2 kita tengok puak kristian pulak yang bersungguh2 dalam keja dakwah depa.

Tanpa Nama berkata...

BETAPA MUDAHNYA DAN MURAHNYA UMMAT ISLAM DITIPU DARI AGENDA MEMURTADKAN UMMAT ISLAM KEPADA ISU BANTUAN ZAKAT DAN BANTUAN KRISTIAN....KITA MENJADI BURONG KAKAK TUA YANG MENGIKUT SKRIP YANG DI SETT UP KAN OLEH GOLONGAN MISSIONARY KRISTIAN ITU SENDIRI...KITA TANPA SEDAR WALAUPUN MENGEMUKAKAN PANDANGAN YANG DIRASAKAN SANGAT HEBAT , SEDANGKAN HAKIKATNYA KITA DENGAN MUDAH MASUK KE PERANGKAP INI....DENGAN SEKALI KEKECEWAAN TANPA JAWAPAN DARI PEJABAT EXCO DAN LEMBAGA ZAKAT DARI PERMOHONAN BANTUAN YANG DIBUAT...MAKA HASSAN ALI KENA LETAK JAWATAN......BRAVO PUNYA OTAK.....

Tanpa Nama berkata...

Zakat bukan bidangkuasa Jab Agama..apa la,fakta kena tahu la sikit kalau nak komen

belon berkata...

murtad sana murtad sini.... apa kau orang dah buat? malu dengan DAP? berjuang biar tegas, jangan kerana undi sanggup biar agama dipermain kuffar! DAP makin berani hina islam! salah siapa?

nama ALLAH terpampang di gereja, salah siapa?

Kenapa kes zakat sekarang baru timbul? nak tutup kes?

Mohammad Nur berkata...

Ittaqillah. Ittaqillah. Ittaqillah. Basss! Bas, naktafi!. Jangan bercakap dalam apa bidang yang kita bukan ahlinya, nanti besar keburukan yang boleh berlaku disebabkannya. Habis pening masyarakat dan langsung tiada kebaikan.

Tanpa Nama berkata...

payoh weh..dlm zakat ada gabungan ustaz & professional..
zakat sebok gn prosedur utk bagi agihan nape?
mintak audit negara,audit negeri,audit sirim etc masuk nape?
ikut je cam puak nasoro ni,bagi je la..tak dak prosedur pun..
kalo masyarakat tanya,jawabla kami ikut kaedah nasoro cam yg kamu nak..kami bagi jeeee..masyarakat suka cara ni..tak payah nak siasat btol2 ala kadar cukupla

Tanpa Nama berkata...

Secara peribadi,pusat zakat perlu memainkan peranan yang penting dalam membantu golongan yg memerlukan tanpa byk soal dan birokrasi,kepartian dan sebagainya...tengok saja dlm bersamamu.....mengenai DHA terpulang padanya.....

Tanpa Nama berkata...

Isu murtad: semua tangan menuding org lain jabatan agama la, majlis ugama la, prosedur la, birokrasi la. Jarang kita dengar dengar salah saya. Baiklah, saya nak mengaku ini salah saya. Saya gagal dlm berdakwah kpd saudara islam sendiri. Saya gagal memberi tauladan kepada agama lain berkenaan kesucian agama islam. Saya gagal dlm menerangkan islam itu sebuah way of life kpd saudara2 saya dan bukan islam. Saya suka menghukum saudara2 saya sesat, kafir dan munafik. Saya gagal utk menunjukkan contoh terbaik dlm bidang akademi, ekonomi, teknologi dan sains kepada bukan islam. Saya gagal menjawab bila teman bukan islam bertanya apa sumbangan islam or negara islam dlm teknologi perubatan dan kimia. Saya gagal menjawab soalan mereka bila ditanya siapa atau syarikat mana yg membuat kapal terbang yg menghantar jutaan umat islam ke mekah. Bila saya jawab itu propaganda media barat, mereka tergelak. Saya malu. Mungkin saya tidak pandai. Saya memerlukan tunjuk ajar dr saudara2 saya yg bijak di sini. Sekian, maafkan saya.

Tanpa Nama berkata...

Dulu :
Ismail kamus tegur kerajaan,kena gam..
Sekarang :
Hassan Ali tegur PAS,kene pecat..

Tanpa Nama berkata...

segelintir orang islam dah tak rasa, betapa bernilainya iman ini, sehinggakan iman yang sebesar zarah, allah berikan dia syurga....tapi, hari ni, segelintir orang islam sanggup jual iman dan syahadah mereka, hanya kerana sedikit bantuan yang diberikan oleh pihak non muslim, yang susah untuk mereka dapatkan dari pihak jabatan agama.....root of the problem dalam masalah murtad ni, bukan sebb jabatan agama banyak birokrasi, but iman yang sangat2 lemah dikalangan mereka...memang benar, birokrasi menyusahkan, tapi, janganlah sehingga menjual iman, hanya kerana kerenah birokrasi....neraka yang tiada penyudahnya......iman yang sebesar zarah, allah ganjarkan kepada kita syurga yang besar.....betapa bernilainya iman ini, sehinggakan syaitan bekerja keras, siang dan malam untuk mengeluarkan iman dari dalam kita....tuan, syaitan tidak curi harta kita, anak kita, kekayaan kita, tapi, syaitan mahu curi iman kita, kerana dia tahu nilai iman ini....jangan ingat, bila kita dah selesaikan masalah birokrasi, syaitan tiada cara lain untuk curik iman kita....

Tanpa Nama berkata...

orang yang masih suka mengunakan perkataan tidak elok jangan mengaku orang pas kan pas itu parti islam, jadi jangan mengotorkan islam dengan kejahilah anda.