Ahad, 25 September 2011

PERLAKSANAAN HUDUD : SATU PERSATU, BUKAN SEKALI HARUNG

[1]

Aku kadang-kadang berfikir tentang sikap kita yang terlalu cepat sangat mahu terlaksana satu benda yang mendapat tentangan yang begitu kuat dalam keadaan kita tidak berfikir melaksanakan perkara yang kita mampu dahulu berbanding yang kita tidak mampu lagi.

Ekoran itu, aku lebih mencadangkan kita melaksanakan kebajikan rakyat terlebih dahulu berbanding berfikir melaksanakan hudud dalam sesebuah negara. Namun begitu, bukan bermakna melaksanakan kebajikan kepada rakyat, lalu diabaikan terus usaha ke arah perlaksanaan hudud. dengan erti kata lain, disamping melaksanakan kebajikan kepada rakyat, usaha penerangan tentang keadilan dan kebaikan hudud tetap dilakukan dengan serius.

[2]

Aku rasakan, penerangan tentang hudud yang mahu kita laksanakan tidaklah serius. Kelantan mengadakan program seminar setahun sekali. Peliknya, wakil DAP dan PKR, malahan UMNO dan konco-konco mereka tidak dijemput hadir untuk mendengar kupasan tentang hudud, ataupun meminta wakil mereka itu memberi pandangan terhadap hudud yang dicadangkan, walhal sejak sekian lama kita telah mengetahui bahawa hudud ini sering ditentang oleh sebilangan pimpinan mereka.

Karpal Singh yang dikenali sejak sekian lama sebagai orang yang anti-hudud, tidak pernah kedengaran sekalipun bahawa beliau dijemput majlis tersebut untuk memberi komentar terhadap undang2 Islam yang dicadangkan. Jika ini tidak dilakukan, sampai bila-bila pun penentangan terhadap hudud tetap akan berlaku.

[3]

secara peribadi, aku tidak menganggap sebagai hikmah atau bijaksana sekiranya mendesak perlaksaaan hudud secara total. Tetapi, aku lebih merasakan bijaksana sekiranya didesak perlaksaaan hudud ini berperingkat-peringkat. Dengan maksud, dengan mendesak perlaksanaan undang-undang Qazaf terlebih dahulu. Selepas kejayaan perlaksaaan undang2 Qazaf, didesak pula perlaksaan hukuman terhadap penzina. Setelah itu, didesak pula hukuman terhadap pencuri dan seterusnya kejayaan perlaksanaan Islam secara total berjaya.

Aku kira, kalau cara ini yang dilakukan, mungkin penolakan terhadap hudud tidak akan berlaku.

sekian

Wallahu 'Alam



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku setuju =) 100%

Tanpa Nama berkata...

at last wan ji mengaku jugak yg pas sebenarnya tak serius pun nak laksana hudud ... semata2 nak salahkan umno dan buat umat islam di malaysia ni benci pada umno kononnya umno laksanakan islam sekerat2 dan berpilih .....

"Aku rasakan, penerangan tentang hudud yang mahu kita laksanakan tidaklah serius. Kelantan mengadakan program seminar setahun sekali. Peliknya, wakil DAP dan PKR, malahan UMNO dan konco-konco mereka tidak dijemput hadir untuk mendengar kupasan tentang hudud, ataupun meminta wakil mereka itu memberi pandangan terhadap hudud yang dicadangkan, walhal sejak sekian lama kita telah mengetahui bahawa hudud ini sering ditentang oleh sebilangan pimpinan mereka.

Karpal Singh yang dikenali sejak sekian lama sebagai orang yang anti-hudud, tidak pernah kedengaran sekalipun bahawa beliau dijemput majlis tersebut untuk memberi komentar terhadap undang2 Islam yang dicadangkan. Jika ini tidak dilakukan, sampai bila-bila pun penentangan terhadap hudud tetap akan berlaku"

Perancangan Allah s.w.t mengatasi perancangan PAS ... busuk hati PAS akhirnya akan menguburkan PAS .... PAS hanya berselindung di sebalik ISLAM ... jika dapat memerintah pun belum tentu pimpinan pas tak gelap mata dengan projek dan lubok duit ...

Taliban berkata...

idea yg bernas.

ade gua nampak cadangan di TKO supaya perkataan 'hudud' diganti dan gua setuju kerana ianya sudah menjadi taboo kepada masyarakat muslim dan non muslim malaysia dan dunia amnya.eloklah PAS mulakan dgn idea 'memperkasa undang2 syariah'

norli berkata...

saya setuju 100% dgn pendapat penulis. penerangan jelas tentang hudud perlu diberi pada rakyat terlebih dahulu, tak kira Islam atau bukan Islam. rasanya hampir semua umat Islam Malaysia tidak faham dengan mendalam tentang hukuman hudud dan cara dibicarakan dan kaedah perlaksanaannya. kebanyakan kita faham bila hudud, potong tangan, rejam sampai mati, itu sj yg tergambar. kalau diberi penerangan yg jelas, rasanya org bukan Islam pun akan nampak undang2 ini adalah terbaik.

Tanpa Nama berkata...

setuju bahawa perlu dijemput lebih ramai ahli panel dari parti2 PR & juga kelompok pertubuhan masyarakat sivil misalnya. sesuatu yg sebegini besar & mempunyai kesan ke atas orang ramai perlu disertakan sekali penyertaan pelbagai segmen masyarakat. bukannya "syok sendiri".

kekura berkata...

assalamualaikum,
saya bersetuju dgn cadangan tuan.

tapi pihak pas kena hentikan blame-game berkenaan isu hudud ni. jgn terikut2 rentak org fasik, nanti kita pun jadi fasik.

org pas patut berusaha jadi org beriman. bila kita gagal laksana hudud, kita perlu kata ianya atas kelemahan kita kerana gagal mendidik pemimpin yg pegang kedudukan dan rakyat. itu yg rasulullah kata bila baginda di baling batu di taif.

orang yg fasik ni dia bukan nak hudud pun, dia cuma tanya kenapa pas tak laksanakan hudud dgn tujuan utk mengejek, bukan kerana keyakinan mereka dgn ALLAH. siapa mereka ini? tepuk dada muhasabah iman. kita dilarang ckp org tu fasik, orang ni fasik, tp kita kena bagi hint, mcmana tindakan org fasik itu.