Ahad, 21 Ogos 2011

ISU MURTAD : SIAPA YANG BERDOSA?

Seseorang itu tidak boleh menanggung dosa orang lain.

Firman Allah:

وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى

Maksudnya;
“Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain” (Al-An’am : 164)

Adapun tindakan seseorang yang melakukan kejahatan, lalu kejahatan itu ditiru oleh orang lain. Peniru tersebut mendapat dosa terhadap kejahatan yang dia lakukan, juga orang yang ditiru juga mendapat sahabat tersebut.

Sabda Nabi SAW;

وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ

Maksudnya;
“barangsiapa melakukan satu ikutan dalam islam dengan ikutan yang jahat, maka baginya tanggungan terhadap dosanya itu dan tanggungan orang yang beramal dengannya (tiru) selepas itu tanpa dikurangkan tanggungan mereka sedikit pun” (Muslim : 1691)

Orang yang murtad, tetap mendapat balasan di sisi Allah terhadap kesalahan murtad dirinya. Tetapi, kesalahan dari pihak orang yang tidak memperkenalkan Islam kepada orang murtad juga berdosa. 

Sabda Nabi SAW;

بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً

Maksudnya;
“Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat sekalipun” (Al-Bukhari : 3202)

Dalam pengajian usul fiqh, setiap suruhan adalah menunjukkan kewajipan. Jadi, hadis ini menyuruh menyampaikan. Makanya, menyampaikan itu adalah wajib. Dengan maksud, tidak menyampaikan itu adalah haram.

Menyampaikan itu juga perlu berhikmah. Firman Allah;

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ

Maksudnya;
“Serulah ke jalan tuhan kamu dengan hikmah (bijaksana)” (An-Nahl : 125)

Hikmah bermaksud kebijaksanaan. Iaitu, cara menyampaikan Islam itu, menyebabkan sasaran dakwah itu semakin dekat dengan islam, bukan semakin jauh dengan islam. Menyampaikan Islam dengan cara yang tidak berhikmah, iaitu sehinggakan non Muslim melihat Islam sebagai agama jijik, ganas walhal Islam tidak begitu, merupakan tindakan yang haram. Merosakan imej Islam juga adalah haram.

** 

Orang yang berada dalam kesempitan hidup, sesiapa sahaja yang dapat membantu, pasti akan dimanfaatkan mereka. Jangan dianggap orang Islam itu mempunyai neraca keimanan yang sama. Ada yang kuat, dan ada yang kurang kuat.

Ada orang masuk islam kerana baka mereka Islam. Ada juga masuk Islam kerana kefahaman mereka terhadap Islam. 

Orang yang beragama Islam bukan kerana kefahaman mereka terhadap islam, tiba-tiba berada dalam masalah yang memerlukan bantuan kewangan. Lalu, badan Islam tidak dapat membantu, tetapi yang dapat membantu itu adalah pihak kristian. Apakah ini boleh disalahkan kepada orang islam itu? Atau pihak kristian? Atau pihak badan Islam?

Kalau hendak dinafikan juga wujud kaitan dengan kebajikan dengan keimanan, bermakna kita telah menafikan unsur “muallaf qulub” yang termaktub dalam al-Quran. 

*** 

Orang menolak Islam ini ada banyak jenis. Ada kerana kejahilan mereka terhadap Islam. Ada kerana kedegilan mereka dengan Islam. Ada kerana kepentingan diri mereka. 

Kaum nabi Nuh berada pada bentuk yang kedua, iaitu kedegilan mereka terhadap Islam. Adapun non Muslim di Malaysia, juga muslim yang longgar kefahaman mereka terhadap islam di Malaysia, mereka menolak Islam bukan kerana kedegilan, tetapi kejahilan mereka dengan islam. Apakah sama tindakan kita terhadap ketiga-tiga golongan ini?

Sekian

Wallahu ‘Alam


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum
apa yg ustaz cakap di sini dgn apa yg saya tulis dlm comment semalam sama saja maksudnya.
orang murtad tanggung dosa sendiri.
orang yg tidak menyampaikan ilmu islam kepada sesiapa saja (bukan kpd golongan murtad saja, tp juga kepada kanak2, kepada org dewasa dll).
tp dari penulisan ustaz, ustaz cuma fokuskan seolah2 orang murtad ni hanya kerana tiada ilmu dan bimbingan semata2. hakikatnya bukan begitu. banyak sebabnya. contohnya di indonesia seorg lepasan pesantren masuk kristian. kes lina joy, kes lg satu yg murtad pasal kahwin dgn hindu. ada kawan kpd kawan saya murtad kerana paderi tu cakap boleh minum arak dan zina kalau masuk kristian.

bab merosakkan imej islam. imej islam kini dibentuk oleh media. hakikatnya ada di ceruk dunia umat islam yg mukmin berjihad angkat senjata kerana sebab yg hak, tp media menyamakannya sahaja dgn teroris yg merupakan agen provokator bimbingan amerika dan israel. tp penjihad fisabillah itu tidaklah boleh meninggalkan jihadnya hanya kerana disamakan dgn teroris. mereka itu bukanlah sengaja meletakkan diri mereka kepada fitnah. kes jais tempoh hari juga sama. ada saksi bagi laporan, mereka kena siasat. media yg buat gambaran seperti mereka menyerbu tmpt itu. tp yg menghukum adalah ALLAH.

saya tak nafikan hal kaitan kebajikan dgn keimanan. saya cuma bagi perspektif lain. lain kali cuba tulis dgn lebih terbuka mata sikit. contohnya di perenggan akhir ustaz. ustaz kata para penolak islam di malaysia adalah kerana kejahilan bukan kedegilan. tp ustaz salah, buktinya saya sendiri. dulu sy main tgk je aurat perempuan, dan saya tahu salah (ada ilmu tentang itu) tapi saya buat juga (semoga ALLAH ampunkan saya). budak sekolah agama liwat junior (entah kenapa suratkhabar suka fokus kes2 seks di sekolah agama padahal di sekolah asrama biasa tak terkira jumlahnya tp tak dpt liputan). tp kalau itu bukan maksud ustaz(bahawa semua penolak islam ni adalah orang yg jahil), tolonglah lebih berHIKMAH dlm menulis. gunalah ayat spt "kita tak boleh menolak yg penolak islam di malaysia ni disebabkan kejahilan mereka.

jgn tahu ckp pasal hikmah sahaja. ini karangan komputer. boleh diperbaiki berulang kali sebelum post.
dan jgn terlalu apologetic atas semua perkara. kaji lebih mendalam dulu. bukan semua perkara terhad kpd apa yg kita fikirkan.