Khamis, 13 Oktober 2011

HIMPUNAN SEJUTA UMAT BERTUKAR DEMO TERHADAP MAIS, JAIS

Semua manusia akan menerima bahawa sebarang masalah hendaklah diselesaikan pada puncanya. Sakit kepala, caranya makan ubat sakit kepala. Sakit perut, caranya makan ubat sakit perut. Jika sakit perut, makan ubat sakit kepala, makanya sakit kepala tetap berlaku dan sakit perut pula tidak dapat diubat.

Isu murtad di Malaysia ini, didakwa berpunca dari empat sasaran, iaitu orang miskin, anak muda, pesakit kronik dan golongan intelek. Dari keempat sasaran ini, kita akan dapati ia berpunca dari dua perkara penting, iaitu kewangan dan pendidikan.

Ekoran itu, penyelesaian yang paling baik adalah dengan menyelesaikan kedua-dua perkara ini. Ternyata, perkara ini boleh diselesaikan oleh orang islam itu sendiri. ini kerana, di Malaysia badan-badan agama Islam mendapat pembiayaan dari dana kerajaan, tidak seperti persatuan-persatuan agama selain Islam.

BOB LOQMAN KENA TANGKAP

Hampir seminggu yang lepas, Negeri Selangor digegarkan dengan penangkapan seorang artis yang sedang hebat giat dalam dakwah, iaitu saudara Bob Loqman. Seperti yang diketahui ramai, beliau antara tokoh yang mendapat sambutan anak muda. Makanya dengan kehadiran beliau, sedikit sebanyak memberi kesan dalam usaha mendekatkan anak muda kepada Islam.

Sedihnya, ketika kelebihan ini dimanfaatkan oleh umat Islam di Selangor, iaitu menerusi ceramah dan tazkirah yang beliau sampaikan di surau dan masjid, pihak JAIS pula telah mengambil keputusan untuk menangkap beliau dan menyekat beliau dari meneruskan usaha dakwah ini. Jika difikirkan dengan tenang dan jiwa yang dingin, pasti kita akan menilai betapa tidak selarasnya usaha jabatan agama Islam itu dengan tanggungjawab yang diwajibkan oleh islam kepada umatnya.

AGENDA LAWAN AGENDA

Di Malaysia juga dibisingkan dengan isu sebilangan umat Islam yang telah hadir di salah sebuah gereja di Damansara Utama. Dakwaan yang masih lagi dalam kesamaran adalah, didakwa bahawa umat Islam yang hadir itu diusahakan untuk dimurtadkan. Tetapi secara pasti, umat Islam yang hadir itu adalah untuk menerima jemputan pihak gereja dalam satu majlis makan malam yang dianjurkan oleh mereka.

Mengadakan majlis makan malam adalah satu amalan yang baik. Ia tidak boleh dilarang dari sesiapa sahaja dari melakukannya. Malahan, Islam amat menekankan kepentingan melakukan amalan baik ini. Penekanan islam itu, tidak tertumpu kepada orang islam sahaja, malahan ditumpukan juga kepada orang bukan Islam.

Menghalang orang bukan Islam dari melakukan kebaikan merupakan satu kesalahan yang cukup dibenci dalam Islam. Ini kerana, Islam amat melarang umat Islam menyuruh manusia lain dari melakukan kejahatan dan keburukan. 

Namun begitu, ada dakwaan yang masih lagi kesamaran bahawa pihak gereja mengadakan majlis makan malam itu mempunyai agenda untuk memurtadkan umat Islam. Makanya, isu ini dibesarkan.

Secara logiknya pun, mana mungkin sesebuah pergerakan itu tidak mempunyai agenda untuk keuntungan mereka. Seseorang yang berniaga, mempunyai agenda untuk mendapat keuntungan dalam perniagaan. Seseorang yang bekerja di jabatan kerajaan, mempunyai agenda untuk mahu mendapat gaji. Begitulah seterusnya.

Begitujuga bagi mereka yang menganut agama. Penganut kristian mengadakan majlis makan malam, sudah pasti mempunyai agenda untuk menarik penganut-penganut lain kepada agama mereka. Peliknya, agenda menarik non muslim kepada islam ini tidak difikirkan oleh sebilangan besar penganut Islam, khususnya pihak MAIS dan JAIS. Makanya tidak hairan, mereka tidak mengadakan majlis seperti yang dilakukan oleh pihak gereja tersebut. 

GEREJA ATAU MAIS YANG SALAH?

Diberitakan bahawa umat Islam yang hadir dalam majlis makan malam anjuran pihak gereja itu adalah mereka yang sememangnya berada dalam kesusahan kewangan dan sakit. Dikhabarkan juga bahawa sebelum mereka berkawan dengan pihak gereja, mereka telah berusaha dengan sesungguh yang mungkin untuk mendapat bantuan dari pihak MAIS dan JAIS. 

Namun menyedihkan, usaha mereka hampa. Ekoran itu, apabila pihak gereja menghulur bantuan, mereka terus menyambutnya dengan hati yang cukup terbuka.

Jika ini yang berlaku, adalah satu perkara yang cukup menyedihkan bagi setiap penganut yang beragama Islam. Jika difikirkan balik, sekiranya pihak MAIS dan JAIS memudahkan urusan ini, sudah pasti mereka tidak akan menyambut huluran bantuan dari pihak gereja. Malahan, jika pihak JAIS dan MAIS menunaikan tugas dengan baik, sudah pasti mereka tidak akan ke gereja, sebaliknya tidak hairan, golongan non Muslim pula akan berkawan rapat dengan jabatan agama Islam itu, seterusnya sedikit demi sedikit, mereka akan melihat kebaikan Islam.

PENZINA MENYALAHKAN SYAITAN

Apabila menilai perkara ini, amat memelikkan jika ada pihak hendak mengadakan himpunan sejuta umat untuk mempertahankan aqidah umat Islam. Sepatutnya, himpunan itu perlu bertukar kepada demonstrasi di hadapan pejabat MAIS dan JAIS yang tidak serius hendak selesaikan punca-punca kepada berlakunya murtad.

Ekoran itu, menyalahkan pihak gereja dengan sebab berusaha memurtadkan orang Islam, walhal orang Islam itu hendak ke gereja disebabkan mereka tidak mendapat bantuan dan layanan yang selayaknya dari pihak MAIS dan JAIS, sama seperti seseorang yang menyalahkan syaitan apabila dia berzina. 

Sekian


10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ana setuju dengan ante nye ulasan, tapi puak PEMBELA yg diketuai Dr Yusri dah mula melebong kat merata surau ajak org surAY pergi demo. kata Yusri demo ni simbolik je nak tunjuk kepada non muslim yang kita bantah sekeras-kerasnya BAB MURTAD ni. Hoi...Yusri kepala bana apa nak bagi simbolik je..lepas demo nanti apa tindakan..balik rumah tidooooo.

Tanpa Nama berkata...

Salam ust,
Nak tanya : Benarkah JAIS menyerbu masuk gereja? Atau JAIS tunggu dan hormat majlis kemudian baru masuk dengan beradab? Dua istilah yang memberi gambaran ttg yg berbeza disitu. (Serbu , masuk beradab) - agaknya ust ada ditempat kejadian barangkali...

Bob lokman tu siapa ya? dengar kata dia keturunan Tok Kenali...kalau lepas nih sseorang artis keturunan wali songo nk mengajar anak ust mengaji pun boleh... jad, kesimpulanya, sesiapa pun boleh bercakap soal agama, asalkan dia nih insaf, dh bertaubat...begitu?

Nampak sgt ust nih seperti terlalu mencari salah MAIS dan JAIS..Barangkali ust bukan orang 'mereka' - baca tulisan ust pun dh tahu, hanya provokasi yang ingin memecahbelahkan ummat, dan membuka ruang utk mempertikaikan autoriti.
Agaknya ust dlm JAIS dn MAIS tu tidaklah seberapa tinggi ilmunya seperti ust... Terima kasih kerana memberikan 'para pembaca' suul dzan pada saudara kita yg lain.. Teruskan menambah rasa kebencian sesama saudara..

Mattamam berkata...

Pandangan saudara sama dgn pndangan sy dan pndangan sbhgian bsr umat islam..perhimpunan 'HIMPUN' yg dicadangkan itu spatutnya dtukar kpd demonstrasi terhadap pihak2 yg bertanggungjwb halehwal islam spy lbih prihatin kpd umat islam..jgn mnyalahkan org lain..jgn mnyalahkn kristian..itu memang tugas mrk..salahkn diri sndiri..
Tp yg pastinya prgram HIMPUN ada agenda politik umporno brtujuan mlemahkan kerajaan PR pimpinan dato khalid..tgk snarai ngo yg terlibat smuanya yg menjilat umporno...

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum. Saya berasa keliru dengan pendapat-pendapat yang ditulis diruangan ini. Kita orang beragama Islam berbalah sebab orang Kristian berusaha memurtadkan orang Islam. Kalau diibaratkan kita ini dalam satu unit keluarga Islam. Di dalamnya ada ayah, ibu dan adik-beradik. Salah seorang daripada adik kita cuba dimurtadkan oleh orang kristian. Abang yang sulong marah kepada orang kristian, dan nak buat laporan polis dan sebagainya. Abang Ngah pula menyalahkan si ayah kerana tidak bertanggungjawab terhadap siadik yang cuba dimurtadkan. Adik-beradik yang lain bingong sebab abg sulong tidak sepakat dengan abg ngah. Adakah ini satu tindakan yang bijak yang boleh kita banggakan. Sepatutnya kita bersatu menentang musuh kita. Apa yang saya lihat , musuh dibela, saudara seagama Islam dipersalahkan. Bijak ke tindakan kita ini ? Itu baru ancaman kristian. Belum diambilkira lagi ancaman Syiah, Freemason, Pluralisma, Libralism dan lain-lain lagi. Bijak ke tindakan kita menyalah satu sama lain , sedangkan musuh masih terus berusaha melemahkan kita. Fikirlah akan kemaslahatan Ummah Islam. Fikirkanlah akan masa depan anak cucu kita. Siapa dia yang akan menjadi pembela umat Islam akan datang, jika hari ini ada di antara kita begitu beriya-iya membela al kafiruuun. Fikir-fikirkanlah.

Tanpa Nama berkata...

syaitan memang kerjanya nak bagi orang buat maksiat. kalau kita buat maksiat takkan kita nak salahkan syaitan? apakah kita tidak salah? kalau kita salah, baiki kesalahan kita. bukan menyalahkan syaitan.

kristian ajak orang Islam masuk kristian. itu memang kerja dorang. dorang buat kebajikan dengan agenda nak ajak orang islam kpd kristian, itu memang kerja dorang. yang peliknya, kenapa badan Islam tidak buat kebajikan. duit banyak buat apa?

kalau serang kristian, lagi kristian dapat imej yang baik. Ia memberi gambaran betapa benarnya dakwaan kristian bahawa islam ni agama yg kerja nak serang orang je.. padahal islam tak macam tu pun....

ini bukan soal membela kafir. tp ini soal nak jaga imej Islam yang telah dirosakan oleh JAIS dan MAIS sendiri. Islam ditolak kerana Imej Islam berjaya dirosakan oleh orang islam sendiri. sebab itu baiki JAIS dan MAIS...

kekura berkata...

tak perlu tuding-menuding.

yang penting kita umat islam ni yg terlalu sibuk bergaduh sesama sendiri. satu kata tak payah salahkan kristian; yg satu lagi salahkan kristian. lepas tu masing-masing gaduh.

pung pang pung pang bergaduh, akidah umat islam yg lain tang tu juga, takde ilmu yg sampai kat diorg. yg sampai hanya pergaduhan.

jais nak buat teknik itu, awak pula apa tekniknya pula utk selamatkan akidah umat islam. duduk masjid bagi ceramah politik? politik tak menyelamatkan umat, sebaliknya iman dan amal yg berdasarkan ilmu yg mendapat keredhaan ALLAH.

kristian happy tengok orang islam bergaduh sesama sendiri, peluang bagi katanya.

kita kena holistik dlm tindakan kita, baiki jais dan mais dan pada masa yg sama bertahan dari orang kristian ni. orang kristian buat hal, kita kenalah bagi pelempang juga, jgn nak lempang jais sahaja.

jgnlah kita nak perlekeh apa yg jais buat kesemuanya. memang ada yg buruk tp ada yg baiknya.

lagi satu kalau nak tegur ke ada idea ke pergilah jumpa jais sendiri. tp bila sy kata begini mereka bukalah kisah nabi ditegur secara terbuka, abu bakar dan umar ditegur secara terbuka, tp pernah tak kita fikir pernahkan nabi muhammad, abu bakar dan umar menegur orang secara terbuka? kita nak ikut perangai siapa? perangai yg ditunjukkan oleh rasulullah dan sahabat baginda atau orang yg lain itu?

katanya (politikus umumnya) politik itu sebahagian dari islam tapi kenapa perangainya tidak seperti islam?

lamatakjumpahang berkata...

JAbatan Iblis Syaitan

Tanpa Nama berkata...

HIMPUN poyo...boo

Tanpa Nama berkata...

Ana rasa elok ente jadi ahli politik sepenuh masa jer lah dari terus berselindung dgn serban dan berhujah politik partisan......rosak umat bila org mcm ente main wayang guna pentas agama utk berpolitik...islam kuat dgn dakwah bukan politik berpuak spt yg ente buat....

Tanpa Nama berkata...

good post! Thanks for the info.

Drive Your Traffic Here