Rani bikin Umno Selangor gempar
BUKAN sahaja Umno Selangor, malah seluruh pemimpin Umno yang berhimpun bersempena dengan program pemukiman Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Umno di Selangor pening dengan kelibat Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Osman.
Rancangan Umno hendak menggula-gulakan rakyat Selangor terbantut, apabila majlis yang dianjurkan khusus untuk Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dihadiri Abdul Rani yang juga Adun Meru dan berpuluh-puluh orang pemimpin Pakatan Rakyat.
Malah, Pakatan Rakyat Selangor bertindak bijak dengan menaikkan poster dan pemidang bagi mengalu-alukan kedatangan Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri, walaupun umum mengetahui harta awam akan digunakan untuk kepentingan Umno.
Ini terbukti pada 23 September lepas apabila seluruh Adun Umno berhimpun di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru untuk meraikan program 1Malaysia bersama TPM, yang seperti biasa seolah-olah menjadi 'Santa Claus' yang menjanjikan pelbagai dana untuk rakyat.
"Semasa saya tiba di sekolah tersebut, tiada rakyat Meru pun, semua orang luar. Yang ada cuma guru-guru dan murid-murid. Guru-guru pun terpaksa menunggu kerana dijanjikan pelbagai bantuan kerajaan (Umno)," ujar Rani.
Turut memasuki sama ruang sekolah tersebut dari kalangan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.
Melihat kemasukan Abdul Rani beserta penyokong beliau di perkarangan sekolah, pemimpin-pemimpin Umno-BN terpinga-pingga sehingga ada yang bertanya sesama sendiri, adakah Pesuruhjaya PAS itu dijemput hadir ke majlis bersama Muhyiddin.
Akibat malu alah dengan keterbukaan Abdul Rani, pemimpin Umno Selangor 'terpaksa' menjemput beliau untuk berdiri bersama-sama TPM pada majlis mengibarkan bendera Malaysia sambil menyanyikan lagu 1Malaysia.
Menariknya Abdul Rani diberi posisi yang paling tengah, menyebabkan Muhyiddin yang sepatutnya menjadi figure utama di majlis tersebut beralih ke tepi.
"Sewaktu lagu 1Malaysia dinyanyikan, lima kali Rahman Palil (bekas Exco Kerajaan BN Selangor) tunjuk isyarat, suruh saya tunjuk satu jari (1Malaysia). Tapi saya tak layan, di penghujung lagu, saya angkat dua jari (2Malaysia) tunjuk pada dia," kata Abdul Rani sambil ketawa.
Pada majlis tersebut Abdul Rani dilayan bagaikan tetamu istimewa kerana pemimpin utama PAS di Selangor, sanggup turun padang menghadiri majlis anjuran Umno.
Tidak kurang juga ada kalangan Adun-Adun Umno dari seluruh negara mengambil kesempatan bergambar dengan beliau.
Menurut Abdul Rani, ada kalangan Adun Umno memberitahu beliau, kehadirannya di majlis tersebut berjaya menggemparkan Umno dan sekali gus melemahkan semangat mereka kerana program mereka telah rosak.
Apa pun kata Abdul Rani, beliau selaku Adun yang mewakili kerajaan Pakatan Rakyat, bersifat terbuka menghadiri majlis anjuran parti pembangkang seperti Umno.
Malah katanya ada kalangan pemimpin parti pembangkang seperti MCA, MIC dan Gerakan di Selangor menemui beliau dan mengucapkan syabas di atas keberaniannya menghadiri majlis bersama TPM.
"Mereka kata kepada saya adakah ini (kehadiran saya) bermakna PAS sudah mahu UG (Unity Government) dengan Umno? Saya kata kehadiran saya memang untuk bagi Umno jadi UG, bukan unity tapi bagi Umno Goyang," jelas Abdul Rani sambil ketawa.
Abdul Rani bukan sahaja masalah kepada Umno Selangor, malah MCA dan Gerakan juga, kerana beliau turut disenangi di kalangan masyarakat Cina Selangor.
Selaku Pesuruhjaya PAS Selangor, Abdul Rani banyak menerima jemputan ke majlis untuk rakyat yang membabitkan masyarakat Cina dan India Selangor, khususnya di Meru dan Klang.

Sumber : Aspirasi
3 ulasan:
niat pergi pun dah salah dari segi Islam .... bukannya nak kukuhkan silaturrahim tapi nak jadikan bahan politik ketawa kononnya PAS bijak perdayakan ... sebenarnya nampak lebih bongok dan bodoh "Dr" Rani ni termasuk Wan Ji sekor ni .....
Alhamdulillah. Baru berapa bulan saja Dr. Rani jadi PJ, persepsi orang terhadap PAS selangor sudah berubah. Ini merupakan suntikan semangat kpd ahli2 PAS Selangor.
Masa Hassan Ali jadi PJ... huh!
macam tak de PJ.
Jadi exco ugama pun, macam tak de exco ugama.
Good riddance to bad rubbish!
Begitulah akhlak pemimpin UMNO/BN yang sopan walaupun kepada musuh politiknya. Mereka menerima dan menjemput sebagai tetamu walaupun mereka tahu geng PAS dan pakatan ni jenis yang bagaimana. Lihatlah, perkara itu pun diambil pula sebagai isu untuk dijadikan bahan politik murahan, bukannya untuk menjalin persefahaman. Akhlak Islamkah itu? Cara PAS nak berdakwahkah itu?
Catat Ulasan